2014-06-10

Taaras


Khamis lepas aku balik Tganu.
Bukan atas urusan keje tapi balik kampung. Disebabkan last month berderet travel, jadi aku ngan En Wan dah too tired. Membayangkan nak kena bawak kereta sampai 5-6 jam nak ke Tganu tu pun dah buat aku letih, so kitorang decided naik flight je la. Cepat pun cepat. Walaupun aku takut, tapi redha je la 50 minit kat atas tu. Harap-harap cuaca baik.

Balik Tganu sebab mak nak buat tahlil hari Jumaat.
Lagi senang buat tahlil Jumaat sebab rumah mak aku dekat je ngan masjid. Lepas solat Jumaat, jemaah semua datang makan kat rumah. Memandangkan kat rumah mak aku tu dah takde 'orang kuat', maka En Wan wajib balik. Mula-mula En Wan taknak balik sebab dia dah kerap sangat ambik cuti Friday bulan lepas. Tapi aku cakap kat dia, Bandung sampai, Vietnam sampai, tapi balik tahlil arwah ayah tak sampai. Tak ke tak sesuweiiii gitu?



Menjak mak duduk PH, kat rumah Tganu takde apa yang boleh dimasak.
Jadi, seblom diancam kebuluran, meh le makan dulu kat airport.
Kalau kitorang bawak keta tu lain cerita, boleh la jugak merayap ke town carik makanan kan. Ni balik naik flight, camno. Dah la En Wan tu aku suruh sewa kereta dia taknak.

"Takpe, pakai kereta Kak Long"

Last-last sangap jugak kat sana tak tau nak buat apa.
Nama pun pinjam kereta orang kan, takkan nak merayap sewenang-wenangnya.
First time aku balik Tganu tak makan A&W kat Batu Burok tau. Kecewa.


Hari tu aku makan ayam bakor je.
Konon diet la, padahal pastu belasah anak aku punya plate pulak.


Tengah sembang ngan En Wan, ada reader tegur.
Aku lupa nak tanya nama, but since dia kata dia customer Ephyra and keje as a dokter kat Muar, boleh sangat la aku detect kat database.
Sembang beria tapi nama tak tanya, cis.


First time lalu laluan ke domestic terminal, baru tau wujudnya kedai Upin Ipin.
Ya Allah, Rayyan lari tak cukup tanah bila nampak kedai ni. Depan kedai ada TV besar tayangkan VCD Upin Ipin, meloncat-loncat dia macam kena sawan Upin. Yang best tu dia boleh hafal dialog Upin Ipin dalam VCD tu. Pastu suka-suka je panggil sales kat depan kedai tu KAK ROS. Banyak la kau punya Kak Ros.


Kebetulan hari Jumaat tu ada 3-4 buat rumah buat kenduri kawen, jadi tak ramai sangat yang datang tahlil, dalam 50 orang lelaki je. Tapi kalau campur sedara-mara, anak-beranak, riuh jugak la. Dalam padsa tak ramai-tak ramai tu eh tau-tau je lauk abis.



Yang baju merah tu 'orang kuat'.
Abis siapa lagi Man of the House kan, memang dia je lah.
Hari tu dia jadi waiter, ambikkan air minum, ambikkan kuih, bla bla bla.


\
Ini cucu pertama En Wan. Nama Isabella. Panggilan Sabil. Boleh?
Anak kepada anak sedara dia (anak Kak Long). Kiranya aku dah tittle nenek la.
Mana la tau kot tak sempat tengok cucu sendiri, kita rasa la cucu orang lain dulu.
Macam iras Rayyan pun ada gak budak ni.



Sabtu, kitorang memang dah plan nak ke Redang Island.
Akhirnya sampai jugak aku kat Redang. Dulu masa bertunang, En Wan kata lepas kawen nanti nak honeymoon kat Redang. Tapi dia punya "nanti" tu sampai 13 tahun kau. Dah terkeluar anak dua dah baru aku jejak Redang. Sejak dari tu, aku dah cukup paham dengan laki aku punya "nanti". Kalau dia kata "Nanti abang nak buat kolam ikan la".....dah 8 tahun aku duduk rumah ni, bayang kolam pun tak nampak. Baldi ada la.

Itu "nanti".
Kalau dia cakap "esok" lagi aku nyampah.

"Esok abang ingat nak tambah la depan porch ni, buat bumbung terus sampai gate, pastu tukar semua tiles..bla bla bla..."

