2011-09-07

Marilah join aku, kita sama-sama tengok ada perubahan ke tak.


After a while guna "Olay" aku rasa kulit aku makin ok.

I mean, product yang aku pakai dulu pun sangat ok tapi itu lain.
Product tu memang patut ok sebab harga dia pun sangatttttt la 'OK'. Kalau tak berkesan kat muka aku, tak tau la nak cakap kan.

But this "Olay" selalunya orang labelkan sebagai produk farmasi.
Stok-stok dapat kat Guardian ngan Watson katanya. Tak ramai yang yakin dengan keberkesanannya. So, aku rasa korang perlukan user-user yang macam aku, yang boleh try the product and bagi feedback untuk create awareness pada public.
Aku rasa dulu aku penah sekali kot pakai Olay, time matrik. Masa tu aku beli day cream je. Tu pun kemut-kemut duit scholar MARA. Padahal tahun 1995 berapa sangat la kalau takat "Olay" tu kan. Maybe Olay ni dulu-dulu murah, pastu ko boleh dapat kat farmasi, jadi orang macam dah bagi cop kat "Olay" ni yang this product ni takat student boleh la beli. Now ko dah keje, gaji lima angka sebulan haruslah pakai brand kat kaunter. Disebabkan mindset yang sebegitu, orang yang dah bekerja khususnya dah kurang aware pasal "Olay" now dah re-branding. Kalau korang perasan, product "Olay" ni kalau kat Giant contohnya, dia akan letakkan kat dalam ruang berkaca dan berkunci. Kalau ko nak beli, ko kena panggil salesgirl bukakkan. Dari situ lagi dah nampak yang "Olay" skarang dah bukan macam "Olay" dulu lagi. The packaging, the components, the quality secara keseluruhannya dah lain.

Frankly, awal dulu aku takut nak try trial pack "Olay" ni. Sebab muka akak takde la lawa mana pun. Akak berusaha keras dik nak bagi lechen kulit muka. Tu je la impian akak skarang. Nak bagi kulit bebas dari jerawat dan jeragat. Cukup. Nak bagi kulit cerah tak dapek dah. 15 tahun pakai krim pemutih semuanya menuju ke jalan kegelapan. Now dah tua-tua dah tak kosser aku nak pikir kulit aku kaler apa, yang penting kulit muka mesti clear!

So after a few weeks guna "Olay", alhamdulillah aku nampak kesan dia. Secara jujurnya, kulit muka aku sebelum pakai "Olay" pun tak banyak masalah sangat. Aku punya fokus memang nak kurangkan garis kedutan especially kat tepi mata ni. Sebab aku ingat lagi reason aku beli gel mata from other brand dulu sebab sales kat kaunter tu cakap mata aku dah ada fine lines. Tanjat boboi tau sales tu cakap macam tu. Terus beli.
Tapi aku jarang pakai sebab gel krim tu oily and greasy. Bila letak kat mata, pastu aku apply eye liner, lama-lama dia smudge. Kalau smudge jadi smoky eyes takpela jugak. Ni dah jadi herot-berot eye liner aku. Kang orang kata aku parkinson lak, apply eyeliner pun menggigil-gigil.

Aku ni pulak penyakitnya, hanya akan guna benda yang basic je.
Bagi aku, everyday aku kena cuci muka, apply cream day and nite. Cukup.
Aku beli eye gel tu pun penyudahnya parking dalam lemari tak guna-guna.
Lotion badan? Lagi laaaaaaaa haram aku nak apply.
Bila "Olay Regenerist" janjikan kulit lebih tegang tanpa facelift* and boleh kurangkan kedutan, why not try kan? Mana tau serasi ngan kulit aku, tak ke jimat namanya? At least takyah la aku beli eye gel tu.
Ni gamba before guna "Olay", without mekap.
Memang jelas lagi nyata nampak kedut kat mata aku kan?
Betul, umur meningkat, kolagen pada kulit pun berkurangan hence the kedutan. Tapi mesti ada jalan penyelesaian kan? Of cos ko takleh elak diri dari jadi tua. Tapi biarlah jangan kelihatan tua sebelum waktu.


Ini pulak Filla, also without mekap before guna Olay.

Filla pulak ada masalah jerawat kat muka. Kalau korang ada masalah yang sama, aku rasa Filla and aku adelah contoh terbaik untuk membuktikan if "Olay" benar-benar membantu. After 3 weeks lagi, kita sama-sama tengok if muka kitorang lagi better dari sebelum guna "Olay" ni.


Ini aku setelah penggunaan 2 minggu.
Aku ni kalau takde appointment mana-mana memang aku akan masuk ofis dengan muka macam nak pegi Pasar Tani. Malas nak apply mekap. Paling-paling pun aku letak eyeliner je biar jangan nampak selebet maut sangat. Alhadulillah, kesan paling nyata aku boleh rasa kan, bila aku senyum, area tulang pipi aku macam tegang sikit.

Tapi effect paling best sangat, everytime lepas cuci muka.
Sekarang, lepas cuci muka je aku mesti suruh En Wan rasa pipi aku. Of cos dia lebih tau kulit muka aku macamana selama 10 tahun ni. So dia boleh spot the difference. En Wan pun kata kulit aku licin selembut bontot Rayyan. Kau ada kulit muka macam bontot baby? Halussss je muka aku cam kulit bontot Rayyan okkk. Tang halus je la yang sama. Tak kaler gagal.

Nanti esok-esok aku snap kan muka aku berselebelahan bontot Rayyan. Skarang tak dapat, Rayyan dah tido. Lagipun kulit muka aku skarang belum mencecah piawai yang ditetapkan. Belum betul-betul segandingan dengan kulit bontot baby. Kalah aku nanti.


Keje, keje gak.
Gossip jangan miss.
Disebabkan kita perlu menambah pengetahuan am kita, maka aktiviti-aktiviti senggang seperti get together begini adelah mesti tak boleh tak ada. Barulah sel-sel otak berhubung!


Semalam.

Hmmm...better (eh perasan gila, sendiri apply sendiri punji. Tuiiiii)
Tapi belum sampai ke result yang aku aim. Bawah mata masih ada kedut.
Takpe, masih ada 3 minggu.

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.


* results not equal to cosmetic procedure


Ada 3 orang reader blog ni yang dah pun beli "Regenerist" and sorang daripadanya dah guna for almost 2 weeks and bagi feedback yang memang ada perubahan kat muka dia. Dia cakap, kesan paling utama, kulit lagi licin. Keduanya, dia pun perasan kulit pipi dia makin tegang. Haaaaa, kan? Kan? Aku dah cakap kan?

So kalau korang plan nak guna "Regenerist", aku suggest before guna, snap muka dulu, 5 angle. Bahagian depan, pipi kiri kanan and angle dari tepi jaw kiri kanan (sebab nak fokuskan kat jaw line and leher). Pastu lepas a week guna, snap balik bahagian-bahagian tu and comparekan. Kalau korang don't mind, bak sini aku gamba-gamba tu and aku akan letak kat next entry. Amacam?


Olay Malaysia
Promote Your Page Too