2011-12-14

Percutian yang errr....bosan??

Dari before pergi lagi aku tak rasa excited lansung nak ke A Famosa sebab dari tepi highway lagi aku boleh imagine tempat ni takde la best mana pun. Ditambah pulak 11-12 tahun lepas aku dah masuk dengan En Wan and Ima. To be fair to A Famosa, dulu aku masuk masa tempat dia baru bukak so facilities tak berapa banyak lagi, that's why boring. Tapi still now pun aku rasa tempat ni tetap boring. Tapi sebab En Wan yang arrange percutian kali ni, aku ikut je la. Ussually aku akan contribute sama unuk setiap holiday, but this time aku tak contribute lansung sebab aku cakap aku taknak pergi, tapi sebab kau ajak jugak, so kau bayar sorang. Hahahhaahah.

Ok. Tak kelakar.

 Duit minyak ditanggung oleh Shell sebab menang peraduan apa ntah. Jimat la duit minyak RM100.


Tapi aku memang macam tu.
Kalau aku rasa tempat tu tak berbaloi untuk aku pergi dan kata hati aku cakap tempat tu tak best, maka aku taknak bazirkan duit aku. Tak kisah la if orang lain kata best.

Actually yang buatkan aku tak seronok nak pergi bukan sebab tempat tu berhantu, tapi sebab aku memang tak berkenan dengan waterpark. Waterpark ni semua cantik kat gambar je. Memang la fun waterpark ni tapi azabnya lepas mandi kolam tu, Tuhan je yang tau. Cuba bagitau aku waterpark mana yang yang facilities dia ok?

Kau kalau nak buat waterpark, biarla locker cukup, tempat salin baju banyak, toilet selesa, tempat makan besar. Ni waterpark kemain lagi berhektar-hektar, tempat salin baju tak sampai 20 bilik. Toilet lagi cam haram, ada la kot 10 je for lelaki and perempuan. Macamana tak berkepam?



 Tuan besar yang taknak duduk belakang dah. Masuk kereta je nak duduk depan. Pastu berdiri sepanjang jalan. Aku ni dah takde pemandangan lain nak tengok selain bontot dia.


Kat A Famosa waterpark ni dia provide sekali dengan kupon makan. So kau boleh ambik makanan yang disediakan Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii kaunter??????
Pergi la tengok sendiri.
Sudahnya, orang yang malas nak queue lama-lama terpaksa je la beli makanan lain (ni kes aku la ni).

Bagi aku A Famosa ni hanya sesuai untuk pelancong dalam negeri je.
Agaknya travel agency pun tak masukkan A Famosa ni dalam travel list dorang sebab memang facilities hampeh. Tunggang-langgang. Tapi takat nak bawak anak-anak seronok tu boleh la.
Hari tu aku bayar tiket RM40++ hanya untuk jadi penjaga beg, ambikkan makanan, cop-kan tempat duduk, kutip spender basah, tolong hulur towel, etc.....

Masuk-masuk je entrance fotographer dah tunggu untuk ambik gambar.
Yang kelakarnya tu, kita ni dah berdiri ready nak ambik gambar tapi orang lain yang taknak bergambar selamba tapir je lalu-lalang depan aku yang dah get ready ni. Yang si fotographer pulak sengih-sengih 'Sabar ye Kak, sabar ye?'

Kau sendiri meleseh-leseh sengih-sengih macam kerang busuk, takde gaya professional fortographer, macamana visitors lain nak respek kat kau? Patutnya, buat la rules, semua yang masuk memang kena stop kat situ untuk bergambar. Takde pengecualian. kau nak beli ke tak gambar tu, tu blakang cerita. Kalau kau dah buat syarat, takde de orang nak kata 'No, I taknak ambik gamba'. Nak tak nak, dorang akan beli jugak gamba tu. Otherwise, kau sediakan la laluan lain untuk visitor yang taknak bergamba. Ni tak. Kat situ la orang nak stop bergamba, kat situ jugaklah orang lain lalu simpang-siur. Hey kamonnnnnnnnnnnnnn!


Jalan masuk ke entrace waterpark.

