<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("iframes-styles-bubble", function() { if (window.iframes && iframes.open) { iframes.open( '//www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en_US\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', { container: "navbar-iframe-container", id: "navbar-iframe" }, { }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

SUPERDRY JEANS NEW!

MY ONLINE BIZ


CLICK HERE

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE
BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
CLICK HERE

MyBOS
Looking for Coach? Chanel? Prada? LV?

Moga aku dapat pegi jugak (tapi seblom pegi tu blaja-blaja pakai baju cukup kain ye, Diana)
March 29, 2011

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Buat masa sekarang, aku adelah ketua keluarga untuk keluarga Haji Sahak (nama Jawanya) dan Hajah Dahlia sebab dua-dua sekarang tengah buat umrah. Haihh, aku ni bila la nak sampai. Patutnya dah sampai lama dah. Tapi tu la kan, rajin nau withdraw duit Tabung Haji. Simpan untuk apa pun aku tak tau. Pantang penuh, aku kuarkan. Ni cara-cara takde kad ATM. Kalau ada, gamaknya keringgggg.

Mak Aji dah sound dah, 'Kau ni bila nak pegi ni?'

'Tahun depan, Ma. Konfem!'.

Lajuuuuuu je kalau menjawab.
Pastu menggelupur.

Semoga plan menjadi, insyallah.

Bang, kau kalau lambat sangat, aku tinggal.


Hari Mak Aji ngan Pak Aji berangkat tu kitorang semua ambik cuti. Padahal not the first time pun dorang gi Mekah, but saje je la nak bagi penuh airport. Dan juga bagi semangat kat diri sendiri (sangattttttt!).

Tak sangka pulak ramai orang pegi umrah.
Dah macam pegi haji ramainya.

Ibal pegi tanya soklan bodo 'Ramainya orang gi umrah. Ni sekali dengan orang buat haji ke apa?'.

Kau kan, kalau kurang didikan agama pun, boleh tak jangan jahil sangat?
Haji kebendanya bulan Mac ni??
Dasarrrrrrrrrrrrrr!




Mula-mula aku ngan En Wan je plan nak pegi.
Tapi terpandangkan budak busuk separa itam ni, En Wan tak sampai hati nak tinggalkan kat rumah. Lagipun kesian mak mertua aku duduk je kat rumah sepanjang minggu. Kitorang ajak sekali.

Dah pandai mengagah aku dah budak kecik separa itam ni.
Dia pulak yang menegur kitorang.
Asal nampak muka aku pagi-pagi je riuh memanggil.
Ni ikut saper ni yang kecoh sangat???



Sampai-sampai airport, yang nak pegi umrahnya pun belum sampai-sampai lagi.
Jadi, janganlah membuang masa.
Bergambarlah!

Aku tengok baby-baby yang berkeliaran kat airport tu semua ada rambut.
Anak aku yang cara-cara tak bercukur rambut pun sampai skang rambut tak tumbuh-tumbuh. Haishhh, nak kena bawak pi Yun Nam ni.




Kemain galak dia skarang.
Pandai ambik gamba lak tu.
Asal aku halakan henfon je mesti dia sengih.
Ni lagi satu.
Ntah kut perangai saper la yang pantang jumpa kamera nih.




Patutnya aku pakai al selendang ke apa kan nak menghantar orang pi Mekah ni.
Ni tak.
Tapi asalnya aku sarung baju see thru.
Seb baik aku salin.
Kalau tak mesti Pak Aji belikan aku tiket dan-dan tu gak.




Kecik nau aku tengok mak aku dalam gamba ni.
Bergamba dengan gergasi hitam memang macam ni la jadiknya.
Sebab tu aku tak suka bergamba dengan dia ni. Nampak benar aku tumbesaran aku terencat.
Tapi kalau nak feeling-feeling putih, boleh la bergamba dengan dia.
Pasti tak mengecewakan.



Beria-ia bapaknya mengagah.
Anak takde efek.

Rayyan dah pandai isap tangan.
Bukan isap jari ye.
Isap tangan.
Satu penumbuk dia cuba masukkan dalam mulut.
Mula-mula aku taknak belikan puting untuk dia isap. Taknak biasakan. Nnati jadi macam mulut En Wan, En Wan dulu lama sangat isap puting tu yang mulut dia jadi camtu. Bibir atas dia macam bulat. Tebal.
Orang kata kalau bibir tebal ni kiss mesti hot.
Nan adoooooooooooo!

Tapi kalau kiss lain tu...errr....




Masing-masing try luck untuk buatkan Rayyan sengih.
Semuanya gagal.

Anak aku ni kalau tengah isap tangan, jangan harapla dia nak sengih. Selagi misi dia nak sumbatkan satu penumbuk dalam mulut tak berjaya, rentikanlah mengagah. Penat je.



Ibu jari tembam sangat sampai jadi pendek.
Tak muat dalam mulut.


Mak Aji dan Pak Aji dengan anak kesayangannya.


Sian adik aku yang itam ni, selalu nau kena tinggal sejak 3 tahun kebelakangan.
Tahun pertama, Mak Aji duduk Johor sebulan jaga menantu sakit.
See? Mana ko nak carik mak mertua jaga menantu lelaki sampai sebulan? Siap lapkan badan lagi. Tapi ko kena tahan la mulut dia membebel. Tu pasal menantu dia kurus sebulan mak mertua dok sama. Kahhhh!

