<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

MY ONLINE BIZ

CLICK HERE

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS
Nestum 3 in 1 perisa specialllllll
November 30, 2012
Nuffnang Sponsored Post for 48 hours


Siapa sini makan Nestum, especially pagi-pagi?
Kalau kat ofis selalunya mesti ada Nestum kat pantry (at least kat semua ofis yang aku penah keje dulu). Nestum ni macam satu benda yang wajib ada dalam laci masing-masing. Agak-agak lapar tapi pemalas nak turun café, boleh je la bancuh Nestum. Tapi aku tak pemalassssss. Aku rajin pi tapau makanan kat café. Tapau is tapau. Nestum pun aku belasah jugak. Tapi mesti Nestum kat pantry ofis korang Nestum yang original kan? Of cos la kan, nak yang berperisa bagai, silalah beli sendiri simpan dalam laci.

Korang penah Nampak tak Nestum 3 in 1 yang baru? Nestum 3 in 1 American Ginseng and Nestum 3 in 1 Dang Gui nama dia. Masa aku tengok pack baru ni aku macam “Alo?? Ni boleh makan ke tak ni?” Aku ni kalau yang pelik-pelik sikit memang payah nak lalu kat tekak. Nak pulak ada nama GINSENG pastu apa ni....DANG GUI??




Walaupun kelihatan agak pelik dan macam susah nak telan, tapi aku tau la Ginseng tu memang banyak khasiat. Ni American Ginseng okeh. East meet West gitu.

Pack Nestum 3 in 1 American Ginseng ni ada kandungan American Ginseng + Huai Shan + Long Yang Ro + Gou Qi + Yu Zhu. Haaaa…tu dia. Aku tau korang tak tau apa benda tu. Jadi, sebagai die hard fan Leslie Cheung, meh sini aku nak tunjuk skill aku paham herba-herba cina (tetiba je).

Ok, herbs yang ada dalam pack American Ginseng ni :

a. Huai Shan tu wild yam. Role dia adelah treat kidney, heart and spleen. Medical function dia antaranya adelah lower blood sugar and anti aging ye anak-anak.

b. Long Yang Rou tu pulak buah longan. Jangan nak ngengada cakap tak reti makan longan ye. Aku siku sekor-sekor kang. Walaupun aku tak suka makan buah tapi longan ni kategori aku boleh makan. Aku lagi suka makan yang belum berkopek kulit daripada beli dalam tin. Tapi khasiat dia sama je. Role dia pun untuk tonify heart and spleen di samping kalau ada sesape imsomnia, longan adelah ubatnya.

c. Gou Qi pulak adelah buah Wolfberry. Buah ni aku rasa antara buah paling lama digunakan dalam perubatan. Kalau tengok cerita cina TV2 pukul 6pm dulu-dulu, kalau ada drama zaman Dinasti-Dinasti ni, mesti ada buah ni. Buah ni role dia memperbaiki penglihatan and imun.

d. Yu Zhu ni Chinese selalu guna untuk buat sup kalau dapat batuk.


So semua herbs-herbs ni ada dalam satu pack Nestum 3 in 1 American Ginseng. And jangan buat-buat lupa, Nestum ada wholegrain ye. Wholegrain ni kandungan fiber dia tinggi, bagus untuk serap kolestrop and sape yang bising sebut-sebut nak diet tu boleh makan Nestum. Tapi, rasa Nestum 3 in 1 American Ginseng ni bagaimanakah? Nak tau, pegi beli dengan kadar segera, kelajuan kuda.


Nestum 3 in 1 Dang Gui tak kurang hebatnya. Ini ciptaan khas Asia’s leading herbal specialist, Eu Yan Sang. Eu Yan Sang ni dia ada produce confinement pack tau. Korang boleh view sini kakau nak tau lebih lanjut pasal dia : http://www.euyansang.com.my or 1 300 888 21.