Aku peratikan staff-staff kat waterpark ni semuanya macam asal boleh.
Like, ok kau jadik tukang ambik gamba, ok kau jadi tukang check kupon, ok kau jadi tukang jual gamba, bla bla bla...

Masa aku nak beli gambar kitorang sefamili tu, budak perempuan yang jaga kaunter, boleh tak reti nak masukkan gamba kitorang dalam frame?? Panggil orang sana, panggil orang sini just nak tanya 'Eh, camne ni? Oi, camne ni?'

Professional ke kau terpekik-pekik tunjukkan kebodohan kau depan customer???

Patut la takde sorang mat salleh or foreigner kat A Famosa hari tu.
Paling-paling pun Singaporean la kot.
Aku rasa travel agency pun takut nak bawak pelancong masuk sana.



Ok bab naik gajah ni lagi sialpalis.

Aku baru berangan nak bawak bibik and mak mertua aku naik gajah. Biar dorang terpekik-pekik kat atas tu. Aku and En wan membayangkan dorang akan bawak gajah ni at least jalan ke depan sampai waterpark entrance yang just 700-800m away and patah balik. Walaupun takde la adventure mana pun sebab gajah tu akan berjalan atas jalan raya but at least something la untuk kita yang naik gajah tu. Ada la experience nak bawak balik cerita kat orang.

Sekali aku tengok ada satu family tu naik, gajah tu betul-betul jalan buat bulatan keliling depan kitorang je. Ada la kot 5-10 minit. Kalau nak tau berapa ringgit dia charge for that lenggang-kangkung 10 minit, sila lah try naik. Gila cekik darah ke apaaaaaaa???

Masa aku gi Phuket 3 tahun lepas, gajah tu bawak kitorang naik bukit turun bukit, masuk hutan keluar hutan, siap gajah tu berposing mengadap laut lagi for 45minit adelah RM50. Mula-mula aku rasa macam mahal gila je RM50 dia charge, tapi bila kau naik gajah tu, pehhhh gila adventure sampai aku mintak turun. Gila kau gajah tu mendaki bukit! Pastu time turun bukit, dia berlari-lari anak. Pitam kejap aku kat atas tu (aku rasa aku ada letak gamba aku pitam atas gajah time dalam entry Phuket). Kalau macam ni punya naik gajah sampai pitam-pitam baru berbaloi bayar RM50. Ini kau betul-betul pusing keliling aku je. Memang gila babs punya sekejap. Baik kau berdiri je tepi gajah tu and raba-raba dia sikit. Sah-sah free.






Antara pemandangan yang aku sempat snap.
Tak dapat aku nak snap banyak sebab aku tukang jaga beg kan.
Kang apa hal nya pulak dengan beg-beg tuan-tuan besar sekalian kalau tukang jaga beg merayap ambik gamba.

Bab ni memang aku nampak ada perubahan.
Dulu aku pergi dengan En Wan before kawen memang terang-benderang.
Panas berdenting kau mandi dalam longkang ni.
Kawasan dia masa tu still under construction lagi.
Aku pergi last week, tengok dah banyak perubahan. Ada beach, ada gelongsor-gelongsor tu (apa benda menatang ni aku tak reti nak sebut), ada er....tu je la kot. Tapi luas la kawasan dia. Cuma tak se-fun Sunway Lagoon.



Bibik and Redza.


En Wan ketua budak-budak. Dia yang paling lama sekali main dalam air.


Tu je la gamba yang aku ada.
Sebab aku bosan, so aku duduk je la jaga beg and peratikan orang keliling.
One thing yang aku tak suka about pergi tempat-tempat macam ni adelah sebab manusia bersepah-sepah. Pastu sana-sini basah, bau makanan bercampur-aduk, aku jadi mual.
Nak duduk pun tak reti nak duduk kat mana.
Aku tak kisah kau bawak aku pergi fun fair sekalipun janji tempat tu kering. Kalau dah sana-sini basah, kau jadi serabut pikir mana nak duduk, mana nak letak barang, eiiiiiiiii tobattttttt.