Tahun lepas, nak kat 3 bulan adik aku kena tinggal sebab Mak Aji and Pak Ai duduk jaga aku yang kejap-kejap bleeding. Tapi takde la tak balik Bangi lansung. Seminggu sekali balik la. Tapi seminggu sekali je la dia merasa masakan mak. Hari lain mamak masakkan.

Tahun ni kena tinggal lagi 10 hari. 10 hari je, sebab Mak Aji ngan Pak Aji gi umrah.
Bt still, balik-balik dia kena tinggal.
Aku suruh kawen taknak kan. Nak sangat single. Hambikkk.

Sabtu lepas pagi-pagi lagi sms aku 'Kak, ko masak special tak hari ni?'.

Tu petanda kebulur la tu.

Masa tengah makan, aku tanya 'Semalam ko makan apa?'

'Ikan goreng'.

'Pandai ko goreng ikan? Mama dah siap-siap gaul ngan garam kunyit eh?'

'Tak lah. Aku nampak ada ikan goreng lam esbok'.

Terpana kejap aku.

Mak Aji pegi umrah Rabu pagi.
Maknanya last Mak Aji memasak adelah Selasa malam.
Si itam ni makan ikan goreng Jumaat malam.

Aku tak kuasa nak tanya if ikan tu sedap lagi ke tak.
Sebab kalau aku tanya pun takde efek.
Dia ni mana tau beza makanan basi ke tak. Semua belasah.
Tapi dia tak komplen berak-berak, aku anggap ikan tu ok lagi la.

'Rabu ko makan apa?'

'Telur goreng'

'Khamis?'

'Telur dadar'

Seb baik la Jumaat tu dia jumpa ikan goreng dalam esbok. Kalau tak, konfem dia makan telur rebus pulak. Tak pun, mungkin main telo je.

posted by green apple @ 2:02 AM  
Newer›  ‹Older
Untuk .....
March 28, 2011



Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?



P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki


..taken from FB..

posted by green apple @ 11:11 PM  
Newer›  ‹Older
Kita try dulu..
March 25, 2011
Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Ok, ini adelah entry dari orang yang paling payah nak beli barang MLM.

Sejak dipukaukan (padahal kau yang bangang) oleh kawan yang memperlihatkan betapa senangnya aku bayar cash RM800 untuk barang MLM tanpa try terlebih dulu, sejak dari tu aku dah payah nak berdepan dengan manusia-manusia MLM. One of it sebab aku cukup menyampah bila jumpa dengan stok-stok yang desperate sangat nak dapat komisyen. Tak semua la, tapi ada! But sebab utama aku mengelak dari jumpa orang MLM ni sebab aku takut aku tak boleh nak reject.

But since Syana telah meng-offer aku untuk pakai this Premium Beautiful korset untuk aku demo-kan kat blog, ,mungkin ini peluang baik uttuk mereka-mereka yang nak beli PB tapi takut tak berkesan, meh sini aku offer diri jadi guinea pig.

Macam tak percaya je aku akhirnya sarung PB.

Aku pakai PB???? Like biar benarrrrrrrrrrrrrrrrr.

Before aku merepek dengan lebih panjang, aku nak say SORRY sangat-sangat kat dua orang reader aku yang sebelum ni ada approach aku untuk aku pakai and demo-kan their PB. Memang masa tu aku teringin nak beli. In fact aku ada published kat FB status yang aku looking for PB sebab putus asa dengan badan sendiri lepas bersalin. Tapi En Wan tak kasi. So, aku terpaksa tolak the request.

But when Syana approached, surprisingly En Wan bagi kelulusan. Aku tak sure la if dia luluskan sebab fed-up aku asik tanya benda yang sama, or dia syok kat Syana. Eh.

Tapi memula tu reluctant la jugak. Everytime aku buat muka sardin dan-dan tu dia geleng-gelengkan kepala. Macam tau je apa aku nak request.

Last-last dia bagi approval.

Yes!!

Ok la, aku malas nak citer panjang. Let the pic do the talking sudeyyy.




Syana datang first time untuk ukur badan.
Masa ni dia tunjukkan PB yang dia pakai. Aku tengok aikk???? Macam korset aku beli kat Wacoal je.

Takpe..takpe.
Kita bagi peluang kat diri sendiri untuk cuba.

Second time Syana datang bawak the korset.

Ha, kauuuu.
Mencungap aku nak sarung.
Syana kata 'Boleh Kak, boleh lagi ni. Ni memang saiz akak'.

Berbekalkan kata semangat tu, aku sumbatkan jugak isi-isi perut yang tersentil ni ke dalam korset.

Fuhhhhh!

Padat.

But kemas and selesa.
Jauh beza dengan korset Wacoal yang aku beli.

Korset Wacoal tu sebenarnya ok cuma dia tak betul-betul tekan perut kau, just bagi nampak badan kau kemas. Still sedap bila pakai sebab at least takde la ko rasa lemak kau terbuai-buai. Kira macam ko pakai bengkung.

But bila aku pakai PB ni, aku rasa dia bukan saje bagi shape pada badan kau but eventually dia boleh mengurangkan berat badan gak.

