2013-12-05

Banjir


Aku muskil, pagi ni, ada 16 mesej kat inbox, request nak jadi fren.
Aku macam...apehal sampai beria-ia inbox aku ni.
Mula la aku nak speku.
Tapi tak tau nak speku macamana. Hahaha.
Rupanya salah satu inbox tu, eh bukan, salah dua dari mesej tu refer kepada entry ni :

ENTRY INI : KLIK SINI

Ni mesti ada hamba Allah mana pi letak link ke entry tu kat mana-mana.
Tapi aku baca balik entry tu, hmm...takde apa yang kontroversi pun.
Tak kisah la. Sukati.



Ok, hal semalam.
Mula-mula aku nak ucapkan thank you kepada semua yang bagi respond pada status FB aku kat atas ni, especially yang share status. Tima kasih banyak-banyak.

Alhamdulillah, mak aku selamat, semalam dorang dapat keluar dari sekatan banjir tu tapi due to heavy rain, anak sedara aku tumpang kat rumah area sana (somewhere kat Chedor...ada ke nama ni? Tak sure). Tapi tu la, rumah yang dorang tumpang tu pun letrik ngan water dah takde, tapi dapatla bermalam dengan selesa, takde la terperuk dalam kereta je kan. Yang penting dapat carik makanan sebab mak aku gerak from KT dari pukul 10 pagi Selasa. Tapi dia last makan pukul 7am. So just imagine la sampai petang semalam baru boleh makan and minum. Kesian mak, dia kata sampai terkencing dalam kereta. And Intan and Iskandar tak berani nak minum air sebab takut air tak cukup nak bancuh susu anak umur setahun.

Kalau la aku boleh extend ucapan terima kasih ni kepada pihak polis, bomba and sesape yang terlibat dalam operasi menyelamat, khususnya yang bantu mak aku, aku nak jumpa dorang salam depan-depan. Aku tak sure orang lain punya pengalaman macamana, tapi alhamdulillah, semalam, bermula dengan call 994, operator tu ambik maklumat aku, pastu sambungkan aku pada Balai Bomba Gebeng. Bomba jawab and ambik maklumat, pastu dia kata dia akan transferkan kes ni kepada bahagian traffik/polis sebab bomba lebih kepada menyelamat guna bot untuk kes-kes rumah dah tenggelam. Ye, aku paham. Yang dah tenggelam tu memang lagi bahaya and perlu diselamatkan. Macam kes mak aku ni dorang tak tenggelam, tapi tersekat di tengah-tengah. Depan belakang air. Tapi aku cuba jugak explain condition dorang yang dah lebih 24 jam tak makan minum and ada anak kecik.

Alhamdulillah, seploh minit lepas tu, polis pulak call aku.
Tanya exact lokasi supaya dorang boleh pegi.
Tang lokasi ni yang aku tak sure sebab masa ni aku dah tak dapat nak contact mak aku dah, maybe line atau bateri dah out. So aku hanya berpandukan apa yang dorang bagitau semalam, "Somewhere around Gebeng bypass".

Setengah jam pastu, another polis pulak call, pakai nombor henfon.
Dia cakap kat Gebeng bypass clear.
Takde sangkut apa-apa. Dia tanya betul ke lokasi ni?
Aku dah gelabah.

Pastu aku terus call En Wan, mintak En Wan call balik polis tadi.
En Wan bagitau kat polis tu, kalau berpandukan apa yang dia boleh imagine, area yang mak describe tu macam kat Akademi Maritim. Polis kata, dia boleh pegi tengok, tapi not now sebab dia kena ikut prosedur laporan. Macam awal tadi laporan aku masuk kata kat Gebeng bypass kan. So mungkin selepas aku call tu, ada few more calls masuk. So dia kena ikut turutan. En Wan cakap, ok takpe. Kita just tunggu dia call back.

Lepas 30 minit, polis tu call balik dia kata Akademi Maritim dah boleh lalu.
Dah takde kereta stuck kat situ.
Ok, so now kitorang just berharap someone dalam kereta tu akan call kitorang untuk bagitau berita.
Tak lama pastu anak sedara En Wan call bagitau dorang selamat tapi nak kena bermalam kat rumah orang dulu. Dia tak berani nak redah hujan malam-malam, lagipun keletihan agaknya.

Tadi kitorang call, dorang dah kat hiway Maran. Insyallah jap lagi sampailah.

Pengalaman aku semalam, sangat berbeza dengan MOST feedback yang aku baca kat newsfeed.
Kebanyakkannya kondem pasukan keselamatan lembab.

Yes, mungkin dorang lambat.
Tapi dorang tak duduk sesaje.
Berbelas ribu kot yang nak dibantu. Jadi sama-sama kena paham.
Dorang pun manusia juga. Keupayaan terhad. Kesabaran ada limit. Penat pun satu hal lagi.
Walaupun aku tak jadi mangsa banjir, tapi semalam, aku diberi pengalaman berurusan dengan pasukan penyelamat, and aku tau, dorang buat keje. Tinggal lagi, bukan klorga kita saje yang dorang nak selamatkan, ramai lagi.

Kejadian yang timpa mak aku semalam buat aku letakkan tempat aku now kat tempat wakil-wakil rakyat. Dorang memang tak ke kawasan banjir, tapi tak bermakna dorang tak buat keje. Just like kes aku semalam. Aku pun tak ke sana tengok mak aku and selamatkan mak aku tersekat, tapi aku dan En Wan call sana-sini untuk carik bantuan and pastikan maklumat tentang dorang ni sampai ke pasukan penyelamat. So, aku rasa kekdahnya sama. Aku percaya wakil rakyat juga buat benda yang sama. Dorang mesti ada keluarkan arahan untuk menyelamatkan those yang terkandas. Tinggal lagi dorang tak berada di tempat kejadian. Tapi tak bermakna dorang tak buat apa-apa.

Usaha menyelamat sedang dilakukan. Maksudnya, ada bantuan. Lainla kalau lansung takde bantuan. Masa tu nak sarkastik ke, nak buat sarkas ke, silakan.
Ni ada yang dah dibantu lagi nak komplen bantuan lambat sampai.
Tempat tak selesa la, apa la.
Saat genting macam ni lagi mau pikir pasal selesa tak selesa.
Mula-mula mintak diselematkan.
Dah diselamatkan, mintak diselesakan pulak.
Boleh tak kita pikir pasal selamat dulu?
Dah dibantu pun salah. Tak bantu lagi lah salah.

Yang lagi best aku baca ada yang kata saat-saat macam ni wakil rakyat tak boleh bantu, hanya Tuhan je. Betul la tu. Tak nafikan. Memang semuanya perlukan pertolongan DIA. Tapi kena ingat juga, pertolongan dari DIA pun tak jatuh selepuk depan kita. Pertolongan DIA datang dari bermacam cara. Mungkin dari pasukan penyelamat, mungkin dari jiran, mungkin dari entah sape-sape yang berselisih dengan kita. Yang penting usaha. Baru doa. Then baru tawakal. Itu turutannya.