2012-03-08

Baju dan aplikasinya

From: *********
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Wednesday, March 7, 2012 1:00 PM
Subject: minta tolong sgt2 kak

As salam kak di..

Boleh tak tolong tanya kan kawan akak yang menjadi tempat rujukan akak untuk soal jawab agama tu.


hukum menjual baju/dress/ apa sahaja yang mendedahkan aurat walaupun si penjual menutup aurat/berpurdah..

dan

hukum menjual baju/dress atau apa saja yang mengikut syariat tetapi penjual tidak menutup aurat atau model yang tidak bertudung.


dan bagaimana cara terbaik kita nak bagitau dgn penjual tersebut berkenaan dosa2 / pahala2 tersebut.
thanks kak..

(kawan saya tu juga adalah reader akak. saya nak dia faham yang saya cuma nak dia tahu tentang perkara ni dan sy nak dia tau saya sygkan dia sbb sy kawan baik dia..)




Sebenarnya aku dah pernah tanya benda ni dulu pada dia masa aku nak start tailoring shop.
Masa tu aku muskil jugak boleh ke tak aku buat bisnes tu.
So now, aku tanya balik dia semata-mata nak tunjuk reply dia berkenaan issue ni :





Maksudnya kat sini, tak kisah kita nak jual baju apa pun sebab pakaian tak haram.
Yang haram adelah bagaimana and di mana kita gunakan baju tu.
Jual pun tak haram sebab perempuan ni boleh je pakai apa pun tapi sendiri tau la nak pakai pakaian tu kat mana kan. Nak pakai pusing kot mana pun, terpulang pada pemakai.
Dah kalau dia nak pakai spender keluar rumah, nak wat camana kan. Takkan kita takleh nak jual spender kottttt.

So, rasanya explanation untuk soalan yang pertama, done.

Soalan kedua pulak. 
"hukum menjual baju/dress atau apa saja yang mengikut syariat tetapi penjual tidak menutup aurat atau model yang tidak bertudung".

Benda ni kawan aku explain dah, tapi aku terlupa nak capture screen pastu aku terdelete.

Tapi dia cakap "Apa la yang susah-susah sangat. Keyword dia ada dah kat situ 'tidak menutup aurat'. Bukan jualannya yang haram tapi tindakan tak menutup aurat tu. Takde kena-mengena lansung dengan jualan'.


Harap jawapan ini membantu.

Biar la apa pun orang tu nak jual, dan siapa pun yang nak beli, kita kena bersangka baik.
Mungkin dia nak pakai dalam rumah.
Or mungkin dia nak pakai depan suami.

Oh, lagi satu aku ada tanya this friend pasal issue kuruskan badan.
Sebab dulu aku selalu cakap badan aku naik, badan aku berisi.
Pastu dia tanya aku balik "Suami sound ke?"

Aku cakap tak.

Pastu dia tanya balik "Dah tu, yang risau sangat badan berisi ni agak-agak nak tunjuk kat sape?"

Pehhhhhhh!!
Berdesingggggggggggggggggggggggggggggg.

Tapi bila pikir-pikir balik, memang betul apa dia cakap.
Kebanyakkan perempuan sebenarnya gila nak kuruskan badan sebab nak tunjuk body kat orang kan?
Betul tak?
Jangan nak tipu la cakap "Saya kuruskan badan untuk kesihatan".
Jangan nak ngada cakap saya nak kuruskan badan untuk suami.

Boleh la blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sebab selalunya lepas badan kurus, mencanak-canak pakai baju ketat-ketat nak tunjuk lekuk pinggang.
Ada yang rasa tak cukup lekuk, dah sarung baju sendat, jerut pulak dengan tali pinggang punyalah gigih nak bagi orang tengok dia dah kurus. Padahal dah macam nangka kena balut.

Aku la tu.
Bukan orang lain.