walk on wings, tread in air: 12/2011 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Wedding lagi
December 30, 2011
Aku tengah busy siapkan teks ucapan and carik lagu cina for wedding cousin aku today.
Cousin aku request lagu Teresa Teng. Jadi, aku adelah gigih menjalankan misi. Kalau tak jumpa lagu yang dicarik, adelah boleh juga aku mensukahatikan diri pasang lagu Leslie je.

Jadi, mood today adelah happy-happy mood sambil mendownload lagu.




We welcome you to the family, Muhammad Aiman Lee Abdullah! :)
posted by green apple @ 10:32 AM  
Newer›  ‹Older
Closekan akaun tahun ni dengan....
December 28, 2011
Ini advertorial. Entry baru kat bawah.



Pening kalau kita susah nak decide mana satu antara 2 benda depan mata.
Nak-nak lagi kalau dua-dua tu kita rasa macam OK but too bad, kena pilih satu je.

Same goes to tablet.
Dulu zaman cuma ada iPAD, semua berbondong-bondong beli. Masa tu takde competition lagi so kita tak force diri kita untuk berfikir panjang sebab memang sah-sah itu je la pun bendanya, takde lain. Samada it serve the purpose or it meet our expectations, kita tak pikir sangat janji ada iPAD.

But now, dah macam-macam brand muncul and people start to compare.
Bila dah start buat perbandingan, kita jadi keliru.
Yang sana best, eh tapi yang kat sini ada application ni, yang sana takde.
Eh tapi yang sini kecik apa...sana besar gedabak.
Tapi kalau tak besar orang tak tau kita ada tablet.
Abis camne ni??

Last-last tak beli.
Kan??

Actually senang je nak pilih barang, especially gajet (tablet).
Mula-mula kita identify dulu saiz yang kita nak.
Kenapa beli kecik. Kenapa harus beli besar?
Pastu decide if nak guna only WIFI je or nak 3G.
Keperluan untuk stay connected dengan email, internet, games, bla bla bla....
Bajet.
Yang paling penting, network.
Beli cangih-manggih tapi network poor coverage, memang tak vogue ok? Bawak je la bendalah tu ke hulu-hilir tapi takleh guna. Jadik pemberat je.



Samsung Galaxy Tab™ 8.9 is the ideal tablet with just the right size.
Selain dari kau boleh store segala macam games, music, emails, kau juga boleh store work files dalam gajet yang nipis, ringan dan lebih pantas!
Nak lagi superb, couple-kan Samsung Galaxy Tab™ 8.9 dengan Celcom sebabbbbbbbbbbb :

1. apabila gajet hebat bergabung dengan network yang coverage-nya the widest, kau akan dapat satu combination yang ideal.

2. bila coverage excellent, nak tengok video streaming pun tak terbantut.

3. bukan saje korang enjoy menggunakan tablet yang best, dan coverage yang tak menyakitkan hati malah bila dapat bil tetiap bulan pun senyum je. Sebab?????
Sebab Celcom ada sediakan plan yang terbaik untuk their customer.


Pergi ke kiosk Celcom now and get Samsung Galaxy Tab™ 8.9 berserta pakej yang korang boleh dapat dari harga seendah RM1,288.00 (RRP : RM1,600.00).





Antara key features Samsung Galaxy Tab™ 8.9 ni :

- Android 3.1 (Honeycomb)
- 8.9” touch screen display
- 1.5GHz dual-core processor
- 2MP front camera, 3MP rear camera
- Thinner (8.6mm)
- Lighter (453g)
- 16GB internal memory
- Supports Wi-Fi and 3G

Jangan risau nak pikir whoch Samsung Galaxy Tab yang sesuai dengan korang sebab Celcom ada semuanya! Pergi ke Celcom and dorang akan advise which gajet suits you according to keperluan and bajet sebab selain dari Samsung Galaxy Tab 8.9, Celcom ada juga Samsung Galaxy Tab (7”) yang korang boleh dapat dengan harga serendah RM668 dan Samsung Galaxy Tab 10.1 dari harga serendah RM1,468.

Masing-masing bonus dah dapat kan?
So, reward yourself atas pencapaian yang korang dah perolehi untuk tahun 2011 so that bila masuk 2012, dengan gajet baru, kita jadi lebih bersemangat!

