2012-05-30

Adekah saya hot? Anda hot? Dia hot?.....HOTak kau.

Semalam aku tengok ulangan rancangan apa ntah tapi yang Dato' Dr Fadzillah Kamsah punya.
Topik semalam pasal kawen lebih dari satu kot, yang artis jemputan dia Zarina Zainuddin.
Aku pernah tengok dah dulu tapi semalam saje melayan lagi sekali buat renungan bersama. Ewahh.

Tapi aku konfius la, Zarina Zainuddin ni isteri pertama ke, kedua?
Tak salah aku macam isteri kedua.
Tapi bila dia bagi statement something like "..kalau suami kita kawen lain, kita jangan lah fikir sangat pasal dia, kita sibukkan diri dengan...bla bla bla.."
Konfius.
Sape yang ambik dan kena ambik ni?

Tak kisha la, tapi aku kagum la dengan Zarina Zainuddin yang berkongsi suami.
Dan juga pada sesiapa je yang berkongsi kasih-sayang.
Sebab aku tak sure if aku mampu buat muka takde efek kalau ditakdirkan En Wan kawen lain (eh, ada ke nak? Hahah)

Isu ni sebenarnya kalau aku nak blog pun macam tak best sebab aku takde pengalaman secara lansung. Tapi pengalaman En Wan ditekel janda tempat keje lama dia, ada! En Wan pun wahhhhhhhhh kemain lagi senyapkan diri. Tapi last-last dia bagitau ada perempuan tempat keje dia selalu hantar email yang takde sangkut-paut dengan urusan keje. Like email bertanya khabar gitu. Hahah.
Pastu aku tanya balik 'Nak ke?'
Dia tanya aku balik 'Bagi ke?'
Ewahhhhh melawan.
Ingat aku berbalas pantun ke hapa?

Tapi aku ada pengalaman berada dalam situasi macam ni. Ingat lagi kawan aku yang laki dia kawen lain tu? Hanya mendengar dan tengok sendiri how dia suffer masa pelir laki tengah merenyam, pastu dengan ada anak, takde keje, then bangkit semula, now dah semakin happy tetiba ex-husband datang buat muka sardin 24 tin.

Aku yang takde sangkut-paut pun boleh rasa how sakitnya berada dalam situasi laki kena rampas.

Tapi kawan aku tu sangat rasional. Bak kata dia "Perempuan tu tak rampas. Ali (bukan nama sebenar) yang nak".

Bila aku tengok dia pun macam boleh pikir dengan baik, aku terus tak jadi nak batu api. Hahaha.

But tu cerita lain.

Ada gak kes yang kau dah la kongsi laki orang, pastu kau nak punyakan terus.
Klaka la ok?
Kau dapat yang second hand je pun so takyah la nak possesive sangat.

Ok, ini aku cerita berdasarkan kisah benar ye.

Situasi :
Seorang laki orang berkahwin dengan perempuan lain.
Dia dah ada bini anak pun berderet.
Tapi laki ni spesis telo tersepit.
Sangat tak adil dengan bini pertama dan anak-anak. Sanggup tak balik tengok bini and tanya khabar sebab takut bini kedua rasukan ablasa.

Aku kadang-kadang tak paham dengan sesetengah perempuan yang dah la jadi second wife/bercinta dengan laki orang, ada hati pulak nak conquer from A to Z.

Alasan : I'm just jealous!

Helooo??!

Kalau jeles, takde de kau nak possesive sangat sampai semua benda kau perati, kau kongkong.
Kau tak kasik dia balik rumah bini pertama, tak kasik jumpa anak-anak, and yang paling musibat sekali kau paksa laki kau ceraikan dia.
Ni ciri-ciri jeles ke?
Ni bukan jeles okeh?
Ni namanya busuk hati.


Dah cukup baik bini pertama tak toreh muka kau.
Dia redha je laki dia kawen dengan kau.
Takkan kau takleh nak bertolak ansur sikit kot.
Lepaskan lah sesekali laki kau balik jumpa bini pertama.
At least kau tau dia balik mana.

