2013-03-09

Luahan hati seorang wanita yang hormonnya terganggu sebab period semakin hampir.




Aku tau hari ni Hari Wanita pun dari newsfeed.
Tak pernah tau pulak ada hari untuk wanita. Ntah. Maybe sebab takde cuti, so aku anggap tak penting. Tapi nak la jugak rasa kot-kot la ada benda best kita boleh expect sempena Hari Wanita ni.
Lantas men-sms En Wan.

..... dan begitu je lah jawapan yang aku dapat.
Aku memang dah bajet akan dapat respond macam tu tapi sajelah kan gatal namanya, konon nak bermanja-manja. Lupa pulak laki aku ni spesis kayu-kayan. Takde efek lansung kalau aku bagi hint-hint. Hajat di hati ada la kot chan nak dapat lamb chop ke, eskrim Baskin ke, tak pun bawak la aku pi Subang Parade bedak aku dah habis ni.
TAKDE!!

Aku ada baca kat newsfeed :

MEN ARE NOT MIND READERS.
ASK FOR WHAT YOU WANT. LET US BE CLEAR ON THIS ONE :

SUBTLE HINTS DO NOT WORK!
STRONG HINTS DO NOT WORK!
OBVIOUS HINTS DO NOT WORK!
JUST SAY IT!



En Wan selalu berbulu dengan aku sebab aku kadang-kadang suka bagi hint-hint.
Actually aku percaya pompuan bukan suka sangat nak bagi hint sebab kebanyakkan lelaki ni pun aku tengok lembab benau nak memahamkan gestures. Buang masa aku je bagi hint-hint, sampai ke sudah aku jugak yang kena explain apa aku nak. Tapi, perempuan seronok kalau lelaki tu boleh baca hati kita. Maybe sebab terpengaruh dengan statement "You read my mind" dalam novel-novel so masing-masing mengharapkan lelaki boleh la membaca hint.
Harammmmm.
Nak-nak laki aku.

Aku bagi gestures pun dia terpisat-pisat nak memahamkan, apetah lagi kalau aku membatu.
Padahal dia dah tau dah perangai bini dia camne kan.
Aku kuat bercakap, kuat gelak, benti bercakap hanya bila tido.
Bila aku membatu patutnya datanglah kesedaran sikit "Oh, wife aku ni merajuk agaknya.."
TAK OKEH?!
TAK!
Dare pulak dia bagi statement sambil tarik selimut "Selalu-selalu la buat diam macam ni....nanti esok bangun-bangun je terus bisu"

Kau tak hangen dengar?????
Kalau taknak pujuk tu baik ko diam je la kan. Ni tak, nak jugakkkkkk bagi sedas dua kat aku.
Padahal dia tau sebenarnya puncanya apa. Tapi saje kan nak test temperature aku.

Yang aku pun boleh tahan bangang jugak la.
Dah tau laki aku ni bangsa yang takkan paham hint-hint segala, tetapppp aku nak bagi hint. Pastu dia tak paham, aku sentap.

Aku rasa kebanyakkan perempuan alami situasi yang sama.
Kita memang suka bagi hint.
Sebenarnya boleh je kalau nak aku cakap direct. Tapi aku ni kalau cakap direct kang terus jatuh hukum derhaka kang.

Mana lagi sedap didengar :


Bagi hint
"Bang, hari ni kannnnnnn....hari wanita" (suara mendayu-dayu)


Tak bagi hint. Direct.
"Bang, hari ni hari wanita. Di taknak masak. Makan luar tau"


Statement direct tu sebenarnya subjektif.
Kalau Nora Danish yang cakap mungkin masih ayu bunyiknya.
Tapi kalau aku yang cakap memang akan jadi kurang hajar melodinya.
So nak yang mana satu?

Orang perempuan ni sebenarnya bukan kisah sangat celebrate ke tak, dapat hadiah ke tak, dapat bunga ke tak, ect. Kitorang just nak prektikkan ilmu telepati je. Nak rasa how does it feels bila lelaki (suami) boleh baca isi hati. Kalau tak bagi pun takpe, like "Ok, nanti kita kuar makan-makan. Tapi kat mamak je boleh tak sebab I penat sikit malam ni"

Konfem perempuan akan balas "Ala, takpe, tak kisah pun kalau tak celebrate. Saje je I nak bagitau"

Tak caya?
Percayalah!

Kalau ko laki bini baru sehari dua kenal takpela kalau tak paham hint pun.
Ni dah nak masuk doblas tahun duduk serumah, makan semeja, tido bertindih, pun tak paham-paham lagi?

Ni sengaja namanya.

Yang aku heran tu kan, kalau kita bagi hint manjang je dia tak paham.
Cuba kalau dia bagi hint "Malam ni malam Jumaat" dan aku buat dek.
Mau terbakar telo dia tahan marah agaknya.