2010-05-27

Gold Coast Part 2


Malam day 1 kat GC tu, lepas dinner kat Maharani, kitorang jalan-jalan lagi. Maklomlah, kalau duit masih ada kat poket, dia punya gatal nak bershopping tu memang lain macam sket. Selagi tak habiskan, tak sah. Dah habis sok, pandailah masing-masing masak maggi.




CPM mintak aku belikan UGG Boots, tapi pastu tak jadik pulak. Disebabkan kau tak jadik suruh aku belikan, maka aku sudah sambar satu boot untuk diri sendiri, tapi bukan UGG la. Ntah cap ayam mana ntah, tapi boleh tahan gak harga dia. Telan air liur jugak la En Wan. Dah tu aku mintak kebenaran, sape suruh benarkan? Dah ko benarkan, sorrylah aku nak tolak. No wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.

Mak Aji pulak sibuk nak carik selipar. Seju-sejuk beku macam ni orang lain carik boot, dia sibuk carik selipar. Apehal ntah. Tapi takpela, duit dia. Bukan duit aku. Wakakaka.



Boleh dikatakan semua kedai la kitorang stop. Stop je la dulu, beli kendian-kendian. Masa ni En Wan dah berkenan ngan satu boomerang and aborigin painting. Dia ni memang suka menyemakkan rumah dengan menatang-menatang macam ni. Over ok nak menghias rumah. Tapi bak kata Mak Aji, 'Dah baguslah dia nak habiskan duit untuk rumah kau. Kalau dia simpan duit beli rumah untuk bini baru, camne? Kau tu bukannya cantik sangat pun, kemek je aku tengok'.

Kemek tak kemek belakang cerita. Wanita tidak dilihat pada rupa parasnya ye, bonda. Wanita dilihat pada teteknya!! Muka ko kalau A-list tapi tetek level jemput-jemput ubi, kem salam.



Sebenarnya nak fokus kat tulisan belakang tu - SURFERS PARADISE. Ni la kawasan kitorang tinggal, macam the heart of Gold Coast jugak la. Contoh kalau ko pegi HK, herat dia Kowloon. Kalau Bali, heart dia Kuta. Macam tu la lebih kurang. Tapi tak nampak pulak tulisan tu. Asal Pak Aji yang ambik gamba kan mesti gamba tu bergegar. Faktor usia kot.
Sepatutnya kitorang jalan ke depan lagi, kat area beach, Depan tu laut. Tapi disebabkan hujan dah mula nak turun, so patah balik.
 

Ni je kedai yang aku nak sangattttttttt masuk tapi Pak Aji pulak jalan belakang aku. Potong betul la. Aku baru nak stim-stim tengok bentuk dildo terkini. En Wan boleh pulak takut nak masuk kedai ni??? Sumpah aku tak percaya!!! Samada dia takut kena belasah ngan pak mertua ataupun dia takut stim bila masuk kedai tu nanti. Kang stim kang susah banggggggg. Aku sejak pregnant ni sangat tak berminat nak beromen.
 


Boleh lalu je laaaaa. Nak beli, sorry. Aku belum ada nafsu terhadap COACH. Tima kasih kerana taste aku masih kekal kepada jenama yang murah-murah je.




The next day. Day 2.

Having breakfast bersama klorga. Ok jugak makanan dia, kira semua boleh makan cuma sosej je. Yang lain semua ok. Siap ada nasik putih bagai. Maybe dia dah study kot siapa guest kat hotel untuk hari tu, so the chef dah readykan makanan yang semua orang boleh makan. Takdela macam kat HK tu hari, aku nak makan telur goreng dia pun was-was.

Tapi Pak Aji masih kekal dengan taknak sentuh apa-apa pun yang dimasak. Maka, beliau hanya memakan cornflakes, tambah sampai 3 kali.
 

Budak masam ni tetiba je nak breakfast stroberi. Ngada-ngada. Aku tampa kangg. Terpaksa la pulak bapak dia pilih-pilih storberi ni antara buah-buah yang lain.


The coffee house.


Mak Aji dan baju AUS$119-nya.


Ni pinggan En Wan. Bukan aku punya, Sebab aku pantang makan baked beans. Nanti aku bertukar jadik Shrek.



Pagi tu we all ke Sea World dulu. Van jemput macam biasa, sampai Sea World pandai-pandai korang la bawak diri. Sampai masa kang, dia jemput. So, kita tak terikat sangat dengan program dorang. Sebab van jemput pun 3 masa - 1pm, 3.30pm and 4.30pm. Agak-agak kau terlepas van, sila la balik sendiri.

Time ni, kitorang baru sampai. So try-try topi dulu. Tapi try je la, belinya tak. Try untuk bergamba je.

Mula-mulaaaaaaaaaaa singgah Shark Attack dulu. Sebab itulah pun main pointnya i Sea World ni, aku nak tengok the largest shark in the world yang dorang dapat tangkap. Of course ada yang lagi besar tapi dalam laut la. Kalau yang dah dapat ditangkap, kat sini lah ko boleh nampak yang paling besar. Tu pun dah habis besar aku rasa. Besar dari badan aku.
 


Posing dengan boot baru, scarf baru and baju baru yang dibeli kat Harbour Town. Jangan tanya berapa aku habis untuk 3 barang ni, sebab bukan aku yang bayar.