Ada sorang reader blog ni yang ditakdirkan jadi isteri kedua.
Masa dia chat dengan aku tu 2 tahun lepas.
Dia kata tension sangat sebab seboleh-boleh dia taknak berkongsi.
Tapi sebab dah berskandal hampir 4 tahun, so dia takde pilihan tapi kawen jugak dengan laki tu.
Tapi perkahwinan tu tak bahagia.
Hari-hari bertekak sebab dia nak laki dia ceraikan first wife.
Sampaila satu masa tu laki dia gamaknya tension, keluar dari rumah aku pun tak ingat berapa lama, tapi mengagau jugakla dia carik. Sampaila first wife datang rumah dia.

First wife cakap lebih kurang macam ni (aku pun tak ingat dah exact words), "Saya tak dapat jaga suami saya dengan baik sebab tu suami saya jatuh cinta kat awak. Sekarang awak ada kelebihan untuk jaga dia sebab dia sangat sayangkan awak. Dia tak ceraikan saya bukan kerana dia sayangkan saya, tapi sebab dia taknak anak-anak terasa kehilangan dia. Dia tak ceraikan saya bukan sebab dia sayangkan saya tapi sebab dia kesian, dalam keadaan umur saya macam ni, tak mungkin ada lelaki yang nakkan saya dan terima anak-anak sekaligus sebab tu dia masih jaga saya"

Kan?
Kannnnnn??
Kannnnnnnnnnnn aku dah sebak balik ni.

Sometimes suami tu kawen lain bukan sebab dia tak sayang yang pertama (kalau dia tak ceraikan kau la, kalau dia ceraikan tu nampak nau la memang takde rasa sayang dah so takyah la kau nak kejar-kejar sangat) tapi sebab ada loop dalam hati. Mungkin this small loop saje yang isteri pertama tak mampu isi. Takkan kerana small loop ni maka dia nak buang isteri pertama?

And second wife pun, please consider hati orang lain sama boleh?
Jangan pikir hati kau sorang.

Laki tu dah kawen dengan kau, tinggal dengan kau, dah cukup baik.
Apesal nak paksa-paksa ceraikan bini pertama pulak?
Dia kacau bijik kau ke?

Kau dah pilih suami orang, sepatutnya kau dah bersedia untuk hidup berkongsi.
Kalau rasa tak mampu nak berkongsi dari awal lagi sila lah jauhkan diri.
Kalau rasa kau ditipu sebab suami tak bagitau pun situasi yang sebenar yang dia sebenarnya dah ada isteri, maka yang perlu ditinggalkan adelah laki kau. Bukan kau suruh laki kau tinggalkan bini pertama dia.Ada paham ka?

Tapi apesal kau taknak tinggalkan dia, instead kau suruh laki kau tinggalkan bini pertama?


Sebab kau rasa kau hawttttt.
Kau rasa kau berjaya menawan suami orang maka kau yang berkuasa.
Hawtttttttt lah sangatttt.
Kalau kau betul-betul hot, laki kau awal-awal dah ceraikan bini dia ok?


Aku sebenarnya sampai skarang tak boleh nak imagine macamana perasaan isteri-isteri yang berkongsi kasih, macam bini-bini Salleh Yaakob contohnya. Bini-bini dia tu ingat takde rasa jeles ke? Mesti ada punya. Tapi sebab dorang sayangkan laki, so kena la tolak ansur.

So kepada sape baca dia rasa pedas, jadi isteri ni tak payah nak bajet hot sangat la.
Sebelum jadi bini orang boleh la bajet hot.
Dah jadi bini orang takyah nak kerek sangat dengan laki nak ugut-ugut "Abang tak ceraikan dia, siap abang. Saya lari!"

Kau ingat laki kau sedih sangat ke kau lari? Ingat dia takleh tinggalkan kau kawen lain ke?
Kalau dia leh kawen dua, apesal dia takleh kawen ompek pulak?
Boleh okkkk.
Tinggal lagi dia lom jumpa yang sesuai.