2013-03-07

Blur




Sian En Wan, dah nak cecah 37 tahun baru terkial-kial nak bukak akaun FB.
Mak aku pun dah ada FB sejak setahun lepas ok.
Terkuis-kuis aku tengok dia nak memahamkan FB dia (cewah, padahal aku pun sama buta IT tapi bila lagi aku nak berlagak kan? Haruslah ini time nak berlagak pun).
Aku jelingkan je kegiatan dia mengkelebet FB. Ni mau esok satu hari tak buat keje kat opis ni nak mengexplore wall sendiri. Mesti esok kejap-kejap sms aku tanya itu ini.


Nak add aku tak reti, dia suruh aku buatkan.
Siap bagitau aku password dia apa. Tu nak suruh aku share password aku jugak la tu. Kem salam jauh-jauh. Bila aku try add-kan diri aku kat FB dia, oh rupanya macam tu gayanya tiap kali orang add aku - Sorry, this user already has too many fren requests.
Tapi ada space lagi kot, frens aku tinggal 48** lagi apa, apesal takleh add jugak eh?
Tapi elok la dia kalau takleh add. Rimas aku. Eh berlagaknya aku malam ni. Wakakakak.


 Taboh Naning


Today jauh perjalanan aku.
Mula-mula gi Shah Alam, jumpa dealer. Pastu gi lab. Mula-mula plan nak gerak pagi. Aku rasa aku dah bangun cukup pagi dah, tapi duduk depan laptop dengan berbaju tido kaftan menyiapkan keje and print segala tok nenek dokumen, tup tup dah pukul 11am. Ingatkan nak pi Melaka agi-pagi then patah balik baru singgah tempat customer yang lain-lain. Mak Aji plan dalam pukul 1pm aku dah sampai Bangi, sebab dia dah siapkan sambal ikan bilis aku. Dah 'awal' sangat keluar, maka, settlekan semua yang kat sini dulu then baru pi Melaka. Tapi tetap kul 1pm stop rumah Mak Aji. Siap belasah gulai udang + tempe goreng + ikan goreng + sambal ikan bilis + puding roti.
Terbelahak tak baca menu lunch aku today?

Pas makan terus blah.
Dasar kan?

Pastu masa kat tol Simpang Ampat tu, palang tu taknak naik-naik. Panas la aku kan, keta belakang dah hon-hon ni. Wah, aku pun taknak kalah, hon balik kuat-kuat biar budak tol ni datang. Aku check tag aku ada RM95 ada. Pehal tak lepas lak?

Adik tol tu keluar, aku turunkan tingkap.

"Nape tak naik eh? Saya punya smarttag banyak lagi ni. Rosak ke dik?"

Selow je mamat tu pi kat tingkap aku "Kak, tol ni takde Smarttag, ada TnGo je"

Binawe.
Macamana aku boleh tak perasan ni???!!!

Ni la dia kalau bangsa bawak keta suka berkhayal. Nak pulak melalak dengar lagu, lagi la kan. Boleh la pulak aku tak perasan tol dia takde SmartTag. Apa ke bangangnya laaaaaaa.
Patut la keta blakang hon.
Konfiden je aku keluarkan tangan aku kat tingkap bagi signal kat keta belakang palang tol rosak.
Cis, rasa nak siku muka sendiri je tadi.





Ni la dia part yang best everytime aku ke UniKL-MICET.
Aku tunggu je time nak balik. Konfem akan singgah kat gerai-gerai jualan tepi jalan.
Belacan memang wajib beli biarpun belacan bakor kat rumah ada sembilan keping lagi.
Gamba ni aku snap masa tengah driving. Main snap je la.
Yang kat bawah tu keropok ubi yang lebar-lebar tu, pastu belacan bakor tambah lagi 2 keping, pastu beli pisang salai, beli kuih telingo koling sepaket dan kat seat tu ulat bulu untuk Rayyan.

Kalau pegi ngan En Wan ni jangan harap la aku boleh beli semua ni. En Wan ni jenis praktikal sikit. Dia mesti nak tanya apesal nak kena beli? Makan ke tak? Kat rumah ada berapa lagi? Buat apa nak beli bantal?

Tu yang aku malas tu.
Malas nak menjawab. Sebab aku memang takde jawapan selain dari SUKATI AKU LAAAA.

Aku memang suka beli barang-barang macam ni. Sometimes aku pun sedar aku suka beli barang yang tak perlu. Kira macam kalau tak beli pun takpe, tapi aku suka nak stop and beli gak satu dua barang. Rasa seronok tengok makcik-makcik ni senyum bila nampak ada keta benti kat gerai dorang.

Lagipun, semuanya murah and sedap and cantik.
Tak tau la nape, tapi suasana kampung Melaka ni sangat lain dengan tempat lain yang aku penah pegi. Jadi, gerai-gerai dia pun aku nampak cam selera je nak benti. Cantik-cantik dia susun barang-barang dia. Teruja nak sapu semua.

Tapi kuih telingo koling dia umangaiiii sodapp! Lomak!
Beli sepaket lak tu, aku mentekedarah je dah tiga suku paket. Pisang salai dia pun mahveles. Dah settle dah pun. Tak sempat pisang tu nak tunggu siang.




Hari ni aku dah pos cardigan batch ketiga.
Tak sempat nak email sorang-sorang tracking number sebab aku sampai rumah dah terlepek. Esok aku email ya? Ni kasik tunjuk gambar dulu bukti barang dah pos.

Sebut pasal cardigan, ada benda aku nak bagitau.
Dulu aku ada bagitau yang aku lebih suka kalau sesiapa yang beli barang dari www.fleurcloset.com bayar secara offline. Website tu memang datang sekali dengan paypal so nak taknak memang ada, nak buang takleh. Jadi, malam tadi, aku dah letak setting tax untuk payment via paypal. So, jangan amukan ya bila beli guna paypal, sebab aku taknak bear the paypal fee, jadi kalau sesiapa nak continue guna paypal, ada additional charge. Oleh sebab itu, silalah bayar guna offline (mintak aku akaun). Nanti aku mintak wed developer aku boh siap-siap nombor akaun, lagi senang kot eh?

Yang tu satu.
Lagi satu adelah Ephyra.
Ephyra 13 set dah habis, sold out.
Tapi yang email aku ramai lagi, jadi, aku akan reply email tu esok, sebab today memang tak sempat.
HQ allocate aku another 2 carton untuk habiskan stok.
So, now ada 30 sets available.

Memandangkan promo yang aku janjikan habis 13th, tapi Selasa-Rabu depan aku ada di utara, jadi aku akan kumpul semua order dan pos semua Isnin depan. Lepas aku balik dari utara, aku akan naikkan banner harga asal Ephyra and if aku ada nak launch apa-apa yang baru for Ephyra. Jadi, korang ada 30 sets left untuk di-grab.

Silakan....