2013-01-01

Resepi



Buat final touch untuk persiapan Redza gi sekolah esok macamkam anak baru nak masuk Darjah 1. Kemain kecoh lagi aku ngan En Wan kat Giant carikkan apa lagi benda yang belum cukup. Beli eraser terus 20 bijik. Ni, aku bagi tempoh hayat dia sebulan je, insyallah selesai. Budak-budak sekolah zaman skarang ni kunyah pemadam kau tau? Jadi, stok eraser sebulan 20 bijik kena ada. Anak aku ni dia punya tahap pelupa tu ada extra sikit. Manjang je la eraser tertinggal kat skolah. Eraser tertinggal, pensil tertinggal, buku teks tertinggal, beg skolah dia pun boleh bertukar dengan orang lain padahal terang-terang kaler beg lain. Aku tak paham betul la. Ntah apa la yang dia pikir. Banyak nau main. Aku dulu pun main gak sep tiang sementara nak balik tapi belum pernah sampai terangkut balik beg sekolah orang. Ni bukan apa ni. Kurang pekena 'sep' dari aku. Cuba kalau aku sep kepala kau sekali, baru datang akai.

Botol air lagi satu. Kurang-kurang stok kena ada 5 bijik setahun. Ntah apa kena asik la botol pecah. Pecah kalau takat sumbing aku bersabar lagi. Ini pecah barai. Bila aku tengok keadaan botol air dia aku kengkadang konfius, ni aku hantar anak aku pi skolah ke, pi sparring karate?




Pensil kaler lagi satu hal.

Aku dulu 12 batang kotak kecik tu tahan gak la setahun. Paling bangsat pun setengah bulan. Lagi setengah bulan paw member punya. Anak aku, aku beli kaler yang 24 batang tu, bulan ketiga tinggal 9 batang je dalam kotak. Mau ko tak hangin? Bila aku tanya mana pergi kaler-kaler lain. sardin je muka dia jawab "Takpe, Ija boleh campur-campurkan kaler dia nanti boleh jadi kaler lain". Oh boleh pulak kau campur-campurkan dengan kaler lain. Time beli dulu aku offer yang 12 batang taknak. Mati-mati nak jugak yang 24 batang. Time aku dah terpekik baru la ko nak tunjuk daya kreatif kau boleh campur-campurkan kaler. Kang aku tunjuk aku punya kreatif pulak, kau dengan kau punya pensil kaler sekali bergulung-gulung masuk bawah katil. Tensi betul aku.

Tapi kaler atas tu bukan Redza punya.
Bukan juga gambar hiasan.
Tu adelah aku punya. Hehe.

Aku beli untuk diri sendiri.
Cantik je kaler-kaler dia. Stabilo ni kaler dia pekat. Ala-ala kaler Buncho. Faber Castell pun pekat gak. Tapi aku suka Stabilo lagi. Dulu time skolah aku punya Luna je. Boleh lah...
Terjeling-jeling aku tengok budak-budak lain pakai Stabilo. Kalau mewarna, yang drawing macam haramjadah pun boleh jadi cantik sebab kaler Stabilo ni sangat terang. Aku ni ye ye je la mewarna sampai tembus drawing pad punya nak bagi kaler nampak sharp, gagal jua.

Aku tak tau la apa aku nak buat dengan kaler pensil ni.
Maybe aku boleh gunakan untuk design-design new cardigan aku pasni. Cewahhhhhh macam sial je statement.
Designer pun pakai pensil HB je, kau yang ntah yang sape-sape pulak over. Puiii.

Ok kita hentikan cerita pasal sekolah, now kita cerita pasal sekolah memasak pulak.
Hari tu ada reader email aku tanya pasal resepi begedil udang geragau.

Pasal udang geragau hari tu, memula aku dapat udang geragau kering je.
Yang basah tak dapek. Insyallah dalam masa terdekat ni aku dapat udang geragau basah pulak.
Kalau nak ikutkan begedil ni pakai udang geragau basah lagi kick.
Tapi aku belasah je la, tekak dah teringin sangat. Kering pun keringla, pandai la aku modify nanti.



  Mula-mula basuh udang geragau kering ni bersih-bersih.





  Jangan lupa rebuskan kentang. Aku pakai 2 bijik kentang untuk 3 genggam udang geragau kering. Tapi ni ikut korang la, nak bubuh banyak mana pun. Bila dah empuk, lecek-lecekkan kentang, gaul dengan bawang merah and cili yang didadu. Nak letak cili api pun boleh.



Pastu campoq-kan sekali dengan udang geragau kering.



Pecahkan telor sebijik.
Oh yes, lupa. Kalau korang guna udang geragau basah, step 1 and step 2 tu tak applicable ya. Dari step 1, terus ke step 4 ni (pecah telor). Maknanya, lepas basuhkan udang terus pecahkan telur. Tapi kalau nak gaul dengan bawang and cili, silakan. Maknanya takyah pakai kentang.



Gaul sebati. Takyah letak garam pun takpe sebab udang ni dah masin. Tapi sukatila kalau nak letak jugak. Aku tak kuat makan garam. Udang geragau kering ni sebab dia kering, jadi aku tambahkan tepung gandum sikit. Ala-ala cekodok gitu. Sikit je sudah dalam 2 sudu besar.



Dan gorengggggggg.

Mintak maaf, gamba end produk takde sebab licin aku selesaikan sampai tak sempat bergamba.

Selamat mencuba.
Kalau jadi, yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sila happy happy.
Kalau tak jadi, ingatlah bahawa yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik datang dari kita.
*nak cover line*


Bye, nak mandi.