Visit www.celcom.com.my/smartphones for more information on the entire suite of Samsung Galaxy Tab choices!
posted by green apple @ 9:52 AM  
Newer›  ‹Older
Percayalah....itu bukan carutan.
Semalam aku nak masak asam pedas ikan tenggiri.
Disebabkan Rayyan skarang pun salah satu menu dia adelah ikan tenggiri, so aku tanya bibik 'Bibik pilih dulu nak ikan (bahagian) yang mana satu untuk makanan adik' sebab nak bagi bibik mudah asingkan isi ikan nanti. So bibik pilih badan, dia kata bahagian ekor ni sedap kalau buat lauk (ye ke? aku rasa sama je).

Time menumis-numis tu dia tanya :

Bibik : Madam, kenapa Madam bilang bontot ikan itu, ekor?


Aku : Memanglah, Bik. Orang Malaysia panggil bontot binatang yang ada ini (tunjuk ekor ikan), ekor. Bontot tu bontot lah. Ekor ni lain. Kenapa?


Bibik : Orang Indonesia bilang bontot binatang itu - bontot.

Aku : Ohh. Kalau di Malaysia, bontot tu selalunya orang guna untuk punggung orang. Kalau 'punggung' tu bahasa dalam buku. Bahasa senang nak cakap hari-hari kita panggil bontot.


Bibik gelak.


Bibik : Saya masa mula datang ke sini kok kenapa Madam ini bilang bontot Redza, bontot Rayyan. Kok dipanggil bontot kayak binatang?


Aku : Habis orang Indonesia panggil bontot orang tu apa?


Bibik : Pantat.


Ok, now turn aku pulak gelak.
Bukan kelakar dengan style dorang panggil bontot as pantat.
Tapi gelak sebab ada jugak orang yang sependapat dengan aku.

Dulu, time aku cakap pantat pantat pantat, orang kata aku mencarut.
Padahal keturunan aku dah biasa dengan word pantat ni.
Kitorang tak rasa benda tu mencarut pun sebab memang itulah panggilan untuk bontot pun. Tak percaya tanya orang Singapore. Dia panggil bontot tu apa.
Nenek aku Singaporean. Aku dulu kecik-kecik banyak tinggal dengan nenek aku so aku dah biasa bahasakan bontot tu pantat. Ingat lagi dulu kecik-kecik kalau kitorang mandi, mesti nenek aku menjerit dari luar bilik air 'Pantat tu sental!! Celah kangkang tu keruk-keruk sikit!'.

Rilek je.
Takde pun terfikir mencarut ke apa.
Bila aku sebut pantat pantat pantat orang kata aku mencarut.
Padahal pantat tu bontot je pun.

Dulu, kat Singapore time kecik-kecik, kalau petang-petang aku akan turun kat bawah main kat playgorund. Diorang punya buai kebanyakkannya yang pakai tayar kereta tu. So bontot kau akan letak kat tengah-tengah tayar tu. Masa tu aku tak tau camana nak duduk atas buai ni. Sebab macam pelik. So cousin aku ajar 'Your pantat put in the middle'.

Amacam?

Aku rasa korang kalau masuk dalam klorga aku mesti pening apesalla satu keluarga mencarut ni???
Padahal kitorang tak mencarut okkk.
Itu memang bahasa yang dah biasa digunakan dari kecik sebab belah mak aku adelah dari negara lain, jadi pendekatan lain sikit, penggunaan bahasa pun lain sikit. But pantat adelah sangat bukan mencarut. Cuma bahasa yang lebih indah adelah punggung. Tapi aku gelila nak sebut 'Basuh punggungmu Redza'.
Eiiii apekah ini?????
posted by green apple @ 9:51 AM  
Newer›  ‹Older
Kadang-kadang kita harus menghadapi hari yang teruk.
Semalam aku lunch date dengan En Wan sebab nak pi uruskan insurans bibik kat Pejabat Pos Shah Alam. Sebelum tu masuk SACC Mall nak lunch. Tapi En Wan semuanya dia tak berkenan. Aku ajak masuk Secret Recipe dia taknak sebab meja kat dalam semua reserved, dia taknak makan kat luar. Segan, orang lalu-lalang. Ntah apa-apa. Padahal orang tu nak lalu je, bukan nak tengok kau pun. Last-last dia pilih masuk kat The Noodle Shop ke apa ntah, depan Uncle K tu. Kitorang tak pernah masuk pun situ tapi in stinct aku cakap situ tak sedap. Sebab aku pernah lalu kat situ time bulan puasa. Kedai lain semua penuh sampai beratur-ratur orang kat luar, kedai si Noodle ni sedih. Dah la tak penuh, yang puasa berlapar pun sanggup beratur kat kedai lain dari masuk kedai Noodle ni. Tapi sebab En Wan kata nak try, so aku layankan.