Takyah gelabah sangat la.
Dia punya "esok" tu aku jamin lagi 4 kali Deepavali blom tentu jadik.


Naik flight punya pasal, masing-masing malas nak bawak baju banyak sebab taknak beratkan beg. Taknak masuk kargo. Nak bimbit je. Pastu nak gi pulau takde baju nak pakai. Terpaksa shopping. Penyudahnya balik PH, beg penuh jugak. Siap beranak-pinak lagi.



Sepuluh kali pegi laut, sepuluh kali beli pelampung ngan goggle.



Ni lagi satu agenda tersirat En Wan.
Dia kan suka nau pedajal aku.
Plan asalnya, nak naik feri kat Syahbandar. Aku lagi suka naik feri sebab tenteram sikit. Aku leh membuta kat dalam tu. Tapi En Wan kan suka aktiviti yang menaikkan darah aku. Senyap-senyap dia tukar plan naik speedboat kat jeti Merang. Alasannya, naik feri 2 jam. Kalau naik speedboat 30-40 minit dah sampai.

Ok fine.
Tapi kitorang gerak pukul 1030am. Kalau sampai hotel pukul 1130am pun bukan boleh check in kan. Nak buat apa?
Jadi topekong siam kat lobby?

Jangan expect jeti dia macam jeti Langkawi ya.
Jeti ni jeti nelayan. Gini je rupa dia. Tapi quite busy jugak sebab ramai orang naik speedboat rupanya. Aku rasa lama-lama nanti mesti jeti ni jadi cantik.


Kitorang guna khidmat Nurul Boat Service.
Harga tiket RM340 pergi balik untuk 4 orang.


Boat dia camni la rupa.
Ok lah, kebetulan boat ni tak ramai orang. Ada satu boat tu penuh gila siap berdiri-diri lagi orang kat dalam tu dah macam bas mini.



SUMPAH AKU TAKKAN NAIK SPEEDBOAT LAGIK GI REDANG!

Tobat okeh...tobat!!
En Wan suka snap gamba aku tengah 'bertafakur' atas boat sambil nangis. Sebijik macam aku naik cable car kat Jepun hari tu. Satu boat pandang aku. Aku heran dorang ni semua tak takut ke?
Gila weiii boat tu melambung-lambung.

Masa kitorang nak gerak tu, staff Nurul Boat ada pesan kalau mandi laut nanti jangan ketengah sangat sebab now musim monsoon apa ntah. Dia kata ombak tu ganas sikit. Aku tak ter-register lansung situasi boat ni nanti sebab aku tengok air macam tenang je.

Sekali hah kauuuuuuu.
Melambung-lambung pantat masing-masing. Aku dah tak kisah apa orang nak cakap, aku dah melalak atas dalam boat tu. Memang menggila ombak dia. Aku terbayang-bayang boat ni patah dua. Series kuat!! Sampai En Wan pun terdiam la jugak. Takkan nak nangis kan, tadi dia yang nak sangat naik. Guane mung??? Hamekawwwww. Hahahahahha.

Aku rasa yang lain-lain dalam boat tu pun nak melalak cam aku tapi semua kontrol macho kot.
Balik-balik suara aku je terpekik "Allahuakbar!!!!"..."Ya Allah!!!!"...."Tolong la ya Allahhhhhh!".
Aku bajet En Wan malu dengan tebiat bini dia.
Dulik apa aku.

Boleh la pulak kat tengah-tengah laut boat terbenti. Enjin terstop kejap sebab ombak terlampau kuat.
Bayangkan dia stop kat tengah-tengah dalam kedaan ombak kuat. Redza sampai tersungkur. Memang bergoleng-goleng boat tu anytime je boleh terbalik. Masa tu memasing senyap. Satu suara pun tak dengar......except suara aku "Ya Allah..Ya Allah..tolong Ya Allah...Ya Allah...."

Mesti dorang semua syak aku seorang yang sangat beriman kan?
.......tak pun sewel.
Aku rasa kalau takde En Wan kat sebelah, mampus aku dah kena lempang.
Memekak je pompuan ni dia kata.