Selain dari ada whaolegrain, Nestum 3in 1 Dang gui ni ada combination of Dang Gui, Nan Zao, Yu Zhu and Bei Qi.

a. Dang Gui ni female ginseng. Kalau sesape ada mild anemia, HBP or keletihan, memang ni la makan dia.

b. Nan Zao (blue date). Yang ni memang banyak digunakan untuk daily consumption.

c. Bei Qi also improves immune system.


Tapi korang baca pasal Nestum 3 in 1 American Ginseng and Dang Gui ni jangan pulak terbayangkan Nestum ni untuk orang berpenyakit pulak. Nestum ni sesuai je sesape nak ambik sebab objektif Nestum 3 in 1 tu sendiri adalah untuk kesenangan those yang ada very little time untuk pegi breakfast tapi mahukan breakfast yang healthy. Memang sesuai sangat minum pack ni for breakfast. Lebih-lebih lagi dia full of nutrient so kalau minum sebagai sarapan, nutrient tu boleh nourish and replenish our body. Kiranya kalau ambil Nestum 3 in 1 American Ginseng atau 3 in 1 Dang Gui ni, daily requirement kita dah fulfilled.

Tapi tak bermakna korang tak perlu makan makanan lain. Balance meal perlu, on top of that kita ambil Nestum ni sebagai bahan tambahan sebab macam-macam nutrient ada dalam tu. Nak harap kita pi carik herba tu satu-satu memang tak la kan. Ni dah sedia ada dalam instant pack dah senang.

Nama pun instant pack kan, haruslah cepat dan mudah. Just campurkan 200ml hot water dalam mug, tambah 30g Nestum 3 in 1 American Ginseng atau Dang Gui, kacau and ready to drink! Akan tetapi, pack ini hanya sesuai untuk orang dewasa je ye, kanak-kanak tak sesuai. And kepada yang mengandung atau on pills, please mintak nasihat doctor dulu.

Pack ni tak mahal, just RM9.50 satu pack. Dalam satu pack ada 7 sachet. Dah ada dah kat local retail high traffic outlet, supermarket, hypermarket, AEON outlet berdekatan Eu Yan Sang. Tapi tak availabale in East Malaysia and Brunei.

Oh yes, Nestum ada buat contest tau. Korang boleh pegi sini klik here Aku dah cuba. Cenggini kekdah dia…










posted by green apple @ 6:25 PM  
Newer›  ‹Older
Look East

 

Tadi pagi sementara tunggu En Wan mandi, aku baca Tun punya notes kat FB.
Pasal Dasar Pandang ke Timur Programme. Walaupun aku bukan sebahagian dari tu, cuma kawen dengan produk Dasar Pandang ke Timur je tapi aku 100% setuju dengan apa yang Tun tulis ni. Aku memang admire cara orang Jepun. Masa aku pi sana dulu, padahal masa tu aku baru 12 tahun, memang berhingus berlendir lagi. Tapi mak bapak angkat aku greet aku and layan aku macamkan aku Duta Negara. Padahal Duta Kecil Negara je time tu. Anak-anak keluarga angkat aku pun kemain lagi respek aku padahal aku yang segan dengan dorang. Aku ingat lagi masa on the way nak balik ke airport, kereta mak angkat aku tersodok kereta depan. Just like apa yang Tun cakap, akalu ada collision, dorang akan keluar dari kereta, bow to each other, pastu discuss lebih kurang then masuk kereta. Takde pulak aku nampak dia bertekak bertempik kat tengah-tengah dunia tu. Kalau kita, selagi insurans company tak datang, memang takde la kita nak alih kereta kan. Jem pun jem lah.

Pastu lepas mak angkat aku masuk kereta, dia tolehkan kepala ke seat belakang and bow kepala berkali-kali kat aku say sorry. Padahal aku tak terperanjat pun. Cuma tersodok sikit je. Tak menjunam ke depan pun. Skills insyallah, tapi attitude rasanya kita belum sampai lagi level dorang. Jauh. Jauh sangat. Tapi tak mustahil.

