2014-08-18

Open House Raya 2014


Sabtu lepas, aku buat open house raya.
Alhamdulillah, pagi-pagi lepas Subuh, Putra Heights dah hujan, takde la lebat mana pun tapi basah la jugak tanah. Kul 11am, langit dah cerah, hujan dan stop, hawa panas hilang. Nak kata mendung pun tak, panas terik pun tak. Just nice untuk menjamu tetamu. Tahun ni punya open house, aku tak ambik gamba sangat. Dah malas kot. Gamba makanan pun tak snap satu-satu. Sebab tahun ni terasa nak main masak-masak, jadi aku sibuk sikit kat dapur. Selalunya main tempah je. This year tempah menu utama je. Sabtu pagi aku paling awal bangun, kul 4am. Sebab taknak berebut stove. Stove kat dapur tu 2 bijik je. Tapi semua nak memasak guna periuk besar. Jadi sebelum perebutan stove berlaku, baik aku settlekan bahagian aku awal-awal.

Macam gah sangat bunyi menu padahal aku cuma masak kuah spagetti je. Menu lain, orang lain handle. Macam Mak Aji masak laksa Johor. Mak mertua aku nasik dagang. Pastu kitorang tempah nasik beriyani. Everytime nak buat open house je mesti aku panik. Takut je makanan tak cukup. Aku tak suka orang datang rumah aku makan catu-catu. Aku nak orang makan puas. Jadi, bila nak memikirkan berapa banyak nak dimasak tu adelah satu kepeningan. Over tak over-nya aku, nak buat open house punya pasal sampai seminggu aku berdoa mintak diberi ilham makanan apa nak dimasak and berapa banyak nak disediakan. Padahal yang nak dijamu takat 200-300 orang je. Dia punya memikir tu macam nak masak makan 3000 orang.



Menjak jejak kasih ngan member-member sekolah menengan melalui Whatsapp, dan menjadi ketua kumpulan (lantikan sendiri), tahun ni punya open house En Wan telah sekali harung buat gathering classmate. Tahun ni memang dia nak beraya dengan member-member sekolah dia kata sebab dah 20 tahun tak jumpa. Jadi dia tak jemput member-member Jepun. Siap buat banner bagai orang tua ni. Bila pagi tu aku tengok dia pasang banner terasa macam aku menumpang majlis dia pulak. Ni pun dia dah start kumpulkan kawan-kawan nak buat gathering kat Trengganu balik raya haji esok.

Nasib baik tahun ni adik-beradik and anak sedara En Wan datang tolong.
Kalau tak memang huru-hara jugak. Sebab tetamu datang menderu-deru, aku memang tak sempat nak check makanan ada lagi ke tak dalam tray. Mujur dorang semua ada tengok-tengokkan.



Dessert aku order kat Helly's Dessert and Jasmine Delights (boleh gugel sendiri).
Memang setiap kali aku buat jamuan, kalau bab-bab kek and dessert aku ambik kat dua orang ni je. Boleh la try kalau berminat. Bukan taknak try yang lain, tapi yang dia ni dekat sikit. Dulu-dulu customer kena ambik sendiri, now dorang dah makin maju jadi dah provide delivery service. Lagi senang keje aku.

Food aku hari tu :

1. Nasik briyani with ayam goreng rempah + teh tarik - tempah kat Pakcik Asri Bandar Baru Bangi
2. Nasik dagang - mak mertua
3. Laksa Johor - Mak Aji
4. Spageti bolognese - Diana Aniston
5. Eclairs - Helly's Dessert
6. Creampuff - Helly's Dessert
7. Choc tart - Helly's Dessert
8. Fruit tart - Helly's Dessert
9. Moist choc cuppies + red velvet cuppies - Jasmine Delights
10. Candy
11. Fruits
12. Air oren sendiri bancuh

Terkenang-kenang pagi tu mak mertua aku suruh aku rasa nasik dagang dia ok ke tak. Berkali-kali dia suruh rasa, tapi sebab En Wan dah belikan kitorang roti canai, jadi aku makan roti canai. Pastu lupa terus nak test nasik dagang. Plannya nak makan malam-malam karang. Rupanya tak dan. Alhamdulillah, berkat dari ilham yang diberiNYA, makanan cukup dan semuanya habis. Tinggal nasik beriyani je lebih satu periuk nasik yang kecik tu. Tapi nasik je la tinggal, lauk dia semua licin.
Malam tu aku tanya bibik kuah spagetiu ada lebih tak. Bibik cakap habis. Aku anggap spagetti aku sedap la kan sebab habis. Hahahha.


