2014-03-29

Day 1 Japan - Tokyo


Jumaat 22 Mac, pukul 11.50pm, kitorang gerak ke Osaka, MH052.
Tapi pukul 4.30pm aku belum pack apa-apa lagi. Semorang punya barang dah ada dalam bag sejak hari Isnin. Aku je lengah-lengah. Kalau nama kena naik kapal terbang ni, memang takde de aku nak excited walaupun aku yang gatal gi book trip to Japan ni. Nak-nak lagi kes MH370 masih lagi fresh, lagi la aku cuak. Trip ni, pegi sekali ngan Mak Aji and Pak Aji. Ni pun kes kena paksa ngan aku. Aku paksa jugak dorang ikut sebab sana tengah musim sejuk kan, so takde la berlengas kalau nak berjalan.

Kul 8.15pm, aku empat beranak gerak dari PH naik taxi. Mak Aji and Pak Aji gerak dari Bangi, Ibal hantar. Beg nak pegi ni macam biasa la, tak penuh sangat. Memang sengaja dikosongkan sebab aku macam dah boleh bajet beg ni akan padat time balik nanti. Makanan pun tak banyak bawak, just bawak maggi in a cup dalam 6 ketul, pastu serunding, telur masin and makanan untuk budak-budak ni - yang akhirnya telur masin pun habis 2 bijik je, serunding lansung tak makan, maggi siap buang lagi kat sana. Cuma makanan budak-budak ni je yang habis. Sepatutnya memang kena ikut cakap En Wan - TAK PAYAH BAWAK MAKANAN. Sebab dia kata dia tau nak carik makanan kat mana. Tapi aku kan degil. Nak jugak bawak telur masin serunding segala.


 

Alhamdulillah, flight ok.
Takde gegar-gegar lansung. Cuaca pun ok. Panglima pun tido sepanjang perjalanan, jadi takde la aku bersilat kat atas tu. Aku ye ye je telan ubat selsema konon nak kasik ngantuk la. Harammmmm. Takat tido-tido ayam je. Fobia aku ni mengatasi segala-galanya. Ko bagi aku ubat selsema besar penumbuk pun belum tentu boleh bagi aku bertenang-tenang kat atas tu. Tapi trip kali ni kira ok la sebab time breakfast aku at leats boleh habiskan roti walaupun the rest of the food tak bersentuh. Oh, by the way, sebut pasal food MAS ni, tetiba teringat kes dua orang chef yang maki hamum MAS pasal makanan. Pelik gak sebab makanan yang aku dapat ok la pulak. Pagi tu tray aku ada :

omellete with chicken sosej
stoberi yogurt
bun with butter and jam
assorted fruits
orange juice
plain water
black tea.

Ok la tu.
Berapa banyak pun kau nak mentekedarah dalam  satu tray?
Mak Aji and Pak Aji pilih chicken sandwich yang sangatlah besar.
Silapnya aku tak snap tray aku sebab henfon aku dalam beg kat cabin.



Solat subuh dalam flight.
Boleh solat kat belakang kat tempat dorang simpan makanan.
Pak Aji lagi selamba, siap mintak pinjam sliper pramugari lagi.

Sampai Kansai Airport pukul 6.30am.
Alhamdulillah, smooth landing.
Reason masuk Kansai instead of Narita adelah sebab En Wan kata Kansai Airport lagi cantik.
Tu je reason dia kenapa masuk Kansai.
Yep, memang cantik pun. Macam nak landing atas laut je aku tengok dari tingkap. Seriau.


MH052



Batman muka baru bangun tido.
Disebabkan dia sorang je tak reti-reti bangun or breakfast, maka dia kena bawak sendiri breakfast yang dibungkus.




Keadaan airport Kansai kat imegresen.
Sangatlah padat.
Maybe Kansai bukan airport utama jadi tak sebesar Narita.
Tapi Penang Airport pun tak besar macam KLIA, but still tak sepadat macam ni keadaannya.
Kat Kansai, panjang nak mampus queue. Strict boleh tahan dia periksa. Tak kisah la kan, memang wajar pun nak strict.

Tapi officer dia semua greet kita dengan ucapan selamat pagi and senyuman :)
Terasa pagiku bermula dengan cukup indah.
Dah la semua kat sana bangsa mata-mata sepet kan, memang taste guwe la. Sangatttttt lah aku mencuci mata.


Gitu...
Jakun lah katakan.
Kat Malaysia jarang nampak tong sampah macam ni. Jadi, terpaksa la aku jadi darat sikit kat sana macam tak penah jumpa tong sampah.