Bos-bos En Wan pun kalau En Wan bawak dorang berjalan (kadang-kadang aku ikut sekali), taknak duduk seat depan. Dia beria-ia suruh aku yang duduk depan siap bukakkan pintu untuk aku masuk, boleh? Macam kita (not sure kalau orang lain practice benda yang sama) kalau ada lelaki naik kereta kita, perempuan otomatik akan beralih ke depan. Aku pun tak sure kenapa ya? Respek la kot. Entah, aku pun ikut-ikut orang je ni. Maybe lagi selesa kot perempuan di belakang. Biarlah lelaki kat depan. But cara dorang hormat orang lain tu yang aku kagum. Camana dorang boleh ada attitude macam tu eh?

Aku rasa kebanyakkan (of course tak semua) produk Dasar Pandang ke Timur ni 'inherit' attitude orang Jepun masa belajar kat sana. At least En Wan and some of his close frens ada that kualiti. Tapi kualiti tu yang mentensionkan aku. Bukan aku orang ye, tapi mak dia pun sama tensi. Kualiti ni sebenarnya ada pada semua orang tak kira la ko grad Jepun ke grad Zimbabwe. Tapi sebagai isteri budak grad Jepun, aku boleh nampak beza dia.

En Wan ni buat apa pun mesti nak cepat. Pastu dia punya tahap nak perfect tu boleh hilang akal aku melayan. Kalau dia kata "Lepas Zohor keluar" maknanya sebelum azan tu kau dah kena standby atas sejadah sebab dia punya "lepas Zohor" tu dalam lingkungan 10-15 minit je dia bagi kau masa bersiap. Kalau lepas azan baru kau nak ambik wuduk, baru nak terkeseng-keseng bentang sejadah, memang berasap la telinga kau dia sound. Sebab tu aku stress. Sebab aku kan lembab. Hahha.

Kalau dia kata "Lepas berita sukan nanti kita gi Giant", maksudnya betul-betul habis je berita sukan terus keluar. Dia takde de nak bagi gap 5-10 minit. Takde. 

Just like semalam, dia sampai rumah dari ofis pukul 7pm. Semalam hujan, pastu dia keluar dari ofis kul 5.30pm. Paham-paham je la Shah Alam kalau waktu balik keje camana kan. Depan Proton tu je dah hazab. Elok je sampai rumah, terus berlari masuk, capai Superdry jeans atas meja pastu keluar. Aku tak sempat nak tanya soalan, dia dari dalam kereta jerit "Abang nak pi Puchong hantar jeans, budak tu tunggu lagi kat opis".

Melopong je aku.

Aku tau la kau nak jadi customer service yang superb.
Tapi takkan la tak boleh slow-slow. Aku rasa customer tu pun paham, time balik keje jem macamana. Pulak tu ko dari Shah Alam nak ke Puchong. Hujan lak tu. Hello, benda tu boleh bagi explanation la. Kau tak explain memang la customer tak tau. Cuba explain. Mak mertua aku pun geleng-geleng kepala.

Sebab tu aku tak akan berkerja dengan En Wan. Tolong boleh. Kerjasama nehi. Sebab aku stress dengan dia. Keje nak cepat pastu teliti gila. Aku pun bukannya cincai buat keje, tapi takde la sampai nak perfect tak bertempat. Just pikir lojik sudah la kan. Macam kalau benda aku leh simpan dalam laptop, aku simpan je. Kalau dia tak. Semua benda dia nak ada hardcopy. Sebab tu dia ada satu folder khas simpan segala mak nenek resit. Resit beli barang Giant pun dia simpan. Sampah ok, sampah. Aku toksah kata nak simpan resit Giant, barang yang aku beli pun kadang-kadang tertinggal kat Giant. Ok, yang ni jangan ikut perangai aku. Cuai dan terlampau tak kisah.



Padahal nak pos jeans je tapi dia punya 'paper work' macam nak buat tesis! Pukul 6 pagi buat packing ni don't play-play okeh. Siap masukkan data dalam excel, ada highlite dengan kaler, print segala. Padahal laptop ada. Macam aku, semua aku masukkan dalam excel worksheet je. Takde keje aku nak print bagai. Habis ink aku je.

