2012-09-18

All about makan



Cuti 3 hari berderet sangat menepukan kepala aku laki bini. Tak tau nak buat apa. Alangkan every weekend pun masing-masing sangat carik idea nak pegi mana, nikan pulak tambah satu lagi hari cuti. Nak balik Tganu no point sebab mak dah duduk dengan kitorang. Lagipun Tganu pun cuti so aku takleh jumpa customer-customer aku kat sana. Nak pegi shopping ya ampunggggg (bak kata En Wan), cukup-cukup la.

Sabtu malam, nak carik hadiah untuk anak sedara sepupu terbaru.
So ada la reason nak pegi IOI Mall. Keluar berdua pulak tu kan, panjang la sikit langkah.
Kalau keluar dengan panglima kenit aku tu, memang takleh lama-lama, rasa nak balik jam-jam tu jugak. Tak dia mengamuk, aku yang mengamuk kat mall tu.

Bila dah keluar berdua, mula la tekak aku terasa nak makan macam-macam.
Barulah boleh nak makan bertenang-tenang sikit.
Dari Khamis tekak aku nak makan chicken fajita nachos TGI. Tapi En Wan sibuk nak makan sushi.
Memandangkan TGI berjiran dengan Sakae Sushi, jadi aku tapau je la fajita tu. Tetappp nak jugak kan padahal jap gi nak masuk Sakae. Dasar perut compartment lembu.



Macam best je kan steak ni?
tapi daging dia merah-merah pink errr....euwww.



Aku tengah tunggu fajita, dikejauhan nampak En Wan tengah queue kat Sakae. Sakae ni tak pernah aku nampak tak penuh. Penuh manjang. Tapi sebab nak makan gak, pasrah je la tunggu turn.





Satu yang aku tak berkenan Sakae Sushi ni sebab sushi dia merepek.
Macam ter-evolusi melampau-lampau.
Like Ebi sushi yang diletak thousand island. Like wadderrrrr...????

Maybe ada yang rasa sedap tapi aku tak suka. Sushi dia ekzejeret.
(cakap je la kau tak reti makannnn)



Seb baik aku dah terer guna iPAD, kalau tak mesti aku la yang paling benak kat dalam restoran ni terkial-kial nak pilih menu.



A must eat - misoshiru.





Tapi takde la makan sushi semata, kali ni order soft shell crab.
Omaigod, aku suka gilaaaaaaaaaaaaa dengan soft shell crab. Setakat ni yang paling best aku pernah try kat Sri Ayutthaya. Yang kat Sakae ni kureng sikit. Tapi kureng-kureng pun tetap selesaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.



En Wan seperti biasa akan makan salmon sushi sahaja. Even kat Jepun pun dia tak suka makan sushi lain.
Aku memang tak la nak try salmon ni. Alangkan salmon masak well done pun aku rasa kembang nak telan sebab kaler dia tu macam raw lagi.
I biasa makan ikan murah-murah je. Kembung, selar, cencaru. Salmon-salmon ni I oll tak biasa u olss.




Wasabi yang gila bahabi.
Aku tak paham kenapa kau mesti nak pedih perit melampau-lampau sampai aku terus selsema 2 hari.

Tapi kali ni aku tak sentuh la.

Aku tak pernah makan wasabi sebelum ni sebab En Wan dan bagitau wasabi ni pedas perit. Sorry la aku nak try kan, makan meggi tomyam pun aku boleh togok air mineral 2 botol. Tapi masa aku gi Sushi King, aku tak tau yang ebi sushi aku dah diselet dengan wasabi kat belah bawah. Mana la aku nak check ke apa kan. Terus ngap seketul masuk mulut. Sekali kauuuuuuuuuuuuuuuuu. Sampai terus jadi selsema dia punya perit. Tak tau la berapa besar wasabi dia selet kat bawah tu. memnag cibantat betul la. Masa tu dah la makan kat kaunter, mengadap-ngadap orang lain, takkan aku nak terjeluek kat situ jugak kan. Kontrol..kontrol...terus migrain.



 
Macam ni baru best.
Merendah diri je ebi sushi aku. Simple.
Takde la serabot perot dengan mayonese, thousand island, daun sup segala.



Mochi

Aku makan yang inti kacang tumbuk je.
Yang lain En Wan bedal.



Takde la mahal sangat, mahal sikit je dari Sushi King.
Rasanya malam tu aku makan ebi sushi 2 plate, salmon sushi 2 plate, mochi 1 plate, misoshiru 2 cup, green tea, pepsi and soft shell crab total RM55 je. Kalau nak ikutkan memang tak kenyang. Tapi sebab aku ngan En Wan akan melantak nasik jugak balik rumah so ni kira appetizer je la..



Tapi aku lupa aku dah beli fajita, so balik rumah makan nachos je la. Nasik kensel.



Masa ni dah tak panas. Kalau makan masa dia baru-baru sampai tu konfem kau klimaks 3 kali.



Pastu semalam, lepas Maghrib En Wan ajak pi Bagan Lalang.
Aku macam ...jauh gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak pegi makan. Ni konfem sampai rumah nanti lapar balik.

First time aku singgah Medan Ikan Bakar Bagan Lalang ni tahun 2006.
Masa tu ada outbreak udang galah kat pusat penternakan udang kat sana, farmers bagi makan tulang babi. Masa aku lalu kat situ aku nampak pehhh kemain cantikkk ikan siakap and udang galah. Terus kembang tekak. Aku harap semalam yang aku makan tu dah free from non-halal source la ye sebab takde bising-bising dah pasal ni lately.

Masuk hiway.
Keluar hiway.
Masuk jalan berlampu.
Keluar jalan tak berlampu.
Dari sebesar-besar jalan.
Sampai ke sehalus-halus jalan.
Punnnn tak sampai-sampai lagi. Jadah wehhhh??
Hangin dah ni. Dah la lapar.

The moment nampak Sepang Gold Coast Palm Resort je terus waaaaahhhhhhhhh....buntang bijik mata aku. Terus fresh. Padahal tengok tang jauh je. Bukan dapat tido pun.

Menu malam tu :


 Butter prawn katanya....tapi...errr....apesal telur dia macam tu???

Takyah komplen banyak-banyak.
Sebab tetap lauk ni habis aku kejekan.



 Sotong goreng tepung yang tak mengecewakan!
Padahal sekor je ni, tapi boleh makan 6 orang, siap tapau lagi.



 Kangkung goreng belacan untuk mak and the bibiks.



 Siakap bakor



 Sotong bakor


 En Wan sibuk nak carik restoran HM (ke apa ntah nama dia tapi hujung ada M la).
Sampai 2 kali pusing tak jumpa-jumpa.
dah la sampai kul 9pm kan, blasah je la apa restoran pun.
Takkkkkkkkkkkkkkk.

Nak jugak HM!

Tak jumpa restorannya pun mana satu tapi perasan ada satu restoran tu gila bapak penuh.
Kosser la aku nak bergasak-gasak kat dalam tu.
Dah la aku bawak panglima ni. Nak berlaga-laga tetek kat dalam tu semata-mata nak makan ikan bakor?? Memang tak la.

Last-last kitorang makan kat satu restoran ni, nama lupa (ntah apa-apa. nak bercerita tapi lupa nama kedai).
Takde la penuh sangat tapi takde la kosong lansung.
Agaknya sebab orang tak ramai mana, so cepat siap lauk aku.
Macam tau-tau je perut aku dah menggigil.
Aku gi pilih ikan, tak sempat pantat aku nak panas atas kerusi, eh lauk dah sampai.
Ikan dia pun still manis. Udang kertas dia pun sedap walaupun aku pelik apesal butter prawn ni gitu. Takpelah, janji ada rasa butter.
Sedang elok tepi tu ada gerai mainan.
Bolehla rasuah-rasuah panglima ni suruh senyap.




Rayyan ni memang mesra kamera.
Pantang aku suakan lense, terus sengih.
Takyah de aku nak say cheeseeeeeeeeeeee. Memang takyah.
Dia macam dah bersedia.

Sangat berbeza dengan abang dia :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 Kan???
 Ni cara-cara dia tak berapa nak sentap tau.


 
  

 Disebabkan aku suruh dorang semua makan dulu biar aku jaga Rayyan, by the time aku makan, jam dah pukul 10 lebih. Terus tak berapa selera sangat. Jadi aku meratah je.



Hari ni aku menyiapkan keje-keje opis, esok sampai Khamis aku takde, outstation. And selalunya balik dari outstation, esoknya aku takkan gi opis mahupun sentuh keje-keje opis. Jadi, harus siapkan keje. So bila aku busy mengadap keje, En Wan terpisat-pisat la sensorang. Macam-macam la dia buat nak carik perhatian aku. Kejap-kejap berkeliaran kat belakang kerusi aku, kejap-kejap tutup bukak pintu, kejap-kejap kan bukak tutup tv. Rimas aku tengok. Orang tua ni memang pantang tengok aku buat keje kalau dia bercuti. Tak senang duduk pantek dia.


Aku : Ok lahhhhhhhhhhhh. Nak gi mana?

En Wan : Hehe..jom? Summit.

Aku : La, Summit je? Apa ada?

En Wan : Carik DVD.


DVD je punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Ingatkan nak bawak aku pi mana.
Beli DVD pun nak angkut aku sekali ke?

Layankan je la....

Lepas layan dia beli DVD merepek-repek (ntah apa-apa beli cerita Sylvester Stallone. Sape dia ntah nak tengok pakcik rambo ni berlakon??)


 
 Lepas beli DVD, tekak aku nak makan Combination Rice kat Black Canyon.



Menu aku kalau masuk sini memang takkan berubah punya. Memang konfem Rice Combination tu jugak-jugak aku ambik.



Lepas tu mesti ada ini - Lemongrass Chicken.

Aku punya menu Rice Combination dengan Lemongrass Chicken.



Diorang dua orang share satu pinggan sandwich je.
Nampak sangat nak berjimat makan roti je sebab bini kuat mentekedarah.




Balik rumah, tengok bibik masak nasik ayam.
Siap buat hiasan bunga cili lagik.
Terus aku feeling-feeling makan kat meja pengantin. Kemain bersimpul-simpul mulut aku mengunyah nasik. Mati la makan nasik ayam pun nak berangan.

Eh, makan lagi?

Yes, balik rumah aku makan lagi.

Penangan datang period, beginilah.
Selera jin.