Anak sedara En Wan ni dulu pastry chef, now dah benti buat insurans Prudential.
Hari tu memang dia la yang handle meja buffet, dari segi susun atur, dari segi presentation. Aku tengok dia potong tembikai ni pun sikit punya ber-skill.


Suasana dalam rumah masih tenang. Belum kul 12 lagi, orang belum datang.


Show time!!
Masa ni la dia nak buat fashion show. Tu baju aku. Memang terkuak la leher baju tu aku pakai pasni. Time-time orang tengah ramai ni tak boleh ke bagi cantik sikit perangai tu nak.


 Masa ni semua makanan dah siap tinggal nak susun-susun kat depan je. Huru-hara dapur aku.
Yang tengah kacau lauk kat periuk tu bibik jemputan.
Bibik ni bibik Kak Long, baru dapat Selasa lepas. Patutnya before majlis tu dorang nak berangkat ke Terengganu dah. Tapi aku pujuk anak sedara aku balik hari Sabtu lepas majlis. Boleh bibik ni tolong-tolong aku jap. Bagus bibik ni, pandai buat keje. Jenis dah biasa masuk dapur.



Percubaan mengambil gamba dengan berseni.
Ambik gamba pemandangan luar dari tingkap.


Kalau sesiapa follow blog ni, mesti tau selalunya meja buffet aku letak kat mana.
Tahun ni tukar position. Letak tengah-tengah dunia, depan gate betul-betul.
Atas nasihat chef pastry gitu.


Secara ringkas, ni makanan untuk open house tahun ni.
Nasik catering hujung sana, yang kitorang masak hujung sebelah sini.
Dessert tengah-tengah.


Patutnya nak beli jelly beans, coklat coin, coki-coki....last-last ni je yang sempat beli sebab lupa. Pagi tu baru berkejar ke Giant beli apa yang sempat je.


My Cookies - choc kukis yang sama macam Mak Aji tapi ni version tangan aku, hence label dia.
Scene paling best adelah bila Blogger Cik Epal ulang-alik dari meja ke meja buffet ambik kukis ni. Aku tau itu petanda sedap. Well, sape lagi nak puji. Sendirik la. Kah Kah Kah.



Hanya gamba menjadi kenangan.
Ni namanya teladan.
Len kali kalau mak dah suruh makan sikit, maka tinggalkan keje anda dan terus makan!
Nak tunggu tunggu tunggu punya pasal, tenung gamba je la penyudahnya.
Tapi takpe, mak mertua aku cakap "Nanti esok kita buat, beras ada lagi. Diana gi beli ikan aya je"


Ketupat palas and Laksa Johor.
Disebabkan laksa johor guna spagetti, itu yang aku buat terus kuah spageti bolognese. 
Senang, sekali jalan.



Masa ni baru pukul 1pm.
Like selalu, tetamu datang lepas Zohor, kalau kul 2pm tu insyallah dah penuh.
Jadi next time kalau nak makan dengan tenang, datang la 12 tepat. Boleh makan sambil tukar-tukar meja. Agaknya jiran-jiran pun dah tau trend tetamu, jadi kul 12.30 jiran-jiran dah rasmikan dulu. Bagus jugak, dapat bersembang ngan jiran. Zaman sekarang ni pesen balik keje masuk rumah tutup pintu. Pastu asal weekend semua pakat keluar jalan. Mujur la jugak kengkadang komuniti buat meeting, dapat la jumpa sembang-sembang. Kalau tak memang setahun sekali je la kot sembang ngan jiran time open house.

Ni nak mintak maaf ni ada reader and blogger yang aku tak jemput.
Insyallah next time ya. Nak jemput ramai-ramai takut tak terlayan. Sesekali jumpa nak jugak bersembang kan. Kebanyakkan yang aku jemput pun tak penah bersua muka sebelum ni, so ni je la pun masanya nak borak depan-depan. Sebab tu takleh jemput ramai-ramai, aku ni dah la blur. Kang ntah nama sape-sape yang aku sebut nanti.