Yang best tu aku tengok dia reply sms budak-budak yang pesan jeans. Gila bahasa melayu rapi!
"Encik, maaf. Jeans saiz 41 yang Encik pesan.....bla bla bla"

Encik ok, encik!



Gila formal tulis email instruct buat payment. 
Kalau aku jadi customer, takut aku nak tangguh payment lama-lama. Hahha.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cuab tengok aku pulak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
Beza kan dengan aku punya kekdah mintak payment?

Wakakaka.

Ada aku kesah? Janji mesej sampai.
Reader-reader aku semua kepala sempoi, dorang mesti paham punya. Kan kan kan?


posted by green apple @ 12:22 PM  
Newer›  ‹Older
Email
November 29, 2012




Setelah dikemas kini, ini dia deretan email untuk Kak Sri Siantan. Ni cuma first page. Tak tergamak aku nak printscreen page belakang-belakang. First page pun ada yang dari bulan October aku tak respond, apetah lagi yang belakang-belakang. Sorry ya, seriesly aku memang busy, Update blog pun curik-curik masa. Insyallah aku akan jawab sikit-sikit email-email yang mintak pendapat atau meluahkan perasaan. Nak reply email-email ni bukan boleh buat sekali lalu, kena bertenang-tenang menjawabnya. Habis aku tak dapat nak bertenang-tenang lagi buat masa ni, so aku hold dulu. Insyallah, aku akan cuba reply semua.



Oh yes, ni aku nak jawab kebanyakkan yang nak tau respond En Wan nampak Chanel aku. Masa En Wan masuk bilik, aku dah tak tenteram. Kejap-kejap aku lalu-lalang depan dia nak alihkan perhatian dia dari meja study. Dah tau takut ngan laki, simpan la hendaknya beg tu kan? Ni tak. Nak jugak letak atas meja pastu gelabah. Aku memang sengaja la memula tu taknak sorok, sengaka nak tayang. Tapi bila dia masuk bilik, aku yang semput ketakutan.

Last-last sebelum tarik selimut (masa tu dah pukul 4 pagi hari yang dia sampai rumah), boleh la pulak dia terpandangkan paperbag Chanel atas meja. Terus bangun!

"Eh, tu apa pulak tu?"

"Beg. Ala bang beg biasa-biasa je.."

"Jangan ingat abang tak kenal Chanel ye"

Gulp.

Tapi masa tu dah lewat sangat, dia bebel pun aku buat dek sebab aku ngantuk. Tapi boleh tahan la dia menjeling kat aku. Takpe, aku dah bagi dia melepaskan amarah dia malam tu gak. Haha. Ok tak klaka.

Ada tanya apa perasaan pakai Chanel?
Kalau tanya aku, aku lagi suka Burberry.
Prada pun aku kureng sikit. Tapi beli. Tapi tak suka sangat. Ntah hapa hapa.
Sebab tu aku cakap aku tak paham apa motif aku angkat Chanel. Maybe sebab time aku beli tu just nak tau apa perasaan pakai Chanel. Sebab kebanyakkan orang yang gila beg, semua target nak beli Chanel. At least ada sebijik. So aku pun tak puas hati. Maka aku pun pesan GST seketul. Setelah pakai 4 hari, apa yang aku boleh cakap, korang pakailah apa yang korang rasa selesa. Jangan disebabkan orang beli maka kita beli. Orang pakai, maka kita pun pakai. Orang ada sebijik maka kita nak ada dua bijik. Ujung-ujung kita tak boleh "carry" the bag. Macam aku dulu. Dulu aku beli Coach sekali 3 bijik. Last-last Coach yang ketiga tu aku tak pakai lansung. Tak sampai sebulan beli aku dah bagi kat adik aku. Sebab aku rasa aku takleh carry design tu. Aku pakai yang lagi 2 bijik tu je.

