2011-08-28

Shopping raya sambil diperhatikan...

Siapa ingat lagi TVC Olay yang kata Olay mampu menandingi cream harga ribu-ribu?
Masa aku tengok iklan tu aku macam 'Weii ada ke cream ribu-ribu dowhhh?? Tak agak-agak nak promote!'. Lepas aku try Olay Regenerist aku rasa macam nevermind the super expensive cream. Olay has proven to me yang ia adelah seperti apa yang diiklankan. Series tak tipu! Ni bukan entry meng-up-up kan Olay hanya kerana dia bagi aku free product tapi sebab aku dah guna and aku nampak kesan dia in only 1 week.


Aku pernah pakai skin firm produk dari brand lain before ni. Tapi after a while guna, aku tak nampak sangat kesan dia pada muka aku. That's why aku tukar balik ke product sekarang which is whitening product (pun tak white white gak) sebab aku tak nampak tang mana yang firm-nya.

But this Regenerist range, really nampakkan hasil.

Yang paling penting, hasil tu ko boleh nampak dalam masa seminggu.
Aku tau susah untuk orang yang brand-conscious percaya apa aku cakap ni, especially those yang dah ada this perception yang Olay ni hanya pharmacy product. Aku pun dulu tak caya, but...hmmmmm :) *smile*



Olay Regenerist ni objektif utama dia adelah to fight ageing without a facelift*. Takyah nak susah-susah gi skin care yang merepek-meraban buat perabih boreh je tapi muka kau kejung macam tu jugak. Kalaupun berjaya mencantikkan muka, cuba cerita sikit berapa kau berabis?? Tu belum lagi MLM group claim dorang ada cream and pil-pil musibat apa ntah yang boleh bagi kau muda 30 tahun dari usia asal. Harga-wise hanyalah RM1K++. Pebenda bai??

Kalau korang google pasal segala macam ingredients pada kebanyakkan kosmetik products, korang akan noticed most of them are using the same chemicals, kalau ada beza pun satu dua tapi kebanyakkannya guna bahan asas yang sama.

Tapi Regenerist ni ada satu komponen yang dinamanakan "Aminopeptide Complex", in fact memang dalam setiap Olay ads, memang komponen ni la yang paling ditekankan sebagai the most effective agen dalam Regenerist. Aminopeptide Complex ni regenerates kulit kita dari peringkat cell**. Agen ni lah berikan hasil tegang pada kulit*, mengurangkan fine lines and kedutan pada wajah**.

Filla pun cakap muka dia ok sikit lepas pakai Regenerist, especially serum dia.
Kebetulan nak jadikkan cerita, serum aku pun dah habis. Malas la aku nak gi beli, alang-alang dah ada serum Regenerist ni, aku pun blasah la pakai. Serum "Olay" ni, tak greasy. Tak macam serum aku dulu (you know apa brand aku pakai before ni). Serum dulu tu a bit greasy, everytime aku nak apply aku mesti hadap muka aku ke aircond nak bagi dia cepat meresap. But serum "Regenerist" ni sikit tak oily. Sangattttttttttt la tak sabar nak see the difference lepas 6 minggu nanti :).

Memandangkan ini adelah Olay SkinBreakthrough Callenge, takkan kau buat nak apply cream pastu memerap dalam rumah tak keluar-keluar kan? Tak aci la macam tu. Mana challengenya ye dak?

So, for this challenge, kitorang kena keluar berpanas, bersejuk, berpanas, berpenat dan segala-galanya dilalui untuk membuktikan, selepas 6 minggu pengunaan, despite segala macam aktiviti indoor and outdoor, kitorang tetap bertaraf 'kelasssssssss kau maria!'.

Anyone nak suggest apa aktiviti yang sesuai untuk kitorang?
Suruh la aku buat apa benda pun but tolong jangan ada aktiviti memanjat, bersenggayut or berendam. Yang lain wa takde hallllll.

Hari tu aku pass cookies kat Filla. Tapi tak best la set nak jumpa kat ofis or rumah. Haruslah jauh sikit. Lagi afdal jauh dari pandangan mata suami masing-masing. Kalau ke tempt yang takde coverage telefon lagi bagus, aman sikit aku nak bershoppinggggggggggggggggg!!!

Filla sibuk nak carik kain ela buat baju raya anak dia. Tahun ni member kaler shocking pink. Aku pun gatal sama la nak carik baju walaupun aku tau mati la jawabnya kalau shopping tanpa En Wan. Kebetulan hari yang kitorang nak gi carik kain tu, team Olay call. Dia kata nak datang shoot aktiviti aku today. Oh cantikkk la. Aku memang nak jumpa Filla pun hari tu. So aku cakap kat Olay team, kitorang nak gi shopping ni. Kalau rasa-rasa shopping tu masuk dalam kategori challenging silakan la shoot.