Dari 11.30am sampai 3pm kat sana, around 3.30pm baru check-in.
Kitorang check in kat A Famosa Resort.
Bilik dia boleh la. 2 queen bed.
Tapi agaknya sebab orang terlampau ramai, aku masuk bilik dengan lantai still basah lagi baru lepas mop.
Menjengket-jegket jugak la masuk bilik.
Bilik air pun lembab-lembab je baru lepas cuci.
Tapi kira ok la. Janji dia dah bersihkan. And keadaan pun teratur.

Aku masuk-masuk je bilik check menu  room service dulu.
Menu dia boleh la...janji aku nak payah bersesak-sesak ambik makanan.

Malam tu, lepas Maghrib, En Wan ajak masuk Cowboy Town.
Kali ni kitorang jalan kaki je sebab dekat sangat hotel dengan Cowboy Town.



Stage ni kat depan entrance.
Kira dia bagi mood awal sebelum masuk tengok koboi.
Tapi yang kelakar kan, koboi ni nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Boleh??????

Satu lagi yang buat aku menyampah gi tempat-tempat macam ni adelah sebab semuanya buat asal boleh.
Tiket dah la kau charge mahal. Buat la betul-betul.
Cuba tengok brader yang main gitar tu.
Ni krisis identiti ke apa?
Kau feeling-feeling koboi tapi pakai shirt bunga-bunga, bang???
Kau koboi kat Hawai ke?


Nampak dancers-dancers koboi ni?
Aku tak tau la ni geng-geng koboi ke, geng-geng mat rempit.
Ada rupa koboi tak dancers tu?




Ini adelah show yang palingggggggggggggggg mendukacitakan kat Cowboy Town.
Kat sini jugaklah paling ramai penonton.
Dah la start lambat. Ok yang tu memang biasa la kan, lambat.

Tajuk performance adelah "Red Indian".
Tapi takde satu komponen Red Indian lansung yang aku nampak.
Ok la, part telan api and conteng-conteng muka. Jadik la kan.

Tapi yang kelakar tu mula-mula "Red-Red Indian" ni beratur kat depan kitorang.
Last-last start lagu, diorang menari!!!!???? Seriesly kau menariiiiiiiiiiiiiiiii???
Dah la menari pun aku rasa bantai asal boleh.
Nampak macam Haka lebih kurang, jadik lah.

Lepas tu barulah ada show telan api, sembur api, but still mendukacitakan.
Aku expect kau akan tunjuk gaya Red Indian panah-panah, berkuda, lawan-lawan sikit ke biar ada aksi kat depan tu. Ni tak. Balik-balik telan api, sembu api. Telan api, sembur api. Dah Red Indian abis la tu eh?

Kitorang tak tunggu show habis pun, terus blah gi carik makanan.
Masa tu jam pukul 9.15pm.

Aku nak makan steakhouse.
Tapi mak mertua aku ngan bibik mana la nak makan-makan steak ni.
So kitorang makan kat restoran melayu kat dalam tu.
Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...mee goreng je ada.
Nasik lemak cuma ada sebungkus je lagi.

Kau imagine, show tu dari pukul 6pm sampai 12 malam.
Kat mana lojiknya kau sediakan makanan takat kul 9pm dah habis?
Kau expect kul 7-8pm tu semorang serbu untuk dinner, pastu dah. Jangan makan-makan lagi. Camtu?
Masa ni muka aku dah jadi lagi ngeri dari nenek kebayan dah.
Aku senyap je tak cakap-cakap.
Aku dah kata, tempat ni tak best. Tak best. Tak caya. Nak pergi jugak. Ha, melantaklah mee goreng bersama-sama.

En Wan sedar aku macam nak amukan, so dia terus bagi kad bilik.
Lepas makan aku balik. Kebetulan Rayyan pun dah ngantuk, so mak mertua aku and bibik ikut sekali.
En Wan continue dengan Redza.

Sampai kat bilik aku terus order makanan.
Ha kauuu. Makanan sampai, bukan aku sorang je makan. Rupanya mak mertua aku and bibik pun sebenarnya  laparudin tapi segan nak bagitau En Wan dorang lapar.
Mau tak lapar kalau mencekik mee goreng je?
Kesian aku tengok. Sampai licin makanan aku dorang tumpang sekaki.

