2014-08-06

Suwit sangatttttttttttttttttttt.



Isnin, Rayyan start skolah after seminggu cuti raya.
Dari malam sebelumnya dia dah packing beg skolah. Beria-ia dia mengangkut beg kehulu-hilir. Kitorang pun lega la kan sebab tak nampak gaya macam malas nak pi skolah. Maklumlah lepas cuti. Kot-kot dia buat perangai taknak gi skolah. Esoknya masa tengah tunggu teacher dia fetch, bibik naik bilik aku bagitau Rayyan bawak semua sampul raya kosong dalam beg. Rupanya dia dah geledah laci En Wan bawak keluar semua sampul raya yang still kosong, masuk dalam beg.

Aku : Adik nak buat apa bawak banyak-banyak envelope ni pi skool?

Rayyan : Adik nak bagi duit raya.

Amboihh. Pemurahnya kau.
Masalahnya dalam sampul tu ada angin je. Duit takde pun. Aku cuak je memikir kat skolah nanti dia pi distribute semua sampul kosong kat kawan-kawan. Pastu kawan-kawan bukak sekali kosong. Tak ke menganiaya budak-budak namanya. Ko kalau nak jadik abang long fadil pun dik jangan gunakan kekdah ni ya. So aku packkan 30 keping duit raya dalam sampul and pesan kat teacher untuk distribute kat kawan-kawan.



Majlis penyerahan saguhati oleh abang long kawasan.

Gamba-gamba ni teacher dia yang snapkan.
Pastu bila balik naik bilik bagi tau aku "Ma, adik takde duit raya"
Hahah...padan muka kau. Dia ingat konsep membagi duit raya ni aku bagi kau, kau bagi aku balik ke apa. 
Nehi dik. Nehi. Ko jangan berangan banyak sangat.

Tapi takpe, biar dia blaja memberi. 
Biar dia tau jugak yang memberi tak semestinya dibalas dengan menerima.
Tapi jangan pulak hari-hari kau nak memberi. Boleh lerai benang spender bapak kau nanti.



Today aku dah berjaya retrieve semua testimoni Ephyra and aku dah letakkan kat sidebar belah kiri. Carik kat tepi tu ada ke tak. Aku rasa macam ada lagi testimoni dalam blog ni tapi tak daya nak kelebet satu-satu sebab every entry aku akan letak link tajuk EPHYRA, so bila nak retrieve kat old post, no point. Dia akan keluar semua entry jugak. Jadi pengkelebetan ni dah bermula sejak 3 bulan lepas, baru hari dapat siapkan sikit, ada 35 testimoni semuanya. Nanti kalau jumpa aku letak lagi. Ni pun ada 6 lagi testimoni aku belum upkan lagi.

Semalam aku buat gerakan mengemas guest room.
Insyallah next week nak buat open house raya. Selalunya kalau dah ramai-ramai ni ada yang nak tumpang baring, solat, tumpang mandikan anak, jadi guest room kena kemas dulu apa-apa yang patut. Korek punya korek terkorek surat-surat lama. Kesian surat-surat ni. Dulu time bercinta, tido pun letak surat bawah bantal. Sampai naik bacin surat tu berkepam bawah bantal. Bangun tido cium surat, nak tido cium surat, nak pi kelas pun cakap kat surat "Di pegi class dulu ya...". Eh bangang pulak rasa.

Time tu kalau rindu tetiba datang, tekapkan surat tu rapat-rapat kat dada. Kalau boleh nak telan surat tu terus. Biar betul-betul dekat kat hati kekdahnya. Now terperuk bawah katil peginya semua surat tu. Kalau tak mengemas sampai ke sudah aku tak teringatkan surat-surat ni.


Wow, BABY kauuuuu.
Tak teringat pulak aku masa bila dia panggil aku Baby.
Macam tak masuk je bila aku try imagine En Wan panggil aku Baby. Eii geli.


Ohooooo! Birthday aku yang ke 23 rupanya. Siap bersweet-sweetheart bagai.
Ni besday aku yang ke 37 tak lama dah ni. Minggu depan je lagi. Kita tengok dia ingat ke tak.


Tu diaaaa, engagement anniversary pun ingat kauuuuu.
Pesan hantar bunga dari Jepun lagik.
Wuiii, tak sabarnya aku nak tengok dia ingat ke tak wish aku next week.


