2014-08-10

Jihad boleh tapi tak perlu nak memberuk.


Kan?
Saje mention nama aku supaya aku bersuara kan. Haha.
Bukan tak pernah bersuara, penah.



Makin menjadi-jadi pulak kebongokkan sesetengah manusia. Nak boikot tu boikot je la. Yang ko pegi berkumpul ramai-ramai depan McD terpekik-pekik jadahnya. Tu bukan boikot. Tu namanya demonstrasi. Boikot ni tak perlu menyalak. Orang buat senyap-senyap je. Boikot ni umpama kau tak suka classmate kau, pastu kau pulaukan dia. Pulau bermaksud kau buat tak reti. Buat diam. Tu baru namanya boikot. Yang ko terpekik terlolong berumah-bertangga depan McD, pecahkan kereta yang ada sticker McD, ludah staff Starbuck, pi drive thru semata-mata nak cakap "Fuck Israel", tu bukan boikot der. Tu bongok namanya.

Nak berjihad konon tapi perangai dah serupa Israel. Series tak faham motif kau pecahkan McD, wadehel? Saling tak tumpah Zionist. Oh, pandai marah bila tentera Israel tu bunuh civilians, musnahkan tempat awam, bunuh wanita and kanak-kanak. So apa beza dengan manusia yang pecahkan McD ni? Produk McD tu yes, product Israel. Tapi restoran McD tu orang Malaysia punya. Staff yang keje kat McD and Starbucks orang Malaysia, bukan orang Israel. Kalau kau 'berjihad' dengan cara memusnahkan harta orang dan attack orang yang takde kena-mengena, maka takde beza pun kau ngan Zionis. Sumpah takde beza. Jangan nak bajet kita berjihad sangat.

Apa yang kita buat menggambarkan hati kita. Kerana hati mengawal fikiran.
Dan fikiran mengawal tindakan.
Tak payah la buat sesuatu dengan over hanya kerana nak join the 'coolness'. Tak cool pun menghina mengutuk orang yang keje McD tu. Boikot jangan beli sudah la. Yang nak perli-perli staff McD subahat membunuh segala, perangai jangan membatak sangat boleh? Cakap macam takde otak.

Senang kita nak suruh orang cari keje lain.
Senang kita nak cakap 'rezeki ada di mana-mana'. Memang la senang cakap sebab bukan kita yang ada di tempat dia. Dan menjadi lebih mudah untuk kita bercakap bila kita dah ada segalanya. Sedangkan kita sendiri tau betapa susahnya nak dapatkan keje. Jangan mudah cakap 'kat Malaysia ni banyak keje. Kalau tak, takkan pendatang asing berebut nak datang sini'. Tanya diri kita dulu. Kita nak ke keje kat site berpanas terik? Kita nak ke keje potong rumput cam bangla? Nak? Cakap memang la senang sebab pakai air liur. Aku rasa elok jugak kalau bercakap kena pakai duit. Baru nampak sikit berapa kerat je yang mampu bercakap.

Taknak beli barang Israel dah. Jangan beli. Simple kan? Yang nak bersusah-payah pecahkan cermin kereta orang dah kenapa kau? Ni dah macam perangai orang yang tak mampu beli kereta je gayanya. Biasa la kan, time-time macam ni bagus jugak ambik kesempatan. Bila lagi masa yang sesuai nak jatuhkan bisnes orang lain. Time ni la. Time ni la pun kalau nak pecahkan barang orang. Gunakan nama jihad. Hakikatnya bukan nak jihad sangat. Tapi penyakit hati.

Jihad tak penah ajar la memberuk tak tentu hala macam ni.
Jihadlah dulu pada diri sendiri.
Pelurunya taqwa dan iman.
Bunuh dulu keisraelan yang ada dalam hati tu.