Eh challenging ok aktiviti kitorang ni.
Dah la nak pegi sana kena redah jam. Dah sampai kena parking kat luar (abis tu nak parking dalam kedai??) kena menapak tengah-tengah panas segala. Pastu nak pening-pening kepala pilih baju. Kedai kalau 7 tapak aku je dah habis round takpe gak. Ni ground floor je dah hazab aku nak pusing. Tingkat atas lagi. Pastu dengan pegang kain ni tak ok, pegang kain tu tak cantik. Pastu dah bekenan kat kain ni tetiba Nampak lak kain kat sana. Oh dem. Muka dah berlengas-lengas, mekap ngan peluh dah jadi satu.

Seawal 7 pagi kitorang dah keluar ke Gulatis Wangsa Maju.
Si kedai ni pun belum bukak lagi. Over kan kitorang? Ada aku kesah?

Bukan apa, kita kena punctual dalam segala hal. Kena gi pagi-pagi so that boleh balik awal ke rumah macam biasa tanpa dapat dikesan oleh para suami yang sebenarnya kitorang bershopping. Tau-tau je nanti ‘Eh? Baju raya abang dah siap?’
Ha, magik tak? Magik tak?

Disebabkan kedai pun tutup lagi, aku ngan Filla pekena mamak kat NZ. Tengah-tengah pekena roti tulur, production team call kata dorang dah sampai. Walaupun kitorang dah sedia bermekap, tapi perlu la jugak ditouchup sikit lebih kurang.



Filla dan makeup artist


Baik gila production team yang datang that day, siap bawak makanan lagi. Walaupun aku tau tu food untuk team dorang je tapi kitorang tumpang gak la sekaki. Mamak takde sandwich. Lori ni ada sandwich.


Tak lekang dengan henfon. Bajet artis la sangattttttttt.


Berjalan menuju kedai kain. Sebelum serang kedai, haruslah bergamba dulu. Kata blogger. Tak camwhore bukan blogger namanya.

Cuaca that day memang baik. Panas berdenting! Macam member sokongan terhadap kitorang yang nak bershopping ni. Tapi tu la, parking pulak takde. Menapak aku ngan Filla jalan masuk kedai. Team Olay memang suka sangatla cuaca macam ni. Barulah ‘challenge’ namanya berjalan tengah panas kan. Walaupun panas terik, tapi memang cuaca ni la yang kitorang perlukan. Kata challenge.

Masa Olay tanya aku nak shoot tu, dorang cakap since ni nak masuk TV, takut baju kitorang tak sesuai. Tapi aku ngan Filla dengan konfidennya cakap baju kitorang sesuai. Malas la nak tukar-tukar baju ni.

Diva sangat la kau kan? Belum apa-apa nak kekwat. Lempang nak?
Cuaca that day memang baik.
Memang seperti apa yang kitorang harapkan - PANAS BERDENTING!
Walaupun panas terik, tapi memang cuaca ni la yang kitorang perlukan for this challenge. Nak harap aku sesaje berdiri tengah panas memang takde la kan. Kalau boleh, nak jemur baju pun aku nak berpayung.


Yang kat tepi tu abang production. Dia ikut je mana kitorang pegi. Tapi kitorang buat macam dia tu takde je. Sebab dorang punya objektif adelah nak men-shoot aktiviti kitorang. Kitorang punya objektif pulak adelah nak shopping. Jadi, objek yang harus difokuskan adelah kain. Bukan abang itu. Jadi cik abang, sila bawak diri.
Abang ni baik. Dia la yang banyak jaga kitorang, check pakaian kitorang, tunjuk cara duduk masa kat studio dulu, explain yang kitorang kena sabar kalau Director marah. Hahahah. Kitorang no hal bang. Kitorang memang hati batu. Takat nak buat muka takde efek kena tengking tu orait je.


Walaupun panas, senyum tetappppppppp! Padahal kat dalam baju dah berlendir.


Aku ngan Filla memang tak Nampak orang lain dah melainkan aci kat pintu kedai ni je. Ko nak shoot ke, nak apa ke, sukati. Aku ada misi nak selesaikan ni.


Pompuan ni ada penyakit tau. Penyakit suka duduk bawah aircond depan pintu. Asal masuk kedai mana-mana je, mesti diri jap depan pintu kedai sejukkan kepala.