Aku tak menyesal beli GST ni, at least aku tau la apa rasanya pakai Chanel. Cuma masa aku beli tu belum sampai keinginan sebenar untuk beli agaknya, just nak test apa rasa. Jadi bila pakai pun rasa macam "hmm..okla..". Tapi takpelah, yang nak beli silakan. Beli biar untuk kepuasan diri sendiri, jangan sampai menyeksa diri ya. GST ni yang best tu sebab compartment dia kemas. Takyah beli beg organizer. Tersusun je barang-barang aku. Selama aku beli tote, semua aku kena letak beg organizer supaya barang tak bersepah. 



Oh yes, kalau sesape nak kirim COACH or apa-apa from US, boleh contact Izzat. Dia dah menadah diri untuk belikan barang-barang korang. Sila serang dia.


posted by green apple @ 11:59 PM  
Newer›  ‹Older
Nama ini sila contact aku
November 28, 2012

Orang-orang ini sila email saya the soonest :

DAIZURA BINTI MOHD DAIM
MOHD ZALMY BIN ZAKARIA
FATIMAH BINTI YA'COB@YA'A

Aku tau ni payment untuk cardigan tapi tak dapat trace dalam email. Nama lain, email lain.

Cardigan selama di-order bersama-sama barang-barang company aku.

Mungkin ada yang terlepas pandang, cardigan ni akan datang sekali dengan shipment kits and reagents aku. So aku sendiri tak dapat pastikan bila boleh sampai Malaysia sebab cardigan ni benda sampingan dalam shipment. Benda utama adelah barang-barang company aku. Dorang akan release shipment bila barang-barang aku and Singapore dah complete. Selagi tak complete selagi tu shipment tak gerak. Once dah gerak dorang akan fax aku ETA sheet, time tu baru aku leh bagitau bila cardigan korang sampai.

p/s : Yang dah book tapi tak bayar, sorry, aku dah replace your bookings dengan nama dalam waiting list.
posted by green apple @ 4:01 PM  
Newer›  ‹Older
Mix and match

Ladies, Tsugoi keluarkan new peplum blouse. Kali ni sleeveless.
Hari tu kita keluarkan long sleevekan, now sleeveless.
Tapi tak bermakna sleeveless ni untuk yang tak bertudung je boleh pakai. Yang bertudung pun boleh pakai. Sebab korang kan dah kirim cardigan :)
Peplum Tsugoi ni pulak bukannya jenis yang kembang gila-gila, dia kembang sikit nak bagi nampak bentuk peplum je. So takde hal kalau nak sarung jacket atau cardigan kat luar.

Cuba ko tengok gamba ni :


 

 Kekdah nak pakai peplum dengan sangat gojes sekali.
Kalau ada jacket, boleh sarungkan jacket. Yang ada cardigan, sarungkan cardigan. 
Cuba imagine, peplum kat atas ni korang pakai pastu sarungkan dengan cardigan kuning yang aku advertise hari tu. Gila tak gojes????



 Tak pun korang yang kirim skinny jeans hari tu kan cuba tengok gamba ni pulak.
Bayangkan pakai peplum merah pakai dengan skinny jeans hijau pastu sarungkan cardigan putih. Leleh okkkkkkkk.
Skinny jeans esok dah sampai Singapore dah ni. Lusa dah boleh dapat. Baik pikir habis-habisan sebelum peplum ni dirembat orang.




Boleh pilih 4 kaler di bawah :

Red
(my suggestion : kalau pakai dengan seluar hitam cardigan putih cun)


Cream


Black
(my suggestion : kalau pakai dengan seluar putih and cardigan kuning terangkat!)


White


Size M
Dada : 34 inch
Pinggang : 29 Inchi
Labuh : 22 Inchi
Bahu : 14 inchi
Size L
Dada : 36 inch
Pinggang : 31 Inchi
Labuh : 22 Inchi
Bahu : 15 inchi

Pastu kalau berkenan, email tsugoi12@gmail.com. Anda akan dilayan serta-merta :)


posted by green apple @ 11:59 AM  
Newer›  ‹Older
Tebiat


Korang ada tak perasan any perangai korang sewaktu kecik yang jadi ikutan anak-anak korang now?

