2012-09-12

Open house raya 2012

Sabtu lepas aku buat raya open house serentak dengan celebrate besday Redza.
Besday Redza actually 3rd September tapi on that day aku kan masih di GZ, so kitorang pospon ke Sabtu.
Seb baik aku demam that week, kalau tak lagi kelam kelibut sebab sepatutnya dalam jadual, Selasa-Khamis aku akan ada di utara. Kalau aku jadi ke utara last week konfem aku layu masa open house, kepenatan.

Persiapan untuk open house memang dah plan before gi GZ so takde masalah sangat, tinggal nak jalankan je. Cuma biasa la kan, bila dah nak dekat hari open house tu mulala timbul macam-macam plan, nak tambah makanan la, tetiba nak tambah khemah la, nak buat itu ini. Konfem la khemah takkan ada punya kalau dah last-last minit. Seb baik hari tu hari cerah, alhamdulillah.

Jumaat lepas baru mengagau nak carik satey.
Siap ada food tasting lagi. Cam nak kawenkan anak je gayanya.
Kalau test-mengetest ni konfem la bukan aku, aku takde hal, janji makanan cukup sudah.
En Wan tak bolehhhhhh. Mesti nak kena test bagai.



Sesi menge-test satey.
Padahal satey je pun.
Tapi beria-ia nak test if daging dia lembut, kuah dia sedap ke apa.
....tapi memang satey dia sedap pun.
Harga pun sedap la kan, RM0.80 sebatang.



Lepas konfem sedap, pindah lak makan kat wakaf. Konon ambik feel suasana di desa. Puiii.




Percaya atau tak, selama dah nak setahun wakaf ni kat sini, sekali pun kitorang tak pernah bersantai-santai, apetah lagi nak duduk bersila anak beranak makan satey bagai. Series tak sempat. Sampai aku membebel-bebel dengan En Wan buat apa beli wakaf kalau tak pernah duduk. Buat menyemak pandangan aku je. Baik letak terus depan gate, konfem ramai nak duduk. Last week, barulah kitorang anak-beranak bersantai-santai kat depan. Rasa cam best la pulak sesekali macam tu. So now aku paham kenapa En Wan tak penah melepak kat wakaf. Kalau selalu-selalu sangat tak best. Jadi, mungkin lepas ni, September tahun depan baru kitorang lepak semula kat sini.

En Wan kan jenis yang semua kena cantik, kena kemas, kena selesa, kena perfect.
Petang tu dia boleh plan nak carik tikar mengkuang la, apa la, nak letak kat situ.

Reason??

"Supaya esok tetamu boleh nak lepak-lepak lepas makan"

Heloooooooooooooooooo??

Aku buat open house untuk tetamu makan okeh?
Lepas makan, balik.
Yang kau siap nak pelawa orang bersidai terlentang tertiarap bagai kat wakaf tu.
Apa ni?? Eii, tak paham aku orang tua ni.



Cantik?



Lengkap siap keluarga Ima pun ada sekali.



Tidak lupa, untuk nenek, atuk and Acu.



Yang ni untuk birthday boy and frens.


Thank you to Girlfridayz @ Gadis Jumaat yang mensponsor badges, mask, frame, and a few more things yang aku tak reti nak sebut apa menatangnya, but akan ada di gambar-gambar nanti.

Hari tu aku ada letak status kat FB yang aku mencarik orang perseorangan untuk buat macarons, cuppies, cake, kuih, party pack untuk birthday party ni pastu Girlfridayz mintak aku bagi semua printing works kat dia. Dia juga orang yang sama aku guna khidmat untuk sticker cookies Mak Aji tahun ni. So semua printing materials besday Redza di-sponsor oleh Girlfridayz. Thank you so much beb. Semoga murah rezeki.

Jadi, kitorang semua dah macam penanggah kenduri that day, semua ber-badge kat baju.
Dah la kaler blue, tang jauh nampak macam peraih undi Barisan Nasional pun ada. Hehe.

