Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung
Lepas majlis nikah, balik rumah terus sebab nak kejarkan solat Jumaat. Padahal dah sah-sah kau kat masjid KLCC kan? Taknakkkk. Nak jugak solat kat Putra Heights.
Lagipun tak sedap hati tinggalkan Redza and Rayyan kat rumah.
Ni first time aku tinggalkan anak dengan bibik sorang, selama ni mak temankan. Lepas nikah, mak aku nak spend time dengan Mak Ndong. Lagipun aku kena perah otak nak susun ayat. Si Mek mintak abang dia bagi ucapan kat rehearsel tu nanti. Asalnya, welcoming speech Kak Ngah yang kena bagi, thank you speech baru En Wan. Tapi disebabkan speech tu aku yang buat, so sukati aku la nak bagi speech apa. Last-last aku buatkan congratulations speech.
Pagi dah sangkut dengan jem, so kitorang decide petang keluar awal sikit. Kul 5.45pm kena keluar dari rumah, bersiap-siap semua kat Duchess Place.
Memang betul bagai disangka, dah la jem, hujan lebat lak tu. Celah mana kau nak pusing pun tetap sangkut. Be it MRR2, MEX, nak masuk Federal?? Mampus aku tersadai kat situ sampai minggu depan.
Sampai kat Duchess Place pukul 6.45pm.
Gelabah-gelabah naik atas, settlekan apa-apa yang patut, solat, make up-make up, dah. Siap.
Seperti yang telah dirancang, semua kaum kerabat haruslah memakai baju kaler green apple. Kalau takde green apple, hijau apa-apa pun jadiklah. Janji hijau.
Tapi ada jugakkkkkkkkk yang tak paham bahasa. Dah dicakap pakai hijau, nak jugakkk pakai kelabu. Pastu awal-awal En Wan dah sound semua jantan pakai baju melayu. Nak jugakkkk pakai jeans. Pakkal anak sedara. Kalau tak, pang pung pang peng dush dush dush gedebokkkkkk aku bagi.
Tapi kebanyakkannya telah menepati tema.
Alhamdulillah, tak sangka betul, asalnya Mek cuma nakkan majlis nikah je. Sampai hantaran pun dia taknak sebab segalanya tak sempat. Rupanya Tuhan dah janjikan dia lebih dari tu.
Dewan makan
Disebabkan segalanya adhoc, jadi jemputan pun tak ramai, cuma 150 orang saje. Klorga je dah separuh dewan. Len kali ko takyah jemput sesape dah. Suara klorga Wan Dagang insyallah, tak memerlukan microphone. Suara aku ngan Kak Long je dah mewakili 40 orang.
Sebelum pelamin ni roboh dikejerkan tetamu, baik aku snap gamba dulu. Tapi takde majlis merenjis, pelamin ni cuma untuk bergamba je. Pelamin harus besar sebab klorga Wan Dagang boleh tahan ramai. Baka baik katakan. Kak Long je 8. Kak Ngah 3. Maria 3. Tu seb baik Abang En Wan takde sekali. Anak dia berapa ntah, sampai aku lupa.
Aku je yang dapat baka tak berapa nak kembang. Baka dia baik, cuma tersangkut.
Meja beradap.
Majlis Mek ni paling aku suka.
Sebab pengantin makan apa yang tetamu makan. Takde udang cucuk kat nenas, ayam golek, sotong sumbat. Takde!
Apa yang kau makan, itu jugaklah pengantin makan. Maybe caterer ni tau pengantin takkan sentuh de udang sotong ni semua. Penat je kau menggentel udang segala, konfem pengantin tak makan.
Tengku Khaleda Bustamam, bekas newscaster TV3 sebagai MC. Dia now keje kat ofis Mek, so kira pakai khidmat member la ni.
Masa ni tetamu dah mula sampai.
Kebanyakkannya sampai lambat, maybe sebab jem and hujan.
From left : Kak Ngah, Mak Aji dan Shakira.
Anak Kak Ngah 2 orang sepatutnya ada, tapi dorang dua-dua tengah ambik gamba aku ni.