Nasib baik dia stop kat jeti kitorang dulu.
Staff Nurul dah bagitau driver boat tu hantar pelancong yang duduk Taaras dulu. 
Alhamdulillah, aku dah nak abis nyawa nak cecahkan 40 minit tu.
Cecah je kaki kat jeti rasa nak sujud terus. Tapi kang orang kata aku drama sangat padahal driver boat tu kata dorang penah keluar ke laut dalam keadaan ombak lagi teruk dari ni.
Just imagine camana la pendatang haram datang negara kita dengan bawak bot yang kecik, pastu sumbat seramai-ramai ada. Dengan ombak lagi. Camne la tak pecah. Aku naik boat siap ada life jaket, penumpang tak ramai pun dah rasa nak putus nyawa.


Lepak jeti sementara tunggu van Taaras datang jemput.



First time nampak boat Ambulans. Kejakunan.

En Wan dah penah sampai Redang time dia blaja Jepun dulu. Dia balik bercuti bawak kawan-kawan Jepun dia lepak Redang tapi duduk kat hotel lain. So dia memang tau Redang ni kampung nelayan. Aku ingatkan Redang ni ada hotel je semata-mata. Rupanya ada penduduk tetap jugak. Aku terpikir camne la orang yang jodohnya dengan orang Pulau Redang?? Kalau aku berlakikan orang Redang, konfem aku naik feri je.


Laluan nak ke jeti ni sangat la sempit. Kau masuk, tapi keluar kena gostan.
Kalau halfway dah gostan sekali ada kenderaan lain masuk ke jeti, sila ada tolak ansur. Kalau takde tolak ansur aku syak ramai dah yang kena tolak masuk dalam laut.


Kitorang duduk The Taaras Beach & Spa Resort.
Hotel yang sangattttttttttttttttttttttttttt mahveles!
Sape nak honeymoon, meh la duduk Taaras. Private beach yang sangat cantik.


Kitorang sampai dalam kul 1130am, as expected.
Dari jeti ke Taaras, cuma 7 minit je naik kereta/van.
95% guest kat sini foreigners, jadi staff kat sini mostly Filipinos and Pakistani.
Alhamdulillah, takyah tunggu sampai pukul 3pm, sebab bilik dah ready.
Kitorang duduk Garden Suite.


Ada kids centre.
Tapi anak-anak aku bosan kalau lepak sini, sebab dorang tak main mainan.
Dorang main tin, botol, sudip, kotak, plastik, baldi...


Cantik gila okeh beach dia.


Bar by the pool


Pool


Lobby + restaurants + gym + kedai


Hall


Room



Ni aku tepek gamba room Garden Suite untuk korang, cilok kat website. 
Kang tengok gamba anak-anak aku melambak atas katil tu tak selera pulak korang nak datang sini.

Garden Suite ni RM1400/nite, sekali breakfast.

Bilik tido luas, katil king size, siap ada hall.
Ada satu toilet kat hall, and satu bathroom kat dalam bilik. Jamban menepati piawaian aku.
Bathroom muat untuk aku empat beranak mandi jemaah.
TV pun ada dua, ini sangat-sangat penting. Sebab kalau hanya stau TV, nescaya Sabtu lepas ada sesi sentap. Samada aku yang sentap tak dapat tengok cerekarama ataupun En Wan sentap tak dapat tengok bola. Mujur ada 2 TV.


Bathroom



Ok meh sini aku bagi tips untuk korang yang nak datang ke Taaras.
Tu nampak tu map dia?

Kitorang memang book Garden Suite.
Bila dah sampai sana, aku tanya front office, Garden Suite ni kat area mana. Sebab kalau belah-belah hutan sangat, aku nak tukar. Risau aku tetiba terpacul pak panjang ke, beruk ke. Aku dah plan kalau kata aku dapat suite yang belakang-belakang, aku nak upgrade ke Ocean Front Suites.

Alhamdulillah, suite kitorang betul-betul belakang Ocean Front Suite je, Takde pandangan garden lansung. Memang nampak jelas laut. So, selamat duit aku. Sebab kalau nak upgrate ke Ocean Front Suite, kena tambah lagi RM1K. Cirit lah ok. Duduk satu malam je padahal. Lagipun kan, Ocean Front Suite tu besar dia sama je ngan bilik kitorang, cuma design lain and berdepan dengan pemandangan laut.

But, I tell you.
Sebenornya, lagi best duduk Garden Suite tapi pastikan Garden Suite kau adelah deret belakang Ocean Front Suite. Kiranya kau mintak Garden Suite yang deretan aku duduk tu.
Sebab kalau kau duduk Ocean Front, agak panas sikit waktu pagi sebab matahari pagi memancor ke arah kau. Panas berdenting okeh!! Matahari pagi skarang berbahang. Untung aku duduk belakang dorang. Teduh je.

