2013-10-02

Day 2 : Tour HCM


The next day, Ahad.
Sebelum keje, kita pekena nasik lemak ke dulu apa-apa yang patut kan.
Semalam masa on the way dari Pasar Bin Tanh tu lalu Kampung Melayu, bersepah restoran halal kat situ.



Depan hotel aku ada kawasan park.
Dorang ni jenis yang suka exercise kot. Penuh park tu dengan manusia bersenam. Bagus betul dorang ni. Pagi-pagi Ahad dah bising riuh. Kalau kat area rumah aku, selagi tak cecah kul 10am, takkan dengar apa-apa bunyik. Senyap sepi. Semua bersenam atas katil.

Dalam 10 minit jalan kaki dari hotel, dah sampai ke Kampung Melayu. Opposite Kampung Melayu tu adelah Pasar Bin Than. Memandangkan appointment kul 9am, kita ada masa 2 jam untuk bersenggang.


 
Konfius tak tengok ni?
Bersimpang siur.
Tak tau mana sebenarnya jalan dia and arah tuju.
Pandai-pandai ko la guna hon ya.


Restoran ni orang Melayu punya.
One thing kat sana kalau ko nak pekena makanan yang best, look for restoran halal orang Malaysia.
Kalau pi restoran halal Vietnamese kureng sikit. 
Biasa la kan tekak melayu, apa-apa pun mesti nak pekena makanan melayu gak.


Tu ambik tu.
Pandai-pandai gugel sendiri kat FB.


Biasa-biasa je restoran dia.
Ala-ala restoran kat GZ jugak.


Waktu siang macam ni baru aku nampak kat mana orang melayu kita stay.
Gila ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii yang duduk area Kampung Melayu ni.
Kat sini banyak butik hotel. Contohnya macam Hai Long ni. Dia punya superior twin tak sampai RM150. Dekat dengan tempat makan, sebelah je ngan Pasar Bin Than. So kalau sesape datang HCM dengan aim hanya nak shopping, boleh la lepak area ni. Mudah. Shopping la kau sampai lebam.




Bahagia kan kat HCM pun boleh pekena nasik lemak?
Siap ada lauk kari ayam lagi.


Sesudah makan, janganlah membuang masa.
Bersegeralah masuk ke Pasar Bin Than.



Pasar Bin Than ni sama macam pasar-pasar kat mana-mana negara pun.
Macam kat Bangkok apa ntah nama night market dia aku lupa dah.
Pastu kat HK Pasar Mongkok pun best.
Kat Malaysia ni Pekan Rabu, Pasar Payang, pasar malam Bangi pun boleh kalau dah takde sangat tempat nak pegi.

Tempat-tempat macam ni selalunya jadi tumpuan sebab harga dia kelihatan murah berbanding dengan kat butik-butik sebab sewa dia rendah. Tapiiiiiiiiiiii kalau ko betul-betul compare harga dia sebenarnya lebih kurang je. Kena compare price and quality sama. Jangan compare price semata-mata.

Sebab malam sebelumnya tu, aku masuk satu butik telekung. Cantik-cantik telekung dia, jenis kain cotton lembut nau. Sulam tangan corak timbul lagi. Dusty pink lagik.
Aku tanya berapa harga dia, dia kata yang ni mahal sikit sebab sulam tangan pastu cotton dia jenis sedap, RM75/pc. Pastu kat Pasar Bin Than ni aku beli sulam tangan jugak tapi kain putih biasa harga dia RM70/pc. Takde beza sangat. RM5 beza, tapi kalau kat butik lagi banyak pilihan corak. Kalau kat butik pun beli banyak still dapat harga murah. Cumanya kat Pasar Bin Than ni mudah, sebab semua benda bertumpu kat sini. Kalau kat butik tu kau kena jalan mencarik. Kalau jumpa, bonus. Kalau tak jumpa, dapat penat la.

