2013-01-18

Ketagihan yang sudah dilangsaikan


 


Inilah dinner aku dan En Wan malam tadi.
Takde yang special pun. Mamak je. Tu la yang paling mudah and cepat and dekat.
Aku makan dengan sepenuh hati, kunyah selow selow siap pejam-pejam mata. Kalau boleh rasa nak kemam sampai besok pagi.

Bukannya tandori ni sedap sangat pun, biasa-biasa je. Tapi sebab aku dah mintak nak makan cheese nan and tandori chicken ni dari last week!!!! Kau bayangkan lah dari last week aku mengidam. Punyalah aku bersabar sebab tetiap malam dia busy layan bola. Kalau takde siaran lansung, dia akan layan ulangan kat Arena. Kalau takde ulangan sanggup dia gugel YT semata-mata nak tengok balik the game. Dah macam saka dah aku tengok si bola ni. Sampai En Wan takleh nak tinggal lansung.

Dulu zaman bercinta, belum sempat aku mintak, baru angan-angan dalam kepala je ni, dia dah offer "Nak tandori?"

Romantik kauuu.
Dan-dan terasa diri ini wanita paling bertuah dapat lelaki yang "You read my mind" gitu.
Terus esok buat housekeeping buang semua poster-poster and gamba-gamba Leslie. Campak semua kaset-kaset Leslie. Nekad ni. Taknak simpan gamba lelaki lain dah. Setia ke hujung nyawa kekdahnya.

Tapi tu zaman dulu ye anak-anak.
Zaman air tengah banyak.

Now????

Aku mintak dari Khamis lepas nak makan cheese nan, Khamis malam tadi baru dia tunaikan. Kau tak sakit jiwa??

Last week, sampai berbuih mulut aku memujuk :

Aku : Bang, jom mamak bang. Nak makan cheese nan ngan tandori.

En Wan : Abang tak lapar la yanggg. Di makan la apa-apa kat bawah eh? *sambil usap-usap pipi aku*



Takpe..takpe...
Malam tu memang aku pulangkan paku buah keras. Time nak tido wah kemain suwitt lagi suara dia :

En Wan : Di...Di....meh la. Sini lah dekat sikit.

Aku : Di tak horny la yangggg. Abang buat la apa-apa yang patut eh? *sambil tolak-tolak buah kerandut dia*



Tadi malam, aku mintak "Bang, jom gi mamak nak? Cheese nan"

Terus "Jom!"

Kemain laju lagi.
Lessons learnt. *flip hair*