Tapi kalau nak lagi redup, mintak la garden suite yang belakang-belakang sikit. Cuma 'kehijauan' sangat. Aku kurang gemor sikit. Kang nak bukak tingkap pun takut.

Kalau tak kisah duduk jauh, boleh pilih Garden Deluxe Room, jauh nun kat blakang, tapi takpe boleh panggil buggy kalau nak pi lobby or beach.

Kalau nak lagi gempak, duduk Cliff Sea View Studio Suite - atas bukit.
Ni cecah RM3-4K satu malam.
Tapi view cantik la. Cumanya nak pi beach jauh.


Yang aku kotakkan tu adelah Cliff Sea View Studio Suite.


Ni pandangan dari bilik aku.
Takde la jauh nau dari beach sebab kedudukan dia memang betul-betul belakang Ocean Front Suite.


Ni Ocean Front Suite.


Chicken Cordon Bleu

Apa-apa hal pun makan la dulu kan.
Lapor kot aku bertarung nyawa tengah lautan tadi.
Disebabkan kepala aku pun dah mabuk-mabuk, tak larat dah nak keluar makan kat restaurant, order je la sudeh.

Konon nak makan chicken cordon bleu, tapi cam cilanat je plate yang sampai.
Aku rasa chef dia petang tu ada masalah sikit kot.
Menu tajuk chicken, tapi yang sampai - Beef.
Pastu aku tak nampak celah mana cheese nya.
Lagi sedap Chicken Cordon Bleu kat Secret Recipe.


Wild Mushroom Soup.

Pun tak sedap sangat, maybe sebab terang-terang dia tulis WILD MUSHROOM.
Memang out.


Fish & Chips Redza


Mee goreng mamak ni jugak yang win.



Tapi that day, memang malang betul lah.
Kebetulan the nite before, Taaras ada masalah dengan wifi dorang.
Hancusssss harapan aku nak bersosialnetwork.
Macam duduk kat Pulau Jerejak rasanya takde internet, line phone pun out.
Ada la satu bar je line phone, tu pun kejap on kejap off. Nak sangat duduk private beach kan, hamekawww. Sangap.


Tegar versi cerah sikit.


Lepas makan, aku membuta sebab mabuk laut.
En Wan bawak anak-anak jalan pi tengok turtle tengah laut.


 
Ni tempat daftar untuk sesi diving.


 Pehhhh.
Gila cantik pemandangan.


 Aku ingatkan beach kat Gold Coast tu dah cukup putih, rupanya Redang jauh lebih putih.
Dah la view gila cantik, sebab kat teluk kan.
Terasa betul-betul privacy, tak share beach dengan hotel lain.


 En Wan sewa glass boat RM120 untuk 3 orang untuk tengok turtle.
Ce tengok laut dia, jernih kan?


 En Wan kata, boat ni bawak dorang ketengah sikit untuk 'kejar' penyu.
Memang area tu penyu bersidai sebab nelayan-nelayan banyak buang ikan-ikan kat situ jadi penyu melepak kat sana.


 Ni lah glass boat dia.
Boleh tengok penyu and ikan-ikan kat dalam laut.



 Nampak pun penyu dia. Siap jongkit kepala lagi.


 Ni pandangan dari glass.



 Pemandangan sekitar resort dari tengah laut



 Sambil tengok penyu, sambil bagi ikan makan.



 Seronok mamat omputih ni berenang kat tepi boat sebab budak-budak ni campak roti so ikan banyak berkumpul.


 Rayyan punya "peace" masih tiada perubahan setakat ni. Masih 3 jari.


Memandangkan kat sini 95% foreigners, memang cuci mata sesangatnya En Wan.
Takyah nak pandang sangat le bang, aku pun ada baju tu, nak aku pakai balikkkkkk???



 Setelah lebih dari sepuluh tahun aku tak mandi laut, takat cecah-cecah kaki je, last week, pecah rekod aku mandi kat Redang. Tu pun puas En Wan pujuk aku masuk laut mandi ngan Rayyan sebab dia nak snorkeling ngan Redza. Yang best tu, mandi bersama ikan and ketam. Jernih gila air dia boleh nampak ketam merayap. En Wan siap kena sepit dek ketam lagi. Padahal dia nampak dah ketam tu berjalan tapi still dia pi dekat. Kena sepit sedas tau pulak menjerit.