Meja memang hanya untuk 5 orang sebab jemputan tak ramai so nak bagi nampak penuh dewan, jadi letaklah semeja 5 orang. Of cos la meja klorga kat depan sekali biar nampak pengantin.
Macamlah kau tak kenal pengantin tu sape yang sibuk nak duduk depan-depan kan?
Oh ye, mesti korang wonder kenapa aku tak duduk dengan En Wan.
Klorga Jalal mintak kalau boleh diasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan.
No hallllllllll. Aku lagi suka diasing-asingkan so that aku boleh makan dengan tenanggggggg.
En Wan sila lah makan dengan anakmu.
Mak Aji dan besannya, Mak Ndong. Kira besan la jugak kan?
Errr, by the way Mak Aji, ni kaler hijau ke biru?
Ni dia anak dara Kak Ngah, Dian Soraya (Didi).
Macam tak lama je ni...entah-entah lagi 3 tahun turn Kak Ngah pulak.
Group gendang and maulid. Aku lupa apa nama group ni tapi pernah keluar kat MHI. Bro baju melayu biru kat tengah tu best suara dia. Dia tarik suara, pehhhhhhhhhhhhhh tak lari pitching hokeyyyy. Aku melanguk je dengar dorang nyanyi maulud. Mentang-mentang la yang nyanyi tu semua laki, dan-dan kau tunjukkan minat yang mendalam terhadap lagu-lagu keagamaan.
Pirahhhhhh, tapi kepala togel.
Aku tau ada kawan-kawan Mek sama-sama blaja kat MRSM dulu baca blog aku. Ni untuk tatapan her friends yang tak dapat dijemput. Bukan taknak jemput, tapi segala-galanya berlaku dengan cepat, so maybe Mek terlepas pandang. Lagipun, buat ringkas-ringkas je.
Majlis nikah dah ikut budaya kita, dengan berbaju melayu segala.
So, untuk bersanding Mek ikut belah sana pulak. Tu pasal Mek berbaju ala-ala Moroccan.
Actually masa lepas bertunang hari tu, Mek gi jumpa bakal mak mertua dia. Mak mertua dia bagi satu baju ala-ala macam ni gak, tapi kaler laaaaaaaaaaaagi shocking pink. So Mek bawak balik tunjuk kat aku and cakap 'Kak Diana rasa kat mana Mek nak pakai baju ni?'. Aku ngan dia gelak-gelak la citer pasal baju tu. Dia kata masa mak Jalal tunjuk kat dia baju tu dia sampai speechless. Speechless sebab tak tau if dia patut cakap 'Ohhh, this is so lovely'.
Kuang hasam gak si Mek ni kalau mengutuk.
Tapi bila dia pakai masa bersanding nampak lawa pulak.
Maybe sebab baju tu kita tak pernah tengok, so nampak sangat-sangat outstanding.
Tapi kalau kau nak pakai kat Malaysia, hmmmm...mari kita sama-sama pikirkan.
Lepas pengantin settle down semua, masuk pulak pencak silat.
Masa ni la nak mempekenalkan budaya kan. Abissss, kata kawen ngan orang luar. Haruslah gunakan kesempatan mempromosikan budaya. Mana tau kot-kot kawan-kawan Jalal tu berkenan dengan budaya kita lantas mengusha awek-awek Melayu untuk dijadikan isteri. Tak ke secara tak lansung kami dah bantu bukakkan jalan untuk korang-korang ni semua? Bertima kasih sikit okkkk.
Banyak-banyakkanlah tempah jubah dari sekarang.
The food yang aku sempat snap.
Malam tu aku berjaya menahan nafsu makan!!!
Aku tak sentuh pun nasik-nasik, lauk-lauk. Biar merembes air liur aku tengok sorang-sorang kunyah sate, jilat jari makan ayam percik, biarkan!!!! Nama aku nak ambik, nehi!
Apelah sangat sepinggan nasi berserta daging masak kicap, ayam percik, kerabu mangga, sup tulang, lemak pucuk paku, sambal belacan dan pengat pisang kalau nak dibandingkan dengan lelemak dan babat kat perut aku ni????!!!