Plan asalnya nak buat tema Transformers.
Ujung-ujung jadi tema "blasah la janji katun".
Ni semua sebab banyak benda yang takde gambar Transformers.
Banyaknya Cars, Ben10, Angry Birds, etc.
Tu sebab aku nak hire party planner. Ada satu planner tu offer RM1400 je, siap dengan sound system, clown, candies, cuppies, cakes and party pack semua tapi En Wan tak agree. Kalau pakai planner mesti tema Transformers tu jadik :(






Ni suasana di pagi hari Sabtu.
Laksamana belum mandi.
Takde siapa teringat nak mandikan dia sebab masing-masing busy prepare food and rumah. Lagipun biar dia tak mandi, kasik dia berpencak habis-habisan. Kang kalau dah mandi pastu dia sama naik nak panjat sana-sini pastu berlengas.

Menu hari tu :

Catering
Nasi beriyani
Ayam masak merah
Daging masak hitam
Acar mentah (timun)
Dalca

Mak mertua masak
Mi kari
Roti jala
Ketupat palas + serunding daging

Mak Aji masak
Macaroni goreng
Lasagna

Beli sendiri
Satey
Kuih-muih melayu
Macarons
Red velvet cuppies
Jelly beans
Choc coins



Mak mertua and bibik Lenny busy siapkan mi kari.
Aku tak kuasa nak campur hal-hal dapur sebab aku nak gantung belon and susun-susun meja.




Agak kelam-kabut jugak la sebab semuanya aku and En Wan je yang handle. Sebab kitorang bagitau kitorang order makanan, so the sedara-mara takde la menawarkan diri nak datang tolong-tolong. Jadi, terkangkang-kangkang la berdua menyiapkan itu ini....dibantu oleh si laksamana masam ni.

Nasib baik la jugak ada bibik Lenny, dapat la jugak tolong-tolong mak. Aku memang dah kalut gila. Dengan meja tak bersusun, belon sebijik pun tak bertiup lagi, dah la kau pi beli sebanyak-banyak ada belon kat GZ hari tu kan. Pastu pagi tu jugak la nak siapkan party pack untuk 40 orang.

Bibik Jamilah lagi terer, sehari semalam tak tido menyiapkan baju aku.
Padahal aku ada 3 helai lagi baju raya belum berpakai tapi dia beria-ia nak buatkan baju khas untuk aku pakai masa open house sebab dia kata baju raya aku semua lurus-lurus takde model (baju kurung). Sukati ko lah, buat je la apa pun. Hamik kau...sehari semalam dia tak tido siapkan baju aku.



Ni pun Girlfridayz buatkan.



Party carrier ni aku beli 20 kat Ballon Buzz before gi GZ. Gila mahal. Terkencet aku kalau nak beli sampai 40 bijik. Seb baik kat GZ jumpa party bag yang cantik. Terus angkut lagi 20. Jadiklah kan 40, takkan semua budak aku nak bagi. Bankrupsi aku. Tapi alhamdulillah, semua budak dapat party pack.



Laksamana dah mandi, dan membantu bapak dia siapkan meja buffet. 
Bapak ngan mak tak mandi-mandi lagi time ni.



Mujurrrrrrr masa ni anak sedara En Wan dah sampai. Dia la yang banyak tolong siapkan itu ini.
Belon no 8 tu aku beli kat GZ murah. kat Ballon Buzz kitorang tengok RM70!



Ni party bag yang aku beli kat GZ. Ada macam-macam design dalam setiap 10pcs pack. Sangat puas hati!





Ni pun Girlfridayz sponsor




Banner tu aku beli kat Balloon Buzz.
Balloon gamba bola tu adelah gubahan. Pagi tu kitorang collectdari Ballon Buzz, gubah macam tu je dah RM75. 