Alololo...suwitnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa la hai.
Punyalah nak membuktikan dia ingat aku kemana-mana dia pegi sampaikan dia pos bukti bowling match ni.
Nak tunjuk kat aku dia guna nama FREEDA. (nickname aku zaman chatting).
Ni la dia namanya zaman bercinta kan. Buat apa pun teringat awek katanya.
Ni sebenarnya bukan apa ni. Nak membuktikan kat kita walaupun dia tengah main bowling tapi kat kita dia tak lupa. Puiii.


Email ni pun aku simpan rupanya.
Masa exbf aku tengah menggila, aku terpaksa mintak tolong kawan aku Muniratulazni untuk jadi posmen sebab si saiko tu hack email aku. Hari-hari dia check email aku untuk tapis email-email En Wan. Ntah hape gila ntah. Jadi, En Wan akan hantar email to Muni ni. Tapi email tu sebenarnya untuk aku. Memang tebal la muka aku ngan Muni. Kalau En Wan tulis benda-benda censored pun, secara lojiknya Muni akan tau dulu. Tapi kawan-kawan aku semua profesional. Dia klik and print terus. Tak baca pun.



Tulisan En Wan.
Buruk kan?
Kalau zaman aku skolah dulu, tulisan-tulisan buruk macam ni semuanya hasil tangan stok-stok student yang memberuk kat blakang klas.
Aku rasa dia ni salah sorang la. Hahahha.

Ko tengok eh, ko tengok.
Ni zaman baru nak kenal-kenal tau. Tapi dia sanggup belikan aku jam sempena besday aku. Pos dari Jepun lagik. Tapi takde rezeki jam tu hilang tak sampai-sampai.
Kita tengok besday aku next week ni dia nak bagi apa.
Aku punya expectation tak tinggi. Dia bagi jarum jam pun dah okeh dah.
Masalahnya aku yakin dia akan lupa terus besday bini dia. Paling-paling pun kan, bila aku bagitau "Bang, today besday Di", dia akan jawab "Oh ye ke. Hepi besday Di", sambil baca sokabar sambil mulut menyonyot jeruk salak. Toleh pun tak. Konfem!



Disebabkan jam yang dia pos tu hilang meruyup mana pegi ntah, dia hantar penanda buku. Masih nak mengekalkan elemen-elemen suwit apabila dia mengepos penanda buku yang dia guna, konon macam "aku bagi kau barang yang ada sentuhan aku". Tu diaaaaa....gila tak cair???? Kah kah kah. Pui.

Ntah mana hilangnya penanda buku tu.
Bukan penanda buku biasa-biasa dari kertas, tapi dari pewter.

Siap mention 2.30am tu.
Punyalah bukti dia bersengkang mata tido lewat balas surat aku.
Now ni toksah kata 230am, pukul 11pm je dah terabak-rabak mulut dia menguap. Siap sound aku suruh tutup lampu tu kalau aku still nak continue membaca. Dia nak tido dia kata. Konfius betul. Mamat mana sebenarnya yang bercinta ngan aku kat Jepun dulu?



Selain dari dikelilingi oleh kawan-kawan yang willing untuk jadi pelindung, posmen, tukang larikan aku, tukang sorok, aku jugak dianugerahkan oleh adik pompuan yang boleh jadi tukang belikan kad besday merangkap tolong tulis and pos sekali kad tu. Lengkap pakej dia. Ni semua sebab takut si saiko tu dapat detect aku beli kad besday kat En Wan. Macamana dia nak detect aku tak tau. Yang aku tau, orang saiko boleh buat apa saja. Benda yang ko tak terpikir pun dia boleh buat. Jadi, aku harus ada plan A B C D E F U C K untuk mengelakkan dari terkantoi.

Cantik kan tulisan Ima? Bulat-bulat. Macam badan dia jugak. Ngahahahahaha.



Adik.

Panggilan untuk En Wan.
Ni kad raya dari Kak Ngah untuk adik tersayang kat Jepun.
Memang patut la En Wan ni manja ngan kakak-kakak dia. Rajin betul akak-akak dia hantar kad and surat.

Hari tu masa nak gi JB singgah RnR Dengkil beli air.
Pastu dalam kereta mak mertua aku tanya "Adik nok air?"