Tidakkkkkkkkkkk.
Aku ambik ni je.
(je??? padahal ni lah yang menambahkan berat kau ngok!)
Sekali ambik tetiba sedap la pulak.
Terus ambik kali kedua.
Hahahaha.
Diet lah sangatttt.
Tengok Kak Ngah aku. Steady je makan.
Dah la steady, khusyuk pulak tu.
Mau tak khusyuk.
Pengantin masuk dewan kul 9pm, tak ke kebulur semorang dalam tu?
Actually dia dah hidangkan ubi rebus with kelapa kat atas meja. Konon appetizer la. Tapi disebabkan perut masing-masing kosong, so tak berani nak makan ubi, kang kembung perut. Kalau takat kembung perut je takpelah gak. Dibuatnya perang nuclear kat dalam tu tak ke satu hal?? Hilang bau perfume aku.
Tapi aku belasah je.
Kembung tak kembung.
Better kembung daripada aku muntah kelaporang kat sini.
Ni dark choc compliment dari caterer. Aku mana makan coklat-coklat ihsan ni. Well....
Whatever lah.
Ni pulak gift untuk tetamu.
Asalnya yang kecik tu untuk tetamu, yang besar tu untuk pihak Jalal.
Kata datang doploh orang, sekali datang seploh je. Haruslah aku sebat satu kan?
Kalau sesape berminat nak bagi ni jugak untuk tetamu, boleh la ke Trengganu, pi beli kat Butik Nur Arfa terus. Boleh dapat murah.
The kek.
Pengantin turun dari stage nak gi potong kek.
Soalan yang sama aku tanya En Wan everytime nampak pengantin potong kek.
"Apesal kawen kita takde kek bang??? Ape sengkek sangat ke kita time tu?"
Boleh tahan la....
Pengantin beramah-mesra dengan tetamu.
Padahal tetamu ni semua adelah sedara-mara. Sampai kat meja aku, Mek sengih je.
Mesti dia cakap 'Alah, balik-balik muka dia ni. Malas aku nak start. Kang sampai besok tak habis bercakap'.
Kesian aku tengok si Jalal.
Mek dah jumpa orang kampung, dibiarkan je laki dia melanguk kat belakang.
Mentang-mentang lah kampung kau. Tengok esok reception kat kampung dia pulak, dia bagi kau melanguk ke tak.
Kak Ngah, Mek and our new brother in law.
Seb baik aku sempat snap gamba pelamin masa dia masih dalam keadaan senonoh tadi.
Masa ni boleh tahan lagi.
Dah hujung-hujung majlis, Ya Rabbiiiiiii...macam kena attack ngan ribut. Bunga bersepah-sepah!
Keluarga besar Wan Dagang.
Ni cuma anak, menantu dan cucu saje. Makcik-makcik kendian ye.
Ni minus abang En Wan yang tak datang. Anak dia je aku rasa dalam 7 orang.
Minus jugak anak Kak Long yang ada kat Bali.
And minus jugak anak-anak aku.
Redza masa ni tengah berpencak kat stage dengan anak-anak orang putih. Dia mana kisah gamba-gamba ni semua, bagi dia kalau nak ambik gamba dia, esok-esok pun pun boleh.
Bergamba keluarga konon. Kecoh maisng-maisng panggil anak-anak semua bergamba sekali.
Tapi lupa nak panggil Mak ngan Mak Ndong.
Lepas tetamu dah balik, kitorang bergamba macam nak terbalik dewan.
En Wan tarik tangan aku naik stage.
Ingatkan dia nak ajak aku perabiskan makanan, rupanya ajak bergamba.
En Wan : Di, ambik gamba kat sini.
Aku : nak buat apa?
En Wan : Dulu kita tak merasa kerusi macam ni, Di.
Alahaiiiii kesiannya laki aku. Nak merasa duduk kerusi macam ni ye bang???
Macam kasik aku hint je bangggggggggggg.
Sekarang........gomoknya fomfuan ini. Bini siapakah???