Agaknya faktor usia kan, tahun ni gila malas nak ambik gamba. Ditambah lagi dengan kamera kena curi hari tu. Lagi la tak kuasa nak memikir ambik gamba. Aku mengharap gamba whatsapp dari korang yang datang je la. Ada la kot 5-6 keping yang aku snap guna henfon sendiri, tu pun kalau nampak kelibat laki aku lalu. Kalau tak, pinjam kamera korang je la. Pastu whatsapp. Jadi, sesape yang ada ambik gamba sesama tu silakanlah hantar kat aku. Aku harap gamba dari korang je ni.


Antara tetamu yang awal sampai, geng-geng sekolah En Wan. After 20 years tak jumpa, memang seronok la dorang. Aku nak join pun tak reti nak sembang apa sebab masing-masing dah bukak sleng Tganu.



Tengok la beria ke tak berianya En Wan.
Patut la seminggu ni dia dok memerap dalam bilik Redza. Aku ni heran gak dia ni ada bawak masuk Superdry baru ke, kot la kan nak merangka sale strategi taknak aku tau. Rupanya siap buat survey form bagai. Kalau aku jadi member dia, tahun depan open house aku tak datang dah. Stress okeh kena jawab soklan bagai.




Disebabkan kawan-kawan dia datang berperingkat-peringkat, jadi mana yang datang terus ambik gamba dulu kat banner ni. Nak kumpulkan semua takut tak sempat sebab raya-raya ni orang nak pegi banyak tempat. Yang best tu kan, semua ni kawan-kawan sekolah yang se-daerah kat Manir tu. Tapi boleh berkumpul rama-ramai kat sini sebab kebanyakkannya semua keje kat KL-Selangor.
Ni balik raya haji ni of cos semua pun akan balik ke sana. Memang aku bajet lagi besar gathering dorang.




Time ni dah ramai geng-geng aku pulak sampai - kawan UNIMAS, bloggers, and readers.
Kat bawah ni antara gamba yang aku dapat from them :


With Cik Epal.
Dengan dia ni aku dapat bersembang lama macam-macam topik sebab dia datang awal.


With Sukma.
Dia ni juga mekap artis.


With Ixan.
Penah menang testimoni Ephyra :)
Nampak tak objek yang aku bulatkan kat tepi belah kiri?
Tu namanya panglima.
Ko takkan nampak kat mana-mana open house anak tuan rumah berlenggeng kehulu-hilir.
Kat rumah aku je ko nampak situasi ni. 


With Asiah.
Aku penah jumpa dia ni sekali tahun lepas, kat open house rumah dia.


With Nadia Jojo.
Penah sekali jumpa bertenet kat Chilis Empire Subang.


With Mazrie Ernie.
Tokey sambal hitam Pahang.


With Abelyn (kiri aku), Puteri Manjer and Neena Anuar.
Menyesal aku berdiri sebelah Abelyn ni.
Gila melepak okeh dia ni. Memang putih selepak-lepaknya. Aku rasa dia ni punya putih macam pesen Zizie Ezzette punya putih. Gila putih! 

Aku ingat lagi a day before she left for Rome, dia jemput aku datang kenduri kat rumah dia. Aku tak dapat datang. Pastu dia hijrah ke Rome for 4 years. Ber-FB berwhatsapp macam kenal 10 tahun padahal baru kelmarin jumpa.
That is the beauty of kawan di alam maya. Tak pernah jumpa tapi dah mesra.
Yang penting henbeg tu, agak-agak dah boring pass je kat aku.


With Neena Anuar.
First time jumpa bulan puasa hari tu, ambik kuih tart.
Reader aku and dia kata muka kitorang sama.
Time open house hari tu pun, sedara En Wan ingatkan dia adik aku.


Close up sikit.
Ye, macam adik-beradik.
Size badan saja yang membezakan kami.


Bersama boifren masing-masing


With Puteri Manjer.
Dia cakap dia follow blog aku dari year 2008.
Kalau aku bagi soklan objektif pasal blog aku, ni antara yang konfem lulus kot.


 Bukan senang nak tengok muka aku penyek macam ni. 


 Dan jarang-jarang aku upload muka dengan mulut ternganga macam ni.


