2012-09-05

Guangzhou 1

Akhirnya Filla join aku and Elly ke Guangzhou.
Actually kitorang dah bersedia nak pergi berdua je sebab masing-masing faham situasi Filla, but atas dasar kerja, Filla join. Alhamdulillah segala yang kitorang plan berjalan seperti yang kitorang imaginekan. Masing-masing punctual dengan waktu. Letih memang toksah cakap la. Kalau boleh merangkak memang aku merangkak atas jalan. Kalau muka ni memang berlengas sentiasa. Sorry la nak pakai mekap kat sana. Tak sampai sejam mekap semua cair bair.

Kitorang bergerak hari Khamis flight pukul 8.30pm.
Kul 5.40pm aku and En Wan dah bertolak dari rumah naik cab.
Sedih betul nak tinggalkan Redza and Rayyan. Selama ni mana aku pergi (kalau overseas) mesti angkut anak, nak-nak lagi si Redza. This time memang tak boleh sebab aku pergi atas dasar kerja. Budak-budak tak sesuai pegi sana. En Wan follow pun sebab dia harus ada untuk mengontrol sawan bini dia atas flight nanti.




Aku sampai LCCT serentak dengan Filla tapi masa tu Filla dah standby depan McD.
Elok je aku sampai Mak Filla call aku.
Mak Filla pesan tolong tengok-tengokkan Filla.
Sedih aku dengar suara mak dia nangis.

"Filla tu kalau takde Radie, dia cuai sikit"

"Ye, makcik. Don't worry. Kitorang akan tolong tengok-tengokkan Filla kat sana"

Wahhh kemain lagi aku convincekan Mak Filla.
Padahal aku sendiri dua kali lima.

Kitorang risau gak dengan Filla, orang pregnant ni yang tak sensitif pun boleh jadi sensitif especially bab makan. Tapi perempuan ni semua benda dia bedal. So takde hal la.
Alhamdulillah, semua ok.




Masa sampai LCCT hari tu sedang elok je ada satu band ni tengah siap-siap nak perform. Aku tak tau ni band apa, siap ada kameraman sekali. Masa tu dorang perform lagu Saya Anak Malaysia. Pastu baru aku teringat esoknya Merdeka. Cis, gila tak patriotik sungguh aku ni sambut merdeka kat GZ.

Sebab performance tu gila memekak, sound system pecah barai, aku ajak Filla masuk McD terus. Tunggu Elly kat dalam tu. Kejap pastu Elly and En Win (husband) sampai. Memang Win harus ikut serta sebab dia je yang paling terer jalan kat GZ.



Depan ATM pun jadikkkkkk.
 

Lepas settle semua check in, kitorang gi setkan ATM card masing-masing. Punyalah tak konfiden dengan cash yang kitorang bawak. Yang ni khas untuk duit shopping sendiri-sendiri. Duit untuk bisnes memang pakai duit company so takdehal sangat. Yang duit untuk bershopping ni yang kitorang semua risau. Aku bawak 5K je dowh. Kang tetiba segala apa yang nampak semuanya nak dibeli nanti cash tak cukup, barulah melopong masing-masing. So untuk mengelakkan kelopongan tersebut, maka marilah activatekan ATM bersama-sama.

Depan ATM ni pun dah start kecoh.
Macam tak pernah guna ATM masing-masing.
Series kampung.

"Eh apa dia cakap ni?"
"Tekan mana woi?"
"Pastu tekan apa lagi ni eh?"

YOU HAVE SUCCESSFULLY ACTIVATED YOUR CARD

Dah keluar statement tu pun si Elly boleh lagi "Eh pastu aku nak buat apa ni?"

Kau dah berjaya dah.
Kau nak apa lagi???

 
Then, sementara nak tunggu boarding, kitorang mentekedarah siap-siap dulu kat Old Town, so atas flight nanti hanya masa untuk membuta. Tapi sebab aku dah kecut-perut jadi aku order bun je, tu pun tak habis. Dorang semua dah pekena nasik lemak siap-siap.

