2012-10-22

Aku nak let go ini barang



Ok, ni aku nak jual barang persendirian.

Mula-mula sekali aku nak jual aku punya Coach yang terbaru.



 Ni gambar dalam website Coach - SOLD

* legacy stripe canvas with vachetta leather trim
* inside zip, cell phone and multifunction pockets
* zip-top closure, fabric lining
* handles with 8' drop
size : LxHxW : 15 1/4" x 10 1/4" x 5 1/2"


Aku aim lama dah Coach ni sebab aku kan suka rainbow kaler yang ada tempias-tempias pink. Pastu baru-baru ni aku gugel-gugel sesape yang ada ready stock, eh sekali ada. Terus email and bayor. Lusa dapat. Tapi baru last week aku pakai bawak pi utara, tu pun isi telekung senang nak bawak turun kat RnR Gurun. Rasanya sebab beg yang aku pakai skarang lagi besar so aku lebih selesa pakai beg yang ada. Jadi, daripada Coach ni jadi tukun, maklumlah aku takde anak dara nak diperturunkan beg-beg ni semua, jadi aku offer kepada sesape yang nak beli, silakan email aku.

Ni bukti beg ni memang sangat baru dibeli :





Aku beli 8 October, dapat 10 October.
Baru pakai last week, 16, 17 and 18 October. And sekarang dibungkus balik dalam dustbag.
Aku beli kat pesonabutik dengan harga RM780 + RM10 (transport).
Aku gugel-gugel, ada yang jual RM790, ada yang RM850.

So since aku dah pakai last week, aku nak let go dengan harga RM600 (free postage).
Kalau nak ambik sendiri kat rumah aku pun dialu-alukan.
Beg ada dustbag and card.
Tapi plastic-plastic ni semua takde la kan, semua dah barai aku koyakkan masa sampai tu hari.




Cenggini la rupa masa datang hari tu. Sohih authentic!



Wrapping paper pun Coach punya sebab budak ni pi beli sendiri kat US.




Ni gamba dari lensa kamera ku sendiri, dan juga aku snaplan gamba isi perut dia sekali.



Ok tamat satu bahagian.

Bahagian kedua yang aku nak offer is Candy Colour Skinny Pants.

Aku order candy pants (cotton jeans) ni dengan supplier barang-barang makmal aku so alang-alang dia pos barang for company aku, aku suruh dia carikkan seluar untuk aku sekali. Manager Ivy ni aku dah kenal 4 tahun, dia la jugak yang selalu kirim shawl cantik-cantik kat aku sampai aku terus terminat nak jual shawl. So memandangkan kitorang dah ngam, aku mintak dia carikkan candy pants yang lawa-lawa, shipkan sekali dengan barang-barang company aku. Jimat sikit freight charges. Aku beli dengan harga RM58/pc je.

Tapi En Wan tak approve aku pakai seluar ni kat luar. Dia kata ketat sangat untuk orang bertudung. Dia kata kalau pakai kat rumah boleh. Apa barang aku nak pakai seluar panjang dalam rumah kan. Dah la kat luar aku bertutup, kat rumah haruslah pakai yang pendek-pendek. Kalau ada yang lagi pendek lagi bagus. Bogel terus pun takpe. So, aku nak let go jugak seluar ni.

Seluar ni belum nampak dunia luar lagi, baru Rabu lepas.
Aku sarung untuk bergamba je ni.

Saiz adelah satu saiz saje, iaitu saiz aku, pinggang 74cm (size 28).

Kalau nak, sila email aku juga.
Aku jual RM58 + RM10 (postage).



Green - SOLD


Grey - SOLD


Pink - SOLD


Red - SOLD


Sky blue



Email aku : aveo757[at]yahoo[dot]com