Jangan terpedaya dengan cuaca yang panas okkk. Keadaan sebenar sangatlah sejuk. Berbungkus-bungkus aku kat situ. Tapi dah siang sikit, baru suhu ala-ala 22-23C. But still sejuk lagi kan? Jadi, pada siapa yang plan nak pegi GC esok lusa, silalah bawak baju tebal-tebal ni dari Malaysia so that duit tu ko boleh shopping benda lain.


Tajuk aktiviti ni adelah Fish Feeding yang akhirnya jadi Bird Feeding sebab the moment ko campakkan fish feed tu, burung ngan itik yang makan. Kuang asam. Nampak kotak biru tu? Tu makanan dia. Ko nak bagi ikan makan, ko masukkan AUS$1. Dapatlah dalam segenggam tangan mat saleh. Kira banyak la jugak. Kalau takat besar genggam Redza memang aku tak letak $1 tu.
Ye, aku sangat berkira.
Oh, mesti berkira okkkk.


Tempat yang Redza tunggu-tunggu - SESAME STREET BEACH.

Boleh la pulak En Wan tanya aku 'Sesame Street ni apadia?'.

Tu la kan.
Dulu kecik-kecik saper suruh main baling tin je? Len kali tengok cerita-cerita ni semua okkkk. Dah tua-tua baru nak suruh aku explain. Tak kosser.
 


Takde pilihan, memang En Wan je la yang kena temankan Redza naik. Ibu-ibu mengandung macam aku ni limited sikit la mainan yang ko boleh naik. Takpela, kali ni aku memang takde mood nak main. Aku cuma ada mood nak makan je.





Kat Sea World ni ada pilihan untuk ko naik heli. Bayar AS$59/person. Aku tak tau untuk berapa lama dia terbang. Maybe pusing-pusing tengok town GC. Kira ok la kan. Tapi kalau dibgai free pun aku takkan naik. Alangkan katerbang yang bapak besar tu pun aku Parkinson 8 jam kat atas, inikan naik heli yang melayang-melayang je. Dibuatnya time aku naik tu la kipas dia nak jam, innalillah.

Pak Aji sibuk nak naik, tapi takde orang nak naik sekali dengan dia. Semua takut. Hahaha. Last-last naik je la heli ni temankan Redza. Ni konfem tak tercabut kipas.

Kat dalam Sesame Street Beach ni memang zon Redza la. Makpak tumpang je. So kejenya jump dari satu mainan ke satu mainan. Lepas heli, naik bendalah ni pulak..tapi aku lupa apa tajuk dia.


En Wan ni pun bukannya spesis berani sangat ngan tempat tinggi, tapi aku lagi sakai la dari dia. At least dia nak jugak try main. Benda ni ko kena tarik tali tu sampai atas pastu pandai-pandai la ko nak lepas secara slow atau biar dia terhempas laju sikit.
 

Dia nak tarik the tali pun cuak. Tapi takde choice, sebab mak mertua ada berdiri kat depan, so kena la tunjuk macho.


Jangan main-main okkk, memang tinggi. Aku yang tengok dari bawah ni dah terpekik-pekik suruh stop. Orang kat tepi-tepi pun pelik, apesal orang lain yang naik tinggi-tinggi, aku pulak yang terpekik-pekik suruh stop dari bawah?



Ni je la yang aku boleh naik. Tu pun sebelah tangan letak bawah bontot buat alas dari bergegar.
 



Salah satu show kat Sea World. Apa nama tajuk dia ntah, rasanya Sea Lion Show kot. Takde la best sangat, biasa je, lawak-lawak bodoh and some skills dari sea lion tu. Menyampah betul kalau omputih buat lawak. Tak kelakar dowhhh. Ni kalau masuk Raja Lawak belum start dah tersingkir. Hahaha.


Nak tengok polar bear tapiiiiiiiiiiiiiiiiii polar bear dia mati pulak. Aku macam tak caya baca notice dia letak kat dalam tu yang polar bear baru je mati sebab suhu tak sesuai. Pundeks.



Beralihlah pulak kita tengok menatang-menatang kejung like sea urchin, gamat, starfish, bla bla bla. Jenis yang tak bergerak-gerak sangat ni. Boleh la sentuh sikit lebih kurang. Tapi takde keje aku. Bau kolam dia hamis!
 

Besar takkkkkkk??? Besar okkkkk. Kalau masukkan aku kat dalam perut ikan ni, memang sedang elok je muat-muat.



Tapi bila tengok gamba ni aku rasa aku yang lagi besar dari shark, kan? Sila fokus kepada pipi saya. Ohhhhhh! Speechless.



Aquarium dia lagi besar dari Langkawi and HK punya SeaWorld. Sampai boleh muat 6 sharks kat dalam. Ada satu ikan pari tu bapak besarrrrrrr. Tapi sekali je dia melintas depan aku. Aquarium ni besar sangat so diorang boleh pegi kemana-mana. Nak tunggu ikan pari tu lalu balik depan aku entah besok baru dia lalu kot. Tapi dia punya ekor tu walahweiiiiiiiii, kalau kena libas sedas kat bontot, sumpah kau buasir sampai mati.