Baju melayu hijau yang En Wan pakai ni adelah baju bersanding kitorang masa kat Tganu, seploh tahun lepas.
Masa dia sarung seluar dengan bangganya 'Di, tengok ni. Lepas seploh tahun abang cuma tanggalkan satu butang je'.
Nak mengata perut aku la kan?
Perut kau memang la tak terjejas, kau keluarkan taik je.
Aku keluarkan orang okkk.
Dua lagi!
(Hnss..hnss...hnsss..)
Masa ni ahli klorga sibuk promote bunga kat tetamu.
Rugi nak dibiarkan kat dewan. Bunga saje dah spent RM5K.
Baik ko ambik.
Termasuklah aku.
Dua-dua yang En Wan pegang tu aku cop.
Skarang still ada lagi bunga ni, cuma bezanya bunga tu semua dah nyawa-nyawa ikan.
Ntah apa la En Wan kelentong abang si Jalal tu. Beria-ia je sembang. Ko paham ke bang dia cakap apa?
Suprisingly kitorang still leh communicate dengan riuhnya walaupun hanya Jalal and bapak dia je yang tau berbahasa Inggeris. Yang lain semua French. But masing-masing cuba untuk bercakap, termasuklah mak aku.
Abang Jalal siap invite kitorang pi negara dia.
Macam kan tiket kapal terbang tu boleh beli ngan air liur je kan boleh main jom la, jom la.
Kalau boleh pakai air ludah, dari skarang aku dah tadah.
Biar banyak sikit, boleh duduk bisnes class.
Tapi perasan tak, takde speech dari En Wan?
MC terlepas pandang part tu.
Time nak balik Mek tanya, mana speech?
En Wan jawab 'Selamattttttt aku'.
So Mek, if you are reading this - ni speech yang sepatutnya kau dengar dari abang Ayie kau malam tu :
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and a very good evening, “Bonne Everning”.
Let me start by saying thank you to everyone for coming together to share this special day. Apart from celebrating the marriage of our sister, Wan Rahaya, and our brother in law, Jalal, we had also looked forward to this reception because it is an opportunity to catch up with friends and rekindle ties with relatives.
I would also like to say a special Selamat Datang or “ Bienvenue” to Jalal’s parents, siblings, relatives and friends. You are now part of our family and we are so glad to know that our sister is marrying into such a kind and warm-hearted family.
I am honored to stand here today and congratulate my sister on her beautiful wedding.
I think we could all agree that my sister Rahaya is a beautiful bride. Beautiful person, beautiful bride and best of all, she has met and fell in love with a wonderful guy, Zeeyad Jalal.
I don’t have much to say for everything seems perfect in every way. Just that to my sister Rahaya, I want you to know that the whole family is proud of you that we could just burst with happiness. Today, on your wedding day, I on behalf of the family wishing you and Jalal all the very best things that this life can offer. May you always be as happy as you are right now. And may you derive everything that you want out of life, including health and joy and full appreciation of all that you have because you have each other.
To Jalal, I know you are the perfect man for my sister, and I know you'll treat her right for the rest of your life. I want to welcome you to our family and say we are glad to call you brother-in-law.
Again, on behalf of all of us, I would like to thank all for this lovely reception celebration that we will remember for a long, long time. Maybe forever.
Tetiba je ada gamba kitorang kat akhir entry. Motif?
Tapi puas hati! Cukup puas hati! Memang betul-betul ho liau!!! HAHAHAHAHAHAHAHA.
Entry kalau panjang memang memerlukan penaja. Ok, iklan stop di sini.
Khamis, lepas balik dari keje aku tengok telur sedang direbus. Telur untuk bunga telur Mek. Before that aku rilek lagi, nampak je telo terus gabra. Walaupun bukan aku yang kawen tapi disebabkan semua hantaran ada kat rumah aku, kepala tu agak risau. Dok memikir apa lagi yang belum siap, belum cukup.
Telo baru rebus. Malam kang nak kena readykan bunga pahar. Buah belum beli. Kek belum ambik.
