2013-07-02

Projek Iqra


Ok mula-mula aku nak tanya apekan henfon yang paling sesuai untuk aku sebab temperature aku terhadap BB ni dah harus selayaknya kena kancing gigi. Sebab aku dah terlampau stressssssssssssssssss dengan BB. Patut la pagi ni henfon aku senyap semacam. Selalunya blom sampai opis lagi bertalu-talu call masuk. Hari ni senyap.

Until baca email orang tanya apesal call aku tak dapat-dapat.
Cam siapalis sangat BB ni.
Aku rasa aku dah habis bersabor dah ngan BB ni dari zaman pakai Curve, Bold 3, ni Bold 4, semuanya cam haram. Pakkal kau ada keypad. Kalau kau touchscreen only, dah lama dah aku gilis ngan batu giling.

So now aku tengah berkira-kira apekah henfon yang sesuai untuk ciri-ciri di bawah :

+ boleh buat call. Of cos la kan. Takleh buat call buat apa pakai henfon.

+ ada keypad. Oh ni mesti. Sebab aku pernah pakat HTC dulu ya ampunnnn asik menyumpah seranah je keje aku. Manjang je typo.

+ email mesti takde delay. Bangsa yang orang hantar terus zappp masuk inbox.

+ kamera. Ni mesti. Eh kata camho kan.


Tu je kot.
Yang lain-lain tak penting. Aku bukan guna pun application lain. Paling-paling pun install FB je.
Tapi kan....aku suka BBM.
Camne eh?



Ok yang ni aku nak war-warkan Projek Iqra.
Projek ni projek charity, takde hidden profit.
So now dorang dalam progress Program Shopping Raya 2013.
Projek ni bagi peluang untuk sesiapa saje yang nak menderma tak kisah korang nak bagi sumbangan duit, tenaga atau minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim, ibu tunggal, OKU and fakir miskin.

Tahun 2013 ni ada 4 buah rumah anak yatim terpilih :

Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor)
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
Rumah Gemilang, Sik (Kedah)





Kiranya objektif utama Program Shopping Raya 2013 nak bagi peluang anak-anak and ibu-ibu tunggal ni merasa kemeriahan beraya. Bukan selalu dorang dapat rasa meriah macam ni. Kita-kita ni alhamdulillah la Tuhan bagi rasa meriahnya raya tetiap tahun, dorang yang kurang bernasib baik ni nak merasa 3 tahun sekali pun agaknya payah. Aku kagum la dengan group-group yang ada inisiatif buat program macam ni. Sometimes memang perlu ada kelompok-kelompok macam ni yang gerakkan program charity. Kita yang tak berkesempatan join the group, why not kita contribute dari segi kewangan or material. Jadi masing-masing terlibat tak kisah la depan or blakang tabir.

Plannya dorang ni semua akan dibawa shopping raya ke Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana pulak akan di bawa membeli belah kat Mydin USJ. Sebak pulak baca yang dorang akan dibawa ke Tesco and Mydin untuk beli baju raya. Kebanyakkan kita mesti tak pernah terfikir pun nak shopping raya kat dua tempat ni kan?
Entry ni macam bagi penampar kat muka aku sedas.

So now how kita boleh contribute?

Ok ada 3 cara untuk kita semua menyumbang :

1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188.
Bunyik macam banyak kan? Tapi tak semestinya RM188 tu datang dari ko sorang. Ko boleh share dengan 3-4 kawan-kawan yang lain, janji nilainya RM188. Tapi kalau rasa nak bagi lebih, boleh taja 3-4 orang. Yang penting pastikan nilai tajaan tu tepat. Kalau taja 2, bank in RM376. Kalau taja 3, bank in 564. Senang grup Projek Iqra nak buat keje nanti.

2. Join the konvoi.
Boleh join konvoi Shopping Raya 2013 ni di 4 lokasi yang aku tulis tadi, sendiri pilih nak lokasi mana. Tarikh akan diumumkan kendian. Ni kira macam sumbangan dari segi tenaga. Jangan risau, takde paksaan. Tak dapat sumbang duit, kita sumbang tenaga. Sama je pahalanya, insyallah. Yang penting ikhlas.

3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang yang tau.
Ok yang ni paling mudah. Yang ada blog, sebar kat blog. Yang ada FB and twitter, up kat status atau letak link ni :

i. Yang ingin menderma : http://www.projekiqra.com/projek-shopping-raya-2013-2/ OR KLIK

ii. Yang ingin menjadi sukarelawan shopping raya : http://www.projekiqra.com/permohonan-menjadi-sukarelawan-shopping-raya-2013/ OR KLIK

iii. Yang ingin menjadi sukarelawan project iqra dan menjayakan pelbagai activity bersama anak yatim: http://www.projekiqra.com/hubungi-kami/ OR KLIK

Easy peasy!

Selamat beramal.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here