With Francine and Diyana Yang.
Dorang ni semua muda belia lagi. Kesian dorang kecik-kecik minda dah tercemar baca blog aku.
Dua-dua ni anak 2 sama je macam aku, tapi badan semua selim-melim.
Muka aku dah macam loyang bergamba ngan dorang ni.
Francine konfiden bergamba dengan bunga melur kat telinga hasil kutipan anak dia. Janji gojes kan?


Thank you Neena, datang bawak hadiah besday.
Malu ai. Dah 37 tahun pun dapat hadiah lagi.


Tahu tak ni sape?
Ni teacher Rayyan kat Genius Aulad.
.........dan dorang baca blog aku.
Cuak ok bila dorang cakap dorang baca blog aku. Dah la tatabahasa aku gila cantik dalam blog ni.
Sila abaikan bahasa-bahasa yang 'pelik-pelik' dalam blog ni ya teacher. Anggap je la macam tak nampak apa-apa.


The Dusty-Pink Tits.
Jangan tanya kenapa nama grup tu begitu.
Panjang ceritanya.
Tapi ni la geng-geng kat UNIMAS dulu.


Aku sabotaj banner En Wan dengan bergamba ngan geng-geng aku pulak kat sini.
Class of 1993 pun 1993 lah.


Ni coursemate, Nuds. Tapi final project dia buat tissue culture.
Aku ingat lagi dia masuk lab aku bagitau dia buat agar 5 liter, pastu esoknya semua 5 liter agar tu contaminate dengan bacteria. Time tu dia cerita sambil gelak-gelak. 5 liter contaminate dia boleh gelak! Aku anggap je la sel-sel otak dia terputus kejap time tu. Biasa la kan final project, semua stress. Kalau aku, mau aku bakar lab tu terus.


Again, En Wan buat surprise dengan hantar kiriman bouquet and kek time orang tengah ramai-ramai datang. Lebam kejap muka aku tahan malu. Tapi kan, aku tak sempat rasa pun kek tu. 


Rupanya dia bersekongkol dengan Si Helly ni untuk prepare kek aku.
Patut la En Wan beria tanya kat mana aku tempah dessert. Rupanya dia pi carik kedai and pegi sendiri tempah kek. Disebabkan aku tak sempat nak rasa satu pun dessert Helly, jadi semalam lepas beraya open house rumah orang, aku gi beli eclair and creampuff untuk sendiri makan. Sedap :)


Ni gamba gi open house semalam (Ahad).
Last kopek la kot untuk raya tahun ni, rasanya takde dah jemputan raya mana-mana next week. Jadi balun la selagi termampu. Baju nak pi makan haruslah besar. Barulah dapat enjoy the food.



Tengah-tengah makan, ada orang tegur.
Mak Kintan rupanya. Hahahaha. Jumpa jugak. Aku dah tak rajin sangat membaca blog, jadi aku tak sure blog dia ada lagi ke tak. Kalau tak salah aku blog dia ni dulu pasal food. Resepi-resepi. Rajin jogging dia ni. Kalau kat newsfeed aku tu status dia asik la run 4.5km, run 7.8km. Aku pun run jugak. RUNning out of energy la tapi.

Happy sangat open house kali ni aku dapat jumpa ramai blogger/reader yang dah penah jumpa sekali dua and baru first time jumpa. Yang ada snap gamba ngan aku, rajin-rajinkan hantar gamba kat aku ya. Aku harap gamba kat phone korang semua je ni. Insyallah ada rezeki, bila-bila buat majlis, aku kenal-kenal ngan reader and blogger yang lain pulak eh. Bila dah jumpa baru best sikit nak bersembang dalam FB. Dah jumpa depan-depan. Harapnya perkenalan ni kekal sampai ke Jannah.

Minta maaf pada yang tak dapat jemputan.
Bukan tak dapat ya, tapi belum dapat. Insyallah, panjang umur, ada rezeki lebih, kita jumpa tahun depan. Those yang datang, minta maaf kalau ada terkurang layanan and makanan. Aku rasa yang datang awal-awal je aku sempat beraya, time orang datang menderu tu aku terlupa nak beraya, main salam je. Minta maaf kalau ada salah silap sepanjang perkenalan kita dalam alam cyber ni ya. M