Dari dalam bilik aku dengar mercun la, bunga api la.
Tu mesti koboi naik syeh la tu.
En Wan kata ada pertunjukkan bunga api.
Eh tak kuasa la aku nak bunga api ke, bunga semarak ke bagai.
Aku dah naik menyampah and tak sabar nak balik esok pagi!


Berani?


Esok pagi breakfast kat Golf Terrace.
Seperti yang dijangka, manusia gila babi punya ramai dah macam beruk tengah sarapan pagi.
Aku tak paham orang Malaysia ni.
Duit banyak bercuti sana sini, tapi attitude masih lagi dalam longkang.
Dah tak lalu aku nak makan tengok makanan bersepah-sepah. Sudip lauk pun berselepet-selepet minyak and sisa-sisa makanan. Ada yang lagi suwey pegi letak plate yang dorang dah makan kat atas meja buffet. Ni sakai ke apa?

Makanan jatuh atas lantai toksah cakap la. Dah jadi hamis semacam ruang makan tu.
En Wan ni pulak jenis yang kalau kau dah bayar pakej tu, kau kena makan jugak.
Tak kisah la makanan bertebarai macamana pun, taknak rugi punya pasal, tetap kena makan.
Eh soryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.
Aku kan rela kunyah meggi mentah dari makan berjemaah dengan orang-orang yang takde adab kat tempat makan. Tak reti la aku nak makan kat tempat yang bersepah-sepah ni. Yang aku heran tu ada jugak yang berselera gila makan siap bertambah-tambah.

Meja makan ni sebelah meja makan aku. Dari start aku duduk sampai aku balik, meja sebelah ni tak berkemas-kemas lagi. Kembang tekak aku makan sambil mengadap meja yang dah macam tong sampah ni.


Lepas check out terus ke Melaka.
Tapi tak lalu hiway, aku lalu jalan kampung sebab nak lalu depan rumah nenek and kubur arwah atuk.
Lama sangat aku tak balik Tampin sejak nenek dah balik Singapore.
Baik rumah nenek tu dibuat homestay je lagi bagus daripada duduk kat A Famosa.
Duduk rumah nenek aku, korang boleh masak, parking space besar, siap ada kebun bagai. Sukati la nak makan berapa banyak buah pun.

Bila sampai kat Melaka rasa hmmmmmmm....it's good to be home!
Walaupun aku bukan orang Melaka, tapi time nenek ada kat Tampin, asal gi pasar je, kalau tak pasar Alor Gajah, mesti gi pasar Melaka. Ingat lagi dulu aku ngan nenek naik bas nama SALIRA from Tampin ke pasar Melaka. Kadang-kadang pasar tak pergi, tau-tau aku heret nenek masuk mall. Rasanya dulu The Store kot ada kat situ. Sudahnya orang tua tu tak jadi gi pasar. Hahaha.

Best wooooo jalan ngan nenek aku dulu. Aku nak beli kaset cina (Leslie) pun dia oraitttttt. Siap tanya lagi apa lagi aku nak beli, dia bayarkan. Kalau gi ngan Mak Aji, jangan harap la aku nak beli kaset cina. Silap-silap dia tak bawak aku lansung. Dok rumah, kemas. Tu la the best thing about being nenek agaknya. Macam Mak Aji now apa Redza nak ok ajeee. Semua boleh. Padahal benda yang Redza mintak tu sama je dengan aku mintak time kecik dulu. Bezanya, Redza dapat apa yang dia nak, aku dapat penampar.


 Dulu time kecik-kecik sepuluh kali lalu depan A Famosa ni pun tak terfikir nak snap pic.
Dah tua-tua ni baru la nak tertonggeng-tonggeng bergamba.



Sesekali pekena abang beca apa salahnya.
Penat okkkk nak round satu Melaka.
Murah je abang-abang beca ni charge.
Pusing Muzium Samudera (kapal), Christ Church, Menara Tamingsari and stop kat Melaka Cruise cuma RM25 untuk satu beca. Kira murah la tu. Gila penat abang tu kayuh. Tak sampai hati nak tawar-menawar.

