2013-06-07

Random lagi


Random 1

Gituuuu.
Kemain siap dengan pie chart bagai.
Aku nampak ni kat laptop En Wan so aku mintak la kat dia konon nak buat sample untuk aku buat sales projection company aku (sangattttttttt lah. Takde de aku siap nak ber-pie-chart segala).
Kemain lagi orang tua ni tau, siap buat database customer and boleh track return customer, loyal customer, new customer, bla bla bla. Aku rasa Hitachi salah bagi post la. Patut letak dia as sales planner, bukan engineer.

Yang best tu kan Female Customer lagi ramai dari Male.
En Wan kata yang female ni semua beli untuk boifren, untuk adik, untuk suami. Banyaknya untuk suami. Tapiiiiii yang aku muskil, time turn peplum and shawl-shawl aku kan takde pulak ramai si male-male ni semua nak belikan untuk bini. Ada la 2-3 orang mintak pos untuk wife. Ada sorang tu lagi sweet, mintak aku balut and tulis atas kad "Pakai ni on (tarikh)". Dia siap bagitau aku dia nak awek dia pakai baju kaler tu masa dia nak melamar nanti. Pehhhhhhh! Dasat lelaki zaman skarang. Kalah Adi Putra.

Yang peplum and shawl aku semuanya perempuan je yang order untuk diri sendiri. Hahaha. Tapi takpe, bersangka baik lah. Mungkin suami-suami dan boifren-boifren kita tak suka belikan hadiah takat RM100-200 ni. Dorang ada perancangan yang lebih hebat untuk kita.
Hnss...hnsss..hnssss...

BTW En Wan kata ada yang pesan jeans size khas sebab ada yang tak sempat beli size dah habis. Jadi dia kata kalau ada sesape nak book Superdry jeans ni (model yang sama, klik banner kat column HIGHLITES), email dia the soonest, LAST BOOKING TODAY. Full payment buat sebelum 19 Julai. Ni untuk pakai raya la kot kan sebab July dah puasa.


Random 2


Frens, Ahad ni kalau takde kemana-mana, jemput datang ke Charity Jumble Sale yang akan diadakan bertempat di :

Tarikh : 9 Jun 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Tasputra Perkim, Lot 3498, Jalan Ampang Hilir 5, 55000 Kuala Lumpur

Ada banyak aktiviti yang dorang bakal buat, antaranya gerai-gerai permainan, korang boleh naik and bergambo dengan kereta-kereta mewah ala-ala Fast n Furious like Lamborghini, Ferrari, pastu ada ‘face painting', gerai-gerai makanan of cos harus ada. Kalau aku pi mana-mana pun aku tuju booth makanan dulu. Then ada jugak gerai seni kraftangan. Banyak lagi korang boleh dapat kat sana.

Actually hasil kutipan dari semua aktiviti kat sana nanti, insyaAllah akan disalurkan kepada Tasputra Perkim bagi membantu menambah tabungan sedia ada. Tasputra Perkim ni is pusat/rumah jagaan (day care) kanak-kanak istimewa Muslim yang pertama di Malaysia. Menempatkan kanak-kanak di kalangan visually, phisically and mentally disabled. Buat masa ni ada lebih kurang 50 orang kanak-kanak yang ditempatkan kat sini and most of them come from lower income group.

Ni adelah medium paling mudah untuk berhibur sambil menderma.
Proudnya bila tengok ada yang berbesar hati nak letak Lamborghini kat sana for free semata-mata nak meramaikan and memeriahkan this event. Aku tak sure if those yang tak dapat join this event boleh hantarkan sumbangan. Maybe korang boleh gugel website Tasputra Perkim.


Random 3



Ni ada new information kepada peminat-peminat Watami.
Watami dah tak halal untuk kita (muslim).
So, please take note ya.


Random 4
Ima sedang kekalutan menerima order macaroni.
Dia pesan, untuk yang cup dia nak stop buat sementara waktu.
Memang kalut benar aku tengok kelmarin. Sampai Mak Aji pun kena stop kejap produce kukis nak menolong dia siapkan macaroni.
So now concentrate untuk macaroni dalam tray je.
Tapi aku paham, ada yang request nak jugak dalam cup sebab memang dalam cup cantik je especially untuk party. Maybe kalau ada sesape yang nak jugak macaroni dalam cup boleh email dia, mungkin dia terperanjat dengan 'suasana' baru so dia tak tentu arah sikit.

Semalam yang collect kat rumah aku, sorry ya, aku memang ada kat Ipoh. Ni baru sampai rumah.
Pasni aku nak tido. Migrain gila. Panas terik sungguh la ni. Takyah berjemur, duduk dalam rumah pun boleh itam. Pada yang request nak collect kat rumah aku, aku takleh nak collect setiap masa sebab kalau ada keje je aku akan ke Bangi. So alang-alang ke sana baru aku ambik macaroni tu. Kalau sesape nak, email aku dulu tanya bila aku ke Bangi, pastu baru place order kat Ima ya.
Tu kat sidebar belah kiri column FOOD, aku ada letak link.



Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
My New Shawl : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here