2012-06-28

Kepenatan seorang walking zombie

3 hari je aku outstation tapi mailbox aku penuh macam outstation 3 bulan.
Ye ye je aku mengangkut laptop bagai, konon malam-malam nak check email, nak buat quotation, bla bla bla....harammmmmm.

Aku gerak dari rumah pukul 7am, singgah UPSI, gedebak gedebuk sambung perjalanan tapi stop jap kat Tapah, lone ranger pekena nasik lemak. Kepala aku serabut dengan macam-macam benda nak pikir, sampaikan kepala aku dok pikirkan nasik lemak + telo goreng + paru goreng tapi mulut aku tersebut nasik lemak + telor goreng + kerang. Pastu boleh pulak aku sound akak tu "Eh, saya mintak paru".
Tak pasal je aku kena sound balik dengan akak tu "Tadi kata kerang".
Oh ye ke?
Boleh lah...

Lepas tu terus zasssssssssss ke Penang.
Tapi stop jap kat RnR Juru bagi cookies kat reader.
Aku rasa this time aku outstation lagi banyak bawak cookies dari bawak barang opis.
Boot aku penuh dengan kotak isi cookies.
39 balang semuanya.
Aku pun konfius aku sebenarnya tengah keje ke, hantar cookies?

Kat Island kejap je, dalam 2 jam.
Sorry la to Hazwan, Azlina (kot) and another reader lupa pulak nama dia yang email aku ajak jumpa.
Maybe lepas baca entry aku yang "gila panjanggggg" aku ada kat USM so that dorang ajak lepak.
Tapi masa aku baca email tu aku dah ada kat Bertam.
Memang hari tu full sesangatnya schedule aku.
Aku pun tak tau apesal aku suka buat keje gila packkan schedule aku. Mencungap jugak la dari Island kul 1.30pm nak kejar ke Bertam catch another appointment at 2pm.
Seb baik customer tu macam tau-tau je aku tak sempat, dia ajak jumpa kul 2.30pm.
Dapat la aku mentekedarah Secret Recipe.



Aku rasa Secret Recipe Bertam la aku paling familiar sekali berbanding dengan Secret Recipe tempat lain. Sebab tempat lain aku pergi sekali dua je tapi asal aku datang Bertam memang aku akan masuk Secret Recipe. So aku dah boleh paham cara dia.

Dalam banyak-banyak Secret Recipe yang aku penah masuk, aku rasa SR Bertam ni macam "lain" sikit.
First, makanan dia selalu habis.
Tak pernah sekali pun aku pergi, makanan yang aku order selalu ada.
Mesti aku kena tukar menu aku.
Manjang je "Dah habis".

Just like menu atas ni la, aku lupa apa nama dia.
Memula aku order lain, tapi terpaksa tukar menu dalam gambar.
Bila menu sampai presentation dia lain dari yang selalu aku makan.
Ussually, kentang dia bentuk empat segi, tapi yang ni bentuk sukati.
Pastu...salad????
Bukan selalunya asparagus ke?

Tak kisahlah.
Blasah.
Habis jugak aku bedal.
Aku makan hanya 10 minit sebab nak rush jumpa customer.

Lepas habis jumpa customer, aku rasa macam nak pitam. Migrain sangat-sangatnya.
Sebab dah la aku bangun 5.15am, pastu drive all day, rush sana sini, makan laju-laju, air kurang.
Seb baik tak mati (wah gila over)

By the time sampai hotel, aku dah lemau.
Terus kensel plan nak check email ke apa ke.
Aku rasa sempat reply email 5-6 je kot.
Sebab tu aku mintak korang sabar, sebab aku betul-betul pack. Bila aku dah free, aku dah terlampau penat.

Khamis pagi, bangun-bangun, mak mertua aku cakap Rayyan demam.
Sepanjang malam orang tua tu tak tido sebab Rayyan meragam.
Tapi dia tak kejutkan aku sebab dia tengok aku penat sangat.
Oh memang penat.
Kul 9.30pm dah tido.

So pagi Khamis tu bawak Rayyan pi klinik.
Tapi rupa orang sakit adelah begini :



Ni tengah sakit ok?
Tapi habis satu klinik dia round, dia punggah, takde satu kerusi yang dia tak panjat.

Demam.
Yeah rite!

Tapi badan dia panas, selsema, batuk and dada dia berombak macam ada lendir kat paru-paru.
Dokter bagi nebuliser.
Ya Rabbiiiii aku nak bagi nebu tu macamkan nak pergi berperang.
Bersilat-silat aku atas kerusi taknak bagi dia meronta. Berpeluh-peluh jadiknya.
Padahal nak mengepit tangan and kaki dia je.
Dia punya pekik macam kena toreh.
Lepas habis je nebu, terus sengih.
Auta lebih.