 Memandangkan Redza sorang je yang tau berenang, maka dia la yang paling enjoy snorkeling.
Bapak dia harap rendam-rendam muka je. Kakakakakakaaka.


 Kemain lagi aku mandi laut siap bershawl berbrooch kiri kanan bagai.
 Kau mampu?



Keluar laut, terjun pool pulak.
Yang ni aku tak join. Bukan aku tau berenang pun.


Budak ni eksyen, kolam budak tak main.
Tak cukup dalam agaknya.


Ni la suite kitorang, belah kiri tu bilik, belah kanan hall.
Jangan salah sangka, laki aku tak keluar bogel.
Cuma aku mosaickan nak bagi nampak efek sexy dan misteri. Kah Kah Kah.


Lepas Maghrib, dinner.
Aku rasa kalau nak cari warung-warung kat luar resort ni ada kot, cuma kitorang malas. Lagipun budak-budak ni kepenatan, makan kat hotel je la senang.


Budak-budak ni appetizer dorang adelah eskrim.
2 mangkuk sekaligus.


Aku punya - kambing bakor + udang sweet sour.


Aku punya jugak - cheese cake and creme brulee yang gila bahabs sedap. 
Gamba ni sekali je snap. Tapi sebenornya dua round aku bedal.


Sampai beralih tempat duduk anak aku tengok Filipinos ni nyanyi.


Aku punya lagi - kambing bakor second round, udang second round, telur mee goreng and fish fillet.


En Wan punya - itik panggang.


En Wan punya - kuih kastard jagung + cream puff



Brader ni tokey pasta.
nak apa je cakap, dia buatkan on the spot.


Spageti bolognese, aku punya jugak. Hahaha. 
Banyak kan aku makan?
Tapi kureng sedap sebab buta-buta tomato je kuah dia. Lagi sedap aku masak. 
Aku buat letak daging banyak siap ada mushroom bagai.


Chicken finger - Redza punya.



Sebenarnya dorang lagi banyak makan dari aku tapi aku je yang gila pi snap setiap plate aku makan. 
Buffet dia ok-ok je. Lagi best buffer kat Hilton Bandung.
Buffet dinner RM117/person. Redza half price.

Lepas dinner, semua pakat terbongkang atas katil.
Aku ye ye je plan nak layan cerekerama tapi kul 930pm dah padam. Aku sedar-sedar kul 230am, tengok semua dah berderet kat tepi. Ntah bila masa dorang masuk bilik aku tak tau sebab asalnya semua kat hall layan bola.

Pagi esoknya, kul 10.30 am dah check out sebab boat kitorang gerak kul 11am.
Benornya, kalau nak pi Redang tu biorlah sampai seminggu, baru puas hati. Jangan ikut cam kitorang. Kitorang ni bukan pi bercuti, pegi sebab nak cukupkan syarat sampai je. Janji dah sampai Redang. Lagipun aku tak reti la nak cuti dalam negara lama-lama. Terbayang-bayang je keje tak siap. Dah la takde wifi, sengkak kepala aku takleh baca email.


Breakfast pagi - nasik minyok.


Macam biasa, roti canai 2 keping.


Mee goreng apa ntah, gemuk sangat mee dia. Takut aku nak makan.


Pagi tu layankan kejap permintaan budak-budak ni nak merayap and mandi pool lagi.
Setengah jam je, pastu pack barang, balik.



Perjalanan balik pun lebih kurang time datang hari tu. Macam nak pecah je boat tu aku rasa.
Dah la nak keluar dari teluk tu melawan arus, lagi la melambung-lambung. Yang aku heran anak-anak aku boleh pulak tido. Sikit tak takut. Aku ni apa benda pun troma. Naik kapal terbang takut, naik boat takut. Seb baik kereta boleh, tu pun kena aku yang pegan g stereng. Orang lain bawak, aku tetap takut.

Kalau ditakdirkan sampai lagi ke Redang, aku naik feri lah kot. Tapi rasanya sekali cukup lah, aku bukan enjoy sangat beach-beach ni. Lagi suka memerap dalam hotel baca buku mentekedarah baca buku mentekedarah. Tapi kalau sesape enjoy aktiviti luar, elok la pegi.