2012-10-12

Closed


Mula-mula aku nak bagitau Selasa-Jumaat depan aku ada kat utara. Selain dari urusan kerja, aku akan jumpa some customers Fleur by Mrs Him and Ephyra. So kalau ada sesape nak Ephyra, please let me know by Sunday. Aku boleh bawak sekali harung. Kalau kat Penang, aku akan stop kat USM Penang and USM Bertam. Then kat Perlis boleh jumpa aku kat Kangar tapi hotel belum dipastikan lagi.
Ok tu je.

Another thing lagi pasal model search.
Terima kasih banyak-banyak pada yang email gamba. Tak sangka betul, 254 emails masuk. Aku dah macam mak ayam sampai juling mata memilih perempuan-perempuan cantik untuk dijadikan modal. Eh, model.

Disebabkan model ni adelah untuk bahagian tudung, jadi aku buat first screening. Dari 254 emails, 13 emails di-shorlisted untuk ke second screening yang dihandle oleh Filla and Elly. Si Filla yang gila-gila punya cerewet.
Hidung mesti mancung okeh!
Dahi taknak luas okeh!
Kening takmo nipis okeh!

Sok sape nak ambik anak dara Filla jadi bini, sila siap-sediakan diri. Hati mesti mau cekal berdepan dengan bakal mak mertua. Aku siang-siang dah tarik diri. Takut aku nak berbesan ngan Filla.

Semalam, we have decided untuk pilih 2 orang model ini :



Jadi secara officialnya model search entries are now closed.

Kepada yang baru hantar email this morning, minta maaf banyak-banyak. Kami tak dapat nak accept sebab tarikh akhir hantar gamba semalam. And sorry, aku tak dapat nak respond email sorang-sorang sebab ramai sangat. The first few emails je yang aku dapat reply. Sedih jugak bila ada yang email sampai 3-4 kali minta di-consider sebab nak carik pengalaman, nak carik pocket money, etc. Thank you sebab interested nak jadi model Fidily. Ada rezeki nanti, kita akan carik model lagi, maybe for Filla and Elly punya section pulak, insyallah.


p/s : Thank you to Moon and Sepet Noh sebab publishkan advertisement model search.