2012-12-27

Susahnya tinggal dengan mertua....seriesly?


Aku ada terima satu email dari reader. Tapi dia tak kasik aku tepek email dia.
But secara roughly siatusi dia cenggini..ada a few issues :

Pertama
Dia dah berkahwin, dah beli rumah.
Keluarga mertua duduk dengan dia. Ni kes macam aku la, mak mertua duduk sekali. Ok fine lah tu, takde hal. Tapi dalam situasi dia ni lain sikit. Macam aku ajak sekali mak mertua duduk sama sebab kat Tganu dia duduk rumah tu sorang-sorang. Memang ada Kak Long kat sana tapi Kak Long pun bekerja, kalau nak suruh Kak Long berulang hari-hari jenguk mak, kesian. Jauh. Mak aku pulak bukannya sihat sangat, ada darah tinggi, senang pitam-pitam. Lebih baik dia duduk sekali dengan kitorang je.

But this reader cakap makpak mertua dia, bukan saje masih kuat, tapi ada pencen. Kiranya kat sini, masih mampu buat semua benda sekiranya anak-anak tak dapat nak menjenguk/menjaga. Tapi makbapak mertua dia insist nak tinggal sekali sebab kononnya anak lelaki dia (suami reader ni) tak boleh berdikari tanpa makbapak. Segalanya selama ni mak bapak yang tolong buatkan.

Suami ni ada adik yang masih dalam tanggungan makbapak, secara otomatiknya, sekeluarga tinggal sekali dengan diorang. Dan this reader tak selesa. Main point kat sini is TAK SELESA..

Kedua
Kakak and abang ipar hari-hari tinggalkan anak-anak dorang kat rumah reader ni dengan alasan "suruh mak bapak jagakan". Tapi tinggal bodo camtu. Takde tinggalkan duit ke, apa ke. Jadi reader ni bengang perbelanjaan meningkat sebab anak-anak sedara suami ni semuanya beriarcond 24 jam, main laptop sepanjang hari, etc. Point kat sini is EXPENSES MENINGKAT.

Ketiga
Adik ipar yang tinggal sekali tu taknak lansung bantu-bantu buat keje. Kira macam betul-betul buat macam rumah mak bapak dia. Point kat sini is KEPENATAN.

Keempat 
Bapa mertua campur tangan dalam urusan mendidik anak. Point kat sini is CAMPUR TANGAN.


*lap peluh baca*


Aku berada dalam situasi yang sama dengan situasi Pertama. Tinggal lagi aku cuma jaga mak mertua sorang. Takde adik-beradik En Wan yang lain yang tinggal sekali. Tapi, masa aku belum ada Redza dulu, anak sedara En Wan tinggal dengan kitorang. Lelaki. Aku tak tau macamana arrangement this reader (or sesiapa saje yang ada situasi macam ni) dengan husband dia. Tapi macam aku, aku tak kisah mak mertua duduk sekali sebab jaga mak mertua tu macam jaga mak kita jugak. Tak salah aku, aku ada terbaca kat satu artikel, orang perempuan ni bila dah kawen, makbapak/keluarga suami tu dah jadi priority berbanding makbapak/keluarga kita sendiri. Jadi benda ni patutnya tak jadi issue. Yang mungkin menjadi issue maybe ketidakselesaan.

Biasa la kan, kita ni selalunya bila dah ada rumah sendiri je mesti akan ada topik 'privacy'. Padahal dulu sebelum kawen, kita bukan dudik sorang pun, kita duduk dengan mak bapak. Takde pun pikir pasal privacy mavecy segala. Agak-agak nak privacy kita masuk bilik. Bilik kita adalah private territory kita.

Kalau nak cerita pasal privacy, rasanya dari dulu lagi aku takde privacy. Sebab sebelum ada Redza lagi, anak sedara dia dah duduk dengan kitorang. Bila ada Redza, kitorang ambik bibik, sampailah sekarang rumah aku sentiasa ada bibik. Dua tahun lepas, dapat Rayyan. Mak start duduk sekali sampai sekarang. Ada tailor, pun duduk sekali. So jangan cerita pasal 'takde privacy' kat aku sebab aku hampir-hampir terlupa apa itu pirvacy.

Kalau zaman bujang dulu kita boleh carik privacy tu dalam bilik, kenapa sekarang kita tak buat benda yang sama. Dulu masa aku nak ambik bibik, ramai yang cakap "Ko boleh ke ada orang luar tinggal sekali dengan kau. Takde privacy lah oi".
Tapi, privacy tu macamana sebenarnya eh?

Dapat mengangkang kat hall depan TV bersama suami?
Dapat ke hulu hilir dalam rumah bogel?
Dapat make love kat kitchen?

Pftttttt.

Privacy ni kalau tak dapat dalam rumah sendiri, kita carik privacy dalam bilik tido pun boleh what. Sebab tu bilik aku ada TV, so that itulah 'living hall' aku anak-beranak. Bukan aku tak suka tengok tv dengan mak mertua and bibik-bibik, tapi tak salah kot sesekali nak memerap dalam bilik dengan family kita sendiri.