Petang, Mek pulak call cakap takleh datang ambik barang hantaran sebab dia kena rehearsel. Mak aku pun kena rehearsel sebenarnya tapi sebab banyak sangat benda belum settle, lagipun Khamis petang hujan gila lebat ajdi aku takleh hantar mak. Hilangkan nak hantar mak rehearsel, ada yang berenang-renang dalam banjir kang.
Takpe mak, mak ikut je la apa dorang buat esok. Kalau silap, buat je lah muka takde efek. Mesti orang tak perasan punya.
Ini cuppies yang aku tempahkan untuk bagi ke pihak Jalal. Kek ni actually datang dengan box putih tu je. Memandangkan plain sangat kotak tu, En Wan suruh aku hias. No halllll. Aku ni bab menjahanamkan harta benda orang memang nombor satu. Aku ambik je la saki baki bunga yang ada, tepek. Ambik riben, tepek. Settle.
Cantik? Tima kasihhhhh.
Tak cantik? Pedulik apa akuuuuuu.
Ni kek yang aku tempah untuk Jalal bagi ke pihak aku. Sebab tu kalernya ijo. Cantik kan? Besar lak tu.
Of cos la besarrrrr. Klorga aku ramai nak rasa ni. Klorga dia yang datang seploh orang je. Dah kira murah hati la aku tempah cuppies namblas bijik.
Berat gila okk kek ni. Masa ambik dua-dua ni aku ngan En Wan je. Memang aku la yang kena pegang. Aku letak kotak cuppies atas kotak kek Jalal, riba. Boleh tahan berat la.
Mandor tengah perati hasil kejer tangan orang suruhan sambil kendong anak, sambil makan jeruk kelubi.
Dah aku pesan kat makcik-makcik jangan dibelikan lagi jeruk kelubi ni. Dia ni kalau jumpa jeruk kelubi, aku telanjang depan dia pun dia buat dek. Ngeri tengok dia makan jeruk, siap hirup-hirup air. Dah la air jeruk tu rupa air kencing! Aie kencing dia la. Air kencing aku jernihhhhhhhhhhh.
The hantaran for both sides. Cuma barang dari Jalal je takde lagi, semuanya letak masa kat masjid.
Mandor kepenatan. Bukan buat apa pun. Pusing-pusing keliling meja je padahal.
Esoknya hari bermula seawal 6 pagi. Takde la awak mana pun. Tapi bagi orang yang dah biasa bangun kul 6.45am, kul 6am ni kira awal dowhhhhh. Macam nak buta rasa mata aku pagi tu. Liat nak celik.
Ok now hantaran ada 8. Satu adelah bunga pahar. Lagi satu adelah kek 2 kotak.
En Wan drive. Aku pegang dua-dua kek. Mak pegang bunga pahar.
Yang lain semua masuk boot. Padahal semua dah susun-susun gubah-gubah cantik-cantik. Tapi no choice, sebab kitorang je ada dalam kereta, lantak kau la nak terbalik ke apa ke kat belakang tu. Tak kosser aku nak pikir. Aku nak jaga kek. Seb baik sirih Kak Ngah yang pegang, kalau tak??!! Berselepet-selepet la sirih tu jawabnya.
Mak aku lagi kesian. Dah la orang tua tu kecik, kena pegang bunga pahar sepanjang jalan ke Masjid KLCC. Yang tukang bawak keta pulak anakanda tercinta. Dia tak tau anakanda tercinta ni kalau bawak kereta mana reti slow. Selamba badak je dia buat lap. Turun-turun dari kereta aku tengok macam mak aku pulak yang nak jadi pengantin. Bunga telor tu punya diamond-diamond semua jatuh atas muka mak aku. Berkilat-kilat muka mak I youuuuuu. Ni baru namanya solid gold!