En Wan jawab "Tak mboh".

Perasan giler okeh.
Padahal mak mertua aku tanya Rayyan.
That ADIK dimaksudkan untuk Rayyan, yang also kitorang panggil adik.
Tapi ada pulak adik tua yang menyahut. Alahai comellah sangattttttt.



Ni pulak aku jumpa surat dari famili kat kampung. Tak pasti sape yang tulis tapi yang aku berminat tu, P.S kat bawah nun.
Dari Kak Long. "CD ELITE baru keluar yang single..."
Hahahahahahhha. Geli aku wehhh minat Elite konon.
Aku rasa sebelum surat ni dikirim, Kak Long bukak balik untuk tuliskan pesanan ni.
Dorang dua orang ni memang team. Aku dah paham benor.
Aku tau sangat Kak Long En Wan camana. Dia cukup sayang ngan adik laki dia ni. Sampai sekarang apa yang adik dia nak mesti dia sediakan. Kadang-kadang tahap En Wan tu dimanjakan aku rasa macam nak cekik-cekik je.



Cantik kan surat-surat dari aku to En Wan? Well, sape lagi nak puji. Sendiri laa.
Nampak sangat yang wanita kalau dah start bercinta, dah start sayang, memang bersungguh kalau buat apa pun. Sanggup ni kelebet sampul berejam-jam semata-mata nak bagi cantik and look outstanding. Everytime nak tulis surat, aku always membayangkan yang surat aku ada satu trademark. Biar dari dalam bakul posmen lagi dia dah nampak "Ok, style sampul macam tu, konfem dari awek aku". Gitu.
Tak tau pesal aku masih membayangkan posmen Jepun hantar surat naik beskal, surat bawak dalam bakul.

Sampul harus berkaler-kaler ya.
Barulah dia tak boring and excited nak baca.
Tak cukup ngan sampul berkaler, bubuh pulak sticker love love, star star bagai.
Kalau tak tergoda jugak tak tau la.



Tapi camni la dia sampul balasan.
Putih and cekelat. Standard envelope. Most guys macam ni la. Janji envelope dia kata. Yang penting surat sampai.

Nampak tak satu perbezaaan antara surat aku hantar ke En Wan dengan surat dari En wan kepada aku?

Surat aku yang sampai kat En Wan dibukak dengan penuh hati-hati. Siap pakai pembukak envelope lagi. Punyalah tertib En Wan ni. Membawak sampai ke sekarang dia punya perangai 'kemas' tu.

Tapi binik dia bukak surat macam gorilla jumpa pisang tanduk.
Main siat je.
Dah tu sape suruh bagi envelope murah kan. Ce bagi envelope kaler-kaler mesti aku bukak dengan penuh keayuan.


Another perbezaan antara surat dari aku dengan surat dari En Wan.
Perasan tak apa dia??

....obvious sangat ke hobi aku mengumpul setem? Hahahahahah.

p/s : Nama Wana Helena Maria tu nama kakak senior kat skolah aku dulu. Aku suka nama tu. Lagipun aku baik ngan akak ni. Masa exbf aku start jadi penunggu posmen sebab nak rampas surat-surat aku, aku terpaksa mintak En Wan hantar surat guna nama Wana ni.



Another trademark aku kalau hantar surat kat En Wan zaman-zaman belum bercinta.
-LANUN-
Sebab dia panggil aku lanun.
Memang masin la mulut kau panggil aku lanun lanun lanun, penyudahnya sampai skarang kau kena kidnap ngan aku.

Dah tua-tua ni bila ternampak balik semua ni boleh senyum sorang-sorang.
Dulu kita rasa benda-benda ni suwit sangat.
Now bila tengok balik surat-surat ni terasa "Hoih, awat gelenyar sangat aku dulu hantar surat kat jantan tetiap minggu???"
Takpelah, dah tua-tua ni tak so suwit pun takpelah. Tak menyesakkan kepala pun dah cukup baik.
Tak buat surprise pun takpe. Janji kalau aku tetiba terasa nak mentekedarah roti cheese nan tu dia tak buat-buat pekak, tu pun dah ok sangat.

Selamat bercinta la sesape yang sedang bercinta ya. Gud luck semoga sampai ke jinjang pelamin.


To reader di atas, kad-kad undangan anda sudah diterima. Insyallah sampai.