 
Me wearing FLS-4.

Iklan jap : Kat tepi sidebar belah kanan, atas sekali adelah link kepada collections aku. So kalau nak view or purchase anything, boleh terus ke link tu aje.


Ok, sambung...

Buku menu kemain lagi gempak.
Manjang je kat menu-menu tu ada tanda 'thumbs up', konon sedap sangat la sampai direcommended by chef. Dah la takde tulis apa ingredients setiap menu tu. Just tulis with prawn, with beef slice, bla bla bla...

 

Aku pilih yang ni.
Tajuk dia 'noodle with beef ...' apa ntah tapi dia tak tulis pun noodle tu digaul dengan cheese.
Like, come onnnnnnnnnnnnnnnnn.
Nodle campur cheese????
Pastu kau bagi aku sambal?????
Serieslyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy?

Macamana pinggan tu sampai kat aku, macam tu jugak la aku tinggalkan atas meja time aku balik.
Sumpah tak sedap!!!
Ye ye je 'recommended by chef'. Otak angggggggggggg.
Ada la kot 10 helai je aku makan.
Series takleh masuk tekak.

Kalau aku cakap tak sedap, korang kena percaya.
Memang tak sedap.
Sebab aku ni bangsa apa pun boleh janji sedap.
Tekak aku ni jenis pandai ambik hati punya tekak. Tak sedap macamana pun, aku masih boleh saikokan diri sendiri untuk makan. Tapi kalau aku memang tak boleh masuk dah, maknanya tak sedap sangat la tu.




Ni En Wan punya.
Pun tak habis.
Aku pun tak paham apesal kau buat mee kau macam ni.
Takat mee, pastu curah kuah kicap.
Senang eh kau berbisnes?

Letak udang tempura (yang dibeli frozen), pastu fishball 2-3 ketul, letak mee, curah kuah kicap.
Dah.

Just like dulu aku makan kat Restoran nama Lesung Batu.
Kemain lagi dalam menu ada Dim Sum bagai.
Sekali Dim Sum beli kat JJ. Kau tinggal panaskan je.
Pastu aku order fish and chips.
Fishnya ikan frozen beli kat Giant, fries sah-sah la belikan, takkan buat sendiri.
Pastu dia punya salad kan lagi cam cilaka. Sayur 3 serangkai tu - peas, carrot, jagung. Gaul-gaul dengan mayonis. Bangkai tak?

Kejap je kitorang kat Restoran Noodle tu.
Si waiter yang hantar bill pun pandang-pandang je pinggan kitorang makanan semua penuh lagi.
Nak je masa keluar kedai tu aku sound 'Carik keje lain la dik, kedai ni tak lama lagi bangkrup'.

Lepas makan, gi Pejabat Pos pulak uruskan insurans maid.
Ha, ni lagi satu perangai.
Aku dah memang lama dah mark dengan Pejabat Pos. Dari Pejabat Pos Laju Sepang, ke Pos Laju Puchong, Pos Laju Shah Alam, sampai la semalam Pejabat Pos Besar Shah Alam. Kang kalau aku maki kat blog ramai yang maki aku balik. Tapi memang tu la tebiatnya perangai some of the staff. Kadang-kadang yang buat taik ni sorang dua je tapi sebab kau keje kat situ memang nama agensi kau orang akan jaja la kan.

Staf pos tu sikit tak tanya status En Wan, pandai-pandai kau sendiri je. Padahal laki aku ada je tertonggok kat situ.



Babi tak?

Aku kan kadang-kadang malas nak sound orang yang terang-terang takde akal macam ni. Kau mengantuk ke apa????

Adekah kalau letak status pemohon as DIVORCE makan boleh dapat insurans tinggi dan bayaran bulanan rendah?????