Lagi setengah jam nak naik, En Wan bagi aku makan pil penenang.
Gila efektif pil tu, tak sampai 15 minit aku dah hoyong hayang. Time naik tangga katerbang tu aku dah nak tersungkur. Sampai je seat, terus pejam mata. Tapi tak tido, dia cuma bagi kau bertenang. Even ada turbulence sikit-sikit pun aku boleh relax. Macam cool la padahal khayal. Aku rasa masa ni Elly bersekongkol dengan En Wan snap gamba aku. Binawe betul. Dorang semua pakat-pakat perhatikan aku gabra ke tak. Terima kasihla kepada pencipta pil tu.



Sampai Baiyun Airport at 1am.
 
 
Tunggu taxi. Masa ni masing-masing lapar.
 
 
Masa ni aku still khayal.
Tapi asal halakan kamera kat aku je konfem aku pose.
Ni bukti bahawa aku camho tegar!



Bilik aku.
 

Elly terpaksa membiarkan Win kergersangan demi kawan tercenta.
Elly sebilik dengan Filla.
Aku of cos la dengan En Wan.

Dorang semua kat tingkat 10.
Aku dapat tingkat atas sekali, 29, sebab En Wan gatal pi book Business Deluxe. Dia kata biar jauh dari orang lain, barulah boleh wild malam-malam. Puii.
Actually atas sekali tingkat 30 tapi atas level 30 tu grand ballroom.

Kitorang dapat twin bed.
Apa barang twin bed twin bed kan.
Dah la pegi berdua je.
Memang keje keras En Wan malam tu mengubah kedudukan katil.
Punya la nak tido rapat-rapat.
Tapi memang kena tido rapat pun sebab orang tua ni kan rajin mengigau. So aku perlu ada sebelah dia untuk mengunci kekudanya.



Aku rasa selama aku lepak kat mana-mana hotel be it 3 stars sampai la ke 6 stars, dari dalam negara sampai ke luar negara, ni la first time aku jumpa bilik yang suisnya sebegini.
Gila stylo sampai kejakunan kejap aku dengan En Wan.
Padahal tak salah aku hotel ni 3 stars je. Ke 4 stars. Tapi yang pasti bukan 5 stars. 

 

Lido Hotel, the lobby.




Sebab semua lapar, kitorang masuk McD yang hanya sebelah hotel tu je. Gila best McD berjiran dengan hotel. Yang best tu kitorang nampak promo ni.
Aku tak tau la apa benda burger cokelat tu, tapi sangat tak "in" bun cokelat makan dengan daging. Like euwwwwwwwwwwwwwwww!!
Tapi cantik kan?
Pastu air dia ada bubble tea. Tapi kitorang ta order la, sebab macam boleh makan pun kan.

Padahal da pukul 3am, tapi boleh tahan ramai orang kat dalam McD tu.
Kitorang lepak dalam sejam jugak kot siap si Elly bawak roti gardenia sebuku makan dengan sambal ikan bilis bagai. Pehhh, gila pailang masuk McD makan sambal ikan bilis. Kau mampu?



5.45am dari pandangan bilik aku.


Aku saje tak tutup langsir sebab nak tengok kul berapa dia cerah.
Walaupun tido kul 3.30am, tapi pagi tu tetap bersemangat nak bekerja.
Especially aku la yang wajib ada semangat sebab Day 1 tu adelah hari yang kitorang locatekan hanya untuk carik shawl and material untuk anak tudung.

Pagi tu Elly kata takyah breakfast dalam bilik (sebab masing-masing bawak roti and maggi), Win kan dah terer kat GZ, so Win yang akan guide kitorang ke tempat-tempat makan semua.




Lokasi Win bawak tu aku tak tau, kalau tau pun aku tak kosser nak ingat, Yang aku aim adelah shawl.



Gila semangat okkk.
Kedai belum bukak kitorang dah sampai.
 