Tapi aku rasakan, sebenarnya tempat-tempat macam Pasar Bin Than ni la yang senang untuk peniaga tekan harga sebab dia tau ini tempat tumpuan pelancong. Just like Pasar Payang la, gila-gila harga dia. Kalau kau pandai carik, butik kat area Ladang tu boleh dapat lagi murah.




Ni bukan tudung, tapi kain pasang yang dah siap bersulam manik.
Merelip benau, tak tau nak pakai kat mana baju macam ni.
Tapi peniaga tu kata yang ni kain untuk buat jubah.


 Fixed price.
Tapi En Wan belasah je tawar-menawar, cuma kena beli banyak la.


 Silau aku lalu depan area kasut ni.
Memancor-mancor kerlipannya.



 Orang kata kalau pi Vietnam jangan lupa beli kopi.
Kalau nak best, beli kopi TRUNG NGUYEN.
Ni kopi first grade. Kalau kat sini glemer Old Town, kat sana ada TRUNG NGUYEN Coffee House.
So En Wan beli la 500g. Mahal gak kopi ni.
Kitorang tak minum kopi tapi nak bagi mak and mak aji rasa.
Mak mertua and bibik cakap tak sedap. Lagi sedap kopi cap kapal api. Hahahhaa.
Peniaga ni kata kena pakai 3 sudu kopi untuk satu cup.
Tapi kopi dia memang jenis cair kot.
Mak aku cakap dah pahit dah, cuma cair sangat.
Kita jenis dah biasa minum kopi yang pekat likat, sekali kena hadap kopi cair terus down.


 
 Siap kisar kopi kat situ gak.



Oh yeahhhhhh.
Tempat feveret En Wan.
Dia ni kalau pi mana-mana mesti aim paintings atau frame ke apa-apa je la yang ada unsur-unsur negara yang dia pegi tu. So kat HCM, dia aim beli lukisan kulit telur itik.
En Wan memang minat gila dengan lukisan Picasso tu. First time kitorang jumpa lukisan ni 5 tahun lepas kat Feringgi. Mahal gila.

Rupanya kat sini size 45 x 35cm just 900,000 Dong (RM153).
Pastu macam-macam corak yang lawa-lawa lagi ada.
Nak beli yang besar tak reti lak nak ngangkut macamana, risau je. Beli je la size medium tu dulu. Ada rezeki sampai sana lagi beli lain pulak. Lagipun aku dah tak tau dinding mana dia nak paku ni. Rasa macam dah takde ruang kosong kat dinding rumah aku ni.



 
 Tapi, kitorang dapat harga lagi murah sebab first customer.
Dorang pun ada kepercayaan terhadap first customer bawak rezeki.
Jadi, kul 6 pagi silalah terpacak depan pintu masuk Pasar Bin Than tu.
Konfem ko dapat harga murah.


 
  


Kat sini la aku memborong telekung, tak banyak pun, 12 helai je.
Bukan nak meniaga. Makcik-makcik aku mengirim.
Ada gak jual telekung Lycra tapi dia tak tayang pun.
Tu pun aku yang tanya. Saje je la tanya, nak menunjukkan yang aku pun updated pasal-pasal fesyen telekung terkini. Wahahahhaha.

Tapi the peniaga ni sendiri suggest jangan beli telekung lycra sebab tak sedap macam telekung cotton. Aikkk? Kau jual tapi kau sendiri suggest takyah beli.
Aku try gak rasa telekung lycra tu...hmm...takde la teruk sangat. Boleh la kot nak buat pakai-pakai sekali-sekala, letak dalam kereta untuk benti solat mana-mana nanti. But still, lagi best telekung cotton/silk. Sojukkkk.



Aku beli 3 telekung sulam tangan, telekung sulam timbul (ada ke sulam yang tak timbul?) and telekung sulam benang emas and perak.
Yang dalam gamba ni contoh sulam timbul.

