2012-03-22

White

Awal bulan hari tu aku ada letak status ni kat FB.
Aku mimpi sorang laki yang rupa boleh tahan and aku macam kenal (asal muka hensem je dan-dan macam kenal), tapi tak tau sape. Selalunya kalau mimpi orang lelaki, aku payah nak ingat muka dia bila sedar. But this time aku ingat muka dia camana cuma aku tak tau siapa nama dia.

Dalam mimpi tu dia jadi laki aku.
Macam sweet je dia dengan aku (ewah gatal).
Dia pakai T Shirt putih and short basuh kereta. Siap baling-baling buih pancut-pancut air bagai. Yang aku pun kemain galak lagi menggeletisnya dalam mimpi tu. Bangun tido rasa nak terajang diri sendiri.


 


Puas la dok mikir sape la laki penuh bergaya tu.
Baru petang semalam aku kenal dia siapa.
Tu pun sebab aku melayan cerita-cerita kat YouTube. Sekali klik-klik ehhhh mamat ni????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Munif Isa nama dia.
Dia ada dalam citer BFF.
Tapi aku tak pernah tengok citer ni. Maybe terpandangkan promo kat TV kot tu yang sampai masuk mimpi.
Sweet jugak budak Munif ni (ewah sekali lagi gatal).

Kalau betul la dia ni macam apa yang aku mimpikan tu, maka silalah dengki khianat dengan aku.
Sebab dalam mimpi tu dia memang gila sweet. Gila romantik. Siap lari-lari peluk aku lagi. Hahahahhaha.
Ni kalau En Wan terbaca mau kensel aktiviti malam ni.

Tapi kan, aku selalu mimpi lelaki yang ada sangkut paut dengan 'putih'.

Masa aku mimpi berdating dengan sorang laki (before kawen) pun laki tu pakai baju and seluar putih.
Ada satu kali dulu aku pernah mimpi AC Mizal. Ni pun kategori putih gak ni. Cuma yang aku tak paham kenapa mesti AC Mizal? Aku lagi rela mimpi Man Belon.
Pastu ada satu masa dulu aku mimpi kena simbah dengan tsunami tapi ada sorang laki tinggi pakai baju putih tangkap aku and bawak aku ke darat. 
Yang kes baru-baru ni pulak Munif. Walaupun dia tak berapa nak putih tapi dalam mimpi tu dia pakai T Shirt putih.


Kenapa putih???
Perli aku ke apa?