Keluar-keluar je dari airport nak beli tiket shinkansen, umakaiiiiiiii...sejuk gila.
Hari yang aku sampai tu suhu 6C kalau tak salah. Kalau 6C tu udara statik takpe gak. Ni siap berangin kuat. Sampai ke tulang itam sejuknya. Aku lak pakai sweater bodoh je. Tangan pun tak ber-glove. Memang ketaq.

Hari tu masa kat Matta Fair, kitorang beli siap-siap voucher JR. Bila sampai Kansai, terus tukar ke tiket. Tiket ni boleh guna sepanjang 7 hari kat sana. Cuma kau kena pi kat kaunter untuk reserve seat time nak naik shinkansen (bullet train). Tiket shinkansen ni kitorang beli untuk 5 orang je sebab Rayyan bawah dari umur 4 tahun, so takyah bayar.
Kiranya, tiket shinkansen ni untuk aku + En Wan + Redza = RM2,265.
Kalau korang plan nak naik JR ni, kena beli tiket (voucher) dari sini (Malaysia) sebab untuk foreigners, dia takkan jual di sana. Sana untuk orang sana je beli.


 
 Batman dah start pakai glove sebab sejuk sangat.


 

Walaupun jadual shinkansen ni ada ditulis dalam English, aku tetap tak paham sebab dorang ni terlampau banyak jenis train. Mabuk aku nak memahamkan. Nasib baik En Wan dah biasa, jadi kita serahkan pada yang pakar je lah.

Best je rasa bila masuk toilet untuk basuh-basuh muka.
Toilet ada heater. Rasa nak duduk lama-lama je kat dalam toilet. 


Hambik ni.
Ni train route kat Osaka.
Pening??
Aku pening.


Ini dalam airport transfer (Haruka Express), dari Kansai Airport ke Shin-Osaka.
Tengok la swetare bodoh yang aku pakai ni.
Mana ada orang kat Jepun suhu sejuk menggila pakai sweater budak skolah like this?? 
Takde okeh. Aku je.
Memang aku malas gila nak packing nak pikir apa nak pakai kat sana semua. Aku main sauk je apa yang aku nampak, sumbat dalam beg. Settle. Agak-agak tak sesuai, beli je kendian. Nama aku nak termenung depan lemari pikir baju apa nak bawak, memang tak. Kem salam.



Apa-apa hal, sementara tengah duduk dengan tertib ni, marilah kita membagi anak makan.
Kang kalau time dia punya seru nak bersilat tu sampai dah memang payah sikit.


 
Mak Aji jejak je Jepun, dah terasa nak demam.
Bibir dah start kering nak pecah-pecah. 
Tapi dek kerana semangat Shogun merasuk badan, maka demam pun gagahkan jugak badan nak berjalan.


Dah sampai Shin-Osaka!




Ni kat Shin-Osaka, tunggu shinkansen.
Excited gila aku time ni. First time nak naik bullet train. Terpaksa aku pejamkan mata je time beli tiket JR hari tu. Mahal pun mahal la. Bila lagi nak naik kan. Dah alang-alang sampai ni biar la berabis sikit. Entah-entah 10 tahun tak sekali aku sampai Jepun. Dah namanya penakut naik katerbang kan. Takkan nak datang tetiap tahun.

Shinkansen ni tak sekerap kebanyakkan train.
Dia bergantung pada tempat mana ko nak tuju. Kalau macam subway tu memang konfem setiap 2 minit sampai.


Yang best kan, time tengah tunggu shinkansen tu nampak orang sebelah macam ni.
BERATUR.
Lagi best, dorang beratur betul-betul dalam kotak grey yang dah ditetapkan.
Ni namanya orang Jepun.


Ok, ni namanya orang Mesia.
Takde disiplin punya worang.
Anak-sanak sape dorang ni?


Shinkansen




Laju?
Of crossssss laju.
Dalam ni, sempat la aku tido dengan nyenyaknya.
Perjalanan 3 jam je dari Shin-Osaka ke Tokyo dengan shinkansen.
Dalam shinkansen ni, toilet dia cantik, tempat salin pampers baby pun ada, kejap-kejap nanti 'pramugari' lalu jual makanan and minuman.
Taknak naik shinkansen pun boleh.
En Wan penah naik time dia blaja sana dulu, nak murah punya pasal, nak ke Tokyo naik train biasa dalam 8 jam. Melecet pantat kau.

Pelik kan, turun Kansai pastu naik shinkansen ke Tokyo. Baik turun Narita terus kan?
Hahahaha.
Yes, memang pelik. Memang kitorang pilih untuk melalui kepelikkan ni.
Takde reason yang solid. Saje-saje. Suka-suka.


Ni dah sampai Tokyo.
Time ni dah pandai beratur dah kitorang. Hahahah.
Time ni naik JR ke Akihabara. Hotel kitorang kat Akihabara.
Akihabara ni electronic city. Apa-apa barang electronic atau gajet-gajet yang terbaru, semuanya akan bermula di Akihabara. Pergi la sana check apa yang patut. Jangan tanya aku apa ada sana. Aku tak minat gajet.




Memang alhamdulillah, 'pemandu pelancong' yang aku bawak ni sangat-sangat membantu.
Honestly, kalau pakai travel agent, tak mungkin aku akan lalu kebanyakkan tempat yang aku lalu dalam trip Japan ni. Walaupun sebenarnya banyak lagi tempat tak dapat pegi sebab tak sempat. Kena ambik cuti sebulan kot baru bleh merayap puas-puas.

Tapiiiii, kalau jalan ngan En Wan memang sakit kaki lah kau.
Segala ceruk dia nak masuk. Semua benda dia nak bawak aku tengok. Kalau pegi berdua je takpela. Ni berangkut dengan anak-anak, pastu Mak Aji tu kaki dia bukan kuat sangat nak berjalan jauh-jauh. Tapi En Wan lupa diri jap bila 'balik kampung'. Dia macam excited nak bawak aku tengok tempat-tempat yang dia biasa pegi. Kesian gak ngan En Wan. Aku tau banyak tempat dia nak bawak aku tapi kena consider keadaan Mak Aji and Pak Aji yang tak kuat sangat. Cara-cara tak dapat cover banyak tempat pun dah naik lenguh kaki aku. Kalau boleh solat sambil baring dah lama aku buat.
Melampau sangat kan, berjalan sampai nak solat diri pun tak larat.
Tapi itulah hakikatnya. Lenguh gila!!! Aku solat rasa nak nangis.


Makanan pertama di Jepun, kita pekena lite-lite je sudeyy.
Kebab.
Salah satu dish dia sebijik sebijon dish kat Gold Coast. Tapi kitorang tak ambik yang tu, kita ambik lain pulak kali ni.


 


Kecik je kedai dia.
Dia tak setup kedai ni untuk dine-in.
Lebih kepada take-away.


Pak Aji punya.
Lam kebab with rice.


Mak Aji punya.
Chicken kebab with rice.


Aku and En Wan punya.
Apa ntah nama makanan ni, tapi chicken la.
Bawah chicken tu ada nasik putih.
Tapi En Wan mintak yang ada sos.
Sekali sos dia masin. Padan muka.


Sedapppppppppppppppp.



Lepas makan, En Wan ajak round-round.
Ni area bundle.


Ni aku tak tau la pesen apa.
Nak kata Harajuku pun bukan. Pelik nau.
Baju tido ke hape ni?


Sape minat anime, mungkin tau la Gundam ni.
Aku tak minat, aku tau pun sebab Redza and En Wan yang bagitau.
Aku tau Gurindam je. Gundam tak tau. 


Jangan tanya aku ini karakter apa.
Tak tau.



Cute je aku rasa bicycle parking ni.
One day aku harap Malaysia ada budaya bawak beskal pi opis. Senang sikit, tak sesak.
Aku tanya En Wan, kenapa kat Jepun ni, ramai orang yang naik beskal je pi opis? Yang pakai suit selamba tapir kayuh beskal ngan beg laptop kat belakang. En Wan kata cost of living kat sini sangat tinggi, jadi orang sana tak kisah naik beskal atau subway, janji boleh hidup. Lagipun public transport dorang sangat efisien. Takde delay. Tepat pada waktu. Jadi, dorang takde masalah nak naik public transport gi keje.


Suara pompuan ni macam suara anime. Comel je.
Aku lalu depan ni cakap kat En Wan "Bang, bagi la dia duit. Penat dia nyanyi"
Aku ingatkan dia ni jenis yang nyanyi-nyanyi tepi jalan orang bagi duit rupanya dia promote album dia. Cis, terasa bodoh seketika.


Ok, dah puas round, it is time to check in hotel.



Hotel kitorang kat Shiyoda, nama dia Niwa Hotel.
Hotel ni listed antara 25 hotel terbaik seluruh Jepun. Baru-baru ni dia menang the Most Comfortable Hotel 2014. En Wan yang pilih. En Wan kan memang terer pilih hotel yang pelik-pelik.
Hotel ni ada touch of Japan. See the decoration, kan?
Masuk bilik terus aku berangan jadi Oshin.

Hotel ni lagi ramai foreigners berbanding hotel yang kitorang tinggal kat Osaka.
Maybe because ada ciri-ciri unik tu yang buatkan ramai pelancong pilih.
Kalau korang plan nak stay Niwa Hotel, please please please book awal ya.
Hotel ni always fully book and harga dia akan menjadi cekik darah bila time peak season.
Kitorang pilih bilik deluxe je, bukan exec suite pun, tapi harga sampai RM800+ per nite. Kitorang duduk sini 3 nites. Another 3 nites kat Osaka.

Tapi service bagus.
Puas hati.


Luar bilik




3 malam duduk Niwa, baju tido yang aku bawak tak berpakai lansung.
Macam twins pulak aku ngan En Wan 3 malam baju tido sedondon. Auwww.


Jakun kan aku?? Ni pun nak snap.
Tapi aku suka part ni. Ada seat warmer bagai. 
Takde la sejuk pantat aku bila duduk. Rasa best je duduk sambil termenung lama-lama. 
Barulah best nak kencing. Kalau tak, rasa macam nak kencing berdiri je.


Mana-mana hotel aku pegi, benda pertama yang aku check adelah hose.
Takde hose, takde selera aku nak berak.
Tapi see..???
Pilih mana ko nak. Siap ada bidet, ada spray bagai. 
Tujahan tak cukup kuat? Adjust water pressure. Jangan sampai melecet sudah.



Face soap dia best okeh.
Boleh cuci waterproof makeup lagik.



Ramai bagitau aku makanan kat Jepun mahal.
Ada yang suggest beli periuk nasik.
"Jangan!" - bak kata Ziana Zain.

Dengan 'pemandu pelancong' yang saya bawa dari Malaysia ini, kami dapat menikmati nasik putih dengan harga RM3 saja. Hahahahah.

En Wan gi beli nasik ni kat Family Mart, sebelah hotel je pulak kebetulan.
Nasik ni kau tinggal panaskan, samada dengan air panas atau dengan microwave.
Sebenarnya boleh je panaskan nasik ni kat Family Mart tu terus, dia ada microwave.
Untuk hari pertama, En Wan nak tunjukkan kat aku cara nasik ni 'dimasak'.
Jadi, dia panaskan guna air panas....


...dalam sinki.

Aku ingatkan dia nak masak air panas ke apa ke kan. Senonoh la sikit.
Ni tak. Dia main remdam je dfalam air panas yang buta-buta keluar dari paip tu.
'Masak' dalam toilet lagik. 
Rendam 15 minit.



Ni semua gara-gara Mak Aji and Pak Aji dah tak larat nak berjalan. Jadi, kitorang semua settle dengan dinner nasik putih rendam ni je la. Eh tapi jangan risau. Bila dah 'masak' memang dia betul-betul jadik macam nasik yang kita biasa makan. Rasa pun sama. Memang real nasik!

Untuk budak-budak ni, Mak Aji buatkan siap-siap ikan bilis goreng. Memang dorang ni kat rumah pun kejenya meratah ikan bilis. Aku ngan En Wan apa lagik, keluarkan sambal ikan bilis (Mak Aji buatkan) and potong telur masin, kenyang.



Lepas makan, kitorang empat beranak keluar ke Senso-ji Temple.
Padahal aku dah penat ni, tapi En Wan kata kena lawan rasa penat tu. Rugi habuiskan belas-belas ribu tapi nak melayan mata tido. Maka aku gagahkan jugak la kaki ni.

Senso-ji Temple ni kat Asakusa.
En Wan kata ni a must visit place.
Memang ramai pun pelancong datang walaupun dah malam.
Ni Tokyo's oldest temple.



Lepas gi temple, En Wan nak bawak kitorang gi Skytree pulak.
On the way tu En Wan singgah Family Mart and beli onigiri atau cakap jawanya nasik tiga segi.
Nasik yang dibalut dengan seaweed.
Onigiri ni ada macam-macam jenis inti. Jadi kena perati ingredients. Yang En Wan belikan aku ni Onigiri Shiichikin Mayoneezu atau bahasa melayunya tuna salad.
One thing aku suka Family Mart kat sana, bukan saja korang boleh mintak panaskan makanan, kalau ko beli maggi, kau mintak air panas pun dia bagi.


Redza try onigiri.
Lepas tu masing-masing ketagih.


 Tokyo Skytree :)


Tokyo Solamachi ni bawah Tokyo Skytree. Memang popular temoat ni.
Mana tak popular kan kalau dah sampai 300 kedai dalam mall ni. Gila tak popular??
Tapi kan, kitorang sampai lambat. Skyree tutup dah. Frust gila En Wan.
Dia frust bukan sebab tak dapat naik tapi frust sebab tak dapat bawak aku naik.
Sian dia, macam nak nangis muka dia frust ta dapat bawak aku naik skytree.
Next day-nya, dia pegi lagi Skytree, tapi aku tak ikut sebab Rayyan dah tido. Jadi, rezeki Redza and Pak Aji dapat naik Skytree.