2014-04-04

Kyoto


Dari lobby hotel nak ke train station, kena lalu mall dulu.
Mak Aji terperasan satu kedai baju label DAHLIA. Sikit punya bangga.


En Wan tengah ajar Pak Aji camne nak purchase ticket.
Tapi aku syak Pak Aji tetap tak pandai nak guna. Sebab semuanya tulisan Jepun.
Ajar aku 10 kali pun aku takkan paham.



Day 1 kat Osaka, kitorang ke Kyoto.
The whole day dari pagi sampai ke malam hujan. Tapi tak lebat.
Bertambah la sejuknya suhu hari tu. Tapi dalam train station tak pakai jacket pun takpe sebab dorang pasang heater.

Aku memang looking forward untuk visit Kyoto menjak belek-belek album lama En Wan.
Rasa macam berada kat zaman-zaman ninja and samurai.
En Wan kata Kyoto ni boleh disamakan dengan Melaka. Raja-raja Jepun dulukala tinggal kat Kyoto, so boleh imagine tak betapa historical-nya tempat ni.


Panglima ni dah pandai berdengki ngan abang dia.
Apa abang dia pakai, dia mesti nak pakai jugak.
Kat situ ada terselit 'kebaikkannya' jugak sebab kalau tak, dia taknak pakai seluar panjang and jacket ni. Rayyan ni suka pakai singlet and short. Jadi, bila dah pandai berdengki ni, apa yang abang dia pakai, dia mesti nak pakai jugak. Jadi lebih memudahkan kitorang skarang. Skang ni nak beli apa-apa untuk Rayyan, kena belikan abang dia dulu. Sebab walaupun hakikatnya dia taknak pakai, tapi kalau nampak abang dia pakai, dia eventually akan pakai. Macam jacket ni, nak beli untuk Rayyan, maka belilah untuk Redza. Cuma Redza berbulu je terpaksa jadi 'kembar' adik dia. Jangan besok awek abang kau pun kau sapu sudah.



Ni train kat Kyoto.
Train dia style lama. Beza dengan train-train tempat lain.
Memang old skool.


Aku gi sana bawak 10 sachet Ephyra, tapi aku cuma minum sekali je.
Selebihnya, panglima sapu bersih. Dia pulak yang lelebih minum Ephyra now.
Patutlah bersilat je keje dia. Extra energy gitu. Wah, promosi kauuuuu.


Minum EPIYA

Those yang tanya aku budak boleh minum ke tak, ok ni buktinya.
Budak ni adelah pengguna tegar Ephyra. Testimoni yang paling dipercayai dari dia setakat ni adelah keupayaan dia untuk berkuntau dari pagi sampai ke malam. Ni kalau ada anugerah Ephyra supporters, beliau layak menang.



Kat Kyoto ni kitorang pegi temple-temple.
Jalan nak kesana tu naik bas atau taxi. Tapi kitorang pilih bas.
Tak susah pun naik bas kat Jepun ni. Sebab tu En Wan kata, orang Jepun pangkat CEO pun takde hal naik bas gi keje sebab public transport dorang sangat reliable. Memang tepat pada waktu. Kalau 2 minit, memang 2 minit lah sampai.

Macam bas, every bus stop ada bus time checker macam ni.
Nombor-nombor 204, 205, 203, etc tu semua adelah nombor-nombor bas yang akan benti kat bus stop ni. Ada tulis siap-siap kat situ bas 205 akan pergi kawasan mana. Kat situ je dah settle masalah destinasi. Memang takkan sesat punya.

Pastu yang aku bulat-bulatkan tu adelah kedudukan bas in real time. Label kuning tu akan berganjak dari masa ke semasa bergantung kepada kedudukan bas. Jadi, kau boleh tengok bas yang kau tunggu tu now berada di kawasan mana, dan lagi berapa minit akan sampai ke bus stop. Memang efisien! Bab ni memang aku kagum dengan orang Jepun. Dorang sangat percaya dengan kemampuan driver-driver bus sampaikan berani letak bus time checker ni. Memang on time punyalah.


Driver bas pulak rajin say thank you kat semua penumpang.
Kalau aku jadi driver bas pun aku takkan say thank you kat semua 20 orang yang naik bas ni.
Tapi dorang tak. To them, being polite is crucial.


Laki aku memang cukup rajin snap gamba.
Gamba turun bas pun nak snap.