Secara lojiknya bila dia tekan perut kau, space untuk perut kau isi makanan dah berkurang. Kau bukan takleh makan banyak but kau TAKKAN BOLEH makan banyak punya. Kalau taknak pakai korset pun takpe, but kau kena dissiplinkan diri la, jangan makan banyak. Boleh ke???

Girdle dia memang betul-betul tekan kau punya perut. Masa aku pakai tu aku tengah heavy flow period pulak. Pehhh, rasa memancut-mancut. Eh silap perkataan. Rasa mencurah-mencurah keluar.

Bila sarung the waist nipper, postur badan kau terus menegak. Macam mendada pun ada gak. Now baru hari kedua aku pakai. Masih rasa sakit lagi belakang ni. Sebab kita biasa membongkok, sekali now kena menegak. Huru-hara la rasa badan. But insyallah, lama-lama sok dia ok kot. Lagi satu yang best-nya waist nipper ni, dia bagi kedudukan girdle and long brassiere tu stay. Semalam aku tak pakai waist nipper, just pakai the long brasierre and girdle. Perut kau dah la buncit kan, pastu tak pakai waist nipper sekaliiii...bergulung-gulung ke atas jadiknya. Seb baik girdle tu sampai ke dada, kalau tak, konfem tersentil perut aku.



Ni jeans aku yang ber-waist 25. High waist lagi. Masa beli ni feeling-feeling slim. Tolak tepi plan nak beranak apa semua. Punyalah bangga boleh pakai jeans high waist size 25. Sekali terberanak, terus jeans ni tak berpakai-pakai nak kat setahun. Stress gila kemas-kemas baju nampak this jeans. Rasa cam nak jadikan alas kaki pun ada.

So this morning aku try.



Yihaaaaaaaaaaaaaaaa!
Bukan takat boleh sarung.
Siap terlondeh ke bawah lagi.

See, aku punya pinggang. Kerengga kalau lalu depan aku time ni pun tunduk okkkk.

Masa tengah menaip ni aku pakai PB.
Everytime aku bangun duduk bangun duduk, aku leh terasa macam lemak aku pecah-pecah.
I mean bukanlah pecah but ko boleh rasa macam something terjadik kat lemak-lemak kau. (ke aku yang imagine lebih?)

Aku tak sure if aku boleh solat dengan pakai PB. Setakat ni aku belum boleh solat lagi. Nanti aku try. Jangan terkentut je time solat sudah. Nak-nak time sujud. Sia-sia je kalau terbatal time rakaat akhir. Tapi takpe, aku akan cuba and update kat sini adekah aku terkentut or not.

Lagi satu bila pakai PB ni baru aku tau yang selama ni aku pakai wrong bra. I mean saiz tak sesuai.

Selama ni aku sarung bra asal tertutup nipple and 80% of the breast je (takkan la nak tutup semua, mesti la nak keluar-keluarkan sikit). Sikit aku tak tarik lemak-lemak kat area ketiak tu. Bila Syana pakaikan aku the long brassiere, dia sumbatkan lemak-lemak yang tersentil kat ketiak tu dalam bra, baru aku rasa lebih selesa. Bila aku pakai bra sekarang and masuk-masukkan lemak-lemak terlebih tu, mesti tetek aku jadi membuak sampai terkeluar nipple. Masukkan nipple, yang isi pulak terkeluar. Haishhh, takleh jadi ni. Semalam aku try beli bra baru.

Now my new size is 34C.
Vangga! Vangga!


Ni gamba sopan.


Baju ni aku beli masa berat badan aku 46kg.
Dah 2 tahun aku tak pakai menjak badan aku naik ke 48-49kg ni.
Disebabkan pagi ni pakai PB, so hati tu otomatik menjadi gedik nak try baju sendat-sendat.

Sekali boleh sarung kauuuuuuuu.
Gelupur MMS kat En Wan gamba ni.
Tapi nama pun EN WAN kan. Dah la takde efek, blur lak tu.
"Apesal hantar gamba sekerat?"

Dem. Punah harapan aku nak dipuji suami.

Sekarang berat badan aku adelah 49.3kg. Itupun setelah 5 minggu tak sentuh nasi. Dok sumbat sayur and hi-fibre biscuits/roti je. Satu-satunya sumber protein aku adelah ikan. Tapi once in a week, belasah gak la sepinggan nasi or sekotak snack plate KFC.

Dalam tempoh 5 minggu aku berjaya kurangkan berat from 54kg to 49.3kg.
Not bad.
Cuma kau berlapar.

Actually berat badan ideal aku is 43-48kg. Kalau aku nak aim 48kg je boleh sangat la kot, berapa je pun lagi nak cecah 48kg. But to maintain maybe ada sikit masalah. Sebab aku rajin makan but malas exercise.

So, takkan selamanya aku nak tengok orang lain mentekedarah sedap-sedap, yang aku dok aku hongges biskut meri je, kan? Eksesais tak pernah ada dalam list sebab tu aku pilih untuk jaga makan instead of joging. Jogging-jogging tak nak. Jimak takpe.

Now aku nak try if aku boleh mentekedarah macam biasa tapi menggunakan khidmat PB. Aku taknak aim kurus sangat. Kau pun plan nak mentekedarah, tapi at the same time nak kurus? Dah la taknak exercise. Mana boleh kan.

