2014-07-18

Trend FB



Hidup kalau bergantung pada approval orang memang payah.
Ada benda yang kita boleh ikut, ada benda yang tak perlu.
Aku pun jenis yang tak berapa nak up-kan status isu semasa kat FB.
Takde keperluan pun. Biaq pi la orang nak tukar pic profile kaler hitam ke, kuning ke, hijau ke, nak update pasal MH17 5 saat sekali, biarkan. Bagus jugak, boleh aku baca. Tapi kalau tahap concern kita pada isu-isu macam ni dinilai dengan ada atau tidak, banyak atau sikit kita update pada status FB, memang tahikkkk namanya.

Sebab tu dari dulu sampai sekarang, aku malas ambik port apa orang kata. Aku memang jenis buat dek sikit. Kau nak cakap apa pun kat aku, sukati. Siapa yang lebih kenal diri kita? Adekah orang lain? Sometimes, adik-beradik pun tak berapa kenal kita luar dalam, so why bother apa orang luar nak kata. Lantaklah apa anggapan orang, kalau kita rasa anggapan dorang tu salah, buat bodo je sudah. Takkan la kerana kita tak letak hashtag #prayforMH17 pada setiap status maka kita dilabel sebagai tak perihatin. Sedihnya kau menilai keikhlasan orang dengan sosial network. Berat betul dugaan hidup akhir zaman. Senang betul nak nilai keikhlasan seseorang now ni. Tengok je FB orang tu. Insta dia. Twitter dia. Dalam masa beberapa second, masyarakat boleh menilai samada kau ni jenis penyayang, ignorant, perihatin, rajin baca Quran, isteri solehah, queen control, suami dayus, bla bla bla. Eh kisah pulak kau kan?

Bak kata kawan aku, hidup ni tak susah mana.
Yang jadi susah bila kita asik nak ikut cakap orang. Kita sebenarnya yang buatkan life kita jadi rumit sebab terlampau ambik peduli apa orang sekeliling cakap sedangkan dorang bercakap berdasarkan kapasiti dorang sebagai pemerhati padahal yang berdepan dengan situasi sebenar adelah kita.
Tak salah untuk kita dengar second opinion, tapi decision maker tetap kita. Bukan orang lain.

Dulu aku ingatkan FB ni connecting people. Rupanya fungsi dia lebih dari tu.
Dah jadi medium untuk menambah prasangka and memecah-belahkan masyarakat.
Dah jadi kayu pengukur samada kau ni bijak, solehah, kaya, miskin, jalang, mandul, ibu penyayang.
Kau tak breastfeed anak kau, salah. Kau tak tunaikan hak anak kau katanya. Macamlah aku biar anak aku kebulur.
Kau tak share status Aman Palestine, kau tak berjihad katanya.
Kalau di saat orang lain share gamba kebuluran di Syria, tetiba kau upload gamba nasik kerabu with caption "Will be having this for iftar", kau berdosa!

Come on la.
Kalau ko sama-sama join kebulur lain cerita.
Padahal ada yang sambil update status kebuluran sambil check in hotel for buffet Ramadhan. Piirahh.
Tak payah nak buat orang lain rasa bersalah sangat.

Apa-apa pun, takziah kepada family mereka yang terlibat dalam nahas MH17.