Lepas beli telekung, patah balik hotel sebab aku nak masuk keje.
On the way nak balik tu si beca tahan kitorang, dia ajak kitorang pi tour HCM city tapi aku cakap aku nak balik hotel sebab keje. So dia beria-ia ni suruh naik gak, dia kata takpe, dia hantar balik free. Nanti kul 12noon dia datang untuk ambik kitorang pusing-pusing HCM. Siap la dia keluarkan list tempat-tempat yang dorang akan bawak kitorang jalan. Malas aku nak kecoh kat tengah-tengah jalan tu, aku pun penat nak mengangkut lukisan la, telekung lagi, so kitorang naik je la.

Masa tengah meeting tu hujan lebat.
Aku dah bajet lepas meeting ni membuta je la kot, nak jalan camne kan hujan-hujan.
Lagipun takut terlajak masa. Aku ada satu lagi appointment kul 5pm tu.

En Wan kata si beca tu dah tunggu dah. Dia kata takpe, hujan renyai je, ada cover.
En Wan beria-ia nak pegi so aku layankan ajelah.


 Berjalan bersama seluar baru yang dibeli kat nite market semalam.
Waktu siang, harga dia 250,000 Dong (RM37.40), waktu malam harga dia 100,000 Dong (RM17). Gila kan?
So, korang shopping la malam.
Tapi kalau shopping malam tak banyak pilihan.
So kat situ ada kelebihan and kekurangannya.
Pilihan di tangan anda. Gitu.
 

 Ni la dia the local Old Town White Coffee :)


 Beca dorang ni sama naik ngan moto, sama naik ngan taxi. 
Semua nak jalan tengah-tengah dunia.
Aku ni dah la penakut.
Ko boleh nak mencilok-cilok bagai. 
Laju pulak kayuh tu, habis bumper lubang semua dia langgar.
Macam nak terlepas tetek aku.
Makcik-makcik kalau nak nai beca kat sini pastikan pakai polident lapan lampir ya. 
Mau tercampak gusi kang.


 Stop yang pertama : Historical Museum.

Yang best tu kan, sepanjang kitorang tour ni lansung tak jumpa orang Malaysia.
Semua omputih and Jepun je.
Ternyatalah di sini, orang Malaysia semua kaya-raya. 
Datang HCM semata-mata nak shopping je.
So sape kata orang Malaysia takde duit? 
Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 



 Ni kalau pakai cenggini kat KL mesti orang kata aku sakai kan?
Baju kemeja, suar tido bunga-bunga, kasut siap pakai stokin.
Tapi sebab kita tourist, maka semuanya dipandang indah dah style. Ngagagaga.
Sebenarnya aku dah takde seluar and baju nak pakai.



Hari tu bersepah-sepah pengantin ambik outdoor shoot kat museum ni.
Agaknya sebab senibina bangunan ni cantik, jadi memang kat sini la kot pengantin selalu buat outdoor shoot.




Nak pegi Cu Chi tunnel tak sempat, dapat tengok how they buat Cu Chi tunnel ni pun dah ok.
Dasyat gak dorang buat tunnel ni.
Badan aku tak muat kot masuk sini. Sangkut kat tetek ngan perut.



 Cara dorang buat duit syiling

 
 Paper lama....sulatkabar lamaaaa...



 Pasar Bin Than dulu dulu...


 

Bila aku masuk museum ni, aku rasa macam sejarah dorang wujud lagi awal dari kita sebab gamba-gamba yang dorang display kat sini semuanya kebanyakkannya tahun 1700-1800an. Macam kita ni rasanya payah nak nampak gamba tahun-tahun macam tu kat Muzium Negara. Kita banyak letak zaman Jepun, zaman British, zaman merdeka. Macam kat museum dorang ni nampak macam sejarah dorang tu bukan setakat cerita turun-temurun tapi ada gamba. Even the warriors pun ada gamba-gambanya siap tunjuk gamba cucu cicit dorang now.

Err...dalam beg plastik yang aku carry tu takde apa pun.
Dalam tu cuma henfon and power bank je.
Sebab aku gi sana tak bawak beg, bawak purse je.
Style tak aku?
Jalan-jalan bawak beg plastik isi henfon.