Kau berani ke bawak bibik tinggal sekali? 
Kau tak takut ke laki kau ada sekali dalam rumah tu? 
Kau boleh tinggal sekali dengan mak mertua ke? 
Tailor kau duduk sekali? 
Kau pegi holiday angkut semua sekali? 
...bla...bla..bla...

Tapi orang tak nampak yang mak mertua aku tolong tengok-tengokkan anak-anak aku.
Bibik aku tolong kemaskan rumah.
Tailor aku adelah extra income aku.
Kalau aku nak tengok wayang berdua dengan En Wan tak risau nak tinggalkan anak kat rumah sebab selain ada bibik, mak mertua ada sekali. Kalau nak pergi attend wedding, anak ada orang jaga kat rumah (sorry la aku nak heret anak pi kenduri. Huru hara majlis orang kang). Kalau aku pi outstation, rumah ada orang tengok-tengokkan.

Kebanyakkan orang selalu kaitkan rumah ramai orang = rumah bersepah.
Macam la rumah kau kemas sangat kalau takde ramai orang pun. Tinggal lagi kita rasa takpe lah kalau bersepah pun sebab yang buat sepah tu pun bukan orang lain, kita and anak-anak kita jugak. Kan?


Situasi KEDUA ni, bukan reader ni je yang bengang. Aku yang baca pun berbulu.
Situasi ni kalau jadi kat aku memang aku bangsa yang akan sound direct. Pernah dulu ada satu kerabat En Wan nak datang rumah kitorang time majlis akikah Rayyan. Nak datang tido sini tu aku tak kisah. Tapi tang takde adab tu aku memang berhantu. Main datang je angkut masuk bantal ngan toto. Macam takde apa je. Mentang-mentang rumah ni kerabat dia punya, agaknya dia lupa aku pun ada share dalam rumah ni kot. Memang aku sound je terus. Terus sampai skarang tak datang-datang. Tapi dia hanya akan datang time aku takde rumah. Sengal kan? Tapi aku tak kisah la. Janji masa aku balik kau dah takde.

Aku memang pantang orang yang buat rumah orang macam rumah sendiri. Walaupun dalam rumah ni ada mak kau, but rumah ni tetap rumah aku. Mak tu memang kau punya. Rumah ni aku yang punya. Sometimes aku pelik ada orang yang takde otak. Mentang-mentang keluarga dia ada dalam rumah tu, maka secara otamatik rumah tu adelah rumah keluarga dia. Yang si bini/ipar ni agaknya apa eh? Sekuriti guard kot.

Contohnya macam kes nenek aku ( mak Pak Aji).
Dulu kat kampung, rumah tu adelah rumah nenek and arwah atuk. Bila arwah atuk takde, so anak-anak sepakat rumah di kampung tu bagi kepada pakcik aku yang paling bongsu. Kebetulan dia je la sorang yang duduk kat kampung, yang lain semua duduk jauh and dah ada rumah sendiri. Jadi now rumah itu adelah rumah pakcik aku. Secara undang-undang, nenek sekarang tinggal bersama anak bongsu dia.

Tapi ada sesetangah orang kurang faham or maybe buat-buat tak faham.
Mentang-mentang nenek ada lagi dalam rumah tu, maka sukati anak tekak je nak balik tido baring makan semua dalam rumah tu. Pada dia, tu rumah nenek aku. Tapi heran pulak, kalau rumah tu kau buat macam rumah nenek kau, patutnya bukanlah setakat tido baring saje sesuka hati. Patutnya jenguk-jenguk la sama apa yang takde dalam rumah tu, apa barang yang boleh diganti, apa benda yang boleh dibaiki. Eh, tak pulakkkkkk.

Jadi, aku sangat faham situasi reader ni. Mungkin akak and abang ipar dia 'lupa' yang rumah tu bukan rumah makbapak dorang. Niat hati nak bagi makbapak jaga cucu tapi 'lupa' nak hulur-hulur. Kalau 2-3 kali bolehlah tuan rumah berikhlas hati nak jaga anak sedara. Tapi kalau dah dua-tigablas kali kau sardin je muka tinggalkan anak kau kat sini, tak pasal je laki bini tu bercera-berai sebabkan kau.

Benda macam ni sebenarnya sangat susah.
Kalau terjadi kat aku pun, memang payah. Sebab benda macam ni perlukan common sense. Kalau jadi kat aku pun, katakan lah aku mengadu kat En Wan kakak abang dia hari-hari tinggalkan anak kat sini tak bagi pun duit ke apa ke, belanja kita makin meningkat, bla bla bla....apa sangat yang En Wan boleh buat? Dia nak sound pun, tu akak and abang dia sendiri. Anak-anak sedara dia jugak. Kang kalau sound, tak pasal masing-masing sentap-menyentap, tak bertegur. Mak mesti kecik ati dengan aku. Benda ni akan jadi jauh lebih teruk. Sepatutnya masing-masing kena ada 'otak' sikit. Tuan rumah pun bukan nak kau bagi monthly fee. Apalah salahnya masa hantar anak tu belikan sekali nasik lemak ke, nak ambik anak tu belikan goreng pisang ke. Anak kau duduk secara tetap kat rumah orang paling tak takkan lah RM100 takleh hulur. Agak-agak la sikit kot ye nak berjimat. Jangan kira kau punya jimat je, orang lain punya jimat pun kena kira sama.