Ada satu beca tu pi pasang lagu Wings?? Apa jadahhhhhhhh???
Beca aku jugak best, brader tu pasang lagu Tudung Periuk lagi.
Baru la feeling-feeling zaman kesultanan melayu melaka.

(apa kaitan???)


 Kemain berkilat lagi muka aku.
Seb baik tak pakai mekap, kalau pakai konfem berlapis-lapis eyeliner aku jatuh.

Maklumlah, eyeliner Guardian katakan.



Melaka River Cruise paling best!!!!!!
Bila naik boat ni baru la aku tau rupanya banyak benda yang aku tak tau tentang Melaka. Aku cuma tau Parameswara dengan Hang Tuah je.

Akak driver boat ni cerita very detail tentang what is what, which is which. Kiranya sepanjang sungai tu ada benda-benda menarik and cerita-cerita tersembunyi. Korang yang belum pergi, aku suggest pergi lah. Tak rugi.


 Sepanjang-panjang river ni korang boleh tengok building-building ni dorang cat dengan mural.
Cantik-cantik.
And semua mural ni ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka. Setiap owner premis tak dibenarkan mengubah premis dorang sesuka hati tanpa kebenaran pihak negeri sebab ini semua kerajaan negeri buat untuk tujuan pelancongan. Bersih okk belakang-belakang kedai ni. Memang elok kerajaan negeri buat macam ni. At least terjaga kebersihan sungai and belakang kedai. Ada a few restoran yang dibuat kat tepi kedai ni dah macam Venice aku tengok. Tak pergi Venice pun takpe.


 Ni perkampungan Melayu, Kampung Morten nama dia.
Kampung ni kerajaan negeri Melaka jaga untuk dibuat homestay.
Cantik-cantik rumah-rumah kampung kat sini, semua cat-cat dinding, bumbung rumah semua dibiaya and diganti oleh kerajaan negeri Melaka setiap tahun. Memang dorang jaga perkampungan ni supaya jadi tarikan pelancong. Rumah-rumah kat tepi pantai ni semua untuk homestay, korang takyah book. Nak datang, terus je deal dengan tuan rumah masing-masing. Tuan rumah homestay masing-masing semua ada je tinggal kat blakang tu. Rasanya satu malam RM80.

Salah satu rumah kat sini yang asalnya rumah Penghulu ntah berapa keturunan dahulukala dipercayai menjadi tempat persandingan Almarhum Sultan Selangor dengan Cik Puan Aisyah. Rumah penghulu tu memang cantik!


Ni salah satu tarikan pelancong naik river cruise.
Biawak belaan.

Biawak ni tak gi mana-mana, memang port dia bawah jambatan. Ada a few ekor jugak. Biawak ni pun kerajaan negeri Melaka tanggung RM700 sebulan sebab memang boat akan berenti punya kat sini. Berebut orang nak ambik gamba, Biawak tu pun macam pasrah je orang ambik gamba dia. Dah macam anak buaya besar dia. Kelaka jugak la bila dengar biawak ditanggung. Hahaha. Tapi kalau takat RM700 sebulan berbanding dengan pulangan berapa ratus orang naik boat ni setiap hari, aku rasa berbaloi la kot dari tanggung orang yang miskin yang bangsa pemalas nak keje. Tiap-tiap tahun ditanggung pun macam tu jugak takde efek. Dasar pemalas.

Percutian ke Melaka ni penyelamat sebenarnya.
Dari awal lagi aku nak ke Melaka terus, aku dah siap beremail-email dengan Casa Del Rio untuk dapatkan bilik tapi En Wan bijaksana pi book A Famosa senyap-senyap. Konon nak surprisekan aku la kan. Sekaliii dengan kau-kau sekali surprise.

Kalau sesiapa nak pergi A Famosa, pergi saje la, tapi takyah la tido.
Buang masa. Baik tido Melaka.
Or, baik pergi Melaka je la.

Tu pun hari tu aku tak sempat gi pekena ikan bakar.
Tapi time kecik-kecik dulu puas dah melepak kat Pengakalan Balak, Serkam, Umbai. Tapi rasanya sekarang ni mesti lagi best kot.

Slurppppppppppppp.