Belum masuk kedai tapi dah pikir kedai mana lagi nak pegi lepas ni.


Filla pening pilih kain.


Baju oren ni aku beli long before aku pakai tudung. Dulu aku pakai of cos la tanpa inner and tali kat pinggang tu aku akan ikat sampai habis. Selagi tak nampak shape tak sah. Now aku pakai longgar-longgar macam ni dah macam baju mengandung pulak.


Series wehhhhh, migraine aku ngan Filla kat dalam Gulatis ni. Gila banyakkkkkkkk pilihan.



Aku kan suka gila ngan baju yang aku pegang tu tapi yang kaler hijau green apple punya. Sampai skarang aku terbayang-bayang lagi baju hijau tu. Sebab cantikkkkkkk! Filla mati-mati suruh aku beli pink tahun ni sebab dia kata aku asik hijau hijau hijau.

Dan akhirnya....aku tetap pilih ijo raya tahun ni.

Baju yang Filla pegang tu pun cantik. Tapi last-last dua-dua tak beli.


Ok yang ni memang ciri-ciri yang perlu ada pada mana-mana blogger. Gedik.


Balik-balik kitorang round tempat yang sama gak sebab baju kat area tu memang kitorang dah berkenan dah tapi tu la kan, mata keranjang. Eh, rambang mata. Semua baju aku nak belek, semua kain aku nak kirai. Last-lasttttttttttttttt.................



Beli gak, tapi bukan baju yang kitorang pegang tu.

Masa kat kaunter ni ada scene best. (Filla, kai ingat lagi tak?)
Aku ni concentrate kat akak kaunter tu. Aku perasan si Filla ni dok sigung-sigung lengan aku. Tapi aku ingat dia terlanggar. Rupanya ada la pakcik sorang ni. Belagak tak boleh bla. Agaknya dia nampak production team follow je mana kitorang pegi, so dia ingat kitorang ni model or artis drama spectra mana ntah yang sesaje shoot beli baju raya padahal tak beli apa-apa pun. So pakcik ni sound akak kaunter tu suruh utamakan dia dulu ‘I customer ok? You kena attend I dulu’.
Plissssssssssss pakcik!

Pakcik beli kain 4 meter je ok. Nampak tak beg plastic saya kiri kanan ni? Ni kain yang saya tengah nak bayar ni tak muat nak pegang kat tangan ok, Pakcik. Jap lagi kain-kain ni semua saya junjung atas kepala punya lah banyaknya kain saya borong!!


Takde keje.



Take 5 jap.
Aku dah tak larat nak senyum. Penat round kedai.

Balik rumah hari tu memang flatttttt.
Aku memang tak larat nak buat apa la. But, tetap gagahkan diri applykan cream before tido sebab nak make sure kesan pada kulit lepas dah guna Olay seminggu tu tetap beterusan and lebih baik after 6 weeks nanti. Sayang la kalau kau dah nampak perbezaan pada muka kau lepas seminggu pastu kau dah puas hati and taknak applykan. Even dah nampak the difference dalam seminggu, but since Olay recommend kau guna sampai 6 weeks untuk dapat kesan yang jauh lagi baik, so mesti ada sebab kenapa 6 weeks kan?

Ini micro-sculpting cream yang dipakai waktu malam sahaja.

Tekstur dia a bit pekat dari ussual cream yang aku pernah guna, tapi tak melekit. Pastu dia absorb cepat so aku dah takyah hadapkan muka aku kat aircond bila apply. Tapi dia ada strong fragrance. Untuk aku yang dah biasa guna cream tanpa bau, so bila first time guna cream, Olay ni rasa pening sikit. Lama-lama dah ok. Dah biasa.

Until today, aku dapat rasa yang skin aku more taut and wrinkles kat tepi mata tu dah kurang sikit. But the most important thing, tekstur kulit aku tegang dari dulu.


Tanpa secalit cream dan make up (malam tadi)


Gamba with make up (petang semalam)

See???

Silapnya, aku takde close-up pic kulit aku yang dulu, tapi cukupla ini sebagai record how far Olay Regenerist bertindak pada kulit aku. (yang bijik kat pipi tu bukan jerawat mahupun jeragat ye, itu adelah agen pemanis wajah - taik lalat).

Wrinkle kat tepi mata dah kurang, now aku aim kat bawah mata pulak. Ada improvement sok, aku tepek gamba kat sini.


* result tidak sama dengan facelift
** di peringkat epidermis sahaja




Olay Malaysia
Promote Your Page Too