So now aku aim nak maintain berat badan. Aku berharap dengan pakai PB ni, at least aku leh maintan berat 47-48kg dengan takyah skip meal.

Semoga berjaya Diana! (sambil google nombor Pizza Hut)



Interested kalu, contact Syana :

create your own banner at mybannermaker.com!
posted by green apple @ 1:02 PM  
Newer›  ‹Older
Kot ye pun tak dengar....
March 23, 2011



Haisshhh, macam-macam jenis bibik yang aku dah dapat. Menduga kesabaran sungguh. Tak tau samada sepanjang ber-bibik ni aku kumpul banyak pahala or lagi banyak dosa. Cakap apa jenis bibik yang tak sampai dalam rumah aku ni.
Yang pekak. Yang sengal. Yang blur. Yang buat-buat pandai. Yang bela jin. Yang kuat mentekedarah. Semua kategori ada.

Ya Allah, kau selamatkan lah aku dari menjadi pembunuh.

Tadi pagi before pegi opis aku pesan kat bibik today takyah basuh baju sebab hari macam nak hujan, mendung je aku tengok. So, dia angguk.

Kejap tadi time masak aku tengok macam panas semacam je. Ni kalau sidai baju konfem garing. Kebetulan dia ada kat atas ambikkan baju untuk Redza gi mengaji. Aku pun sound dari bawah 'Bik, nanti bawak turun comforter saya ye?'

'Ye, Madam'

Aku pun sambung goreng sayur.
Aku ni pulak bangsa kalau tengah buat something, aku tak berapa fokus kat benda lain. Padahal aku perasan dengan ekor mata dia dah turun. Tapi aku tak kuasa nak toleh.

Mujurrrrrrrrrrrrrrrr lah aku pusing belakang.
Elok je dia nak masukkan laptop aku dalam mesin basuh!

Kusss semangat.
Menggelepar aku menjerit 'Eh, nak buat apa ni???'

'Itu tadi Madam bilang komputernya di basuh'.

Aspalelaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Seb baik aku ada kat rumah.
Kalau aku main pesan je kat dia before aku kuar gi keje tadi amacam?

Memang kau bernasib baiklah bibik.
Kalau tak, mungkin kau lah yang aku masakkan asam pedas tadi.

posted by green apple @ 2:40 PM  
Newer›  ‹Older
Kenapa mesti binatang itu yang kau pilih.



Ija : Ma, mama tau tak kenapa boy punya ni (sambil tunjuk celah kangkang) kita panggil bird?

Aku : Hmm..mama pun tak tau la. Tapi mama rasa sebab bird kalau tido macam tu.

Ija : Mana wings dia?

Aku : Bird kalau tido wings dia simpan.


Diam kejap sambil belek bird dia depan cermin.


Ija : Kalau bird Ija dah besar macam bird Papa nanti dia ada nest kan?


NEST???

Hmmmmmm. Lojik. Lojik.
Bird. Telo. Nest.

Maybe sebab tu la kita panggil menatang tu bird kot, sebab dia duduk dalam 'nest'. Dan ada 2 bijik telo.
Apesal aku tak pernah terfikir benda ni?

Pernah tertanya gak dulu apesal bila refer kat baby boy je mesti 'Ohhh, dapat bird lagi'.

Why bird la?? Aku tak dapat relate kan bentuk bird tu dengan 'bird' kau. Di manakah sangkut-pautnya? Adekah pada kepalanya yang licin? Adekah kerana menyamai fitrah burung yang sukakan sentuhan dan usapan mesra? (hoi, entry apekah ini??)

But seriesly, why must BIRD?
Lembik sangat bunyiknya.
Bagi la binatang yang cargas sikit.

posted by green apple @ 1:45 AM  
Newer›  ‹Older
Cara membuang pubic hair (kali ni tajuk memang sepadan dengan cerita)
March 22, 2011
Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


I is sakit mata. But I is pegi keje jugak.


Dah nak seminggu aku sakit mata tapi still ke sana-sini dengan appointment. Yang peliknya takde sorang pun customer aku tegur if aku sakit mata.
Oh, mungkin tak sanggup merenung panahan mataku. Auwww.

Aku pun tak sure apesal la mata aku boleh sakit. Tapi nama je sakit mata. But sebenarnya tak sakit. Memang aku tak rasa sakit lansung cuma dia merah. Ussually kalau sakit mata mesti ko nampak ada ketumbit ke, air mata bergenang or taik mata berselepet-selepet. But this one, takde lansung. Cuma belah kiri merah. Tapi memang patut la tak baik-baik sebab aku letak ubat mata baru 2 kali je dalam tempoh seminggu ni. Malas.

Mula-mula mak mertua aku suruh aku titiskan air susu tetek kat mata. Haihhhh, tetek saper la yang aku nak bahankan. Gigih la jugak aku meramas tetek sendiri nak bagi susu keluar. Harammm.

Tapi mata takde hal. Esok lusa aku yakin dia baik. Dia lambat baik sebab aku malas letak ubat. Tu je.

Now aku tengah mencarik petua nak hilangkan gatal lepas shave.
Kali ni ntah kat mana silapnya, gila kentang punya gatal la, ampun! Macam nak rabak kulit aku kerok sampai melecet-lecet. Dah tak murni rupa parasnya.