En Wan sebenarnya geleng-geleng kepala bila aku siapkan macam-macam for the birthday party. Dia kata membazir la semua. Kalau nak kira duit tu memang la nampak macam membazir tapi anak aku lelaki. Now dah 8 tahun. Aku rasa by the time dia age 10 mesti dia dah geli nak berparty-party semua. So masa ni je la aku boleh buatkan, at least ada la gamba nak buat kenang-kenangan. Lagipun dulu masa aku kecik-kecik nak sangattttttt ada party besday macam ni tapi tak dapekkk. Sekali je dalam hidup aku Mak Aji buatkan besday party, rasanya Darjah 1. Tu pun join dengan party tupperware. 
Jadikla dari takde lansung.



Dulu time kawen tak terpikir nak sediakan buku untuk guest datang tulis wish. So aku buat la masa besday Redza. Beli kad giant size and letakkan atas meja. Beli one set colourful marker, ha mari semua tulis atas kad ni.



Bendalah ni pun Girlfridayz buatkan. Ada macam-macam, ada gambar kepala Transformers, hat, pirate, misai, lips, etc. Sesaje je ni, for fun. Nak biar budak-budak seronok bergambar. Alih-alih aku yang banyak bergambar pakai bendalah ni. Kasik chan la, dulu time kecik sempat main polis sentri je. Benda-benda ni semua takde lagi masa tu.



Pak Aji's wish



Pak Aji and Ayah.
Ayah ni duduk kat Bang, dulu masa aku kecik-kecik aku duduk rumah dia.



Antara tetamu terawal yang sampai, geng-geng En Wan dari kilang lama - Shin Etsu



Kawan sekolah lama.


En Wan tanya "Awak takde kawan perempuan ke kat Bangi?"

Bukan takde kawan perempuan, ada memang ada.

Tapi kawan-kawan perempuan aku masa sekolah semua gojes-gojes. Aku tak gojes. Jadi untuk mengelakkan aku nampak tersangatlah hodohnya dikalangan yang gojes, baik aku berkawan dengan lelaki je. So kehodohan tu orang tak perasan la sangat.

Lagipun kawan-kawan lelaki aku semua best-best.
Best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Semua perangai cam cilake. Selamba je kutuk aku hitam la, tapir la, milo la.

Tapi aku takde hal.
Jawa la katakan.
Janji rock!




Founder Ephyra - Reni (left) and Miza (right)
Reni (kiri) tetamu pertama sampai. So dia dapat makan dengan sangat tenangnya.



Ni la dia baju yang bibik jahitkan untuk aku. Peplum style.



Cute kan semua benda ni?

Cute lagi aku kan?

*PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!*



Meja candy buffet sekali dengan kuih-muih. So tetamu yang dah habis makan nasik dijemput masuk dalam rumah untuk makan kuih-kuih pulak. Silalah duduk atas lantai ramai-ramai ye.



Acu and besday boy



Another courtesy from Girlfridayz.
Eh tetiba rasa macam banyak gila dia sponsor.
Ni untuk letak atas cupcakes, bukan boleh buat makan pun, but saje suka-suka.





Aku tak tau mana nak carik jelly beans and choc coins ni so kitorang beli kat Famous Amos. Agak nak pitam jugak la membayornya. Rasa jam tu jugak nak cabut bawak keluar bulu sehelai sehelai.




Aku buat majlis dari 1pm-5pm. 1.15pm tetamu dah start sampai. And majlis dragged sampai 7.15pm.
Alhamdulillah ramai yang datang. Sorry tak dapat jemput semua, sebab aku malu la nanti jadi macam masaakikah Rayyan. Aku jemput reader datang pastu aku tak kenal. Malu gileeeeeeeee. Kang orang kata kau sape Di yang eksyen sampai tak kenal orang ni? Diva kah?? Puiii.




Filla dari semalamnya dah mesej "Di, rumah kau masak apa esok? Aku nak makan semua"

Sukati kau lah.



Alololo....bergaya dengan beg baru anak dara si Filla ni.