Dah la pagi Jumaat tu jam gila babas aku tak expect jem macam ni punya teruk. Padahal dah lalu MEX. From Subang Jaya to KLCC je 2 jam setengah. Dengan sesat lagi. Jalan ke KLCC tu tau, tapi Kak Ngah En Wan guide ikut jalan lain nak elakkan jem konon. Tapi guide guna telifon dalam keadaan gabra dah lambat memang ko letak signage besar gajah pun takkan nampak punya. Majlis sepatutnya pukul 9am, disebabkan kereta penting belum sampai, makanya pengantin la tunggu aku kan.
Sampai-sampai je, terus aku guide arrange tempat hantaran and all, dan majlis pun bermula....
Mek dengan baju nikah yang dia beli dengan harga RM2300.00. Gila apa kau Mek beli baju nikah ribu-ribu? Nak pakai pi mana agak-agak pasni? Tapi takpela, jadikkan kenangan. But baju dia sangat cantik. Ada sentuhan arab-arab sikit.
Yang baju hijau tu mak mertua Mek, baju biru tu akak ipar dia.
Elok la kan....pengantin duk satu level ngan tetamu, atas karpet. Petang sebelumnya aku BBM Mek tanya alas duduk pengantin.
Dia reply 'Nak kena ada ke?'
Memang nak kena budak ni!!!
Harus lah ada! Kau ingat kau menikah duduk atas kerusi?
Tapi takpe, throw kusyen aku banyak. Aku angkut satu. Takkan nak biar adik ipar aku duduk tak beralas. Tapi macam tak suai je pengantin perempuan beralas, yang groomnya tak. So, Mek bagi Jalal duduk.
Disebabkan tak sempat nak beli sarung baru, aku pakai je sarung yang sedia ada. Sembur perfume JPG lagi okkk. (nampak nau hamisnya bau bantal tu kan?)
Setuju ke tak aku nak kawenkan kau ni? Tak setuju cakap. Aku ambik.
Yang baju purple tu adik Mek, namanya Awang. Dari se-mak sebapak. Kira adik bongsu dalam keluarga En Wan. Kalau dari emak yang pertama (mak mertua aku), En Wan paling bongsu. Sebab tu semua panggil dia Adik. Sampai orang kampung pun pakat panggil dia adik. Macamkan orang lain tak ber-adik. Klorga kau je ada adik eh?
Tapi bila Awang lahir, takkan nak panggil adik pulak kan? Si tua tu dah ambik tittle tu siap-siap. Maka orang panggil la adik Mek ni - Awang. Padahal nama budak tu kemain sedap lagi - Wan Mohd Rafizan. Mana datang 'Awang' pun aku tak tau. Same goes to 'Mek'. Pak mertua aku susah payah pikir nama - Wan Rahaya. Celah mana datang 'Mek' pun aku tak sure.
Alas ijau tu aku punya!!!! (wah bangga ni) Tak dapat kawen ngan pak arab, dapat kasik pinjamkan bantal kat pak arab pun jadiklahhhhh.
Err.. jejaka berbaju oren terlebih series macamkan dia yang nak kena kawen tu adelah laki aku. Kalau ada sesape berkenan, silalah mintak kebenaran aku dulu ye.
Alhamdulillah sekali lafaz je Mek dah sah jadi isteri Jalal. Maka, selamatlah semua adik-beradik dari keluarga Wan Dagang, semua dah kawen. Pasni, tunggu cucu-cucu kawen pulak ye, Mak?
Lepas nikah, aku bagi signal kat En Wan untuk guide Jalal. Jalal ni pengapitnya kawan dia from Sweden, mana kawan dia nak tau apa nak dibuat lepas nikah. So En Wan apit Jalal untuk guide bagi mas kawin kat Mek.
Kau nampak itu cash? Itu adelah mas kawen, 10K! Menggigil bulu-bulu aku dengar. Seb baik dah shave sikit pagi tu. Kalau tak, harus berguguran satu persatu.
Lepas dia serah mas kawen, dia diam je. Dia pandang Mek, Mek pandang dia. Aku cuit bahu En Wan sikit, barulah En Wan suruh Jalal kiss dahi Mek. Wahhhh, tak kasik can budak ni. Aku suuh kiss dahi je. Dia balun dua-dua pipi sekali. Lek lek Jalalllll.