Plis lah.
Tolonglah fokus sikit kalau buat keje tu.
Kau tu dah la deal dengan pelanggan.
Buat la keje betul-betul sikit.
Camana la nak dapat gaji tinggi kalau DIVORCE and MARRIED pun tak tau beza?
posted by green apple @ 9:51 AM  
Newer›  ‹Older
Pekena
Ahad lepas aku teringinnnnnnn nak makan nasi dagang.
Rasa dah 2 tahun aku tak pekena nasi dagang yang real.
Selalunya aku makan nasi dagang tipu sebab aku resdung. Kalau kau resdung, memang carik penyakit sangat la makan nasi dagang with ikan tongkol. Nasi belum habis, hidung aku dah srot sret srot sret. Selalunya mak mertua aku akan buatkan lauk khas untuk aku makan dengan nasik dagang - ayam goreng rempah.
Tapi apelah maknanya makan nasik dagang kering takde kuah gulai?
Mak mertua aku kadang-kadang masakkan gulai asing untuk aku sebab dia kata ikan tongkol ni bisanya pada ekor. Ekor tu yang trigger the resdung. Kalau kau nak makan gulai ikan tongkol tapi takut resdung, jangan masukkan ekor ikan tongkol tu time masak gulai. Kadang-kadang nak mertua aku masakkan asing untuk aku seperiuk. Gulai untuk aku hanya ada badan ikan je. Special tak aku?

Tapi dah 2 tahun mak mertua aku buat nasik dagang tak buat gulai asing sebab aku cakap takyah. Sebab aku malas nak tolong dia masak. Adelah sangat tak patut kau dah la taknak tolong pastu nak demand gulai takde ekor la, takde kepala la. Jadi selalunya orang lain makan nasik dagang, aku pandang dengan penuh keinsafan.

Ahad lepas tak boleh nak bendung nak kenginan nak makan nasik dagang.
En Wan memang on je la kalau aku ajak pekena nasik keturunan dia.
Gigih google nak carik mana port nasik dagang kat area Subang Jaya ni.
Last-last jumpa kat SS apa ntah. Lupa la aku.
(stress tak baca blog aku? Ye ye je cerita pasal port makan tapi address tak tau)



Hari tu aku pergi berdua je.
Sebab tempat pun tak sure lagi boleh jumpa ke tak, so biar kitorang carik port dulu. Kalau port best baru bleh ajak satu kaum datang. Kedai dia biasa je. Macam warung je. Tapi selalunya yang warung-warung ni la yang terangkat bontot kau kalau makan. Kadang-kadang kalau kucing lalu bawah meja pun bontot aku boleh terangkat gak.

Warung ni memang khas dibina untuk anak-anak Trengganu and Kelantan sebab menu dia memang hala ke sana je la. Walaupun ada mee goreng, nasik lemak segala tapi itu makanan universal. Warung sebelah pun ada. Tapi warung yang aku pergi (nama dia Restoran Trengganu / Warung Trengganu kalau tak salah), kau cakap je nak carik apa. Laksam? Nasi dagang? Laksa kuah putih? Laksa kuah merah? Nasik minyak? Kepok lekor pun ada okk. Hari tu aku datang warung ni, meja depan blakang kiri kanan semuanya brong breng brong breng speaking Trengganu. Dengan laki laki aku sekali bertukar dialek.


Silakan mencuci mata.
Telan air liur banyak-banyak sikit...

Sepinggan nasi dagang RM7.
Terkencet tak baca?
Tapi berbaloi. Nasi banyak. Ikan besar-besar. Sesekali makan boleh la. Selalu-selalu makan boleh terkencet betul.


Sangat kedai kopi kan?
LIKE.
Jarang jumpa botol macam ni dah kat bandar-bandar.
Kat kampung-kampung ada la kot.

Disebabkan kat peti sejuk aku penuh stok kepok lekor fresh from Manir, aku tak berapa nak heran sangat kepok lekor kat warung ni. Boleh laaa, takat nak buat lauk nasik dagang, buat tambah-tambah.


Mat Ganu dengan kepok lekornya.


Selama ni aku jumpa cara hidang jualan macam ni cuma kat kampung En Wan je. Bangsa yang bungkus-bungkus makanan siap-siap dalam supik-supik kecik. So Trengganu. En Wan suka gila datang warung ni. Dia kata macam ada kat Tganu.

Baguslah kalau macam tu. Lepas ni kita takyah balik. Tunggu hiway siap sampai Telemong sok baru kita balik. Letih la asal nak balik kampung kau je pantat aku bersimen 5 jam.

Rasa macam this week nak pegi lagi.
Sebab nasik dagang dia macam memanggil-manggil.
posted by green apple @ 9:51 AM  
Newer›  ‹Older

MY FACEBOOK
INSTAGRAM : MY LABEL
Instagram
ADS
LET'S READ
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
MY PREVIOUS POST
Archives
MY TRAVEL DIARIES
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER