2025-04-07

Work From Home: Kenapa Company Susah Nak Bagi?

Sejak pandemik COVID-19, konsep Work From Home (WFH) jadi makin popular. Ramai yang dah terbiasa work from home. Some even think work from home lebih productive. Aku nampak kat Thread ada orang tanya pasal ni. Dia kata kenapa susah sangat company nak allow staff work from home?

Tak, now aku nak tanya. Masa mula-mula apply kerja dulu, memang agreement-nya work from home atau masuk ofis? Kalau masuk ofis, patutnya ini tak perlu dipersoalkan lagi. Menjak ramai yang work from home, tiba-tiba ramai pulak demand work from home dengan tak semena-mena. Apa tak resign je, and apply kerja kat company yang allow work from home? Ce tengok boleh dapat tak.

Dulu istilah Work From Home ni hampir tak wujud. Tapi dari experience aku, orang sales memang jarang melekat kat ofis. Every morning, aku masuk ofis kejap untuk prepare quotation atau invoice, pack barang, call customer untuk confirmkan appointment sepanjang hari tu, dan kemudian zassss by 10 am bayang aku dah takde dalam ofis. Aku gi keluar buat sales, jumpa customer, dan selalunya tak balik ofis dah. Kalau balik, maybe around 4 macam tu baru sampai ofis semula. Itupun kalau ada kerja nak buat. Kalau tak, aku terus balik rumah.

Kalau ikutkan, itu dah dikira macam work from home jugalah, sebab tak masuk ofis, kan. Bos tak kisah staff sales tak masuk ofis. Dia lagi kisah kalau sales people manjang ada dalam ofis. Kejadahnya kau duduk ofis, patutnya kau kat luar cari sales. 

Kenapa bos tak kisah?

Sebab, performance kami dinilai dengan sales target. Selagi sales target hit, bos takkan tanya kenapa kitorang tak masuk ofis. Tapi kalau kau merayap hari-hari, dari pagi santak ke petang, tapi sales tak tinggi, bersedialah muka kau kena lempar dek sales report. Memang melekat punya dia baling. 

Masalahnya, berapa ramai yang boleh buat kerja bila work from home (atau tak masuk ofis)?

Sometimes, yang beria nak work from home ni sebab nak keselesaan. Dia rasa bila WFH, tak payah bangun awal, tak perlu hadap jem, boleh kerja sambil baring, boleh kerja sambil sambil jaga anak, boleh buat kerja rumah sekali. 

Hello, work from home bukan buat kerja ofis sambil-sambil buat kerja rumah, ya. Work from home adalah kelonggaran untuk buat kerja di rumah. Masuk kerja tetap sama macam waktu ofis. Waktu rehat sama macam rehat di ofis. Habis kerja sama macam waktu ofis. Bukan bila boss call, jawab "Give me 10 minits, I tengah driving". Kejadah apa pukul 11 pagi kau tengah driving padahal kau grafik designer, bukan sales person? Kau pergi mana waktu kerja ni? 

Inilah punca kenapa company reluctant nak bagi staff work from home. Mengelat. Pastu kerja tak siap, boleh sambung esok. Padahal kalau masuk ofis, kerja tu konfem boleh siap.

Aku pernah buat post pasal ni lama dulu. Ini antara reply yang aku dapat. 

Apa dia cakap betul. WFH bukan buat kerja ofis menyambil-nyambil lipat kain, jemur baju, bagi anak makan. No. Anak tetap hantar ke nursery. Kau nak masak? Waktu lunch break tu pegi masak. Bukan pukul 11.30 pagi stop kerja kejap untuk memasak. Company bagi kelonggaran WFH supaya boleh buat kerja dengan lebih selesa tak perlu bersiap rapi macam nak ke pejabat, bukannya menyambil-nyambil buat kerja rumah!

Bab ni majikan punya perspektif lain. Majikan fokus kepada produktiviti dan kejujuran. Dalam dunia pekerjaan, not everyone has self-discipline. Itu realiti. Company (boss) sebenarnya tahu siapa yang boleh kerja secara independent dan siapa yang kalau WFH, kerja konfem tak siap. Ada pekerja memang self-motivated. Tak kisah kerja kat mana pun, dia akan siapkan kerja on time.

I tell you pasal En Wan. En Wan sebenarnya hari-hari kena masuk ofis. Ofis dia kat Putrajaya. Tapi dia hanya masuk Monday morning untuk attend weekly meeting dan Rabu malam untuk weekly performance assessment meeting. Hari lain dia takkan masuk. Awal-awal dulu, ada yang sok sek sok sek kenapa dia tak masuk ofis. Tapi dia buktikan dengan performance. Bos akhirnya tak cakap apa-apa. Because dia ada reason dan dia buktikan reason dia valid. Jadi agen mestilah buat sales and servicing client. Kenapa mesti masuk ofis?

Inilah juga konsep boss aku dulu. Boss aku masuk around 9.30-10 am. Kalau pukul 10 am dia sampai ofis nampak muka-muka sales person, dia tanya "Why are you still here?" Masaklah kau nak menjawab. Aku malas nak menjawab sebab tu awal-awal lagi aku dah cabut. Tapi every Monday sales report kena mantaplah. Barulah boss takkan question mana kau menghilang sepanjang minggu. Ini tak, kerja tak siap, sales tak hit, tapi mengongoi nak work from home. Kalau nak kelonggaran tu, kena buktikanlah dulu kau layak dapat that kelonggaran.

Ini bukan tentang memeras staff, atau lack of trust, atau tak bagi fleksibiliti, tapi soal tanggungjawab. Sebagai majikan dan juga bekas pekerja, aku nampak satu perkara. Kalau kau perform, kerja siap, dan kerja kau cemerlang, jangankan WFH, kau nak apply cuti direct dua minggu pun bos approve tanpa dakwa-dakwi. Kenapa? Sebab kau dah buktikan diri kau pekerja yang boleh diharap. 

Orang yang perform tak perlu merayu-rayu bila nak apply cuti panjang, atau nak kerja fleksibel, atau nak WFH. Sebab dorang dah buktikan yang dorang boleh bekerja dengan efektif kat mana saja. Trust is earned. Tapi ada jugak yang kerja biasa-biasa tapi demand macam dia pekerja terbaik. Yang jenis kerja cincai, meeting tak pernah bagi input, kerja slow, sales tak sampai target, tapi bila bos tak approve cuti panjang, merungut kata majikan kejam. No, bos bukan kejam. Bos cuma tak percaya sebab kau tak tunjukkan yang kau boleh diharap.  

WFH bukan hak, tapi privilege yang hanya layak diberikan kepada staff yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Kalau kau boleh tunjukkan bekerja dari rumah tak jejaskan produktiviti, takde bos yang akan kisah. Masalahnya, bukan semua staff macam ni. Ada yang bila dibagi peluang WFH, dengan performance, dengan disiplin semua meruyup. 

Meeting lambat join. Asyik bagi alasan line problem, padahal baru bangun tidur. 
Kerja lambat siap. Selama ni kat ofis boleh siapkan sehari, bila WFH jadi tiga hari.
Susah nak contact. Call tak angkat, mesej lambat balas. Entah apa masalahnya. 

Kalau kau jadi majikan dan benda macam ni berlaku, kau yakin ke nak bagi WFH to all? Trust is not given for free, but needs to be built through responsibility and work performance.

Masalah work from home ni adalah disiplin dan produktiviti. Tak semua staff boleh kerja tanpa pengawasan. Ada yang kalau depan bos, kerja laju je siap. Bila WFH, kerja bertangguh. Buat kerja pun asal siap. Asal submit. Dalam ofis, ada sense of accountability. Kalau tak buat kerja, orang lain nampak. Tapi bila WFH, siapa yang tahu kau buat kerja atau tengok Netflix?

Lagi satu, komunikasi. Even with Zoom and Google Meet, face-to-face communication is still more effective. Kadang-kadang nak selesaikan simple issue pun kena tunggu semua orang online. Payah. Brainstorming dan discussion sebenarnya lebih lancar kalau semua ada di ofis. Sebab semua present. Fokus semua tertumpu pada perkara yang dibincangkan. Bila WFH, ada banyak distraction semasa meeting tu berlansung. Akhirnya, banyak masa habis kat e-mel dan mesej yang berulang-ulang. Karang esok buat meeting masih ada yang tanya soalan semalam. Kalau kat ofis, apa-apa tak clear boleh terus pergi meja kawan untuk discuss. Tapi bila WFH, interaksi jadi kurang. Teamwork jadi susah bila semua orang sibuk dengan hal sendiri.

Dalam ofis, sekurang-kurangnya ada peer pressure untuk bekerja. Kat rumah banyak gangguan - anak-anak, pasangan, kerja rumah, TV, media sosial. Ada juga yang anggap WFH tu = cuti. Suka-suka dia nak gi Jaya Grocer kejap beli barang dapur. Some jobs simply cannot be done from home. Jadi majikan tak boleh create a system where some people WFH and others have to come into the office sebab boleh menimbulkan ketidakadilan dalam syarikat.

Tapi, aku tak nafikan ada kerja yang can be done from home without affecting productivity. Sebab tu banyak company dah mula buat sistem kerja hybrid - beberapa hari dalam seminggu kena masuk ofis, selebihnya boleh WFH. Ini sistem yang lebih adil. Tapi for this system to be successful, staff need to have a high level of responsibility. Kalau WFH buat kau makin lembab, makin banyak alasan, makin tak produktif, jangan harap company akan bagi peluang ni lama-lama. Konfem ditarik balik.

Jadi, semuanya berbalik kepada disiplin dan produktiviti. Kalau boleh perform, buktikan dulu. Especially yang buat online sales. Boleh je nak WFH. Aku pun suka. Tapi boleh tak hit target? Itu je company mintak. Kalau duduk ofis pun sales tak hit, jangan nak demand duduk rumah. Kerja kena ada result. Ini bukan soal boleh atau tak boleh WFH tapi lebih kepada bekerja dengan tanggungjawab. Kalau boleh perform walaupun WFH, company takkan kisah. Tapi kalau WFH produktiviti makin slow, banyak alasan, kerja asal siap, tak meet expectation, produktiviti merosot — kem salam.

Company bukan kejam. Bukan nak paksa staff datang ofis. Tapi company tahu siapa yang boleh dipercayai, dan siapa suka cari alasan. Sebab itu, sebelum minta WFH, tanya diri sendiri - aku ni boleh perform atau aku akan jadi liabiliti company?


2025-04-06

Hidup ni bukan semuanya tentang passion!



Best betul dengar video atas ni. Dia cerita macamana dia sebat apa saja offer kerja, yang penting ada kerja. Lain benar dengan some anak-anak muda sekarang punya mindset. Sikit-sikit tak kena dengan passion. Sanggup menganggur lama hanya kerana tak jumpa kerja yang sesuai passion. 

Dik, akak kau ni dulu passionnya nak jadi saintist. Tapi belum cukup pakar lagi masa tu. Jadi akak start dengan sales dulu.

Bak kata speaker tu, jangan terlalu idealis dalam memilih kerja. Baru graduate, pengalaman pun takde tapi nak kerja yang gaji tinggi, kerja corporate, kerja pakai suit everyday, kerja yang hanya meeting 24/7 sambil kepit file ke sana sini, kerja yang tak stress, yang tak kena marah bos, yang ada work-life balance, dan seribu satu lagi kriteria. Kalau tak jumpa kerja yang memenuhi semua syarat tu, sanggup menganggur lama sebab "aku nak kerja yang sesuai dengan minat". Masalahnya, hidup ni bukan semuanya tentang passion!

Apa yang dia cakap tu aku dah lalui. Passion aku adalah sains. Anything to do with sains, I'm in. Preferably anything to do with biology and chemistry. 

Aku interview MINT Bangi (Nuclear Technology). Dalam tu ada unit Biotech, jadi I am looking forward untuk bekerja dalam unit tu. Tapi jawapan yang aku dapat adalah KIV. Aku rasa result degree aku bagus. Aku rasa interview aku ok. Tapi tulah, KIV. Hahaha.

Cut story short, akhirnya aku join biotech sales. Di company tu ada mini lab. Mini lab tu untuk kitorang budak-budak sales test setiap new kits yang sampai. Jadi, sebelum promote pada customer, masing-masing tahu macamana nak operate that kit sebab dah cuba sendiri dalam lab. Dapatlah aku jadi "sainstist". 

Bak kata speaker tu, zaman dulu buat sales tak macam now. Now lebih mudah, segalanya online. Dulu ketuk satu pintu ke satu pintu lab. Kadang-kadang belum ketuk dah kena halau. Aku pernah kena dengan customer kat UMT (masa ni namanya masih KUSTEM). Ketuk pintu nak kenalkan diri. Baru bagi mukadimah dia suruh aku keluar.

"No! No! I don't want anything"

Gitu je dia hembus aku. Tak tahulah apesal baran sangat. Maybe ada sales dari mana-mana company buat taik. Tak pasal-pasal aku terpalit sama. But isokay. Rejection is biasa. Banyak lagi pintu aku belum ketuk. Akhirnya, UMT jadi key customer aku. Aku pernah jual more than RM1 juta hanya di UMT sahaja. 

Dalam dunia sales, rejection adalah benda paling biasa. Kau masuk ofis orang, belum sempat buka mulut, kena halau. Kau call new prospek untuk setup appointment, dia letak telefon sebelum kau introduce diri. Kau approach orang, dia buat muka menyampah. But from that rejection, I learned to improve how to speak, how to approach people, how to convince customers. Setiap kali kena reject, I learned something new. Setiap kali reject, aku akan pastikan orang yang reject aku one day akan jadi customer aku.

Tu pasal aku frust gila dengan dak-dak now yang bila kena marah sikit, terus quit. Kena reject sekali, dah give up. Kena tegur sikit, terus kata bos toksik. Belum cuba dah cakap "Saya tak pandai". Memanglah tak pandai sebab belum cuba. Ingat semua orang yang berada di mana mereka sekarang semuanya kerana passion ke? Tak. Kerana mereka mencuba!

Tengok Johnny Huang. Dia pernah terfikir nak jadi model ke? Tak. Tapi sebab kawan ajak dia try, maka dia try. Dapat. Pastu kawan suggest dia pegi audition drama sebab dia ada rupa. Berbekalkan pujian kawan tu, dia pun gi audition. Dapat. Barulah dia tahu rupanya ada bakat berlakon. Now? Satu drama dibayar USD3 million. Semuanya kerana mencuba. Padahal bukan passion pun. 

Ramai orang tak sedar, the job we do today may not be our dream job, tapi adalah platform untuk belajar dan berkembang. Tak semua orang dapat kerja terus sesuai dengan passion. Tapi kalau buat dengan sungguh-sungguh, rezeki akan datang in unexpected forms.

En Wan, dari engineer ke sales. Pernah jadi engineer 15 tahun, kemudian terjun ke business selama 7 tahun, sebelum join takaful. Now dah tahun ketiga dalam takaful. Kalau tengok surface-level, dia lompat bidang jauh gila. Dari production engineer yang kerja dalam environment teknikal, ke sales & marketing, pastu masuk takaful. 

Pengalaman as engineer banyak bantu dia buat takaful. As a production engineer, En Wan berkerja dengan data, analisis, dan sistem yang kompleks. Kerja engineering tak boleh main agak-agak, semua kena ada calculation, strategy, dan structure. 

Bila masuk GreenAard dan handle sales & operations, this skill sangat membantu because it structures sales strategies neatly. Kat GreenAard, dia bukan setakat buat sales, tapi handle team, monitor operation, jaga quality control, manage inventory, dan pastikan workflow smooth. Semua ni dia dah biasa buat masa jadi engineer dulu, cuma dulu dalam bidang production, sekarang dalam business.

Bila masuk takaful, struktur & disiplin yang sama di-apply. Takaful bukan sekadar jual produk, but must have deep understanding of financial planning and this requires a systematic mindset – something yang dia dah biasa buat bertahun-tahun masa jadi engineer kilang dulu. Dulu kat kilang dia settlekan isu-isu dalam production line. Bila dia masuk GreenAard, dia deal dengan problem sales, customer complaints, supplier issue, dan production delay. Tapi dia tak pernah panik sebab dah terbiasa troubleshoot masa jadi engineer.

Sekarang dalam takaful, mindset problem solving tu sangat membantu sebab dalam sales takaful ramai orang takut nak ambil polisi sebab banyak mitos dan salah faham. En Wan guna pendekatan yang sama – educate, explain dengan data, and provide solutions to potential clients.

Kalau client kata, "Takaful mahal sangat" – dia explain dengan kiraan sebenar. Siapa yang dah jadi client En Wan mesti tahu dia buat proper calculation with comparison sekali, betul tak?

Kalau client kata "Saya muda lagi, tak perlu takaful" – dia bagi contoh dan situasi sebenar.

Kalau kata "Takaful susah nak claim" – dia terangkan step by step macam mana claim process.

Aku sendiri tak pernah ada cita-cita nak jadi sales. Tapi sebab waktu tu, itulah peluang yang ada, aku grab. From there I learned how to talk to customers, how to deal with rejection, how to be patient, how to understand people. Waktu tu aku tak tahu kat mana Allah nak bawa aku, tapi itulah yang aku jalani dulu.

Ramai orang cakap "saya introvert, saya pemalu, tak boleh buat sales". Aku pun dulu malu nak jumpa orang, nak promote barang. Nak pulak barang biotech. Yang aku nak jumpa ni semuanya level Dr and Prof. Siapalah aku nak dibandingkan dengan dorang? Rupanya tak, ya. Dorang maybe power in knowledge tapi barang lab aku lebih power because itu product knowledge aku. Lepas aku realized benda ni, aku jadi makin yakin nak buat kerja aku.

Zaman sekarang ramai yang terlalu dimanjakan dengan cerita kejayaan kat media sosial. Nampak orang lain berjaya buat bisnes online, terus rasa nak quit kerja dan buat bisnes juga. Nampak orang jadi content creator, terus rasa nak jadi influencer. Hakikatnya, the path to success is not as beautiful as it seems. Orang yang berjaya dalam bisnes pernah lalui zaman susah. Pernah kena reject berkali-kali. Pernah menangis sebab rugi besar. Pernah tidur tak cukup sebab struggle nak survive. Tapi kau baru start kerja 3 bulan dah mengeluh. Baru kena marah sekali dah rasa nak resign. Baru kena kerja lebih masa sikit dah kata syarikat eksploit pekerja. Nak berjaya, tapi tak nak usaha lebih. Acane tu?

Satu benda yang ramai tak sedar, bila kau buat kerja yang kau tak suka, tapi kau buat dengan baik, kau sebenarnya sedang bina disiplin dan ketahanan diri. Kena faham dik, dunia ni tak sentiasa bagi benda yang kita suka. Tapi kalau kita boleh bertahan dan buat kerja dengan baik walaupun tak suka, itu skill yang berharga. Aku bukan nak kata tak boleh kejar passion. Kalau ada peluang kerja dalam bidang yang kau minat, good. Tapi kalau belum ada peluang tu, jangan bazir masa dengan menganggur lama hanya sebab nak tunggu kerja yang sesuai dengan passion.

Hidup ini tentang adaptasi. Kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Tapi kalau rajin and ready to learn, you can be successful even if you start with a job you don't like. Jangan hanya fikir kerja tu untuk cari duit semata-mata. Setiap kerja yang kita buat adalah latihan untuk sesuatu yang lebih besar di masa depan. 

Rezeki tak selalu datang dalam bentuk yang kita harapkan. Kadang-kadang Allah letak kita dalam situasi yang kita tak suka, supaya kita belajar sesuatu yang kita PERLU untuk masa depan. Jangan terlalu memilih. Akhirnya nanti kau tak pilih apa-apa.


2025-04-05

Skrip The Legend of the Condor Heroes sebenarnya di-offer kepada Johnny Huang

Mulalah aku nak meregangkan jari-jemari ni. 

Fans Xiao Zhan kat TikTok sibuk menbincangkan betapa hebatnya filem terbaru Xiao Zhan - The Legend of the Condor Heroes. Tak kisahlah bab tu. Tapi part melebih-lebih tu yang aku bengkek je baca.

Dorang kata Tsui Hark ni takkan cari pelakon calang-calang untuk berlakon filem dia. Ok this I agreed.

Pastu dorang kata lama Tsui Hark cari pelakon untuk bawa watak ni, sampailah dorang jumpa Xiao Zhan. Ok ini perlukan explanation. Kau sabajap.

*regangkan tangan dan letupkan jari-jemari*

Pertama sekali, those yang kat TikTok ni obviously bukan orang China. Mungkin juga bukan warga Weibo. Kalau dia lepak Weibo dari tahun 2022, PASTI dia tahu Tsui Hark offer skrip itu pada siapa pada mulanya.

Tsui Hark memang director Hong Kong yang sangat terkenal. Dia memang cerewet pilih pelakon. Tak ramai pelakon yang repeat berlakon dengan dia. Satu-satunya pelakon yang paling banyak berlakon dengan dia adalah LESLIE CHEUNG.

A Better Tomorrow (1986)
A Better Tomorrow II (1987)
A Chinese Ghost Story (1987)
A Better Tomorrow 3: Love & Death in Saigon (1989)
The Chinese Feast (1995)
Tri-Star (1996)

Semua cerita ni BOOM! Dalam semua tu aku paling suka The Chinese Feast.

Ok berbalik pada filem The Legend of the Condor Heroes. Orang TikTok maybe tak tahu. Tapi orang Weibo tahu.

Dari awal tahun 2022 lagi rumours ni dah keluar dan dah jadi topik perbincangan kat Weibo. Yang membincangkan pun haters-haters Johnny je. Fans tak bincang pun. Haters bitter bila Tsui Hark offer this watak pada Johnny. Tsui Hark kot! Mau tak merentan Johnny yang dapat?

Ya, dik. Skrip The Legend of the Condor Heroes sebenarnya di-offer kepada Johnny Huang. Tapi Johnny tolak because waktu ni schedule dia dah penuh. Dia tengah filming Bright Eyes in the Dark (drama), The Lost Identity (drama) and The Procurator (movie). Tsui Hark anjakkan shooting ke July 2023, tapi schedule Johnny tetap full sebab January 2023 dia dah start filming Love Song in Winter. Dan akhirnya, Tsui Hark buat casting.

Xiao Zhan was CAST to play in The Legend of the Condor Heroes. WAS CAST, ya. Read that. Bukan skrip tu dibagi kepadanya, tapi dia di-casting terlebih dahulu. Ada beza kat situ. Shooting start July 2023, Xiao Zhan dicasting pada May 2023. Dari awal 2022 dorang mencari pengganti Johnny. Lagi 2 bulan nak shooting baru dapat. That's why kat Weibo bila Xiao Zhan dipilih, tak berapa nak hype sangat because they all know he is being cast in the role. Dan netizen tahu skrip itu sebenarnya untuk Johnny. Dak-dak TikTok ni je yang tak tahu. 

Oh ada lagi satu cerita hari ni. Tak jadi aku nak berhiatus dari Weibo. Hari ni leaked satu video yang diambil pada tahun 2019. Video tu nampak Dilreba dengan Lay Zhang (Yixing) keluar makan sama on her birthday. Lelaki ni pelakon tapi selalu jadi supporting actor je sebab dia lebih kenapa menyanyi. Dia bekas ahli kumpulan EXO.

So now fans Johnny senyap-senyap makan popcorn. Kita perati je apa ALICE nak cakap pasal ni. Sebab selama ni dorang kemain lagi tuduh Johnny nak tumpang populariti Dilreba. Their Dilreba terpaling hawttt. Terpaling popular. Pastu baru-baru ni masa gambar Johnny dan sorang perempuan di Vietnam tu, ALICE jugalah yang meloncat lebih-lebih. Mintak Johnny buat statement memang selama ni takde apa-apa hubungan dengan Dilreba. Dorang nak Johnny buat statement tu supaya Johnny berhenti dikaitkan dengan Dilreba. Dorang kata "Dilreba has mentioned many times she has been single all this while"

Sekaliiiii, hari ni leaked video. Tahun 2019 tu orang dah start gossipkan Dilreba dengan Johnny. Padahal masa tu kau dah bercouple dengan Lay Zhang. Maybe Johnny tahu tu pasal Johnny diamkan je bila orang gossipkan. Maybe dia nak cover Dilreba? Atau maybe Dilreba yang minta supaya Johnny tak buat any statement? Dan maybe sebab itulah Dilreba tak buat statement penafian so that orang akan tumpukan gossip dia and Johnny so that her actual relationship tak diketahui ramai? I don't know. Yang pastinya selama bertahun-tahun ni Johnny jadi kambing hitam.

Yang best tu, semalam ni ALICE kerek sangat kata Johnny tak setaraf dengan Dilreba. Hari ni apa jadi? Lay Zhang tu dah la berlakon setakat jadi supporting actor je. EXO pun dah bubar. Jauh benau lah nak dibandingkan dengan Johnny yang A-List actor. Kahkahkah. Hambik kau! Selama bertahun-tahun korang kena kencing dengan Dilreba. Konon single, ya? Hambikkkkk.

Johnny, esok your tour Fila di Guangzhou bermula. Biarkan berul-beruk tu havoc sesama sendiri. Kita enjoyyyyyyys!


2025-04-04

Dulu vs Sekarang.

Aku tengok satu video, this speaker cakap tentang isu bully di sekolah. Dia kata kalau anak kena bully di sekolah, jangan takut nak buat report polis. Kalau sekolah lembab nak ambil tindakan, report je polis.

But this is not bukan buli yang kena pukul tu, tapi diejek.

Zaman dah berubah. Cara ibu bapa handle isu pun berubah. Dulu kalau anak kena ejek, jawapan standard mak bapak tahun 80-90an mesti, "Alah, dia gurau je".

Kalau kawan tolak kita jatuh, mak-mak dulu cakap, "Takpe, biar Tuhan balas".

Kalau nangis sebab kawan jauhkan diri, kita yang kena marah balik "Alah, benda kecil pun nak nangis. Esok kawan baliklah tu".

Mak-mak dulu, anak kena apa pun disuruh bersabar. Kena marah suruh bersabar. Semua benda kena telan je.

Sekarang? Baru kena cuit sikit, esoknya mak ayah dah ada depan sekolah, “Cikgu, saya nak tahu siapa budak yang pukul anak saya? Kalau tak settle, saya report polis!”

Baru cikgu tegur anak buat bising dalam kelas, mak ayah dah masuk WhatsApp group sekolah, “Kenapa cikgu marah anak saya? Kenapa tak tegur anak orang lain juga?”

Anak kena denda tak siap kerja sekolah pun boleh viral dekat Facebook zaman sekarang.

Kalau tengok cara mak bapak dulu, dorang lebih pasif. Maybe dorang percaya konflik macam ni tak payah dipanjang-panjangkan sebab anak ke sekolah hari-hari. Lagipun mak bapak dulu tak suka bergaduh. Menyerang sekolah bukan satu budaya di zaman dulu. Mak bapak dulu rasa segannya tinggi. Malu nak masuk campur hal anak di sekolah. Bukan jenis pergi sekolah mengadu. Dorang segan. Segan kalau orang kata anaknya lembik, sikit-sikit mengadu. Segan kalau menyerang cikgu, nampak tak beradab.

Aku tak sure kenapa mak bapak dulu sepesen. Kalau anak balik sekolah mengadu, siaplah anak tu mendapat lagi. Silap-silap lagi teruk kena kat rumah dari kat sekolah. Dorang macam ok kalau anak kena ejek, atau bergaduh, atau kena denda dengan cikgu. Macam benda tu semua lumrah. Aku tak pasti apa yang buatkan mak bapak dulu semuanya ok dengan that arrangement. Parents zaman dulu anggap dirotan, didenda, diejek, bergaduh adalah asam garam hidup. Dorang anggap itu proses membesar.

"Aku pun dulu kena rotan juga, elok je jadi manusia" - ni ayat yang selalu dorang cakap, termasuk Mak Aji. Menjadikan anak-anak kena kuat sendiri dan fikir cara nak solve our own problem. Jangan asyik bergantung kat mak ayah. Kalau orang ejek, lawan balik. Kalau tak boleh lawan, jauhkan diri. In other words, parents dulu ajar kita survive sendiri. That's why anak-anak zaman tu lebih tahan lasak dan problem solving very good. Sebab dah biasa adapt dan survive sendiri.

Aku memilih untuk tak nak berlebih-lebih dalam hal ni. Setakat kena ejek dengan kawan-kawan, pandai-pandai kau settlekan. Kalau kena denda dengan cikgu, itu salah kau. Tapi once anak aku digasak atau dibuli oleh rakan sebaya, atau seniors, aku akan cari. Tapi so far, belum ada lagi masalah ni.

Mak ayah zaman sekarang lebih cepat bertindak bila anak kena ejek, atau kena denda, atau kena marah dengan cikgu. Kalau dibuli, aku setuju mak bapak nak bertindak. Tapi kalau anak kena ejek, atau kena marah dengan cikgu, atau kena denda - aku tak rasa perlu meloncat. Parents zaman sekarang terlampau menjaga emosi anak. Tu yang kena marah sikit, mak bapak serang cikgu. Padahal anak dia tak buat homework. Kena ejek dengan kawan-kawan sebab bawa botol air buruk, mak bapak sound parents di whatsapp group. Sampaikan sekolah nak meraikan yang berjaya pun tak boleh. Buli emosi katanya. Buli psikologi. Nanti emosi anaknya yang tak dapat naik pentas tu terganggu. Maka kalau anaknya bodoh sepanjang bersekolah, anak-anak lain yang berjaya tak boleh ada majlis kecemerlangan sampai bila-bila.

Jangan terkejutlah if one day Hari Kecemerlangan dibuat tanpa jemputan ibubapa. Buat sama sendiri waktu sekolah je. Senang, tak serabut kepala kendian hari. Padahal anak-anak ok je tak naik pentas. Mak bapak yang terganggu emosi. Mak bapak jenis ni sebenarnya GAGAL semasa bersekolah dulu. Gagal menjadi student yang perform. Gagal jadi student yang mengharumkan nama sekolah. Gagal jadi student yang disayangi guru. Gagal menjawat jawatan-jawatan penting di sekokah. Bila ada anak, dorang letakkan harapan tinggi pada anak-anak untuk ganti balik peluang yang dorang tak dapat dulu. Bila anak-anaknya tak perform, semacam reflect pada mak bapak. So in order tak mahu merasa gagal, maka dia gagalkan usaha meraikan orang lain.

Masa Rayyan kat STAR dulu, kawan-kawan panggil dia TELUR. Itu dikira ejek atau gurau? Kalau aku, itu nickname.

"Ma, kawan adik panggil adik telur sebab dahi adik jendul".

Aku gelak. Aku cakap "Bila kat sekolah ada banyak nama Rayyan, yang outstanding akan dapat nickname. In your case, your dahi is outstanding jadi adiklah dapat nickname tu". Dia angguk faham.

Aku bukan apa. Nickname TELUR je kot. Bukannya menghina apa pun. Lainlah bodyshaming like panggil orang gemuk, hitam, boroi, katik atau jendul. Ini clearly bodyshaming.

Aku tak tahulah orang lain. Tapi kalau aku, ejek-ejek atau menggelarkan someone - this is not bully. Ini aku anggap biasa as long as bukan bodyshaming. Tapi ye lah, setiap orang ada tahap sensitiviti yang berbeza. What is normal for us may be painful for others. Mental health is indeed important, but sometimes parents are too sensitive dalam membesarkan anak-anak. Dorang nakkan yang terbaik, tapi dalam proses itu, they are overprotective dan terlalu mudah melabel sesuatu as "gangguan mental".

It's good that we are more aware of mental health now berbanding zaman dulu. Sebab ramai yang dulu tak tahu dorang under pressure. Tapi, bila terlalu banyak benda yang dianggap gangguan mental, akhirnya we become too sensitive to small problems. Contohnya, anak menangis sebab cikgu marah. Terus label emotional damage. Anak kena kritik dalam pertandingan. Terus kata nanti anaknya develop low self-esteem. Anak stress buat kerja sekolah banyak. Mak bapak kata nanti anaknya dapat anxiety disorder.

Look. Bukan semua tekanan itu trauma. Sometimes, it's just a normal part of life mengajar anak cara menghadapi cabaran. Bila mak bapak terlalu protect anak dari semua bentuk tekanan, akhirnya anak tak belajar untuk hadapi dunia sebenar. We called this "bubble parenting", yang mana anak dibesarkan dalam persekitaran yang terlalu selesa to the point of not knowing how to deal with problems. Kesannya anak kurang daya tahan (resilience). Bila kena kritik kat tempat kerja, kena tegur dengan bos, cepat give up. Anak tak tahu urus emosi sendiri. Bagi task yang mencabar sikit, terus down.

Bukan tak boleh protect anak, tapi biarkan dorang rasa tercabar sikit. Biar dorang handle masalah sendiri so that dorang belajar sesuatu. Bukan semua teguran, bukan semua kritikan, bukan semua denda tu mental abuse. Teguran dan disiplin tu perlu untuk membentuk karakter. Kalau anak salah, kena tegur. Kalau anak malas, kena push. Kalau anak buat silap, kena bagi dia rasa sedas. 

Cikgu marah sebab tak siapkan kerja sekolah - itu bukan trauma, itu pengajaran supaya lebih bertanggungjawab. Tak dapat naik pentas sebab tak excel dalam pelajaran – itu bukan rejection trauma, itu realiti kehidupan. Dalam hidup ada menang ada kalah. Let them learn that. Kalau semua benda dianggap abuse macam mana anak nak belajar yang hidup ini tak selalu indah?

It's true, mental health is very important. Kita tak boleh abaikan anak yang betul-betul alami gangguan mental macam depression atau anxiety disorder. Tapi dalam masa yang sama, kita juga perlu ajar tentang ketahanan mental. Support anak bila dorang benar-benar perlukan sokongan saja. Ajar anak tentang realiti kehidupan, not just providing protection. And don't be too quick to label something as "mental health issue" if it's just a life learning process.


2025-04-03

Ijazah kehidupan

Aku nampak orang share screenshot lirik lagu Malique tadi. Orang ni kata Malique seolah-olah nak membudayakan tak perlu belajar tinggi.

I is tak bersetuju.

Lirik Malique ni dalam maksudnya. Ramai boleh salah faham dan ingat dia merendahkan kepentingan pendidikan formal. Kalau betul-betul hadamkan maksud tersirat lagu tu, it is more about emphasizing that knowledge does not just come from books or classes. Pengalaman hidup, cara berkomunikasi, cara bergaul dengan orang, dan macamana kita belajar dari dunia luar - semua tu adalah ‘ijazah’ yang sangat berharga.

Tapi, adakah bermaksud tak perlu belajar tinggi? Tak. 

Lirik ni can be a motivation for us to learn as much as possible, not only in class, but also in everyday life. Sebab tu orang yang betul-betul bijak tak bergantung pada satu jenis knowledge sahaja. Dorang gabungkan ilmu akademik dengan ilmu kehidupan, pengalaman, dan kebijaksanaan berkomunikasi.

Kalau nak berjaya dalam dunia sekarang, kita kena ada both. Ijazah dari universiti penting, but without experience and social skills, susah nak pergi jauh. Zaman sekarang nak mintak kerja majikan pandang lebih dari sekadar kelulusan akademik. Nak tak nak, kena ada lebih dari tu. Sebab zaman sekarang, nak masuk universiti dah senang, asal ada duit. Jadi kalau letakkan ijazah/diploma sebagai sandaran, memang lambatlah nak dapat kerja. Sebab dah ramai orang ada kelulusan akademik sekarang. Begitu juga sebaliknya. 

Experience without solid knowledge has its limits. Jadi, kalau nak betul-betul graduate dalam hidup, belajarlah setinggi yang boleh, sambil buka mata dan hati untuk belajar dari pengalaman dunia sebenar. Maksudnya, jangan malas belajar! Kalau ada peluang, ambillah ilmu setinggi mungkin sebab ilmu tu yang akan bantu kita faham dunia dengan lebih baik. At the same time, jangan jadi terlalu book smart sampai lupa realiti kehidupan. Kena pandai balancekan antara ilmu akademik dan ilmu sosial supaya boleh jadi orang yang lebih berjaya dan berpengaruh. 

Just like Malique. Macamana dia boleh ada idea buat lirik yang deep? 
Sebab dia banyak membaca dan observe kehidupan.

Bila sambung belajar, tak kiralah di universiti, kolej, atau mana-mana, sebenarnya kita bukan sekadar kejar sijil atau ijazah semata-mata. Banyak pengalaman yang kita dapat sepanjang tempoh belajar tu yang akhirnya jadi 'ijazah kehidupan’. Lirik “ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman" - dalam konteks belajar di universiti, banyak yang kita belajar outside of the lecture hall that shape who we really are.

Bila masuk universiti, terutamanya yang duduk jauh dari family macam aku dulu, kita mula belajar untuk uruskan hidup sendiri. Aku dulu sekolah harian. Dah biasa duduk di rumah dekat dengan mak bapak. Walaupun kat rumah aku menguruskan dan mengemas rumah, bila masih dekat dengan mak bapak, rasa berdikari tu tak berapa feel sangat sebab apa-apa hal masih boleh sandarkan pada parents. Tapi bila dah masuk fasa belajar tinggi, kita kena belajar buat keputusan sendiri - dari urusan kewangan, masa, sampai ke disiplin diri. Semua ni pengalaman yang tak ada dalam buku, but are very valuable in life.

Dalam dunia akademik, kita kena banyak berinteraksi dengan pensyarah, coursemate, group team, senior, dan orang luar macam orang-orang dalam industri atau alumni. This all teaches us how to talk, negotiate, mempertahankan idea, dan membina hubungan profesional. Kemahiran macam ni sangat penting bila dah masuk kerja nanti. 

Sometimes kita boleh tengok someone yang belajar tinggi dengan yang tak, dari cara bercakap, cara memberi pandangan dan isi percakapan. Ada beza. Bukan nak pandang rendah sesiapa, tapi dari observation aku as majikan, inilah antara yang obvious ketika interview.

Dia macam ni tau. Kat uni kita banyak buat presentation, group discussion, debat, dan writing reports. Semua ni melatih kita untuk susun hujah dengan jelas, bukan sekadar cakap kosong, tapi dengan fakta dan data. Bila buat assignment atau debat, kita belajar pertahankan pendapat. Dah tentu bila mendefend idea dan pendapat, kita akan berdepan dengan kritikan dan pembetulan. Pensyarah akan komen, classmates akan bagi feedback. Bila masuk kerja nanti, semua ni jadi sangat penting. Kita jadi pekerja yang tahu cara bercakap, mempertahankan idea, dan berkomunikasi dengan baik.