Situasi KETIGA ni, aku pernah bagitau kat anak sedara En Wan. "Kat rumah ni kalau taknak tolong takpe, tapi jangan menyepahkan".

Simple but suwit kan statement aku?

Hahahha.

Menusukkkkk.

Aku bukan marah. Cuma sometimes, budak-budak ni tak paham. Mungkin dia pun tak biasa berkemas kat rumah jadi nak salahkan dorang pun tak boleh. Takyah tengok orang lain la, En Wan tu ko ingat pandai nau berkemas? Kalau aku tak rajin membebel dia takde de nak blaja mengemas. Lipat baju, gosok baju, basuh bilik air sampai skarang dia tak tau buat and tak pernah buat. Even masa aku mengandung Redza 7 bulan aku still terbongkok-bongkok cuci toilet. Sampai dah betul-betul tak larat baru aku mintak tolong dia. Aku tengok dia basuh toilet tu aku rasa nak terberanak sebab stress sangat. Aku tak tau la dia menyental lubang jamban or dia meraba lubang jamban. Kemain gemalai lagi mencuci. Terus aku hambat dia keluar.

Jadi sebab tu aku ni 'mulut jahat' sikit. Apa-apa hal aku bagitau dulu. Macam statement atas tu la, aku bagitau siang-siang kat anak sedara dia kalau taknak tolong, jangan menyepahkan. Sebab aku dulu sebelum ada Redza, takde bibik. Aku keje, En Wan keje. Balik keje mana nak mengemas, membasuh, memasak (tapi selalunya beli). Hujung minggu nak mengemop, nak menggosok, basuh bilik air segala. So kalau taknak bantu takpe. Aku tak kisah. Sebab aku lagi sakit dada tengok orang buat keje tak menepati spesifikasi aku. Kalau kau taknak tolong takde hal. Sila duduk dendiam tengok DVD. Tapi kau jangan menambahkan selerak. Aku silambam dengan mop ni kang.


Yang KEOMPEK, adelah reason kenapa aku tak letakkan Redza kat jagaan atuk ngan nenek (Mak Aji and Pak Aji). Benda ni bukan terjadi kat aku je tapi aku yakin 95% cucu-cucu di Malaysia. Kau cuba tinggalkan anak kau seminggu kat jagaan atuk ngan nenek, konfem tak jadi orang!

Maksud aku 'tak jadi orang' tu adelah anak kau akan jadi manja yang hamat sampai kau rasa kalau kau jegil bijik mata kat dorang, boleh terkeluar terus. Macam Redza, kalau balik Bangi memang dah jadi acara wajib pi ukur tanah kat Kompleks PKNS. Yang atuk and nenek dia pulak "Ija nak apa? Ambik..ambikk". Aku ni kat tepi terjegil-jegil bijik mata sampai nak terjojol pun dia sikit tak takut dah. Tapi modus operandi Pak Aji selalunya berjaya. Siang dia bagi habuan kaw-kaw punya kat Redza, nanti bila tiba time solat, Redza dengan bersiap-sedianya ready untuk solat jemaah. Cuba kalau aku yang suruh dia solat,  "Mama la solat dulu, pastu baru Ija"....."Ija nak solat tunggu Papa"...."Ija nak solat lepas katun"....

Macamana tak selalu kena pelupuh dengan aku.

Tapi mak mertua aku pun kadang-kadang marah aku pukul Redza.
"Toksoh la Diana, jadik jadiklah..."

Bengang gak aku kadang-kadang sebab cara aku lain, cara mak lain.
Mak mungkin jenis lembut dengan anak.
Mak Aji lain pulak, jenis suka marah anak.

Tapi aku rasa aku jadi orang gak.
En Wan walau tak pernah dipukul dimarah mak, pun jadi orang gak.

So aku rasa dorang campur tangan bukan sebab dorang tak suka cara kita didik anak. Tapi sebab dorang nampak dorang dah berjaya mendidik anak-anak dengan style dorang so dorang terbawa-bawa style didikan tu kepada cucu pulak. Maybe didikan dorang tu tak berapa relevan dengan zaman sekarang, tapi kita respek aje la cara dorang. Ko buat dek je la. Iye kan aje. Aku pun kalau everytime mak mertua aku tegur sebab marah Redza, nanti aku naik atas tido pastu bila bangun aku panggil Redza and cakap baik-baik je la. Kadang-kadang aku terbabas jugak tapi aku tengah cuba perbaiki diri gak ni.