Aku ada satu tebiat masa aku kecik, tak tau since when tapi aku rasa sampai umur aku 3 tahun aku masih lagi ada tebiat ni and aku still boleh ingat sampai now. Kecik tak kecik jugaklah. Sampai umur 7 tahun aku masih lagi menjalankan kegiatan ni.

Tebiat itu adelah berak di sebalik langsir.

Dem!
Tak sangka aku akan buat public confession.
Sampai skarang aku tak jumpa reason kenapa everytime nak berak aku mesti berlari menyorok belakang langsir. Mungkin aku pemalu agaknya. Kahhh!

Macamana aku nak describe eh, tapi kan the feeling sewaktu berak di balik langsir tu macam best gila. Macam tempat tu sangat sepi dan tenang untuk berak. Semorang berak masuk toilet, aku berak belakang lagsir.  Berak sambil berdiri lak tu. Kau mampu?

Pak Aji kata, dorang semua dah paham dah. Kalau nampak aku berdiri balik langsir tu bukan main sorok-sorok namanya ye. Tu namanya aku tengah memerut. Dah Darjah 1 pun aku still prektikkan berak balik langsir. Jadah apa pun aku tak tau tapi macam satu benda yang menjadi trademark. Kira aku trendsetter la. Wakakakka. Puiiii.



And now kan, trademark aku tu jatuh kat Rayyan.
Tu pun baru 3-4 bulan kebelakangan ni kitorang noticed. Tapi dia tak menyorok balik langsir but menyorok tepi sofa celah dinding. Asal tetiba kau tengok dia senyap and hilangkan diri tu, maknanya tengah buat pavlova la tu.

Dan satu lagi perangai dia adelah lepas berak walaupun taik penuh dia masih boleh sambung main macamkan takde apa je. Punnnnnn ikut perangai aku jugak. Hahaha. Aku pun dulu (seingat aku la), lepas berak belakang langsir, aku rilek je boleh continue main. Macam takde apa je kat pantat.

Mak Aji ngan Pak Aji selalu tanya apesal aku suka berak belakang langsir. Apesal tak reti masuk toilet. Reason dia adelah kerana toilet aku basah. Aku tak suka pijak tempat basah. Rumah dulu-dulu mana ada partition pisahkan shower and toilet. Kat hotel ada la. Tak pun rumah orang kaya-kaya ada la. Aku bukan orang kaya. Jamban ngan shower satu tempat. Jadi lantai tu sentiasa basah. Aku geli pijak tempat lecak (lantai lecak geli. Pantat penuh taik tak geli). Now, rumah sendiri shower ada glass partition jadi even jamban kat satu bilik air yang sama, aku boleh berak dengan selesa sebab lantai tak basah. Kalau tak gamaknya sampai skarang aku berak belakang langsir.

Tapi apesal belakang langsir?

Kenapa bukan belakang pintu atau belakang tong gas?

Jawapannya adelah kerana belakang langsir still boleh nampak kelibat orang lalu-lalang. Belakang pintu tak nampak orang lalu-lalang. Aku time kecik dulu penakut nak mampos. So kalau berak sorang-sorang dalam toilet aku selalu terbayang nanti ada tangan keluar dari lubang jamban cangkung tu and cengkam pantat aku. Kalau berak belakang langsir walaupun berak sorang-sorang tapi hakikatnya tak la sorang sangat sebab aku masih boleh nampak orang. Bijak tak aku?



Now bila aku nampak Rayyan berlari belakang sofa, aku rasa "bangga" sebab trademark aku menurun kat dia. En Wan pelik apesal Rayyan suka sangat berak celah sofa tapi aku merahsiakannya sehingga hari ni. Haha.