Kinkaku-ji (Temple of the Golden Pavilion)

Kalau pi Kyoto, wajib datang sini. This is one of the most popular buildings in Japan. History tempat ni bermula since tahun 1300 lagi. Memang bersejarah sangat tempat ni. Tapi tak spooky. Sebab tempat ni memang dijaga and visitors pun ramai. Hantu pun segan nak berkampung kat dalam ni.
Temple ni dulu asalnya istana sorang Shogun. Lepas dia mati dia wasiatkan anak-anak dia jadikan istana ni temple.


 
Walaupun dia adelah panglima, tapi dia kategori panglima malas berjalan. Dia nak berdokong je kat Jepun. Bila kita turunkan dia, dia bukan berjalan tapi terus bukak bunga silat.
Bila sampai waktu kena jalan, dia stop bersilat and mintak dukung. Panglima jenis apekah ni?


Itu bukan warna gold sesaje ya. Itu memang pure gold.


 Simbolik Kinkaku-ji ni adelah golden reflection kat pond tu, see the bayang-bayang? Ni gamba aku cilok kat gugel. Salah satu kenapa tempat ni jadi attraction adelah sebab reflection ni.
Kengkonon kitorang nak snap gamba biar nampak macam ni. Tapi cuaca tak cantik sebab hujan kan...



....jadi dia jadi macam ni.
Nampak la jugak reflection cuma tak sharp.
Maklumlah fotographer terer ambik gamba selfie je. Blom terer ambik gamba scenery.


Walaupun hujan, posing tetap berjalan seperti biasa. Tiada halangan.
Cuma huru-hara sikit la pose dia.



Another temple di kawasan yang sama.
Lupa nama dia.


Lagi satu attraction Kinkaku-ji ni adelah the garden design.
Kalau korang nak tengok classical age of Japanese garden design, pegi la Kinkaku-ji.
Memang cantik garden dia. Kawasan Kinkaku-ji ni sangat besar. And ada banyak kiosk jual cenderamata. Ada tempat pasang niat bagai kat dalam tu - baling syiling.


Tapi aku lebih berminat kat kiosk ni..hehehe.



Kuih tradisional Jepun.
Ni adelah kuih pertama yang En Wan bawak balik sebagai buah tangan masa mula-mula dia jumpa aku. Kuih ni kulit dia macam kuih dadar, inti dia pulak dari pelbagai jenis kacang blend. Memandangkan waktu sekarang musim bunga Sakura jadi salah satu inti kuih ni adelah dari bunga sakura. SEDAPPPPP.

Kitorang ada beli ni.
Nak rasa meh la datang rumah.

Oh lagi satu pasal Sakura bloom.
Before datang Japan ni En Wan dah buat research siap-siap waktu mana Sakura keluar.
Sebab Sakura ni tak bloom hari-hari. Waktu-waktu tertentu je, and kalau dia keluar pun cuma 7 hari. Kiranya, Sakura ni keluar 7 hari dalam setahun. Alhamdulillah, waktu kitorang datang sana, be it kat Tokyo, Osaka atau Kyoto, just on time cherry blossom (Sakura). Tercapai impian aku nak bergamba ngan Sakura. Masa kat Tokyo Disneyland pun dah ada Sakura dua tiga pokok. Tapi lupa nak ambik gamba. Kat Kyoto baru dapat bergamba.


 Ni forecast untuk Cherry Blossom this year.
Sakura tak tumbuh serentak setiap tempat, lain tempat lain waktu. Jadi, boleh check and buat estimation sendiri untuk dapatkan time Sakura. Agak rugi jugak kalau pi Japan tapi tak dapat tengok Cherry Blossom. Time aku datang ni pun Sakura baru nak keluar jadi belum penuh lagi. Kalau penuh, mesti lagi cantik.


Dari Kinkaku-ji, kitorang gerak ke Kiyomizudera Temple pulak.
Tak jauh pun dari Kinkaku-ji, tapi kena naik bas jugak la kecuali kau memang suka jalan kaki. Kemain suka anak-anak aku dapat naik bas.


Dari bus stop, kitorang daki bukit naik ke temple.
Don't worry, bukit dah cantik jalan bertar, ada gift shop kiri kanan lagi. Sepanjang-panjang jalan nak naik ke temple penuh dengan kedai, korang mesti tak sedar tau-tau dah sampai puncak. 
Visitors kat sini lagiiiiiiiiii ramai dari temple yang first tadi. And kebanyakkan yang datang sini pakai kimono. Nampak awek-awek ni tengah jalan turun dari temple, En Wan tahan untuk kitorang bergamba.



See?
Cantik je jalan naik ke puncak. Kiri kanan kedai weiiii.
Souvenir cun-cun weiiii.
Duit keluar macam air weiiii.


Rayyan ni kan dari dalam bas, sampai dah turun bas, dah daki bukit half way, dia masih lagi tido atas dukungan atuk dia. Last-last atuk kata takyah la dia naik. Kitorang je naik. Dia jaga cucu tido kat bawah. Pandai bapak aku pilih port. Depan kedai eskrim.


Dah sampai :)
Hujan-hujan pun visitors tetap ramai. Macam takde apa je.


 Dapat gak bergamba dengan cherry blossom sakura. Suka suka suka!!
Japan ni ada a wide variety of cherry blossoms (sakura), tapi yang paling popular sakura jenis Somei Yoshino. Somei Yoshino yang petal putih pink. Very pale color. Tapi cantik. Pokok nampak putih je dari jauh. Yang aku bergamba ni Sakura jenis Shidarezakura. Petal dia lebih tebal and warna pink terang.


Baca sendiri.


Kiyomizu-dera ni tak menggunakan a single nail pun dalam pembinaan dia. Macam salah satu istana lama kat Malaysia ni pun ada yang tak guna paku kan?
And temple ni ada history dia. 
Zaman dulu, dorang ada tradisi melompat dari stage ni. Kalau sesape yang survive melompat dari ketinggian 13m, their wish would be granted. Tapi skang dorang dah stopkan tradisi tu sebab ada yang mati.


Masa aku datang ni some parts of the temple tengah renovate.
Rasanya by end of this year dah betul-betul cantik.



Otowa waterfall.

Memula aku pelik gak apesal la dorang ni tadah air hujan. Pastu minum. Rupanya bukan tadah air hujan. Tapi memang temple ni ada 3 channel waterfall. Kepercayaan dorang, this waterfalls ada wish-granting powers. So sape nak doa dia dikabulkan, tadah air tu and minum sambil pasang niat.



Kat area pond ni sakura lagi banyak. 
Tapi time ni belum banyak betul. Kalau semua tumbuh mesti lagi cantik.
Yang berpayung tu ibu segala sakura. Pink, dan sangat 'mekar' sekali. Mekar selambak namanya.

Lepas dah berposing macam-macam gaya, kitorang turun balik ke port Pak Aji. Tapi apa-apa hal singgah dulu kedai beli apa-apa yang patut. Aku sampai kat port Pak Aji, panglima tu masih belum bangun. Gamaknya cuaca sejuk, sedap untuk membuta. 

Patutnya ada satu lagi tempat nak pegi.
Masa aku tanya En Wan pasni nak gi mana, dia jawab GIONG. Aku terfikir-fikir mana ada tempat kat Jepun ni yang ending-nya NG?? Rupanya GION. En Wan kata Gion ni the only geisha district left in Japan. Kat Gion banyak restaurant ekslusif and teahouses yang purposely dibina dengan kayu. Dorang purposely setup this place menyerupai panorama zaman-zaman dulu where the pelayan-pelayan restaurant and bar semuanya geisha. Tapi tak sempat nak pegi sebab just ada dua jam left untuk solat Zuhur-Asar.


Kalau naik bas konfem tak sempat, so kitorang naik taxi dari temple ke station shinkansen. Dari situ naik shinkansen ke satu station yang aku lupa apa nama dia, untuk ke Kobe. Excited nampak taxi sebelah letak iklan Visit Malaysia 2014. Taxi kat Jepun ni mahal. Masuk je, dia start dengan 700 yen (approx RM20) terus. Pastu yang best, pintu dia bukak and tutup sendiri. Kau takyah susah-susah nak bukak pintu time keluar, kau bayar je tambang terbukak la pintu tu nanti.


Solat Zuhur-Asar and Maghrib terus kat Masjid Kobe.
Ni lah masjid pertama di Jepun.


Masjid lama, jadi decoration pun style lama jugak.
Ruang solat wanita ada kat tingkat atas, sama macam Masjid Tokyo. Tapi aku tak snap sebab kebetulan masa aku solat tu ada 2 family dari Indonesia bersolat sama. Segan aku nak snap-snap gamba. Tetiba tau segan kan. Masa Maghrib, dapatlah 2 saf kat ruangan lelaki. Kebanyakkannya orang Pakistan.


Ni En Wan snap gamba keadaan Masjid Kobe time WW2. Masjid ni survived the air raids.
Tahun 1995, Kobe gempa bumi. Masjid ni jadi shelter untuk ramai orang termasuk rakyat Jepun sebab this is the only building yang tak tumbang. 


 
Kalau ada duit lebih, jom derma untuk pembinaan Masjid Kagoshima.
Buat masa skarang, cuma ada 2 je masjid kat Jepun ni.
Yang lain masjidnya cuma rumah-rumah kedai. So dorang dalam usaha nak membina new masjid.


 
Nak carik makanan halal kat negara orang sangat senang. Cariklah masjid, konfem jumpa halal restaurant. Depan masjid Kobe ni ada groceries shop jugak. Mak Aji ngan Pak Aji seronok memborong. Biskut je pun. Padahal boleh je beli biskut-biskut lain tapi rasa cam tak secure selagi bukan dibeli dari kedai halal. 


 
Kat deretan groceries ada satu kedai Pakistan - Naan Inn nama dia.


 Kau tengok sape datang makan sini??
Terharu Uncle Pakistan ni Siti datang makan.
Ntah dia kenal ntah tak.


 
 Kitorang order 2 jenis nasik - nasi beriyani and nasi putih.
Nasi beriyani ni best gila. Tak tipu. Memang sedap. Orang pure Pakistan yang masak, mau tak sedap?


 Tandoori, macam biasa.


 Disebabkan aku dah makan naan yang best kat Raj Mahal, serta-merta naan ni jadi tak best.
Bukan tak sedap, tapi kalau nak banding dengan Raj Mahal, yang ni jadik tak berapa sedap. Padahal naan ni sama je ngan naan yang aku selalu bedal kat Anwar Maju.


 Lepas dinner, sambung jalan lagikkkk. Selagi kepala lutut ni tak tertanggal selagi tu kita jalan.
Now kat Kobe Harbor Land. Dari Kobe station, just 5 minit je jalan kaki.



 Masih hujan, dari pagi santak ke malam. Tapi hujan pun hujan la. Aku redah jugak.
Kobe Harborland ni tempat En Wan usha-usha awek Jepun zaman-zaman muda dulu. Ni kira dating spot dan juga tempat shopping. Selalu orang pi sini untuk shopping and also sightseeing. Dari port ni boleh nampak Kobe tower.

 

Aku perasan kat Jepun, En Wan rajin buatkan aku teh O ais. Sampai je hotel, dia terus basuh botol susu Rayyan, masak air, isi thermos, buatkan 2 gelas teh o ais, satu untuk aku satu untuk dia. Tak tau pesal baik nau. Baru blaja buat teh ke apa. 
Tapi tu la kan, orang lelaki kalau buat keje. Buat teh pun dalam toilet.

Malam ni terjadi satu kejadian dalam bilik air.
Aku mandi. Biasa la kalau mandi air panas mesti cermin berwap. Alih-alih ada tempat kat tengah-tengah cermin tak berwap, yang lain semua berwap. Ok cuak.
Pastu kan, slowly, aku nampak ada dot dot dot membentuk muka katun (muka orang).
Terus panggil En Wan.

En Wan pun sebenarnya macam puzzled, tapi dia cuba bertindak cool sebab bini jenis menggelabah. Pastu aku Isyak jap. Masa nak menadah tangan berdoa, dengar En Wan tanya Redza yang tengah mandi "Ni sape conteng ni? Redza eh?"

Redza cakap bukan dia conteng.

Terus tak jadi aku nak berdoa. Distracted betul.
Rupanya the dot dot dot tadi dah berubah jadi clear line and membentuk muka katun yang sangat jelas. Aku pandang En Wan, En Wan pandang aku. Cuak gila hoih. Terpikir gak mana la tau tadi siang asik kuar masuk temple, ntah-ntah hantu ninja ikut kitorang balik. Lama pastu ntah apa yang En Wan investigate, dia cakap mungkin detergent yang housekeeping guna untuk lap cermin tu tak betul-betul dibasuh. Jadi bila wap air kering, dia akan tinggalkan kesan. Maybe housekeeping ada main-main conteng cermin siang tadi masa kemas bilik air. Aku harap ini bukan spekulasi.