2014-07-17

Kalau rasa diri tu kurang penyayang, takyah la offer diri jadi pengasuh


Tak boleh terima betul aku dengan kes pengasuh yang letakkan mitten dalam pampers baby tu. Gila pengecut. Bengang dengan mak, kau settle la dengan mak. Yang nak penaya anak tu buat apa. Nak jaga budak-budak ni bukan senang nak-nak lagi kalau diri tu bangsa kurang sabar. Budak memang la banyak karenah. Kejap-kejap nak susu, kejap-kejap berak, kejap-kejap merengek. Biasa la, nama pun budak. Kita yang dah tua ni pun kadang-kadang tak tentu pasal emo, inikan budak. Kalau rasa diri tu kurang sabar, pemalas, silakan jaga anak lembu.

Ada ke letak mitten dalam pampers, motif??
Nak bagi lubang bontot budak tu tersumbat biar jangan berak-berak?
Dasar keji.

Mana-mana mak pun takkan boleh bersabar kalau orang yang kita gajikan untuk jaga anak kita boleh buat keje acuh tak acuh. Yuran nak mahal aje, tapi anak orang jaga ala kadar. Bukannya suruh kau keluar duit beli susu beli pampers. Semua benda dah disediakan, kau tinggal uruskan je. Lagi mau berkira ke?

Even bibik aku pun, kau tak masak, kau tak sempat nak berkemas sangat pun takpe.
Kita pun paham kalau dah tinggal dengan budak-budak rumah payah nak nampak kemas. Janji jangan sampai tapak kaki aku hitam berjalan dalam rumah sendiri, tu dah cukup baik. Tolong letakkan priority kat anak-anak. Reason aku ambik bibik pun sebab anak-anak. Kalau setakat nak tolong kemaskan rumah, tolong masak, takde hal. Aku boleh buat sendiri. Kalau aku balik keje, anak-anak aku bau hancing pering, memang aku amukan.
Inikan pulak anak kita sengaja dianiaya macam kes that lady pampers anak sengaja dimasukkan mitten. Wadehelllll. Kulit baby ni lembut, kalau dah berejam mitten tu dalam pampers, tak ke berkuap pantat budak tu. Merah nanti. Silap-silap melecet. Meh sini bontot kau pulak aku sendalkan dengan berus sabut. Tengok tersiat ke tak kulit kau.

Bibik Lenny masa awal-awal keje dulu penah gak biar Rayyan berkepam dengan pampers bertaik sampai sejam. Alasan dia, biar Rayyan puas berak. Kalau tak nanti sayang rugi pampers.
Aku cakap no.
Dah terbau lain macam je, terus salin.
Dia nak berak lagi or not, itu cerita lain. Kalau ni jam dah terbau budak tu berak, walau secalit taik dia kat pampers tu, tetap salin. Jangan nak tunggu-tunggu sampai kering taik tu kat bontot. Masa Redza kecik dulu aku buat silap, aku kurang perati sangat cara bibik uruskan anak. Hujung minggu time aku basuh bontot Redza dia nangis. "Sakit ma...sakit"
Aku cuak jugak, anak aku ni kena dera ke apa kat rumah.
Bila check-check rupanya bontot melecet. Bibik aku dulu pun jenis yang sayang nak tukar pampers, biar budak berak puas-puas katanya. Nanti sekali jalan basuh. Since that time, dah jadi habit hari-hari balik rumah aku akan check bontot anak aku (time dorang masih berpampers). Sambil kelebet bontot sambil cium-cium sekali kot-kot la masih ada hawa-hawa taik. Sampai sekarang aku punya tebiat macam tu. Obses terhadap bontot anak. Now, sekilas bau kentut Rayyan je aku dah tau taik jenis apa bakal keluar. Small the pieces. *petik jari*

Tang susu panas menggelegak tu pun menyirap je aku baca.
Bibik-bibik aku dulu pun suka buat susu panas menggelegak, especially kalau travel.
Buat susu suam satu, lagi satu panas gila sampai nak pegang pun tak boleh. Alasannya, by the time dia nak minum susu nanti, susu tu masih suam-suam. Tak elok budak minum susu sejuk katanya. Perut masuk angin.
Abis, yang ko curah air panas dalam susu tu, apa ajelah zat yang tinggal. Baik ko bagi anak aku minum kopi cap kapal api terus.

Sometimes, dorang ni (pengasuh) kena dibagitau. Cara dorang jaga lain, cara kita lain. Jadi, kena bagitau. Tapi kalau dia jenis yang makan dek ajar takpe. Ni bangsa yang pantang diajar. Dia rasa dia dah in the business bertahun-tahun maka cara tu betul. Padahal parents malas nak komplen je.
Kadang-kadang parents makan ati. Dek kerana takut anak dia dianiaya maka telan je la perasaan tak puas ati tu. Janji anak ada orang tengok-tengokkan. Dulu masa Redza umur 2 tahun, sementara nak tunggu new bibik datang, kitorang masukkan Redza kat taska jugak.

Kalau nak ikutkan memang tak puas hati dengan cara jagaan.
Takde la teruk sangat pun, tapi kalau nak bandingkan dengan cara kita as makbapak jaga of cos lah berbeza. Dah nama pun anak sendiri kan. Tapi aku pejam-pejamkan mata je la, janji badan anak aku takde kesan lebam, anak aku tak berhingus all the time and anak pun seronok bila kita hantar dia ke sana. Tu dah kira petanda-petanda baik dah tu. At the same time berdoa jugak biar dapat bibik. Nak kata bibik tu jaga lebih baik pun tak jugak. But at least kita tau bibik tu hadap anak kita sorang, tak jaga sampai 5-6 anak. Secara lojik jagaan tu lebih rapi.

Spesis-spesis pengasuh yang buat keje ala kadar sabit nak dapat gaji ujung bulan je, tolongla consider carik keje lain sebelum mak bapak budak-budak ni kejekan kau. Ye, semua paham jaga anak kecik memang penat, apetah lagi kalau kena hadap 3-4 orang budak kecik sekaligus. Sebab tu kalau dah tau tak larat, jangan jadi pengasuh. Pegi jadi pembasuh pulak. Mengasuh dengan cara sendal botol susu kat dada, bedung anak sehari suntuk, buat stok susu panas dari pagi membawak ke tengahari, ewahhh senang buit duit nampak?

Jangan main-main dengan anak orang ya.
Dapat makbapak yang boleh telan apa yang ko buat, takpe.
Kalau dapat mak bapak yang jenis hayun steering lock, tak memasalllll.