Beginilah hasilnya kalau ko mintak pandangan kat FB.


Sape penah try brazillian or IPL? Or any treatment untuk buang terus sejemput bulu di bawah itu? (aku punya takat sejemput je, tak pernah lagi sampai sengenggam)

Tolong bagi feedback. Kalau agak-agak rasa malu, pakailah anony. Aku nakkan feedback kesan dari guna treatment-treatment ni.


Adekah :

1. rasa sakit yang amat?
-kalau sakit macam cabut bulu ketiak, aku boleh tahan lagi. In fact aku sangat ketagih cabut bulu ketiak. Kadang-kadang bulu tu belum nak tumbuh, still ada bawah kulit tapi macam dah nampak nak terkeluar, aku tak tunggu dah. Aku korek-korek and cabut.

2. adekah bulu yang tumbuh pastu lebih halus?
-kalau halus best. Kalau kasar and tajam-tajam like skarang baik aku suruh En Wan je shavekan. Jimat pun jimat. Khidmat sampingan dah tentu pasti!


Ha, kerok lagi, kerok. Aku suruh buat brazillian ko taknak!


3. berapakah jarak masa pertumbuhan bulu selepas treatment?
-wax-wax ni konfem mahal punya. Nak lagi ada amah yang tolong tebaskan bulu kau apa ingat free ke? Kalau lepas wax agak-agak dalam 4 bulan baru dia kembali semak, kira berbaloi la. Ni kang, hari ni aku wax, lusa dah bersepah balik.

4. ada tak treatment yang sakit-sakit sedap?
-dengar WAX je aku dah terbayang bunyik zapppppppp!!! Fuhh. Kalau boleh biar lah treatment tu takkan buatkan aku troma.


Der..lu werewolf ke hape?


5. treatment buang bulu ni ada option untuk buat design-design tak?
-aku tengok porn tu macam-macam corak ada. Aku pun nak la gak.

6. VEET ok tak?
-ada any other waxing cream yang lain yang kita boleh buat sendiri kat rumah? Brazillian wax kit?

7. Ke elok kita bako je?
posted by green apple @ 1:30 AM  
Newer›  ‹Older
Berhati-hati melawat orang meninggal
March 21, 2011



Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

posted by green apple @ 11:25 AM  
Newer›  ‹Older
Nice and unique
March 20, 2011



Memang berani mati owner keta ni.

Betul kita tak elok percaya dengan benda-benda mengarut like pakai plate 4444 boleh bawak kecelakaan, mati and all. Tapi kalau aku dibagi plate MAT 1 ni, errrrr...sampai mati belum tentu aku habis pikir nak terima ke tak.


What about plate MAN1?

Ohhh, tetiba rasa nak orgasma.



"Hi, I'm Maria. Hence the plate number"


En Wan : Abang rasa owner dia mesti tinggi, gojes and fashionista.

Aku : Elehhhhhh. Kalau keta gempak mesti owner dia cun la?

En Wan : Takde la, but since plate number dia Maria (MAR14), so abang macam terbayangkan macam tu.

Aku : Abis kalau owner dia tetiba Di?

En Wan : Hmmmmmmmmmmmmm (muncingkan mulut sambil geleng-geleng kepala). Tak sesuai.

Aku : Tak cantik la kan bini abang ni?

En Wan : Bukan tak cantikkkkkkkkkk. Awak tak sesuai pakai MAR14 (Maria). Awak sesuai pakai PAR14 (Paria).

Biadap sangat jenaka kau tu bang!!



Tapi ni lagi coolllllllllllllllllllllllllll. Penis lagi.

Walaupun aku tak nampak bendalahnya, cukuplah dengan hanya memandang plate number ni. Aku mampu membayangkannya!

Agak-agaknya, ada tak orang pakai plate BAB1?

Aku pernah jumpa keta Kelisa with plate number 8888. Ha, kauuuu. Hambik. Nombor lagi mahal dari keta okkk. So, jangan shallow sangat Kelisa tu untuk orang yang takde bajet. Entah-entah tu keta dia yang ke lapanblas. Kau ada keta sampai lapanblas? Lapan belas ringgit pun belum tentu ada dalam wallet.

Tapi kalau beli keta, biar berpada-pada ye.
Bak kata pepatah orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri.

Jangan jadi macam dia......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Beli keta tinggi-tinggi lagi, pastu tak sampai. Kahhhhhhhhhhhhhh!

posted by green apple @ 10:03 PM  
Newer›  ‹Older
Blogging



Dah ye anak-anak.

Toksah gigih nak masuk blog budak yang plagiat entry-entry aku tu. Biarkan je la. Kalau budak tu (sape nama dia, aku lupa) baca ni, meh sini email aku. Aku ada benda sikit nak tanya. Dun werry, aku takkan maki punya.

Malam selepas aku discover pasal plagiat tu (bukan aku yang discover sebenarnya, tapi reader yang bagitau), memang terus-terang aku cakap kau, aku takut. Rasa nak delete blog pun ada. Bila tunjuk kat En Wan, dia suruh aku stop blogging terus. Dia kata ni dah kira saiko ni. En Wan cakap orang-orang macam ni kalau dah terlampau 'fanatik' sangat, sampai satu tahap tak mustahil dia hapuskan aku terus. Santau ke, apa ke. (adekah laki aku ni over??)