Cincin nikah. Aku malas nak close-up gamba cincin. Sebab aku dengki. Ngahahahahaha.
Lepas sarung cincin, En Wan bisik kat aku 'Pasni nak kena bagi gelang tu ke?'
'Ye'.
Dan En Wan pun angkatlah dulang gelang tu pulak.
Duit hantaran adelah dalam bentuk gelang, 3 utas.
Seutas Cartier pun aku dah terkentut-kantat nak bayar, ni kau bagi 3 dengan penuh keselambaan. Dan aku pun melihat dengan penuh syahdu.... Tapi kejap je syahdu sebab lepas tu aku terpandang caterer angkut nasik lemak masuk masjid. Nevermind the gelang.
Lepas settle dulang mas kawen and dulang hantaran, En Wan gi ambik dulang yang last. Tapi cepat-cepat aku tarik baju dia. Gila apa nak suruh Jalal serahkan kek kat Mek? Kalau ada seploh dulang, seploh-seploh tu kau nak bagi kat tangan Mek ke? Kau biar betul sikit bang. Don't drop my water face okk.
Oh, masa ni memang sedih. Aku ngan En Wan pun bergenang airmata. Mak dia peluk Jalal ni macam taknak lepas. Jalal ni the only child dengan bapak sekarang. Kalau adik-beradik tiri dengan bapak lain ada 2-3 orang jugak kot.
Beria-ia mak dia menangis. Peluk, lepas. Peluk lagi, lepas. Pastu peluk lagi. Siap cium-cium tapak tangan anak dia.
Agaknya macam tu la emak kita kalau anak lelaki dia kawen kan?
Aku pernah terbaca kat mana ntah, artikel tu cakap, seorang mak lagi susah nak lepaskan anak lelaki dia kawen banding anak perempuan. Sebab anak perempuan, dia dah ajar cara nak uruskan rumah tangga. Tapi kalau anak lelaki, dia tak sure if isteri tu boleh jaga anak lelaki dia macam yang dia jaga.
Selama mak mertua aku dok rumah ni, aku jaga anak dia kaw-kawwwwww. Cuba dia balik Trengganu sok. Siap anak dia aku kejekan.
Apa, kau nak makan? Pegi mentekedarah kat mamak!
Kiri : mak kandung. Kanan : mak tiri
Bertuahkan Mek ada dua mak?
Percaya or not, masa Awang bujang dulu, dia duduk ngan mak aku tau. Dia tak duduk dengan mak dia. Masa Mek nak kawen ni pun, Mak Ndong (pangilan untuk mak Mek) yang belikan kain untuk tempahkan baju untuk mak pakai masa reception. Dah la tempahkan, dia siap tampalkan batu-batu lagi kat baju tu. Mak aku tinggal sarung ke badan je.
Kalau aku lah, belum tentu boleh buat macam ni. Tapi kalau dah ditakdirkan nak buat camana kan? Aku belikan la jugak kain. Tapi kain kapan la.
Masa Jalal peluk bapak dia barulah airmata dia keluar. Lama bapak dia peluk, tahapa la yang dia pesan. Aku nak gak pegi dekat sikit kot la boleh dengar apa dia pesan. Tapi aku lupa aku tak paham arab. Kahhhhhhhhhhhhhh!
Aku dan Mek.
Teringat dulu kalau balik kampung mesti sama-sama comparekan kaler rambut. Comparekan berat badan. Tapi dalam pada compare tu mulut masing-masing mengunyah kopok lekor tak berenti.
Berat badan ko berapa? Ko pegi gym kat mana? Apa tajuk kaler rambut kau?
Sibuk je kakak ipar nak bersaing ngan adik kan?
Alhamdulillah, Mek dah jumpa jodoh dia. Penampilan pun dah berubah. Yang sebelah tu bila agak-agak? Tudung pun pinjam bibik punya.
Auwwwww! Ni pun pengantin gak. Seploh tahun dulu.
Going home and get ready for the reception ini malam sebab aku kena preparekan speech untuk En Wan berucap.
Tapi aku cerita pasal reception esok. Now, nak tido.