Lepas hantar Rayyan and mak balik rumah, aku terus pi appointment kat Ampang, then patah balik ke Nilai.
Patutnya aku pos Ephyra promo set today tapi ada masalah sikit.

Tapi sebelum tu aku nak bagitau tentang packing aku.
Khamis lepas yang aku pos 10 set tu aku main lilit-lilit dengan masking tape je.
Alhamdulillah semua selamat sampai.
Aku actually cuak je masking tape tu tertanggal, kang ada pulak yang dapat just 1 kotak je.

Pastu Jumaatnya aku pos 8 set, but this time aku guna kertas minyak.
Aku lilit Ephyra tu dengan masking tape, pastu aku balut dengan kertas minyak biar berbungkus.
Tapi bila dah pos, aku terfikir sekali dibuatnya masa dorang kat kargo dia hempas-hempas sekali kertas minyak tu rabak, tak ke bersepai-sepai Ephyra tu?
Tapi alhamdulillah semua 8 set selamat sampai.

Pastu Monday hari yang aku gerak ke utara tu, malam sebelumnya aku dah siap-siap packkan lagi 10 set dalam kotak-kotak. Yang ni paling horror sekali.



Siapa antara yang 10 orang tu dapat kotak-kotak ni?
Heheh..

Malam Ahad tu terkangkang-kangkang aku menggunting kotak-kotak ni semua sampai lembik bijik aku.
Kotak ni semua besar, aku nak isi 3 bijik je Ephyra each box so takkan nak pos dengan kotak gedabak-gedabak macam ni kan. Jadi terpaksa la aku memodifiedkan kotak ni. Memang macam-macam bentuk la kotak tu jadiknya. Sape yang dapat kotak ni tau la akan kekreatifan aku memacgyverkan kotak tersebut.



Ini pulak Ephyra set yang aku sepatutnya pos today.
Ni buktinya,aku memang dah pack.
Naik kebas pantat aku duduk atas simen ni membungkus.
Ada 17 promo set kesemuanya dan 3 loose pack ready to be delivered.
Kali ni aku guna kertas sokabar je. Hahaha.
Aku balut Ephyra set ni dengan masking tape, pastu aku balut dengan kertas sokabar then aku balut dengan bubble wrap.

Done.

Akan tetapi!!!!

Ye, ada tetapinya.

Akan tetapi aku tak dibenarkan pos.
Seb baik aku tak pos ok??

Founder Ephyra call aku mintak hold dulu sebab dia kata batch yang ni ada sikit masalah.
Bukan masalah apa pun, khasiat tetap sama cuma rasa tuti fruitti dia kurang.
Jadi, bila rasa buah tu kurang, korang akan rasa ikan tu lebih. Kang ada yang terbelahak nanti.
Aku try gak 1 sachet, tapi ok je.
Tak tau la, bagi aku yang dah ada experience bergelumang dengan bacteria culture selama satu semester, aku rasa dah takde benda yang lagi busuk dari bacteria. So aku boleh je telan.
Tapi kita kena fikir jugak, setiap orang ada deria rasa yang berlainan.
So atas sebab itu aku hold this package dan kita gantikan dengan yang baru.

Actually untuk this batch, the factory kehabisan perasa tutti frutti.
Supplier tutti fruitti pun kehabisan stok, so the factory ambik flavor tutti fruitti ni dari supplier lain and it turns out that perasa tutti fruitti tu kurang. Jadi bau hanyir ikan tu ada sikit. But the khasiat semua sama, analysis report tunjukkan takde perubahan cuma dari segi bau je la kurang sikit.

So, tadi the founder dah hantar new stok.
So aku akan re-pack semula tapi tak dapat pos esok la, sebab dah Jumaat, jadi aku akan pos Isnin.
Sape yang nak order Ephyra promo boleh order so that aku can pos sekaligus on Monday.
Ada SEMINGGU LAGI sebelum Ephyra promo habis.

Jadi, aku harap kepada yang nak ambik loose pack Ephyra (yang dah bayar), korang boleh datang ambik start esok (Jumaat). Tapi please call aku dulu sebab yang pastinya esok aku takde kat rumah la kan. So kalau nak datang tu aku boleh call orang kat rumah untuk siap-siapkan.

Yang order promo set (17 orang tu), sorry sangat-sangat, aku hanya boleh pos Isnin depan, insyallah.

Sekian, aku nak tido.
Oh tak sabarnya nak weekend, aku nak rehat puas-puas. Aku ni dah macam walking zombie.
Malam ni ingat nak rehat, tapi laki aku tak tido-tido lagi la pulak.
Apa la yang orang tua ni nak agaknya.
Cis!