Bukan nak kata orang tak belajar tinggi tu tak pandai, tapi cara dorang menyampaikan pendapat sometimes kurang tersusun, kurang yakin, atau kurang ada depth dalam isi perbincangan. Aku bercakap melalui pengalaman sendiri handle banyak interview kerja. Aku pernah interview candidates uni graduate with good skill dan candidates yang tak ada kelulusan akademik formal tapi ada pengalaman kerja. Ada beza banyak. 

Yang akademiknya tinggi, walau takde pengalaman kerja yang banyak, komunikasinya lebih tersusun bila bagi jawapan, lebih yakin, dan lebih berani berhujah. Yang takde good academic background tapi ada pengalaman kerja, bila menjawab soalan sangat santai. Jawapan pun general sangat. Kalau nak ambil pekerja yang berurusan dengan customer, lebih baik ambil yang graduates. Tapi tu lah, yang graduates pulak taknak buat kerja berurusan dengan clients/customers. Patutnya orang-orang inilah dibawa ke dunia sales sebab komunikasi skill tinggi.

Belajar di uni memang full of challenges - assignment bertimbun, exam, deadline projek, group work. Tu belum lagi melayan perangai ahli group yang lepas tangan. Tapi dari situlah kita belajar kawal emosi, susun strategi, dan deal with stress. Semua ni latihan awal sebelum masuk ke alam pekerjaan which is also full of challenges.

Banyak pengalaman yang boleh kita dapat dari aktiviti luar kelas - join clubs, associations, volunteer programs, or aktiviti luar negara. Dari situ kita asah kemahiran kepimpinan, belajar tentang budaya lain, dan faham realiti masyarakat. Ini semua pelajaran yang tak boleh didapati hanya dari kuliah semata-mata. Tapi disebabkan kita sambung belajarlah maka kita terdedah dengan peluang ni.

Kat universiti, kita akan jumpa macam-macam perangai manusia. Yang sekepala, yang buat hal sendiri, yang saiko, etc. Bila buat kerja berkumpulan, mesti ada cabaran, salah faham, atau konflik. Dari situ kita belajar untuk faham orang lain, bertolak ansur, dan cari penyelesaian tanpa bergaduh. Skill ni sangat penting especially bila dah bekerja nanti.

Kalau ada peluang belajar di universiti, jangan hanya fokus pada sijil, gunakan masa tu untuk bina kemahiran komunikasi, cara berfikir, dan cara bercakap. Sebab semua tu benda yang akan bagi kelebihan besar bila masuk kerja nanti.


2025-04-02

Selamat Bercuti Kepada Pelanggan PTPTN

Hari tu kecoh sekejapan kat FB orang dok berdebat pasal billboard PTPTN kat KLIA2 yang bertulis "Selamat Bercuti Kepada Pelanggan PTPTN".

Dia punya kecoh kat FB bukan main lagi. Bukan main merentan lagi masing-masing. Terserlah siapa yang tak bayar balik. Hahahaha.

Tak, dia gini ya. Ramai orang ada hutang. Kalau tak hutang PTPTN, ada yang hutang dengan bank. Aku pun ada hutang rumah dengan bank. Kalau esok lusa bank buat pesanan "Selamat Bercuti Kepada Semua Peminjam Loan Perumahan dengan Bank", aku tak terasa. Sebab aku bayar. The issue now, KAU BAYAR KE TAK? Kalau kau bayar, tak payahlah meloncat sangat dengan pesanan PTPTN tu. Melainkan kau tak bayarlah, tu pasal berasa panas, ye tak?

Ni lagi sorang. Dah kenapa pulak PTPTN kena carikan kerja? Abis tu kalau berhutang dengan bank tak boleh bayar balik, bank kena carikan peminjam kerja jugak ke camana? Yang tidak-tidak je pendapat korang bulan-bulan puasa ni. Tak sahur kot. Tu pasal merepek-repek je cadangannya. 

Yang benaunya, bukan takde kerja. Tapi, MEMILIH KERJA. Hutang PTPTN tu bukan kena bayar selepuk. Bulan-bulan kena bayar tak banyak mana. Kalau jadi dropshipper, mustahil tak boleh bayar hutang. Masalahnya, masing-masing nak menunggu dapat kerja yang "proper" baru nak start bayar. Kau dengarlah cakap aku. Jenis yang tunggu dapat kerja "betul" baru nak bayar ni, selalunya makin culas bayar bila dah dapat kerja nanti.

Prinsip asas dalam meminjam duit is, hutang mesti dibayar balik. Tak kiralah pinjam bank, atau pinjam duit member, atau PTPTN, konsep ni tetap sama. PTPTN bukan badan kebajikan yang bagi duit free. PTPTN is an organization yang bagi pinjaman untuk tujuan pendidikan, with an agreement that peminjam akan bayar balik selepas grad. Kau yang sign agreement tu, kan? Jangan nak amnesia. 

Oleh sebab itu, peminjam yang refuse to repay dengan alasan belum dapat kerja, adalah tak wajar. Masing-masing dah ada diploma, ada degree, pergilah cari apa-apa kerja. Kau bukan budak bodoh.  Cuba pikir macamana nak buat duit untuk bayar hutang. Apetah lagi yang galak pergi bercuti healing sana sini tapi hutang tak bayar. Ini bukan lagi tak wajar, tapi kejam.

Cari kerja bukan tanggungjawab orang lain, tapi diri sendiri. Kalau after a year graduated masih tak bekerja, the problem is not with PTPTN but with the graduates themselves. Maybe terlalu memilih kerja. Aku kadang termenung bila baca post kat LinkedIn orang-orang yang mecari kerja. Katanya dah hantar resume sampai 600 tapi takde panggilan. Seriouslah 600 application satu pun tak sangkut? Itu bermakna, kerja kosong ada. Banyak. Tapi kau yang tak dapat. So, kat sini silapnya kat mana? Pikir sendiri.

Ada banyak cara untuk dapat kerja - sama ada formal employment, business, atau part-time. Zaman sekarang, dengan adanya internet, one can generate income through various platforms, termasuk freelancing, berniaga online, atau jadi agen takaful! Company En Wan nak pakai 400 agen baru tahun ni. Tapi tulah, tak ramai yang nak mencuba. Tapi bila orang tu success, kau bitter. Trylah dulu. Tak try tak tahu.

