2011-09-09

Sekadar 2 sen saje, tak banyak pun.

Kiri kanan depan belakang orang dok concern pasal berat badan.
Ni pulak tengah bulan raya, masing-masing mengeluh bila ada jemputan open house.
Konon kalau tak pergi, nanti tuan rumah cakap apa pulak. Tak baik tak attend undangan. Tapi aku rasa tuan rumah tak suruh pun kau belasah segala makanan yang dia hidang kan?

Jadi, pokok-pangkalnya diri kita sendiri.
Sendiri punya badan, sendiri yang bawak.
So pandai-pandai kau la.
Kalau tetiba esok bangun pagi tk larat nak bawak badan sendiri, boleh lah start menggelabah.

Susah nak ajar orang supaya faham konsep 'badan kurus'.

Masing-masing ingat kalau kau kurus, maka kau cantik.
Tak kisah la muka kau pecah ke, janji kau boleh fit size 4, maksudnya kau kurus. So kalau kau kurus, otomatik kau cantik.
Kan?

This might sound a bit cliche.
Of cos berat badan mainkan peranan yang penting untuk kau look good.
Tapi 'look good' doesn't mean kau look presentable.

Kim Kardashian, J.Lo, Beyonce, Ziana Zain adelah antara orang yang kalau duduk sebelah Cameron Diaz konfem dicop sebagai gemuk.

Tapi gemukkah diorang ni?
Ok je kan?
Sebab dorang presentable.

The question now is how gemuk is gemuk?
How kurus is kurus?


Model.
Kau kurus, body shape cun tapi jalan kat runaway mengengkang.
Cantik?

Pengacara TV.
Kau kurus, muka cantik tapi bercakap takde isi. Merepek-merepek je lebih. Pastu buat lawak bangsat.
1-2 kali ramai la orang tengok.
Masuk kali ketiga dah kena bantai dengan Kak Pora.

Penyanyi.
Kurus, cantik, seksi.
Suara ke laut macam budak AF.
Amacam, boleh?

Executive.
Kurus, pakai suit harga ratus-ratus, beg tangan ribu-ribu.
Buat presentation gagap.
Buat sales hancur.
Boleh pakai?

Budak pergi interview.
Aga gaya, result exam pun ok, resume cun.
Tapi bila bercakap bek bek bek bek bek.
Nextttttttttttttttttt!


Halo?!
Banyak lagi benda kat dalam dunia ni yang kau kena concernkan selain dari menjadi kurus.

Yang kita cari : Kurus berdasarkan BMI.
Bukan kurus skinny sampai bijik mata terjojol keluar.

Kalau kau kira BMI kau slightly overweight, then do something.
Tapi kalau BMI kau dah standard, ape yang kau glabah? Maintain je la sudah. Yang kau pun sama naik nak bungkus badan kau, tahan lapar, togok air peng-kurus badan segala pehal.

Kita yang menggelabah nak kurus ni sebenarnya bukan nak kurus sangat pun.
Tapi lebih kepada nak orang puji kita kurus.
Selagi takde orang tegur 'Ehhhh, kurus lah kau!!', selagi tu kita tak puas hati.
Jangan sampai one day orang tegur 'Kesian dia, akhirnya mati sebab nak kurus'.


One more thing, konsep berkurus-kurusan ni akan menjadi sangat effective kalau kau dalam kategori overweight. Sebab badan kau ada excess lelemak dan babat.
Lebih mudah nak burn lemak yang tak diperlukan badan.

Kalau kau kategori sedap-sedap badan, proses nak jadi kurus tu adelah lembab sebab BMI kau dah memang standard. Lemak-lemak yang ada dalam badan kau tu adelah lemak yang diperlukan oleh badan. Kau ingat badan kita tak perlu lemak at all??
That's why ada certain orang bila makan produk lansing ni, result dia tak nampak sangat, kalau ada pun takat turun 1-2 kilo. Worth it ke?