Masa jadi pertama kali dulu, boleh tahan cuak la jugak. Tapi boleh dikontrol-kontrol lagi sebab aku pikir budak ni fotokopi blog aku but dia tak tunjuk muka dia. So kat situ dah kurang satu point untuk dia kalau dia claim itu memang entry ori. But this second one memang buat aku tak berapa nyenyak tido. Sebab this lady bukan saje plagiat habis-habisan but dare to tayang muka! Kat situ dah tunjuk betapa konfidennya dia dengan apa yang dia buat. Macam entry tu betul-betul dia punya lah. Lagi satu yang buat aku cuak is gamba-gamba Langkawi. Seriessssss aku macam tak percaya ada orang yang terlampau 'minat' sampai position aku and En Wan ambik gamba pun dia leh ingat and tu pun kau nak copy???

Memang la kalau orang pi Langkawi tempat-tempat tu jugak yang dikunjung buttttttt lojik ke sampai cara aku menyenget ambik gamba pun ko copy?? Yang tak masuk akal tu, kau kan pergi sendiri ke Langkawi. Apesal kau nak jugak copy paste dari entry aku?

Kebetulan sangat ke masa ko naik cable car tetiba hari pun hujan?
Kebetulan sangat ke laki kau pun borong bermuda?
Kebetulan sangat ke laki kau beli Kit Kat sampai 4 pack?

Ni la jadiknya kalau orang berblogging kau pun nak. Orang bercerita pasal diri sendiri, tapi kau??
Feeling-feeling yang itu cerita kau sendiri.

Ok, ni general ye.

Kot ye pun ko suka sangatttttttttt dengan blogger tu, tak payah nak tiru personaliti dia. Kau tak dapat apa pun kalau ko jadi orang lain. Sebab kau meniru. Yang ori tetap dia. Just like ko teringin nak beli designer bag, tapi ko tak mampu. So ko beli pasar malam punya. Memang ko rasa puas sebab bag ko sejibik-sejibon macam beg ori, ko leh gebang kat kawan-kawan ko yang ko pun ada designer bag, ko leh bangga tayang beg tu kat kaum klorga kau. Tapi, kalau ko bersidai di kalangan those yang biasa pakai designer bag and tau if beg ko beli tu ori or not, jawabnya kau masak! Tapi aku tau those yang beli beg ciplak ni takkan berani tayang beg dia kat orang yang biasa beli designer bag. Sure segan punya.

Tu la yang terjadi pada pemplagiat-pemplagiat entry/blog orang (bukan blog aku je). Mula-mula kau ciplak dengan konfidennya siap ada follower bagai, last-last bila orang serbu blog kau, maki-maki cukup, konfem ko akan tutup blog. Apesal kau tutup? Bukan kau konfiden ke?

Sebab kau tau kau bukan yang ori!
Jadi kau segan.

Kan?

Macam Dato Siti. Dulu semua orang nak jadi macam dia. Seploh bakat baru, seploh-seploh suara macam dia. Sampai naik menyampah aku dah macam takde suara lain kau nak tiru. Last-last mana pegi semua yang ala-ala Siti tu?

Diri kita ni dah cukup istimewa. Takyah nak tiru cara orang. Kalau ko kagum sangat dengan orang tu, jadikan lah dia idola. Bukan jadi dia terus!

Tapi lagu satu perangai manusia ni, mula-mula dia kata orang tu idola dia. Saya jadikkan diri dia sebagai mentor untul saya berjaya seperti dia. Bila dah berjaya, 'Saya tak pernah menjadikan sesiapa idola saya. Saya berjaya sebab saya menjadi diri saya sendiri. Idola saya hanyalah Rasulullah'.

Mak aiiii...tersedak aku.

Tapikan, memandangkan dah 2 kali aku kena plagiat kaw-kaw, ok ni nak cakap sikit. Ni pendapat peribadi aku la.

Aku rasa pemplagiat-pemplagiat ni kalau menciplak kan mesti dia nak jadi lagi best dari orang yang dia ciplak tu. Padahal dia yang gila fanatik ngan kita sampai nak tiru segala benda. Contohnya dia minat rumah kau, tapi dalam entry dia, dia tulis 'Ni la rumah saya, takde la besar sangat, sebab tu saya sedang dalam proses perbincangan dengan arkitek untuk buat renovation buat kali keempatnya'.

Cara cakap tu macam 'rumah' dia tak best tapi semua gamba celah toilet, bawah katil, belakang reban semua dia letak.

Geli aku baca. Sumpah macam pantat kerbau.

Ni la jadiknya kalau blogging tak ikhlas. Blogging sebab gila limelight. Kalau blogging sebab nak carik glemer (glemer ke jadi blogger ni???) kau takkan pernah puas dengan apa yang ko tulis walaupun hakikatnya ko tengah men-copy paste orang lain punya. Sebab deep down, ko tau kau menipu diri sendiri.

