2014-04-06

Until we meet again


Universal Wonderland ni bagus untuk orang-orang macam aku. Sebab kat sini semua game dia tak stress. Semua membawa kau ke dunia khayalan yang menyeronokkan. Tapi anak aku pulak yang boring masuk sini. Kat sini area Snoopy, Hello Kitty and Sesame's Street. Kalau anak-anak dara mesti suka tempat ni. Sebab tu aku pun suka. Sebab aku pun anak dahara.


Aku tak kenal nama awek baju biru ni, maybe suku-sakat Hello Kitty atau Snoopy.
Tapi boleh jumpa dia kat area Universal Wonderland.


Sesame's Big Drive.

Ni hanya untuk spesis bontot kiut-kiut je, Bontot kalau besar kawah jangan berangan nak naik ni. Yang bestnya, driving course ni dibuat berdasarkan real Central Park kat New York City. Sambil-sambil anak ko drive nanti boleh jumpa karakter Sesame Street kat tengah-tengah jalan. Seronok budak-budak ni kereta kena tahan ngan Big Bird.


Kitorang dah dapat peluk dah Elmo ni sebenarnya, nak tahan dia untuk bergamba.
Tapi bodyguard Elmo say sorry tak sempat dah sebab Elmo nak get ready jumpa peminat kat tempat lain pulak. Tumpang snap gamba orang lain je la.


 
Elmo's Bubble Bubble.

Tak naik pun sebab malas, nak balik dah time ni. Lalu je depan ni untuk snap gamba. Ride ni pun best jugak aku tengok. Ko akan naik Dorothy (Elmo's pet goldfish) and lalu kat buih-buih. Ada satu tempat tu nanti kau macam immersed dalam buih terus. Sebab tu dalam gamba ni nampak Elmo duduk atas buih air. Nak menggambarkan yang nanti ko pun akan lalu atas buih-buih.



Hollywood Dream Backdrop Ride

Ni kegilaan namanya.
Memang takkan jumpa muka aku beratur naik bendalah ni. Ni lah game yang paling ramai manusia beratur. Berani mati punya worang. Aku memang tak boleh la. Trebayang-bayang kerusi dia tercampak, orang terpelanting tersangkut kat rail pastu kena gilis sampai menjurai tali perut. Hoih, ngeri. Kat USJ ni, roller coaster dia dipanggil Backride sebab dia pusing dua arah. Mula-mula macam biasa, pastu nanti di laluan yang sama jugak, dia bergerak secara gostan dan laju. Muntah la kau.



Tak caya, ce tengok video ni.


 
Takat bergamba depan theater Hollywood Dream ni je la aku berani.
Masa tengah bergamba ni nampak Marilyn Monroe keluar. Tapi sebab aku dah penah bergamba dengan Monroe kat Gold Coast, jadi takyah la bergamba banyak kali. Kang balik-balik muka dia je penuh dalam album aku. Pak Aji kata Arnold (Terminator) pun ada sebab dulu Pak Aji dah penah sampai USJ. Sebab tu dia tak heran pun tak masuk kali ni. Tapi aku tak jumpa lak Arnold hari tu.




Hala nak keluar tu, singgah kedai-kedai yang ada.
Ya Allah rasa nak beli semua!! Cantik gila okeh. Lupa kejap diri dah 36, nak jugak pakai baju Snoopy. Now kat lemari aku dah macam lemari orang tua terencat akal. Penuh T Shirt katun-katun, Daffy Duck la, Minnie Mouse la, Pink Panther la...hari tu budak deliver KFC datang senyum je dia pandang aku pakai baju Elmo. Colorful lak tu. Mesti dia kata...."macam tak berapa nak masuk la kak". Tapi series, bahawasanya sesiapa yang mampu menahan dirinya dari merembat baju-baju yang bergantungan kat sini, sememangnya iman dia tebal.



Beg dah penuh dengan hasil pembelian T Shirt, dah tak mampu nak sandang. Gantung je kat stroller.
 

Kat pintu luar, jumpa lagi suku-sakat Sesame's Street.
Aku kan sebenarnya bukan suka sangat ngan set-set Sesame ni. Time kecik dulu aku cukup menyampah katun yang jenis memekak. Sesame's Street ni kan suka terpekik-pekik nyaring je suara dia, pastu serabut bising. Ntah hapa yang klaka ntah. Tapi Redza suka. Dulu, aunty aku penah cakap kalau nak blaja English dengan baik, suruh anak tengok Sesame's Street. 
Boleh la praktikkan.



Osaka Takoyaki Museum.
Tak masuk pun, masa ni tumpang berehat sebab En Wan gi beli pampers Rayyan.
Osaka ni memang home of Takoyaki bak kata omputih. Jadi, sila makan Takoyaki kalau datang Osaka. Barulah namanya visit Osaka.


Port wajib benti - Hard Rock Osaka Universal Studios.
Osaka ada 2, satu HRC USJ, satu lagi HRC Osaka. En Wan kan pantang nampak HRC meluru masuk. Jadi, aku ikutkan je la.




Salah satu gelang dia ala-ala Pandora.
Tu pun En Wan yang notice "Eh Di, macam Pandora"
Fuiyooooo laki aku pun kenal Pandora rupanya. Dia suruh aku beli gelang ni. Maleh aku. Belum datang minat lagi pada gelang rantai cincin. Harap ketidakminatan ni berkekakalan sampai mati.


Walaupun dia kategori panglima, tapi dia amat menghormati orang tua.
Masuk kedai, patung pun dia salam.



Padahal baju HRC ni bukannya cantik nau. Cam lusuh-lusuh je.
Kalau aku lama dah aku buat kain lap tingkap.
Tapi kalau dah kata minat tu kan...



Saizeriya

Saizeriya ni Italian restaurant tapi Japanese chain.
En Wan kata masa dia blaja dulu, Saizeriya ni antara favourote dorang sebab murah and sedap. But they makan only seafood. Meat Saizeriya ni dari Aussie beef, some of which process in the Halal manner, some of which do not, so takyah la makan daging.



En Wan recommend ni - seafood spageti. Kuah spagetti ni dari tomato + prawn.
Tapi tak hanyir. Boleh tahan sedap.



Pizza sotong and anchovies.
Regular, Redza belasah sorang. Habis.
Tapi Redza asingkan ikan bilis sebab dia kata ikan bilis tu manis, tak sedap.



Budak ni makan fries and coke je.



Saizeriya offer refillable drink.
Tak salah aku dulu ada fast food kat negara kita yang offer refillable drink tapi tak berapa maju sebab semua pakat beli air satu pastu bersembang berjam-jam. Pernah bukak satu kat Kajang dulu, aku lupa nama dia tapi tak sampai setahun bungkus. Aku la antara yang menyumbang kepada kebankrupkan tu. Sementara nak tunggu waktu tusyen, kitorang beli air pastu masing-masing jadi topekong siam sampai 2 jam. Dah la beli satu air kongsi 3 orang. Kalau sorang satu beli segelas tahan lagi. Pastu kekejap refill. Mana tak bankrup hamba Allah tu.



Train USJ



Walaupun paperbag ngan dia sama besar, tetap nak pegang jugak.


 
 Subway kat Shinsaibashi (subway hotel Nikko) memang best.
Tersadai kat sini 4 jam pun takpe sebab subway dah macam mall je gaya. Ce tengok desert dia. 
Kecur airlioq tak?




Mana boleh tak beli...harus beli.
Aku try jelly sakura.
Macam trifle rasa dia. Ada kek, ada stoberi, ada sakura, ada bijik teratai (kot), coklat, eskrim.

Kitorang sampai hotel around 4pm.
Lepak jap, hilangkan penat dulu. Pastu keluar balik ke Daimaru. Best best besttttt.
Ni namanya save the best for last. Hahahaah.
Again, Pak Aji and Mak Aji taknak ikut. Dorang troma kot cara kitorang berjalan. Bangsa berjalan tak reti nak stop. Dah penat sangat-sangat macam nak nangis seret kaki, baru kitorang balik. 


Bergamba depan Daimaru, berlatarbelakangkan Nikko Hotel.
Betapa dekatnya hotel aku ngan mall.


Sebenarnya Daimaru bukan agenda utama.
Tapi kitorang masuk Daimaru dulu sebelum ke destinasi sebenar.



Yah, inilah port pertama kat Daimaru - kedai coli and spender.
Brand ni AMPHI by Wacoal.

Mula-mula lalu sambil raba-raba je, pastu pusing balik raba kali kedua.
Kali ketiga aku pusing En Wan suruh aku masuk terus. Nyampah agaknya tengok cara bini bagi hint.
Cantik-cantik okeh bra and panties kat sini. Gila-gila design dia. Lace kaw-kaw. Nak tenyeh guna tangan pun tak sampai ati inikan masuk mesin. Rembat 4 pasang je dulu. Mana la tau tengah jalan kang jumpa lagi kedai bra lain. Tapi memang Amphi ni je yang paling best so far aku perati, maybe sebab dia under Wacoal so design dia nampak senonoh sikit. Aku tengok kat online jual sampai USD80 untuk bra alone, blom masuk panties. Mahal gilaaaaa. Aku beli kat sana sepasang pun tak sampai RM300. Kalau ada member-member Jepun, try kirim ngan dorang kat sana. Cheaper.



Sila bawak passport anda kemana-mana juga bila bershopping sebab boleh claim tax.
Bertambah la diskaunnya.

Kat Daimaru aku berkenan gila ngan satu tunic Versace.
Cantikkkkkkkkkkkkkkkkkk gila.
Tengok harga RM1200. En Wan racunkan aku suruh beli sebab dia dengki duit shopping dia dah nak habis, duit aku banyak lagi kat tangan dia, so dia racun aku kaw-kaw beli tunic tu. Eh sorry la ya, aku blom gila lagi nak beli baju sehelai haga sampai RM1200. Kalau henbeg ke takpela jugak. Boleh pakai hari-hari. Ni beli baju sampai RM1200, berapa kali sangat dalam sebulan kau nak ulang tayang baju yang sama? Kah kah kahh.

Shinsaibashi ni masuk dalam 10 place you must go whe you are in Osaka. Aku ada baca kat mana ntah, lupa. Sebab tu En Wan book hotel area Shinsaibashi. Ni kira main shopping area. Sebab tu bersepah Dior, LV, Prada, Fendi, Nike, Tiffany, Miu Miu, MJ, sebut je apa. Ada kat Shinsaibashi.
Tapi, kau kena pegi Shinsaibashi-suji. Ni tempat tumpuan orang and syurga membeli belah. Shinsaibashi-suji ni covered shopping street. Major stores and boutiques ada sini.




Jalan jalan jalan, ternampak Longchamp.
Honestly, aku tak penah minat Longchamp. Sebab tu brand ni belum ada dalam koleksi aku. Takde sebab jelas kenapa tak suka. Maybe belum berminat. Masa lalu depan ni aku ternampak satu beg ni Spring collection, new arrival display kat glass luar. En Wan la yang mula-mula tegur "Eh, cantik beg ni Di". Aku tak tau la dia sengaja nak racun aku ke apa, tapi beg tu pada pandangan mata aku memang lawa pun. Aku pulak memang tend to beli barang yang En Wan suka, walaupun sebenarnya aku kurang suka. 

Dalam tu ada a few ladies.
Orang Jepun ni En Wan kata jenis bergaya especially yang ada kat area Shinsaibashi ni. Memang expected la, main shopping area kot. Orang lain masuk dengan henbeg, high heels, branded trench coat segala. Yang aku, dengan sweater bodoh pink, kasut sukan, bag pack...mana la sales tu nak layan. Memang dia tak layan aku okeh! Maybe dia kata kitorang ni must be another people yang just nak window shopping belek-belek beg. Sikit dia tak datang kat kitorang tanya nak carik apa ke apa. Sampai En Wan panggil, baru dia datang.



Aku kagum tengok orang lain melancong sangat cantik dengan bag khas isi botol anak, beg khas isi pampers anak, dengan high heels, dengan boot, henbeg 2-3 bijik bertukar-tukar.. Aku, no. Aku memang selekeh. Satu bag, sumbat segala pampers, susu, telekung, air kotak Redza, biskut Rayyan, kalau boleh tapau nasik beriyani sekali masuk dalam. Senang, sekali harung jalan. And aku memang tak selesa pakai heels, kasut pengawas takpe. Tapi untuk ke Jepun ni aku pilih sport shoe biar laju sikit aku bergerak. 

Heran kan orang yang hanya layan kita bila dia rasa kita nampak macam mampu beli.
Agak-agak gaya kau selekeh, terus kau jadi tak mampu. Padahal yang kuar masuk bergaya dengan baju branded tu aku tengok takat raba-raba beg je pastu keluar. Orang-orang macam ni rupanya ada jugak kat Jepun. En Wan kata maybe kat butik-butik jenama je kot wujud orang macam ni. Padahal kau pun makan komisyen, so jangan lah kerek sangat. Aku always berpendapat, whoever yang call opis (biz aku), atau masuk ke kedai kau, itu adalah potential business. Layan je la. Apa yang susah sangat. Sometimes, yang datang ke kedai tu pun mulanya tak plan nak beli but sebab kau layan bagus, dorang terbukak hati nak beli. 


Last-last beli gak.
Spring collection, yang bunga-bunga biru kat display glass tu.


Berlatarbelakang-kan sign SHINSAIBASHI-SUJI (bulatan merah)


Glico running man.
 Percaya atau tak, Glico running man neon ni adelah trademark Osaka sejak tahun 1930an.
Aku tanya En Wan apesal Glico ni jadi trademark, tak paham.
En Wan kata takde sebab-sebab special kenapa dia jadi trademark, just that bendalah ni dah lama kat sini and dia ber-evolusi, dari hitam putih, ke kaler-kaler, pastu dia ikut tema. Kalau World Cup kaler dia lain, kalau baseball match kaler di lain pulak. Simply sebab neon ni dah lama kat sini. Tu je, Takde sejarah yang besar pun. Sampai sekarang aku stil tak paham kenapa nak jadi trademark, ramai nau orang bergamba ngan Glico ni.


Beer vending machine.
Hanya di Jepun...



Pekena takoyaki again, kat Dotonbori.
Kali ni beli 6 je, lagi 6 tapau untuk Mak Aji and Pak Aji kat hotel.
Kitorang punya Redza belasah 5 bijik, kat hotel, atuk punya dia belasah semua.
Rasukan hantu Jepun agaknya.

Lepas makan, balik hotel.
Tumpangkan budak-budak ni kat bilik atuk nenek dia, pastu kitorang berdua keluar lagi. It's tenet time!! Finally dah malam terakhir baru dapat dating.


...gi HRC Osaka pulak.



First time kat Jepun berjalan tak bawak bag pack.
Bahagia betul rasanya.


Memandangkan baju kat HRC USJ ngan HRC Osaka takde beza, pakwe aku ni tak beli apa-apa kat sini. Beli untuk Ibal je.



Kansai airport, Friday morning.
Alhamdulillah flight takde masalah, ada la jugak gegar sikit-sikit sebab kat area Vietnam cuaca buruk. Tapi cecah KLIA dalam kedaan hujan lebat gila. Cuak je aku time landing. Licin kot. Bergegar-gegar flight tu nak stabilkan kedudukan. Again, tak makan. Tak jumpa ketenangan aku nak makan kalau dalam flight ni. Tapi time balik ni ok sikit kot, at least boleh layan Brides War ngan Devil Wears Prada. 

Berapa kitorang spend untuk trip ni?
Jauh lebih murah dari amik kat travel agent.
Tima kasih kepada pemandu pelancong terchenta yang susun itinerary :)