Ani + Acih




Food



Reni dengan tekunnya tulis wish untuk Redza sambil disaksikan oleh Redza sendiri...





Dia sendiri wish untuk diri sendiri...apa benda la anak aku ni.



The engineers from Nitto Denko. 
Yang belah kanan tu cute kan? 
Aku rasa single and available....so sila-silakan lah anda semua. 
Rasa-rasa nak berkenalan boleh la buat baik dengan aku.



With orang kuat Ephyra





Last aku jumpa pompuan ni masa Form 4 before dia pindah masuk MRSM.
Pastu jumpa balik Sabtu lepas. Almost 20 years.

Class sama.
Gi tuition sama-sama.
Aku lepak rumah dia semata-mata nak tengok video Bagio Damasutra perform masa Juara Lagu. Rumah aku dulu mana ada video player. Tape recorder ada la. Tu pun nazak.

Dan dia jugak lah yang sanggup beli bra Triumph sebab boleh dapat poster Leslie pastu poster tu aku ambik. Haha. Pastu poster kena koyak dek Mak Aji. Cis.



Cewah...kelihatan anak dara Filla sudah meng-conquer wakaf.




Boleh percaya tak, punyalah persiapan konon macam nak rak sekali kek lupa nak snap????

Sudahnya gamba ni je la yang ada.
Seb baik ada lagi figurine Transformers atas tu, jadikla...

Sebab tu aku malas jadi tuan rumah, sebab selalunya bila ramai-ramai dah berkumpul, sorang tak teringat nak ambik gamba. 




Ni la satu-satunya gamba masa tengah potong kek yang aku ada. Tu pun Filla yang kasik. Masa ni kebetulan Ibal keluar gi Giant beli mineral water, so takde sape ambikkan gamba guna kamera aku. And aku pun lansung tak terinagt nak mintak sesape ambikkan gamba. Dah la aku sendiri takde dalam gamba!

Tapi nasib baik masa ni Redza tak buat perangai.
Anak aku tu mana suka bergamba kan. Selama kitorang buat birthday celebration untuk dia, tang ambik gamba dengan potong cake mesti akan spoil gila-gila punya. Redza ni tak suka dijadikan perhatian. Sebab tu dia tak suka bergambar. Nak lagi kalau macam birthday party ni memang semua akan bertumpu pada dia, memang sangat merisaukan aku ngan En Wan. Sebab dia ni kalau sentap, makan hari okeh??

Tapi sebagai ibubapa yang berpengalaman, kali ni kitorang dah menyorokkan present dia. Selalunya present dia kitorang bagi awal-awal. Kali ni no. Tapi kitorang cakap la ada surprise untuk dia. Kalau nak present, kena potong kek, kena behave, kena ambik gamba. Baru dia nak.

Untuk present aku belikan helicopter control. Padahal aku dah beli kat GZ hari tu. GYRO lagi. Umur helicopter tu 2 jam je kau. Penat aku balik dari GZ tak hilang lagi, depan mata helicopter bersepai. Tak terkata En Wan. Kebetulan aku kan nak carik new henfon, so hari yang sama jugak belikan baru tapi sorokkan. Tak pasal 2 kali beli helicopter.



Hari tu cuma ada FIDI je. LY nya tak datang. Cirit birit.




Macam cikgu disiplin pulak aku siap ber-badge bagai



Cousin.
Aku suka la bergamba dengan dia ni. Sebab aku nampak kecik. Hahah.
Dulu masa dia baby, bergasak-gasak aku dengan Abang Ajay nak dokong dia. Now nak dokong?? 
Mau buasir terus aku.




Gambar ehsan dari Cheq (tokey mybrandoutletstore.blogspot.com).
Cheq, Rozie, aku.

Terasa diri dah tua bergamba dengan spesis-spesis mak orang.



Ok, yang ni baru betul. 
I kelihatan sangat remaja.
Remajalah sangattt.