Nak kaitkan PTPTN dengan tanggungjawab carikan kerja untuk peminjam, sangat tak masuk akal. Kalau logik ni diterima, maka yang berhutang dengan aku nak dekat 10 tahun tu pun aku kena carikan side income untuk dia so that dia boleh bayar balik kat aku? Eh, senangnya hidup kau. Takde duit, pinjam. Takde duit nak bayar balik, peminjam kena carikan kau kerja. Memang patutlah hidup kau susah sebab banyak menyusahkan orang!

Salah satu punca ramai graduate menganggur bukan sebab takde peluang pekerjaan, tapi ada sikap memilih kerja. Nak apply kerja yang gaji tinggi, kerja senang, selesa, dan sesuai dengan kelayakan akademik. Gradute engineer, nak kerja engineer saja. Graduate accountancy, nak buat kerja akaun saja. Kerja sales tak nak. Jadi agen online tak nak. Jadi agen takaful tak nak. Kau tak tahu dalam Prudential ada berapa orang engineer, berapa orang lawyer dan berapa orang accounts background yang jump into takaful business? Tapi sebab tak nampak profesional, ramai tak minat buat kerja-kerja sales macam ni.

Sepatutnya bila ada degree, tak takut buat apa-apa kerja pun. Because you have something, now hanya perlu cari pengalaman saja dulu. Kalau nak cari kerja bagus hanya bersandarkan ijazah, ramai lagi yang ada ijazah. Kau takkan larat nak compete kalau hanya ada certificate. Carilah pengalaman dulu. Ambil jawatan yang bergaji kecil, takpe. Misinya nak bayar hutang PTPTN dulu. Nanti bila dah ada setahun pengalaman, try cari kerja yang lebih baik. 

Bila ijazah + working experience, insyallah senang dapat kerja. Tak payah apply sampai 600 tempat. In the real world, ramai yang bermula dari bawah sebelum dapat post yang lebih baik. If someone really wants to pay off their hutang dan berdikari, dorang pasti akan cari rezeki dengan apa cara sekalipun.

Zaman sekarang ni, mentaliti menyalahkan pihak lain dah jadi kebiasaan. Daripada cari jalan untuk selesaikan masalah, orang lebih suka cari alasan untuk salahkan orang lain. Kalau betul ada masalah bayar balik pinjaman PTPTN, pergilah bincang dengan PTPTN untuk strukturkan semula bayaran atau minta penangguhan sementara. Benda boleh bincang. PTPTN hanya nakkan duitnya balik. Itu saja. As long as kau bayar setiap bulan, berapa pun nilainya, mesti dorang ok. 

Tapi tu lah, ramai yang pilih untuk tak nak bayar. Mati-mati nak PTPTN dihapuskan. Kau dah sedap guna duit orang tu, senang je mintak hapuskan. Dah lah tak score. Ni semua jenis yang esok kalau ahli keluarga mati, dia mintak semua halalkan hutang. Jenis ni jugaklah yang beria-ia merebut pusaka. Jenis ni jugaklah pinjam duit member meruyup tak nampak batang hidung. Patternnya sama je dorang ni.

Apa yang orang terlepas pandang, PTPTN funds are not only for current borrowers, but also for future generations. Kalau makin ramai peminjam tak nak bayar balik, PTPTN akan kekurangan dana untuk bantu pelajar baru. Ini akan effect future students yang benar-benar nak melanjutkan pelajaran tapi tak mampu. 

Therefore, every borrower yang tak bayar hutang bukan saja menyusahkan diri sendiri tapi menjejaskan peluang pendidikan orang lain. Ni namanya selfish! Esok, anak sendiri nak sambung belajar takde dana, masa tu pikirlah balik apa yang kau dah buat zaman muda. Jangan masa tu sibuk nak salahkan kerajaan pulak. Muhasabah diri sikit. Benda ni kalau tak kena kat kita, akan kena kat anak-anak. Cepat dengan lambat je. Jangan main-main dengan hutang.


2025-03-31

Kalau nak pastikan isteri dan anak-anak tak hilang tempat tinggal, MRTT sahaja tak cukup.

Hari tu ada sorang follower tanya aku "Rumah dia ambil MRTT. Kalau suami meninggal, rumah tu MRTT bayarkan. Jadi dah takde hutang lagi. Tak ambil hibah pun takpe, kan?"

Actually selepas aku explain kat dia, dia terus sign-up polisi hibah dengan En Wan. So ni aku nak share kat korang, mana tahu kot-kot ada yang ada kemusykilan serupa.

Ok, “MRTT rumah” is kepada Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT). Ini perlindungan takaful yang diambil bersama loan perumahan Islamik. Ini optional. Ada orang ambil, ada yang tak. Bila ambil MRTT, kalau peminjam mati, MRTT akan langsaikan baki loan rumah. Jadi, waris tak menanggung hutang rumah lagi sebab takaful yang settlekan loan.

There is a misunderstanding among some people yang anggap MRTT cukup untuk cover isteri dan anak-anak kalau mereka mati. Apa yang orang tak sedar, walaupun MRTT langsaikan hutang rumah, isu faraid tetap wujud. MRTT hanya selesaikan hutang rumah, bukan serah hak milik rumah. Hak milik rumah tetap tertakluk kepada faraid kerana rumah tu adalah harta pusaka si mati. Maknanya, rumah masih perlu dibahagikan ikut faraid.

Kalau rumah tu hanya atas nama suami, lepas suami mati, rumah akan jadi harta pusaka yang perlu dibahagi-bahagikan kepada waris ikut hukum faraid. Dalam faraid, mak bapak si mati ada hak dapat bahagian, bukan hanya isteri dan anak-anak. Kalau waris lain tuntut, isteri mungkin terpaksa jual rumah untuk bayar bahagian waris. Dah jual rumah, nak duduk mana? Melainkan waris sudi lepaskan hak dorang. Tapi kalau tak, isteri mungkin hilang tempat tinggal.

Kat sinilah hibah takaful menjalankan fungsinya. Sepatutnya hibah takaful ni untuk tampung perbelanjaan isteri dan anak-anak sementara dorang nak stabil hidup sendiri. Tapi kalau ada hutang si mati yang perlu diselesaikan, atau ada isu tuntutan rumah, bolehlah guna hibah takaful ni juga. Hibahb takaful tak tertakluk pada faraid. Pemberian terus kepada penerima (contohnya isteri dan anak-anak). Duit ni isteri boleh guna untuk beli semula bahagian waris lain kalau dorang tuntut hak ke atas rumah.

Jadi, kalau nak pastikan isteri dan anak-anak tak hilang tempat tinggal, MRTT sahaja tak cukup.