Lagi satu perangai yang dua-dua pun ada adelah kuat bercakap. Be it Redza mahupun Rayyan, walaupun Rayyan tu tak paham bijik butir dia sebut tapi still memekak bercakap tak benti. Si Redza lagi la, celik je mata bercakap je keje. Aku rasa cam nak plaster je mulut dia. Kadang-kadang takde sape bercakap dengan dia pun dia boleh riuh bersembang. Sembang sorang-sorang. Macam seram je kan bunyiknya? Tapi takde apa yang misteri sebab sampai skarang pun aku masih lagi bercakap sorang-sorang kalau takde geng nak melayan aku sembang. Kadang-kadang aku boleh bantai gelak sorang-sorang. Tak caya tanya Ibak and Ima. Dorang memang paham sangat aku ada kebolehan bercakap sorang-sorang pastu gelak sorang-sorang sampai keluar air mata. Aku rasa sebab imaginasi aku tinggi kot. Kuat berkhayal.

Tapi kan, aku dulu pernah gagap.
Tak caya tanya Mak Aji. Aku pun boleh ingat lagi aku dulu gagap.
Kemain payah lagi aku nak habiskan satu ayat. Sekarang no wayyyyyy. Dah dapat bercakap sampai takleh benti. Harapnya takde la anak aku dapat gene gagap aku.



Ok ni separuh dari Superdry jeans yang bakal dipos-lajukan hari ni.
Ada half lagi belum buat payment, maybe sebab belum baca entry aku kelmarin. En Wan pun tak email korang lagi. Today dia akan email those yang belum bayar. Ada some yang terlepas entry Superdry dok tanya ada tak yang nak let go. So korang yang dag booked, plis buat payment the soonest sebelum En wan arahkan aku bukak offer kat blog.

Semalam En Wan gigih tulis consignment note sampai kul 1.30pagi. Aku dah membuta time tu. Kemain semangat lagi mempacking. Berhelai-helai list dia print. Siap la pulak pi buat delivery tengah-tengah malam semalam kat USJ. Pukul 11 malam kot. Pehhh, Pos Laju boleh bankrup kalau laki aku bukak courier company camni. Penghantaran 24 jam! Wakakkaka.

Tapi jangan terperanjat la kalau dapat pakej tu nanti sebab En Wan pakai consignment note company aku. Dia takde masa nak pi collect blank consignment note, so aku pinjamkan company aku punya. Tapi bayar balik la yeeee. Apa ingat aku nak bagi free? Kalau 9 helai boleh lagi la aku nak pejam-pejam mata. Ni 90+ helai. Bungkus kedai aku.

Ada yang hantar email kat En Wan cc kepada aku sekali. So aku dapatla baca conversation dorang.
Kebanyakannya beli untuk husband and almost all nak buat surprise for husband masing-masing. Ada yang mintak letakkan wish bagai. Alololo....suwit. Bagus semua reader-reader aku. Semua nak hadiah untuk suami. Aku je yang tak belikan untuk En Wan. Ngahaha.


posted by green apple @ 10:46 AM  
Newer›  ‹Older
Superdry jeans dah sampai
November 26, 2012



Ladies and Gentleman...,

Superdry dah sampai, tapi belum packing lagi sebab tukang angkut DEMAN. Banyak sangat mengangkut gamaknya.

Dia pesan :

1. Semua yang email and dah dapat reply from En Wan, your jeans ada dikalangan jeans-jeans yang berlonggok dalam gambar atas. Ini termasuklah 2 orang yang email aku hari Jumaat lepas sebab En wan dah fly and tak respond email dia.

2. KECUALI those yang request size 40 ke atas, sorry sangat-sangat, size tu takde.

3. Superdry yang En Wan bawak balik ni EXACTLY the same design yang dia pakai (gamba yang aku post kat entry Superdry hari tu). Yang request design selain dari itu, dia tak dapat carik.

4. Customer dari Sabah/Sarawak yang order Superdy jeans ni, please masukkan extra RM10 for postage. Jadi, you guys punya price is RM130.

5. Yang the rest, boleh buat payment RM120 ke :


CIMB
1205 1342 4245 28
Wan Mohd Ridzuan Wan Dagang

MBB
1123 6205 1970
Wan Mohd Ridzuan Wan Dagang


And ni aku nak bgtau, En Wan tak pernah buat benda ni before. Jeans Levis and GAP dulu aku yang tolong handlekan ordering and payment checking segala. So dia akan menjadi sangat gelabah kalau buat benda ni sorang-sorang. This time memang dia kena buat sendiri, sebab aku pun tengah banyak keje tak dapek nak tolong.

