2014-07-15

Penyakit obses terhadap boifren



Cukup aku menyampah kalau time berboifren-girlfren nak pi mana-mana siap mintak izin siap cium tangan. Ni bukan kiss tangan say godbye tau. Ni jenis yang cium tangan salam raya punya style. Rasa nak hantukkan je kepala dua-dua ekor tu.

Prektis katanya.
Prektis makes perfect.
Jadi harus mula dari sekarang.

Obses dengan sayang, berbeza.
Obses ni selalunya jadi kat orang yang first time bercouple, atau bilamana pasangan dia adelah orang yang hot/glemer.
Orang yang first time bercouple memang senang dapat penyakit obses ni. Culture shock katakau.
Masing-masing masih lagi in a state of learning. Dan selalunya dorang nak buat the best. Setiap 15 minit hantar sms tanya khabar, every 1 hour call, 3 kali sehari hantar email, initial pun bertukar, kalau dulu "Di". Now "WND4eva". *PANGGGGGG*

Yang dapat balak/awek hot pun boleh tahan penyakit obses dia.
Bercouple dengan orang hot katakan.
Haruslah ada peningkatan dari segi taste dan penampilan.
Nak jaga airmuka pasangan katanya.
Padahal kau gelabah nanti balak aku kena sapu.

Selalunya orang yang dapat penyakit obses ni gunakan term "terlampau sayang". Ayat cover line namanya. Padahal kau obses.
Dek kerana "terlampau sayang" lah maka segala benda dia nak ambik tau.
Lama-lama jadi saiko.

Tu yang ada kes toreh tangan dengan nama balak/awek.
Tu semua obses punya pasal la sampai buat keje bodoh yang menyusahkan diri.

Nak buang perasaan obses ni memang boleh sangat.
Kalau cara aku dulu, aku guna kekdah "berkawan biar seribu".
Tapi orang-orang kita ni pulak suka sangat sangka buruk. Padahal dia tak tau hujung pangkal pun.
Bila nampak kita dah bercouple tapi masih lagi bersembang berkawan dengan lelaki lain, dia kata kita playgirl. Padahal bercouple tu maksudnya masih berkawan, cuma kita letakkan pakwe tu sebagai pilihan pertama. Belum tentu lagi nak dijadikan husband. So takyah la orang lain gelabah sangat.

Aku dulu, masa kata dah declare gf-bf dengan En Wan, dah kau takde kat Malaysia kan, kalau nak keluar makan mana-mana, aku keluar je ngan member-member laki aku kat universiti. Pedulik apa aku. Siap membonceng moto keluar pi Kuching sama-sama. Yang penting aku tau dalam hati aku ada sape. Orang lain nak mengata sukati. Bagi aku, berkasih biar satu, kawan boleh beribu. So, hati aku bagi kat pakwe sorang. Tapi takyah la sampai sekat diri dari berkawan ngan orang lain dek kerana nak membuktikan yang kita setia. Kalau kekal sampai jinjang pelamin takpe. Kalau putus tengah jalan, melopong. Melopong tak menyusahkan orang takpe gak. Ni kang hari-hari melalak, toreh tangan kaki lutut, makan panadol 3 papan. Dah satu hal aku nak membela biawak hidup.

Kadang-kadang dek kerana terlampau banyak tengok filem-filem cinta buatkan kita jadi lembik.
Some tend to follow filem cinta tu.
Asal bercouple je, kena setia macam nak rak.
Dah tak boleh nak keluar dengan member, dah tak boleh nak makan dengan orang lain, semua benda nak ada sangkut-paut dengan pasangan. Yang tak boleh bla, sikit-sikit cerita pasal balak dia, sikit-sikit muka artis tu macam balak dia, dengar lagu tu teringat balak, tengok cerita ni teringat balak, nampak kucing terkenang balak, nampak tempe terkenang balak (balak jawa agaknya). Semua benda kat sekeliling dia ada sangkut-paut kenangan dia dengan balak manjang. Boring gila life kau ni.

Ada setengah orang, belum apa-apa lagi dah buat akujanji nak setia hingga hujung nyawa. Ni lagi sakai. Padahal baru seminggu bercouple dan pasang ikrar hanya maut yang pisahkan kami. Muntah rainbow aku.

Obses ni apabila kita letakkan benda tu as priority berbanding perkara lain.
Bukan tak boleh, tapi kena pastikan berbaloi ke?
Kalau boifren yang belum ada sebarang ikatan tu ko obseskan and letakkan as priority seolah-olah kau takleh hidup tanpa dia, maknanya life kau ni takde apa.
Baru jadi boifren je kot.

Cukupla setakat sayang.
Obses kat boifren tu dah kategori menakutkan. Bunyiknya macam kau dah takde keje lain yang lagi penting nak dibuat selain menggentel boifren. Selisih.