And setiap kali 'menulis' ko sentiasa membayangkan ko akan dapat feedback-feedback yang indah-indah dari readers. For that reason, ko sentiasa gambarkan yang ko lagi best, lagi hebat, lagi berjaya, lagi bijaksana, lagi hot, dengan harapan readers kagum and puji kau. Kesian okkk orang macam ni. Nak cari bahagia pun sampai kena menipu diri sendiri.

Apesalla nak jadi macam ni?

Blogging ni medan dia kecik gila. The real life is out there. Kau boleh potray diri ko manusia paling cool dalam blog but kalau itu bukan diri kau, kau takkan boleh carry watak tu selamanya.

So berentila buat perangai pelik-pelik ni.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by green apple @ 5:05 PM  
Newer›  ‹Older
Thank you






(tekan PLAY button utk dengar. Good quality. Tak tipu punya!)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



posted by green apple @ 2:30 PM  
Newer›  ‹Older
Nak sangat eh?
March 19, 2011
Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Another plagiarism.

Thanks to my reader saper pulak nama budak ni aku lupa daaa. Tapi tima kasih la.

Hmmm, aku ingatkan lepas kes Zara Zarith tu takde dah orang buat gini. Ni plagiat secara besar-besaran ni.

Dik, kalau nak entry ni lain kali mintak. Akak akan bagi kebenaran. Konfem. Janji kau letak kredit sudah. Akak tau ko minat akak, tapi kalau blog penuh dengan entry plagiat bagik takyah dik. Baik ko mintak akak letak ko as admin je terus.

Bukan tak ada yang mintak permission tepek terus entry aku kat blog dorang. Ada. And tanyalah mana-mana yang tepek tu, penah ke aku cakap tak? Aku bagi okk, bagi. Tapi mintak izin dulu.


a. aku punya 1
dia punya

b. aku punya 2
dia punya

c. aku punya 3
dia punya

d. aku punya 4

Dia punya :



e. aku punya 5
dia punya

f. aku punya 6
dia punya

g. aku punya 7

Dia punya :


h. aku punya 8
dia punya



BUT YANG AKU SANGAT-SANGAT TERPERANJAT BILA TENGOK GAMBAR-GAMBAR NI.
(asalnya dari entry aku yang ni)

GAMBAR 1

Ayat aku

Ayat dia. Kebetulan kah?



GAMBAR 2




GAMBAR 3




GAMBAR 4




GAMBAR 5





GAMBAR 6




GAMBAR 7





GAMBAR 8




Wahhhhhh banyak gila gamba and caption yang 'kebetulan' sama. Gila ahhh. Posing pun sama tu yang aku pelik lagi memuskilkan. Seb baik dia tunjuk gamba laki dia. Kalau dia tunjuk gamba dia je mesti aku dah ingat ni bini no. 2 En Wan.

Ok lah, aku tau bukan aku sorang je penah jejak Langkawi. Semua orang mesti penah pegi sana. But looking at the pictures and tulisan, lojikkah segalanya sama?? I mean the positions are almost sama macam apa yang aku ambik. Errr...???


i. aku punya 9
dia punya

j. aku punya 10
dia punya : yang ni ada olahan. Bagus! Ada peningkatan. Tapi kebetulan hujan jugak ye? Spot pun sama

k. aku punya 11
dia punya: Ada la jugak olahan but kebetulan ko pun demam jugak ye dik?

l. aku punya 12
dia punya : ok yang ni sumpah lawak. Dia lupa nak padam nama adik aku. Hoi Ima, cibai kau, kawan ko eh? Huak huak huak

m. aku punya 13
dia punya

n. aku punya 14
dia punya : waaaaa RIZMAN, lu manyak lanjiauuu. Lu ngolat wa, lu pun ngolat dia ka??

o. aku punya 15
dia punya : aikk P.E., ni kawan hang ka??? Awat hang tak cakappppp

p. aku punya 16
dia punya : Oii, sudu aku tu weh. Oh, lupa lak kau pun beli kat Langkawi eh?

q. aku punya 17
dia punya : aii ROZIE, ada kawan taknak kenalkan kat aku nampak?

r. aku punya 18
Dia punya : SELUAR AKU TU WEHHHHHHH



Masa ni dah ada peningkatan, dia dah pandai buat olahan. Entry aku yang ke 19 dan ke 20 ni dia compilekan jadi satu


s. aku punya 21
Eh sekali tayar kereta ngan pagar rumah dia sama ngan aku jugak la!



t. aku punya 22
Kuku pun sebijik kuku aku la. Hitam gak budak ni..eh.




Eh, banyak la pulak.
Aku scan-scan tadi rasanya 98% blog dia semua dari entry blog aku.

Come on dik, kau nak sangat ke jadi GREEN APPLE????
Takde yang specialnya jadi Green Apple dik oiii. Kau kena maki hari-hari lagi ada.

Tapi kalau ko teringin sangat, silakan.

posted by green apple @ 12:52 AM  
Newer›  ‹Older
...dan bijik-bijik itu pun berjaya ku pisahkan
March 17, 2011
Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Sape pernah makan kat Sekinchan Ikan Bakar?
Tapi bukajn kat Sekinchan. Kat Puchong area Bukit Puteri?
En Wan beria-ia promote tempat ni best la, masuk JJCM la. Kalau masuk JJCM tu semuanya bajet best la? Padahal aku nak makan Pizza! Tapi sebab dia nak makan nasik gak, bersungguh-sungguh puji si Sekinchan ni. Ok, aku nak tengok sedap ke tak.


Tempat dia ok laaaaa. Cuma kalau ajak makan ikan bakar, kepala otak aku mesti membayangkan tepi laut. Tak pun biar ada bunyik-bunyik ombak. Paling bangsat pun biar la ada akuarium.

Tapi yang ni nan ado.

Lokasi adelah kat shop lot tengah-tengah bandar, berdekatan dengan Giant. Dah la dalam Giant tu ada Pizza Hut. Lagi la aku berbulu kan. Sayup je aku nampak logo Pizza Hut dari kedai Sekinchan ni. Tapi aku try saiko kan diri yang malam tu kitorang bawak mak ngan bibik sekali. So sporting la sikit, takkan nak bagi mak mertua mencekik pizza kot. Bagi la dia makan nasik kan.


Anak sedara En Wan, mak dan adik bongsu ku di pangkuan.

Tempat dia agak sesak. Siap pasang gazebo kat luar sebab ramai sangat orang datang nak mentekedarah ikan bakar. Tapi kitorag dapat duduk kat dalam. Tapi memekak sangat la pulak kat dalam tu. Dengan bunyik tv, bunyik orang pesan ikan, bunyik pinggan terjatuh la apa la. Macam laku sangatlah bunyiknya. Padahal sempit. Tu pasal kejap-kejap bunyik pingan mangkuk jatuh.

Service lambat. Dah la lambat, order yang sampai tak cukup lak tu. Tu baru 7 orang punya order. Belum aku bawak tujuhblas orang lagi. Aku punya teh o ais punya la pekat sampai 2 hari aku tak berak. Hari ni boleh la berak tapi sembelit. Cibai.

Lagi satu yang tak bestnya kat Sekinchan ni sebab tak banyak choice. Memang aku rasa dia gunakan tagline 'KITA BAKO!'. Aku ni ingatkan ada la tomyam-tomyam ke, sayur kailan goreng belacan ke. Ni tak. Semua nya bako. Aku nak order siakap 3 rasa pun takde. Dia cakap kat sini semua bakar je kak. Keringggggg je mak mertua aku makan makanan tak berkuah. Terbuntang-buntang mata bibik aku telan nasik.

Dah la mahal. Sotong 4 ekor bangsa yang layu-layu besar tapak tangan aku tu RM10 untuk 4 ekor. Tebiat apa??? Aku dah imaginekan soft shell crab. Ceh, nan ado. Yang ada kerang, udang, sotong and a few ikan. Aku ambik ikan siakap sekor, ikan pari 3 keping, sotong RM30 and kerang 600g.


Kepok pun tak best. Rasa tepung je. (maklomlah orang dah biasa nakan kepok Tganu, mana layan kepok KL ni).

Tapi habis jugak.


Kerang ni tak habis. Baru semalam aku buang. Konon tapau nak makan kat rumah. Tak dapat la. Sebab tak in lansung.

Kerang bakar dengan sambalnye di atas cengkerang.

Apekah motif dia lambakkan sambal tu kat cengkerang? Adekah dengan harapan aku keluarkan isi kerang dan tenyeh kat sambal atas cengkerang tu? Baik ko letak sambal dalam mangkuk lain kan?

Biar yang senonoh sikit nak bagi aku makan ye.


Ikan siakap bako. Yang ni boleh tahan. Manis lagi ikan dia. Aku perabiskan. Sebab yang lain sibuk mengerjakan ikan pari.


RM30. Banyak ni je dapat untuk direbut 7 orang.


Secara keseluruhannya aku bagi 3 bintang out of 10. Tu pun sebab aku bengang ngan bagla-bangal kat situ. Bangla kemain ramai lagi. Setiap tiang terpacak sorang tapi aku panggil dia sengih-sengih pastu buat dek. Kalau setakat ambik pekerja ramai-ramai tapi buat nak angkat pinggan je takyah la. Yang tukang ambik order kejap-kejap ada kat tempat ikan, kejap-kejap buat air, kejap kang ada kat kaunter cashier. Yang si bangla ni semua jadi penyeri tiang seri.

Tapi sebab dia masuk JJCM kannnnn, so otomatik sedap.


Balik dari makan, hilangkan tensen dengan memain game. Game ni Syana hadiahkan untuk Redza. Tapi set-set kurang penyabar ni memang payahlah nak habiskan game macam ni kan. Ha ni dia, manusia paling penyabar.

Dan paling takde keje.

Tu pasal boleh hadap mainan ni.


Mula-mula bijik-bijik ni bercampur. Kau kena asingkan bijik-bijik ni ikut kaler dia. Jadi, kesabaran yang tinggi adelah diperlukan. Orang macam En Wan adelah contoh manusia yang paling tak layak main. Dia layak main bijik aku je. Eh.


Gigih dan santun.


Gigih dan....kaki dah naik ke atas. Stress, bijik taknak beralih tempat.


See?? See??? I told u oready. If you hardworking, you victory okkkk!!!!

posted by green apple @ 1:22 PM  
Newer›  ‹Older


GREEN APPLE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
NUFFNANG
COUNTER
PREVIOUS POST
Archives
JALAN-JALAN
I READ
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER