2013-10-01

Day 1 : Ho Chi Minh


Sabtu lepas aku ke Ho Chi Minh, Vietnam atas urusan keje.
Tiket book pun seminggu sebelum tu je.
Takde plan nak bersenggang. Tapi disebabkan En Wan tak yakin aku ke sana sorang, dia offerkan diri. Laki aku ni kalau bab berjalan memang laju je. Nak-nak pulak bila dia takyah keluar se-sen pun sebab semua atas nama company. Memang suka sangat lah. Dia lak yang lelebih excited. Malam before nak pegi tu aku tak pack baju pun lagi, eh tau-tau masa nak pack, dah cantik bersusun baju-baju dia dalam beg. Dia yhang dulu-dulu pack baju. Siap ada roti Gardenia bagai. Dia siap belikan air kotak soya feveret aku, maggi tomyam in a cup aku. Bagus lah dia ni. Boleh jadi PA ni.

Kitorang drive je pi KLIA, takde mood nak naik taxi.
Kang kena bangun awal sangat. Kalau naik keta sendiri boleh bersantai-santai sikit.
Mula-mula En Wan plan nak park keta kat Putrajaya pastu naik ERL. Dia kata murah sikit.
Lagipun kitorang tak penah lagi naik ERL. Pastu pikir-pikir balik, toksah ngengada la kan nak tinggal keta kat ERL bagai.



Sempena nak ke Vietnam gi beli kasut baru u ollsss.
Over kan?
Sebab aku malas nak pakai kasut pengawas, jadi aku beli je la kasut ni. Sekali harung, bawak pi appointment pun boleh, menyenggang pun boleh.

Kitorang sampai airport awal gak, plannya lepas checkin terus gi lepak pekena nasik lemak.
Masa nak check-in, kaunter tu cakap "Eh, ni tak lepas ni. Passport dah nak mati"

Muka En Wan masa tu kalau terkena sabit sumpah tak keluar darah!
Pucat gila muka dia.
Aku tenungggggggggg je muka dia.
Mata aku ni rasanya dah merah macam Padaiyappa menahan marah.

Passport dia tak cukup 5 hari untuk cecah 6 bulan.
Dia pun tak perasan passport dia tak cukup 6 bulan.
Passport aku lepas.
En Wan suruh aku pi dulu, dia kata nanti dia menyusul.
Oh no wayyyyy.
Aku extend lagi sehari kat HCM sebab bawak dia. Kalau aku pi sorang, Ahad pagi aku dah balik dah.
And now ko nak aku pegi sendiri?
Dibuatnya passport tak sempat siap, kejung aku nak tunggu sampai Isnin kat HCM sorang-sorang.
Jangan harap!

Makanya, burn la tiket kitorang dua orang kul 9am hari Sabtu tu.
Burn la jugak meeting aku kul 2pm hari tu.

Terus start keta gi Putrajaya.



Maka terjawablah email reader ni..hahah.
Ye, dik. Kat imegresen hari tu ahkak kau ni la.
Menahan panas hati je.
Tapi roti telur habis gak sekeping.
En Wan punya roti pun aku balun gak.
Aku ok je...En Wan la yang sampai tak selera nak makan segala.
Aku makan tetap makannnnnnn.

Kitorang sampai imegresen nombor dah habis!!!
Buat muka sardin kejap mintak jumpa ngan pegawai. Tunjukkan dia bukti tiket terpaksa burn sebab passport tak cukup 6 bulan. Terus jadi VIP tetiba. Dapat nombor khas lagi. Tima kasih la Encik Azizan sebab tolong kitorang. Zahid Hamidi, sila naikkan pangkat En Azizan ya.
Tapi aku rasa memang pihak imegresen ada kuota-kuota untuk kes-kes macam aku ni. Kalau korang terkena macam aku, silakan lah jumpa pegawai imegresen, insyallah dorang can tolong punya.

Sementara nak tunggu passport siap, kitorang pekena jap kat mamak.
After 2 jam, passport siap, terus pecut ke KLIA. Dalam keta tu jugak call MAS untuk confirmkan tiket 2pm.



Alhamdulillah, seb baik tak naik ERL hari tu.
Kalau tak, tak ke satu hal aku nak ke sana-sini buat passport dengan naik taxi?
En Wan berkali-kali say sorry kat aku.
Dah nak jadik nak buat camana kan, bayor je la tambahan lagi RM900 untuk tiket. Seb baik MAS tau, boleh anjakkan masa and tambah duit tiket je. Kalau Air Asia, mampus aku kena beli tiket baru.

Masa check-in, kaunter lak buat hal.
Budak baru kot yang jaga kaunter tu, boleh la pulak print nama aku 2 kali la, pastu takleh print bag tag la, apa la. Aduiii dugaan sungguh.
Aku tak kosser nak melayan, aku bior je En Wan tunggu kaunter, aku pi surau.
Elok je abis solat, En Wan cakap gate dah open.
Tapi sebab lapar (majang je lapa aku ni), singgah jap kat Old Town, tapau.
Tapau bukan nak makan kat atas, tapi makan sementara nak tunggu boarding.

Kat atas katerbang, aku melayan cerita Selena buat kepuluhan kali, tapi kali ni spesial.
Aku layan sambil pejam mata.
Gituuu.

En Wan tanya "Agak-agak Di la, kenapa yang Di pi book MAS ni kalau tengok tv pun pejam mata, makan pun tak. Baik naik Air Asia je"

Hmmm...ada point di situ.
Tapi jawapan aku - sukati aku laaaaaaaaaa.


Kesememehan yang jelas dan nyata akibat dari aktiviti marathon pagi tu.

Dari hotel aku nak ke airport dalam setengah jam.
Tambang 250,000 Dong.
Main ratus ribu juta juta je aku kat sini.
Pandangan pertama aku tentang HCM, keadaan dia lebih kurang kat Guangzhou and Bangkok je.
Cuma airport dia kecik. Town dia not bad gak. Butik-butik branded and mall gempak-gempak boleh tahan. Cuma kat sini orang-orang dia lagi pandai speaking, tak macam kat GZ. Macam ayam ngan itik.

Taxi dia baik.
Mula-mula dia tunjukkan resit untuk kita bayar duit parking ke apa ntah 10,000 Dong (RM1.70), tapi bila dah sampai hotel dia cakap takyah, sebab kita first time datang sini. Tapi pastu En Wan bagi duit Msia RM3. Ambik la, kesian dia jalan jem.

Oh yes, tapiiiiiiiii baik kat HCM, bai kat GZ, baik kat Bangkok, dorang suka nau pakai hon.
Sikit-sikit nak hon.
Kalau dorang datang Malaysia mesti dorang kagum dengan keharmonian jalanraya kat sini. Payah nak dengar hon macam kat tempat dorang. Kat Malaysia ni kadang-kadang dah berlanggar pun kau takkan dengar bunyik hon. Tau-tau dengar bunyik maki je.



Pandai front office ni.
Memang aku mengharap sangat dapat hot towel, muka aku dah berlendir!!
Mamat ni ingat kitorang newly wed, dia kata bilik yang kitorang book ni bukan standard room, tempat pun higher, so dah alang-alang duduk bilik special, apa kata tambah another USD37 and upgrade to ntah apa-apa la free cocktail, checkout at 4pm, all-day refreshment.

Kot makanan dijamin halal nak gak aku upgrade. Ni kang, ko bagi all-day refreshment tapi semua aku takleh makan buat apa kan. Pastu tang check-out 4pm tu sangat mengujakan, apakan daya flight aku 11am. Takpelah, no thank you.





Aku ambik New World Hotel.
Cantik, walking distance to tempat shopping and selesa, service sangat-sangat bagus.
Kalau aku ditakdirkan datang lagi, aku akan duduk hotel ni lagi.

Tapi kat sini takde orang Melayu duduk pun sepanjang aku stay 3 hari.
Aku cam pelik la, apesal takde orang Melayu. Kata kat sini paling senang nak jumpa orang Melayu.
Puas kitorang pikir dorang ni duduk mana?
Ke kitorang yang duduk jauh dari orang lain?
Tapi sebab meeting aku lagi mudah untuk stay kat situ, so takde hal la. Lepas habis keje baru kita explore-explore.



Benda pertama yang aku check bila masuk bilik - jamban.
Seperti yang dijangka takde hose.
Tapi takpe, aku test sampai ke tak shower hose tu ke pantat aku.
Oh sampai rupanya.
Maka, aku anggap trip ke Vietnam ni adelah trip yang menyeronokkan.
Dapat berak dengan tenang dan puas. Eh. Lelebih pulak description.




Manusia yang paling happy.
Sebab dia pi berjalan.
Aku pi bekerja.
Tapi kesian, nak berjalan kena tunggu aku jugak.
Selagi aku tak abis keje, ko takleh jalan. Ngahahahha.

Sebenarnya kan, berjalan mana-mana pun kalau bawak En Wan ni ko akan jadik gilaaaaaaaaaaaaaaaaa penat!
Sebab dia ni memang spesis kuat berjalan and suka berjalan.
Aku lak bangsa suka lepak dalam bilik.
Rasa selamat je aku kat bilik tu, makan maggi pun takpe, janji aku terhindar dari anasir-anasir yang boleh menambahkan tensi aku.

Maghrib around 5.15pm camtu, dah nak gelap dah.
Vietnam lambat sejam dari Malaysia, so aku ada bonus sejam la hari tu.
Lepas maghrib, kitorang jalan kaki sambil bawak peta, carik kedai makan.
Rupanya En Wan ni dah siap gugel and study tempat-tempat makan kat HCM.
Malam tu, tahan taxi untuk pegi Halal Saigon :)


Halal Saigon ni jauh gak dari hotel aku.
Dia berdepan dengan masjid and dekat dengan Sheraton.
Sape duduk Sheraton dekat la dengan Halal Saigon ni.
Tapi jauh la pulak korang nak ke pusat tumpuan pelancong.


Masjid, berdepan dengan Halal Saigon


Restoran and kedai-kedai kat sini semua kecik-kecik je.
So jangan ingat kedai kecik tu tak laku or tak best, memang semua kedai pun kecik.


 
Punya la takde mood nak pegi sebab dok kalut pikir nak kena naik katerbang, aku bawak 2 seluar, and 3 baju je. Seb baik kali ni tak lupa bawak spender and bra. Kalau tak satu hal pulak 3 hari aku nak kena share spender En Wan.




Makanan PERLIS!!!
Tapi...takde Laksa Kak Su.
Kalau takde Laksa Kak Su maknanya belum betul-betul Perlis lagi ya.
Kasik up Laksa Kak Su dalam menu dulu.


Lemongrass chicken


Fried squid with egg


Seafood tomyam


White rice

Food kat Halal Saigon ni memang sedap-sedap.
Especially sotong tu, sedap sangat.
Kalau restoran yang halal, ko gi restoran yang milik rakyat Malaysia macam Halal Saigon ni, konfem sedap.

Tapi average makan kat sana dalam RM100 jugak sekali makan (berdua).
Kalau lagi ramai, lagi banyak la ko bayar.
Tapi mana-mana tempat pun kalau dah nama tempat asing, restoran halal memang mahal. Sebab dia tau ko takde pilihan lain melainkan makan kat situ. Melainkan ko nak mentekedarah maggi untuk 3 hari.


Sebelah kiri Halal Saigon ada Indian Cuisine.
Siap tulis TEH TARIK lagi.


Belah kanan Halal Saigon ada Restoran Hasana.
Yang ni aku tak masuk, sebab esoknya aku makan tempat lain.


Ni pemandangan kat depan Halal Saigon.
Busy.
Kalau komputer ni leh dengar bunyik, mesti korang pekak dengar hon. Bingit gila. 
Macam tak penah jumpa hon.


Ni la dia tempat yang diidamkan oleh En Wan dari rumah lagi.
Mana-mana dia pegi, dia akan carik HRC dulu.
Aku layankan ajelah.

Masa nak ke sini taxi tu tak tau HRC tu apa.
Ah sudah, dah macam rancangan apa je masing-masing buat macam-macam gaya nak bagi dia paham. Last-last kan En Wan buat gaya main gitar.

"Ohhhhhh, Yes! Yes!" kata driver tu.
Aduiii. Berpeluh aku nak kasik paham.





Ada 2 design T Shirt khas untuk HR HCM.
Salah satunya yang putih ni.
En Wan beli yang black.
Yang black tu ada gamba bendera Vietnam kat blakang.
Dah macam rupa komunis je laki aku pakai baju tu.


Awek HRC HCM



Dari HRC, kitorang naik taxi untuk ke Ben Thanh Night Market.
Kalau waktu siang, dorang berniaga kat dalam building, kalau malam dorang meniaga kat luar.
Waktu malam lagi murah dari waktu siang.

Tapi sejujurnya, aku tak jumpa apa yang orang dok kata best sangat Pasar Ben Thanh ni.
Aku rasa Night Market kat Mongkok lagi best.
Maybe waktu malam tak best kot.
Macam pasar malam kat Shell Bangi je kekdahnya.
Orang kata kalau pi HCM look for shawl and baju kurung.
Masa aku pegi malam tu memang banyak jual baju kurung tapi the cotton semua jenis yang kejung keras gitu. Tak sesuai rasanya orang Malaysia beli baju camni. Panas okeh negara kita. Kalau pakai beju kejung panas camni mau lecak ketiak aku.

Shawl tak banyak, tapi kalau pashmina banyak.
But kat sini shawl dia semua sepesen. Semua pakat jual halfmoon yang bijik-bijik atas kepala tu.
Maybe speciality dorang kat tudung manik-manik ni. But tak nampak yang berkenan kat hati.
Rasanya kalau korang nak beli shawl-shawl yang cantik, better pi GZ or Yiwu la.





Camni la rupa Night Market Ben Thanh.
Pada aku, takde apa yang special pun, cuma harga dia murah.
Tu pun kalau korang jenis yang pakai baju kurung cotton and shawl halfmoon.
But aku tak jumpa kurung yang English or Japanese cotton, semua jenis yang kejung.
Bukan ke kain kejung ni senang renyuk? Ke tak?

Tapi aku pun pegi bukan nak shopping sangat so tengok-tengok je la.
En Wan macam biasa, mana-mana pegi pun akan aim lukisan.
So dari malam tu lagi dia dah aim lukisan-lukisan dari kulit telur itik ala-ala design Picasso ni.


 Kemahiran orang sana.
Banyak sangat orang jual gubahan dari kertas like this.
Ralit aku membelek satu-satu.
Sangat teliti okeh.
Rasa nak beli tapi camana la aku nak ngangkut masuk beg.
Besar harapan berkecai. Silap-silap terkoyak.
Sampai kat tangan Rayyan terus bersepai.
So, takyah la. Ambik je la gamba sudeyyy.


 
 Padahal aku beli kasut kan.
Tapi kalau dah kampung tu memang sampai ke sudah kampung la jugak.
Sliper jugak yang aku carik.
Beli la sepasang kat sana.



On the way nak balik hotel, dari dalam taxi En Wan terpandangkan satu butik ni display baju-baju kurung cantik-cantik. Stop je taxi tu, kitorang jalan kaki patah balik nak masuk kedai tu. 

Ya ampunnnnnnnnnnnnnnn, gila cantik baju-baju kat sini.
Kain Japanese cotton dia cantik-cantik!
Kalau corak paisley ni la boleh rambang mata. Toksah kata juling, boleh hilang terus bijik mata hitam kau memilih. Series cantik-cantik!

Pastu tingkat satu ada baju kurung chiffon lawa-lawa.
Dia punya jahitan manik tak macam yang aku nampak kat night market. Ada weight, padat manik dia. Dia banyak guna Korean lace and manik. Ok la, harga around RM110/sepasang. Yang aku beli ni kain chiffon with Korean lace kat tangan and kaki baju.
Aku rembat 2 kurung. 2 Japanese cotton (kain pasang).
Konon-konon baju raya haji la.
Dah beli baru teringat tahun ni aku tak balik raya.
Ok takpe, sedara aku ramai nak kawen. Konon-konon jadikkan baju nak pi majlis kawen.


 Ni kat tingkat 2.
Baju chiffon and cotton printed.
Kalau plain kat tingkat 1 and ground floor.



Kat ground floor ni aku jumpa baju kurung yang aku beli kat Jannah tahun ni.
Aku beli kat Subang Parade dorang jual RM110/pc.
Kat sana, dalam butik ni, just RM30!
Jom nangis ramai-ramai.

Siap ada majalah Nona and Wanita bagai.
Aku tanya nape majalah ni boleh ada sini.
Dia kata ramai orang Malaysia datang sini tempah baju tiru dalam magazine ni and jual kat Malaysia.
Dia kata kedai dia mahal sikit sebab manik-manik dia manik Korea. Dia tak pakai manik China.
Sebab tu manik dia kilat-kilat aku tengok.
Tapi kalau RM110 sepasang kira boleh sangat la. Tak mahal mana pun. Tapi aku lupa apa nama kedai ni, but kalau aku pegi lagi insyallah aku ingat kat mana.
Kalau aku ditakdirkan ada keje kat sini lagi, boleh la kirim baju untuk beli kat sini ya.

Shawl-shawl halfmoon pun banyak kat sini, beria dia suruh aku beli.
Aku mana la reti half moon segala.
Aku tak cantik kalau pakai shawl half moon sebab dahi aku kecik *kau cantik ke pakai tudung awning Diana???? Puiiii*
Tapi cantik-cantik halfmoon kat kedai ni. Material dia sedap. Cuma aku blom datang minat.



Aktiviti kegemaran En Wan.
Orang tua ni gatal.
Aku dah kata massage and spa je la kat hotel.
Dia kata mahal, dalam RM200.
Aku cakap mesti sesuai harga and service dia. Aku nak belanja pun taknak. Nak jugak try massage-massage yang terselit-selit ni.
Pastu bila dah masuk tempat ni dia yang cuak.

Mau tak cuak.
Tempat dia memang tepi jalan utama.
Tapi bilik massage dia tu masuk ke dalam hujung pastu naik tingkat 3, pastu gelap.
Ada langsir-langsir untuk cover ruang-ruang massage.
Aku pun naik cuak. Ni tempat urut badan ke urut kote?
Seb baik aku masuk sekali, dia bagi tukang urut lelaki, tu pun auw-auw.
Kalau aku tak masuk gamaknya mesti yang urut tu pompuan.

Aku dah banyak gi tempat mengurut tapi ni je la satu-satu tempat mengurut yang gelap.
Tak paham motif kau nak mengurut orang kat tempat malap-malap ni. Kot terurut tetek orang ke tak pasal ko dapat satu kali penampar free. Cubalah bukak lampu sikit. Ni macam nak suruh tido sekali je. Bangun-bangun nampak dia dah atas badan ko. Camne?

Pastu kat sini budaya tips la.
Padahal kita dah bayar untuk service massage ni, tapi bila habis urut, mamat ni "Can you give me tips? Because we dont have salary, only tips"

Lojik kah?

Tapi sebab muka kau sedih, jadi aku cakap kat En Wan, bagi je la.
Lemas aku duduk atas ni lama-lama.
Aku takut masuk tempat-tempat camni.

Bila kita bagi duit, oh demandddddddddddddd.

"Can you give 100,000 Dong?"

100,000 tu cum RM17 je, tapi cam tak best la kita sebagai customer rasa kan.
Kau tulis kat depan cuma sekian-sekian harga.
Last-last kena bayar tips.
Pastu kau tetapkan harga tips pulak.
Last-last kitorang bagi je la, aku nak cepat-cepat keluar dari sini.


Balik semula ke hotel jalan kaki je.
Jauh sikit, tapi takpe, aku dah beli selipar. Hahaha.
Lagipun kata jalan-jalan tempat orang, maka BERJALAN la kita.


Ni kat depan butik beg dalam hotel.
En Wan berkenan nau ngan buaya yang tergantung tu.
Mungkin mengingatkan dia bahawasanya dia dulu ala-ala gitu la jugak time muda.

Malam tu kitorang takleh tido, sebab penat sangat renyah dari pagi. Pastu memikirkan esok ada appointment lagi. Layan The Voice sampai kul 2 pagi waktu Vietnam.


 Saigon : Nite view from our room, 9th floor.


 p/s : Sorry, patut today kena pos another batch akhir, tapi rupanya jadi batch ketiga. Balik dari HCM check email berderet. So, batch akhir, betul-betul akhir akan dipos Isnin depan. Yang tak dapat tracking number lagi today, yours will be delivered next Monday.