Restoran Makkah.
Punnnnn belum bukak.
 


Restoran Al-Madina, juga belum bukak.



Last-last makan kat restoran ni.
Belasah la, janji halal.



 
Seb baik dia display menu macam ni, sebab communication sangat susah kat sana.
Luckily Win agak terer bahasa sana, and En Wan pulak boleh baca tulisan dorang, so mudahlah sikit.
 
Part makan ni kitorang tak kisah sangat.
Tiap kali nak makan kitorang akan tanya Filla dulu, dia ok ke tak.
Sebab masing-masing pernah pregnant so tau la keadaan orang mengandung macamana.
Tapi Filla ok je.



Kitorang mengamalkan konsep share-share.
Kau ambik menu ni, aku ambik ni, yang kau pulak ambik tu. Pastu rasa sorang sikit.



Aku ambik ni.
Tajuk dia dah lupa.
Tapi rasa dia macam mee daging.
Dia guna daging kibasy.
Sedapppppppppppppppppppppppp.
Tapi aku habis makan mee dia sebab gila bapak punya banyak.
Tapi kuah habis. Filla pun suka kuah dia.
 


En Wan of cos carik nasik punya.
Dia ni ko campak hujung dunia pun dia tetap akan carik nasik.
Tajuk nasik ni pun aku tak tau. Nasi goreng cina la kot.



En Wan rajin pi snap mamat ni buat mee.
Kat sana dorang buat mee sendiri. Jam tu buat, jam tu masak.
Jadi, mee takleh simpan lama-lama. Fresh. Mee dia pun lembut sangat.
Main sedut-sedut..telan.
Sedut-sedut..telan.
 
 


Pastu kitorang bergerak ke destinasi seterusnya.
Kat sana dorang display sampel kain je.
Mana yang ko berkenan ko bagitau and esok lusa baru ambik kain yang korang nak, sebab fabric terlampau banyak so tak berbaloi nak sewa kedai nak longgokkan stok semua kat situ. Gila penuh kedai kau nanti. So dia display sample-sample je.

Tapi respek la dorang rajin buat sample.
Kita kat sini jangan harapla nak bagi sample sesuka hati. Entah orang tu nak beli ke tak. Aku pun kalau bagi sample kat potential customer je.
Tapi kat sana, sample dah la banyak, siap dia potong cantik-cantik, pack cun-cun. Kalau tengok rasa macam nak beli semua sebab marketing strategi memang gila kaw.

Kalau pegi sini, agak-agak berkenan terus beli ye.
Jangan buat perangai nak tengok-tengok dulu pastu patah balik untuk beli.
Never never ever okeh?
Sebab kedai dia gila panjanggggggggggggggggggggggggg and banyakkkkkkkkkkkkkkkk, sumpah tak larat nak jalan ke depan, apetah lagi nak patah balik.
So kalau agak-agak berkenan, terus stop and beli.
Kalau nak buat perangai "I see-see first, later I come back", sila buat kat Pasar Kedai Payang je.



Dah la kedai dia banyak gila, pastu semuanya menarik. Memang rambang mata.
Dah la cuaca gila summer holiday, dengan aku bertudung, berlengan panjang bagai, aku rasa by the time balik ke hotel coli aku gila masam. Berlengas toksah cakap la. Aku sampai migrain-migrain tahap nak tarik je tudung. Tapi sabarrr...sabarrrrr. Sabo je lah.




Disebabkan aku tak boleh nak bukak tudung aku kat tengah-tengah dunia macam ni, jadi kita pedajalkan seseorang untuk menjadi model bidan terjun,

Aku jadi Mak Andam.

Elly photographer.
Dia tukang snap-snap untuk kitorang view balik malam-malam nanti if sesuai or not.

 


Apa yang penting, kerjasama!
Masing-masing dah tau role masing-masing.



Nak lagi dia ni.
Memang sesuai sangatlah kitorang jadikkan dia model.
Belum apa-apa lagi dah pose.
 


Setelah acu-mengacu selesai, kitorang masuk dalam kedai untuk pilih material and design pulak.



Hung Hing.
 
Saper yang tak kenal Hung Hing memang aku hempok.
 
Dasat giler niiiiiiiiiiiiiiii.
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pehhhhh!!
Dah macam geng Hung Hing pose tengah-tengah lorong hokeyyyyyyyyyy.
 
Sama tak?
 
Hung Hing kat atas tu pose pegang parang.
Hung Hing versi ladies pegang mineral water.
 
Jadiklahhh...
 
Yang penting, spek itam mesti mau ada.
 
 


Sambung balik buat keje.
Jangan nak men-Hung Hing Hung Hing sangat la kan.
 
Memang hari tu naik kelabu mata aku dok belek shawl je. Kulit memang dah kelabu dah.
Disebabkan shawl semua cantik-cantik and material semua best-best, jadik mata harus lebih tajam.




Yang lelaki-lelaki ni semua kesian.
Sebab dorang bawak beg, jadi dorang hanya dijadikan tempat untuk kitorang tumpang letak barang je. Sape suruh bawak beg besar-besar kan. Cuba tengok kitorang, bawak henbeg je.

Radie, u don't worry.
Laki-laki kitorang sangat menjaga bini kau.
Asal Filla beli barang je, mesti antara Win atau En Wan akan mintak barang dia untuk simpan dalam beg. Memang kitorang kasik Filla catwalk je. Takyah bawak barang.



Masuk kedai kain pulak carik material untuk ehem ehem...rahsiaaaaaa.



Pastu masuk balik kedai shawl.
Win sebagai negotiator.



Boleh la terjumpa kedai china silk.
Apa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...zassssss!
Ni aktiviti berehat bersama Kit Kat namanya.
Asik belek shawl je kan, kita stop jap beli china silk.
 
Baru Day 1, tapi dah macam-macam nak beli.
Duit bawak 5K je padahal.
Sesape nak pi GZ, aku suggest paling kurang 10K bawak untuk shopping. Konfem puas hati.



Yang aku pegang tu adelah salah satu kain yang aku berjaya bawak balik. Yang tu aku bagi mak mertua aku.




Kain yang Elly pegang tu kain corak baju askar.
Sibuk perempuan ni nak beli kain tu jugak. Tak agak-agak semanngat hari merdeka.
Seb baik si Win "Ma, plis Ma, plis. Takde sape pakai macam tu"

"Eh, ni trend tau, Pa."

Sangatttttttttttttt lah trend.
Tak sanggup aku tengok kau pakai baju kurung corak askar beb.




Nampak eskrim ni???

Ni namanya selera mak buyung.
Menggagau la kitorang pikir mana nak carikkan Filla eskrim.

"Di, boleh tak makan eskrim kat sini?"
"Korang aku nak eskrim"
"Di, macamana nak tau eskrim ni boleh makan ke tak. Aku teringin"
"Sedapnyaaaaaa budak tu makan eskrim"

Sedih pulak aku mendengar mak buyung merengek nak eskrim.
Kang dia report kat Radie kang satu hal nak menjawab.
Seb baik En Wan boleh baca kanji sikit-sikit, so dia belek-belekkan eskrim ni dan silakan lah Filla. Makanlah.

Cute je bekas eskrim dia kan?

Orang mengidam kalau dapat eskrim "Ya Allah, sedapnya eskrim ni Diiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

Kitorang layankan je lahhhhhh.

Actually masa kitorang tengah busy-busy pilih shawl lagi Filla dah start mintak eskrim.
Pastu bila sampai satu point tengok dia diam je, macam takde mood je, Elly kata kena carikkan jugak eskrim untuk mak buyung ni. Maka, bergerak secara rawak!

Last-last jumpa kedai jual eskrim.

Sebelah toilet.

Hahahahahha.

Jadiklahhhhh.
Tu yang lagi sedap tu kan Filla?