2013-06-28

Pembersihan

 

Tadi tengah drive balik dari appointment, bibik call bagitau Rayyan pi basuh tab aku.
Time tu pulak aku tengah sakit perut gila babi.
The moment aku dengar dia basuh tab aku seb baik aku tak terkencet.
Aku ni bukan boleh benda-benda terperanjat macam ni.

Selalunya memang aku bawak tab tu. nak jadikan cerita agaknya kan, pagi ni aku sakit perut balik, so kepala cam serabut sikit la mana nak pikir nak ke jamban, mana nak pikir kejar appointment, mana nak pikir ada ke tak toilet tepi jalan nanti, oii semua benda aku nak kena pikir okeh. Last-last tab tertinggal.

Yang bibik pulak agaknya nak cool down-kan aku la sebab Rayyan basuh tab aku tu.
Aku hargailah jugak usaha dia.
Tapi adekah itu membantu bila dia kata "Madam, tadi Rayyan basuh iPAD (tab)........."

Aku terus jerit "Huhhhh???!!!"

Pastu dia sambung "...tapi aku dah jemur"

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Terus rasa nak langgar divider.

Elok sangatlah gandingan dua orang ni.
Yang anak gi basuh.
Yang bibik gi jemur.
Takpe, malam kang biar aku lipat.

Si Rayyan ni memang tak pernah takde keje.
Hari-hari ada je 'surprise' yang dia buat. Aku ni pakkal takde sawan. Kalau tak agaknya dah lama berbuih-buih mulut aku melayan surprise dia. Sekarang dia dah tak usik pad-pad, spender-spender aku semua. Now dia dah naik pangkat jadi cleaner. Apa saje sangkut-paut dengan air memang dia ada dalam scene tu. Selang 5 minit cuci tangan. Macamkan pembersih sangat padahal nak carik jalan naik main air. Dulu asal abang dia mandi, dia pun nak mandi. Ada satu kali tu En Wan mandi dia nak ikut sekali. Hah kauu. Terus sampai skarang tak berani kacau orang mandi dah. Kalau bapak dia masuk shower, mencecet-cecet dia keluar. Gamaknya troma tengok objek yang dia blom dapat kenalpasti sehingga skarang. En Wan kata masa first time mandi sama tu dia cam tegak je pandang En Wan. Budak tu kalau berdiri ada la sama tinggi ngan buah En Wan tu. Mau tak pening budak tu pikir eh apa benda ni, sama tinggi lak dengan aku dia kata. Hahha.

Oh yes, semalam jugak aku menyaksikan seorang lelaki yang macho tapi perangai cam flasher sedang mengaru bijik kerandutnya di khalayak ramai, di Shell. Dia ni betul ke tak? Pakai kemain smart lagi, bawak keta bagai tapi sambil tangan isi minyak, tangan sebelah lagi mengeruk buah pelir. Dan la berdepan ngan aku je dia isi minyak. Aku selamba je sambil isi minyak sambil pandang je kelaku dia tu. Gila tak malu lansung orang lain tengah pandang dia. Nak kata buta tak nampak orang, kau bawak keta. Ke dia tengah shuffle? Kemain sedap lagi menggaru sampai terangkat-angkat kaki. Beria-ia. Aku takut tercampak je buah dia kat lantai. Spender dia ada kemuncup kot eh?

Kesian aku perasan ada 2 orang budak dalam keta lagi satu tengah melopong muka masing-masing macam nampak hantu. Hantu kote. Ada kakak naik motor dia nak benti kat belakang keta mamat tu. Dia dah bentikan moto dah pun. Pastu dia pandang je mamat tu dalam 10-15 saat, terus dia blah. Tak jadi lansung nak isi minyak. Eii..orang sakit otak ada di mana-mana.

 

Ni bukan stokist Ephyra.
Tapi ni adelah kotak-kotak Ephyra yang aku park kat rumah Mak Aji untuk dia pack-kan kukis-kukis agen. So agen-agen yang dihormati sekalian, sila jangan lupa collect kukis masing-masing pada tarikh yang telah korang sendiri tetapkan. Kalau tak ambik, aku bawak balik Tganu buat kuih raya. Pak Aji dah siap letak nombor bagai untuk elakkan jadi confuse.

Betul kan aku cakap, rumah Mak Aji dah macam kilang kukis.
Tetamu adelah dinasihatkan supaya tak payah menjengah ke dalam. Borak kat porch je sudah. Aku sendiri nak pitam masuk rumah Mak Aji. Sejak kukis ni bermula 3 tahun lepas, cenggini la gayanya rumah Mak Aji everytime nak puasa. Ni kira boleh tahan lagi. Masa first year dulu lagi cam tongkang pecah. Dengan botol bertimpa-timpa, tu belum lagi kotak-kotak tepung yang di-put-aside untuk jadi tempat nak bungkus kukis for delivery. Aku selalu je melarikan diri dari stay lama-lama kat Bangi. Singgah jap tengok apa ada kat dapur je. Dah kenyang, aku blah. Hahaha.

Ok, ni senarai agen-agen kukis. Selepas 10th, kalau sesape nak kukis, sila contact agen-agen di bawah sebab aku akan stop supply. Kalau nak kukis now pun boleh contact agen-agen ni semua. Ada antaranya yang dah collect kukis. Mana yang rasa kawasan korang tak listed kat bawah tapi agak berhampiran, try tanya agen kot-kot dorang leh hantarkan :




Kalau nak beli direct, sehingga 10 July saje, email aku : aveo757@yahoo.com




Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here