Takat 1-2 kilo nak kurus tu, kau puasa je la.

Jangan senang sangat nak terpedaya dengan 'Aku makan ni sebulan turun 5 kilo!'

Kau tanya orang yang makan tu, dulu berat badan dia berapa.
Takde de kau dapat orang yang tinggi 150cm with berat badan 52kg akan turun 5 kg dalam masa sebulan. Sebab berat asal dia dah memang normal.

Aku bukan nak carik pasal dengan mana-mana MLMers or pengeluar produk slimming. You do your part, I do my part. Aku just share pendapat aku. Cuma aku meluat tengok advertisement or tagline yang tak agak-agak like :

EAT ALL YOU CAN!
NO EXERCISE NEEDED!
SLEEP ALL DAY ALSO YOU CAN SLIM!
NO PILLS AND SURGERY NEEDED!
EAT EAT EAT AND STAY SLIM!

Agak-agak la sikit....


Aku ni takde la bijak mana pun.
But ni yang aku blaja masa ambik course Food dulu.

Kebanyakkan orang konfius dengan "kurangkan berat" and "kurangkan lemak".

Pernah tak korang rasa 'Eh, makin aku exercise, makin gemuk pulak'.
'Makin aku tak makan nasik, makin gemuk pulak'.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Contohnya kau jogging.
Kau hari-hari jogging.
Ada ketikanya kau set ok today nak jogging 2 km. Esok aku nak 5km. Lusa 8km pulak.

Tapi kau tak sedar bila kau berjogging terlalu banyak (melebihi kemampuan sebenar atau dalam ertikata lain kau dah tak larat tapi kau paksa sebab nak kurus cepat), kau sebenarnya dah mencapai tahap pembakaran lemak yang sepatutnya. Bila kau dah mencapai puncak pembakaran lemak, tapi kau paksa lagi badan kau berjogging, akhirnya bukan lemak dah yang dibakar, tapi otot kau yang 'terbakar'.
So now, badan kau start untuk burning muscle instead of burning fat.
Otot kau akan mengecil, tapi badan kau tetap simpan lemak.
Sebab tu kita digalakkan bersenam hari-hari, kuantiti sikit takpe, janji berterusan.

Lagi satu kes nak berdiet, so taknak makan protein. Nak makan sayur je.
Tapi kau sebenarnya tak sedar yang kau tak cukup protein untuk bina and maintain otot kau. Bila badan kau recognize yang kau sebenarnya dah kurus (sebab otot mengecil dek tak cukup protein), dia stop aktiviti pembakaran. Jadi, lemak kau still ada tak sempat dibakar.

Sebab tu ada kes skinny fat.
Dia kurus tapi perut buncit.
Sebabnya, dia kurus kerana otot dia yang mengecut, bukan lemak yang hilang.
Pastu kau beria-ia la makan segala macam tok nenek pil padahal konsep dia kau tak paham.

Kalau kau perasan, orang yang ke gym, lebih cepat slim and mantap body dia banding dengan 'berdiet berdasarkan protocol pada belakang kotak' sebab trainer kat gym tau apa yang patut untuk bagi badan kau cantik.



less than 18.5 you may be underweight
from 18.5 to 24.9 you are at a good weight
from 25 to 29.9 you are overweight
30 or higher you are obese

Check sendiri if kau gemuk ke tak.

Jangan nak menggelabah beli produk tu produk ni without faham badan sendiri.

Kalau ada yang concern sangat dengan saiz pinggang, selagi tak nampak lekuk makan kerengga selagi tu memekak nak kurus nak kurus nak kurus. Baca ni :

Women
1. Waist size over 80cm (32 inches) indicates an increased risk to health
2. Waist size over 88cm (35 inches) indicates a substantial risk to health.

Men
1. Waist size over 94 cm (37 inches) indicates an increased risk to health
2. Waist size over 102 cm (40 inches) indicates a substantial risk to health.









p/s : no offense, just my 2 cents.