Jadi, aku mintak kerjasama lepas buat payment, please attachkan proof of payment kat email dia - wanmohd_ridzuan[at]hitachi-chem-sl[dot]com[dot]my.

Dia akan jadi sangat kalut kalau kena check email notification dari bank. So takyah hantar email notification pun takpe. Sebelum dia kalut and menghuru-harakan aku, korang just attachkan proof of payment ya?


posted by green apple @ 4:49 PM  
Newer›  ‹Older
S.T.O.P




Opp..op...opppppppppp!!!!

Stop jap. Stop jap.

Order cardigan dah membuak-membuak.

Sorry ladies, aku takleh accept kiriman lagi dah. Pada yang dah dapat respond email dari aku, maknanya order korang ada dalam list. Please make payment the soonest, aku nak place order barang-barang aku Khamis ni (tak jadi Jumaat sebab aku cuti).

Kalau ada yang tak sempat order, insyallah next shipment ada lagi cumanya aku pun tak tau bila.

Thank you.


posted by green apple @ 1:18 PM  
Newer›  ‹Older
Cardigan
November 25, 2012

SOLD OUT!

Aku dah received fax ETA shipment aku.
Insyallah shipment akan sampai Singapore Khamis minggu depan ni (29/11/2012).
Memandangkan kit-kit aku semua cold item, so Singapore team takkan courier barang aku on Friday sebab Sabtu ni first Saturday, courier company tak keje. Jadi sebelum kit-kit aku perish, better dorang courier Isnin (3/12/2012). Kalau sampai Selasa pagi, insyallah aku akan pos skinny jeans korang on the same day. Don't worry, partner aku dah bagitau jeans-jeans korang dia pack asing, takkan kena dry ice punya.

So, this Friday aku akan place new order untuk kit aku.
Setelah dikenalpasti berat kit-kit aku, aku hanya ada space 8kg saje untuk letakkan cardigan korang kalau ada sesape nak kirim. Maknanya dalam lingkungan 44 helai saje. Tu pun sebenarnya 5kg space "pinjam" Singapore punya sebab dorang taknak bawak masuk banyak stok kit, dah hujung tahun agaknya, akaun kebanyakkan agensi sana dah tutup kot so takde orang order kit dah. Jadi, aku ambik 5kg space dorang. Kalau tak aku hanya bawak masuk 16 helai cardigan je.

 

Ini saje selection yang ada.
Kepada yang dah book space siap-siap mintak kaler purple, orange, segala, mintak maaf ye. Ni je color yang partner aku bagi. Dia ada tunjuk jenis cardigan lain tapi cardigan tu jarang sangat. Kalau pakai sleeveless boleh nampak jelas kaler sleeveless kau tu dari belakang. So aku suggest ambik cardigan atas ni je la, lagipun ni la cardigan yang dia bagi aku dulu. Tak jarang pun aku pakai. Sesuai untuk yang bertudung. Kain pun lembut.

Price dia RM35/pc. Free size

Cardigan ni ringan je. Kalau beli 1-3 helai, postage RM10.
Jadi, belilah 3. Jimat sikit duit korang. Aku pun senang nak pos. Hahha.

Kalau sesape nak beli lebih dari 3 email aku ya - aveo757[at]yahoo[dot]com.

Please email aku kiriman anda sebelum Jumaat (30/11/2012)

Ingat, 44 helai je space ya!


posted by green apple @ 1:03 PM  
Newer›  ‹Older
Jodoh


Ini whatsapp dari seorang reader blog ni :

 
 





Ini jawapannya (pendapat) :























Wallahulam.


posted by green apple @ 11:11 AM  
Newer›  ‹Older

FACEBOOK
GREEN APPLE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
PREVIOUS POST
Archives
JALAN-JALAN
I READ
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER