2011-08-17

Kembalikan ketegangan dalam masa empat hari!!*

Advertorial : Please scroll down for latest updates


Segalanya berlaku dengan sangat pantas.
Macam, zup zap zup zap...done!
Tapi aku suka le keje macam ni sebab semuanya dibuat dengan cepat, so aku takde masa nak melanguk tak tentu pasal.

Macam “Olay SkinBreakthrough Challenge” yang aku advertise hari tu.
Semuanya dah settle, sekejapan.

Semua gamba-gamba yang korang hantar kat aku, berserta jawapan dah disubmit kat team Olay and dorang dah select sorang reader (yang juga adelah blogger) untuk join the challenge adelahhhhhhhh (drum roll seminit)......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
....yang memegang tagline AUWWWWWWWWW!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kerana gamba yang sangat hot inilah maka beliau melangkah ke peringkat seterusnya dengan jayanya!

Nama aunty ni, Fadilla. Nama pena adelah Fillanie. Korang boleh panggil dia Filla.
Aku panggil dia Beb. Kadang-kadang Hoi.

Masa aku inform Filla yang dia terpilih, hari dah malam dah nak pukul 10pm. Esoknya dah nak kena buat skin test. Menggagau member mintak permission laki. Seb baik laki dia sporting.
Esoknya, kena buat skin test.
Face to face consultation with the skin expert from “Olay”, Ms Aishah from Singapore.
Ms Aishah ni sangat-sangat I-am-what-I-produce. Kulit dia cantik!!

Kan kalau kita tengok iklan ubat gigi ke, shampoo ke, ada scene dokter buat analisis kan?
Dulu aku ingat tu scene tipu.
Rupanya tak. Sebab this Ms Aishah memang salah seorang researcher from “Olay” Singapore yang really play with the chemicals untuk produce “Olay” products!
Kagum gila aku berdepan dengan orang yang sama-sama cipta product “Olay”.
Kagum satu hal, satu hal lagi, masa ni la kitorang boleh tanya macam-macam pasal own skin. Bila lagi nak dapat peluang macam ni? Kalau nak harap aku jumpa consultant sendiri, malam la jawabnya.

Actually untuk “Olay SkinBreakthrough Challenge” ni ada 4 blogger di-select oleh team "Olay" :
1. Aku
2. Tammy
3. Cindy
4. Ming

Dan empat-empat blogger ni kena bawak satu reader (melalui contest yang di-advertised earlier). Team aku and Tammy kena test “Olay Regenerist” sebab umur kitorang range 31-36. Yang the rest team muda-mudi so test “Olay White Radiance”.

Kitorang diarahkan untuk TIDAK BERMEKAP masa datang ke studio.
Sebab Olay memang betul-betul nak ambik skin record. So no secubit cream or powder. Kalau kau pakai jugak, kau kena basuh.

Masa kitorang dapat tau tak boleh apply anything on face, masing-masing dah terbayangkan kehancuran muka sendiri. Muka aku ni jenis berlengas satu hal, si Filla pulak time ni la muka dia nak tumbuh pimples segala dia kata. Itu skin issues yang biasa didengar. Takpe lagi. Masalahnya skarang, kitorang ni menuju senja, haruslah muka pun dah nampak sikit fine lines and wrinkles kat bawah mata tu. Lagi la aku rasa nak pakai niqab pagi tu kan.

Atas sebab itulah team kitorang diberi tugasan untuk guna “Olay Regenerist”. “Regenerist” ni memang fungsi dia untuk menegangkan kulit and mengurangkan kedutan*.
Without mekap.

Masa tunggu si Filla ni sampai.
"Olay" mintak kitorang bawak maroon/red (sebab botol Regenerist kaler merah and hitam). Tapi nampak tak aku bawak jugak kaler putih kan? Dasar tak paham arahan.


Sampai kat studio, team “Olay” bagi sikit lebih kurang arahan apa nak dibuat pagi tu.


And production team pun dah bersedia nak shoot skin test scene.


Test kaler merah baju aku nampak cantik ke tak dalam TV.
Baju orang lain semua body shape, aku je bawak baju macam nak masuk The Biggest Loser.


Disebabkan “Olay” ni adelah produk kosmetik wajah, jadi team “Olay” mintak aku gantikan anak tudung awning aku kepada anak tudung penyek, biar nak bagi nampak jelas struktur muka.

Kannnnnnn?????

Muka aku dah la kemek okkk.
Bila pakai tudung penyek lagi laaaaaaaaaa.

Tapi, bak kata pepatah.
Masuk kandang rimau mengaum ye anak-anak, jangan mengembek. Nanti kau mati kering kat dalam tu.
Jadi, jangan menyusahkan, kita senangkan keje dorang.
Dorang mintak ganti anak tudung, silakan. Aku takde hal.
Walaupun pastu aku takut nak tengok muka sendiri.


Makeup artist tengah pakaikan tudung.


......siap ada riben kat tengkuk youuuu.


Betul-betulkan tudung and rambut before shoot for skin test scene. Fila tension ngan rambut, aku tension ngan tudung. Pastu masing-masing tengok sesama sendiri, gelak. Ok, hilang stress.


Rolling......actionnn!!!

Kitorang group yang kedua buat skin check ni. Group first, Tammy and her reader.
Walaupun aku and Filla satu team, tapi skintest buat sorang-sorang.
Ni bukan sekadar lakonan ye.
Memang dia check skin betul-betul.
Masa dia shoot tu, Ms Aishah memang ambik data skin aku. And the Director dah cakap, tanya je la apa nak tanya kat Ms Aishah masa dorang shoot tu sebab dalam scene ni memang diorang perlukan gambaran aku sedang berinteraksi.

Ohhhhh, memang aku berinteraksi betul-betul la.
Sape nak panggil aku berlakon takyah risau skrip. Aku anytime boleh keluarkan skrip sendiri, konfem! (tima kasih la En Hamzah Tahir sebab belasah bontot aku time class Basic Acting dulu)

Memang aku ambik peluang ni tanya macam-macam kat Ms Aishah pasal kulit aku. Bila lagi nak dapat peluang macam ni baiiii. Ada a few probe dia guna untuk check skin ni. Ambik masa jugak la sebab dia nak simpan data lagi. This data yang akan dibuat perbandingan untuk 6 minggu akan datang. Data ni yang akan membuktikan perubahan kulit aku lepas guna Regenerist after 6 weeks. Tak sabar nak tengok result!

Before aku join the challenge, “Olay” ada tanya apa occasion yang aku akan attend selepas 6 minggu dari sekarang. So aku cakap, 6 minggu dari sekarang still bulan raya, so of course open house!! Jadiiiiiii, “Olay” akan bantu aku (and Filla) nampak lebih muda raya nanti :).

“Olay” akan bantu kitorang kurangkan kedutan dan garis-garis halus pada muka dengan cara menjana semula kulit di peringkat sel**. In other words, kulit jadi lebih firm tanpa perlukan facelift*.

How?

Dengan menggunakan “Olay Regenerist” selama 6 minggu!


Ms Aishah tengah recordkan data kulit perempuan tembun itu.
(series aku macam makcik-makcik la pakai baju ni!)


Ni sape la yang parkinson time ambik gamba aku ni. Aku tau sangat la sape punya keje ni.


Pompuan ni kan, asal turn dia lama sikit je depan kamera mesti kuar statement 'Weyy, tangan aku dah sejuk ni oiiiii'.


Lepas settle skin test, kitorang kena buat scene yang dinamakan "WE AREA READY!!".
Ok, aku nak tergelak bila type 'we are ready' tu.
Teringat macamana menggelabahnya aku ngan Filla kena prepare skrip nak cakap depa kamera. Actually takde la cakap panjang mana pun tapi biasa la kan, selama ni akak cuma camwhore kat blog je dik, sekali kena beraksi depan bapak besar punya kamera, mau tak mencungap.

Padahal nak cakap We are Ready je pun tapi take sampai 7 kali.


Masa ni tengah discuss apa nak cakap depan kamera


Muka serius yang sangat over dari aku.
Takut ooooo, kang Director marah



Lepas selesai bab bercakap depan kamera tu, dorang buat sessi bergambar untuk paper advertisement pulak. Yang ni kalau nak ikutkan lagi kitorang kayu sebab dia suruh kita pose apa saje sebab dia nam ambik gamba candid.

I tak pernah candid-candid tau bang.
I selalu aim cun-cun baru snap.
Kalau tak muka I jadi makcik karipap.

Tapi masa tu dah nak senja, aku ngan Filla memang aim nak balik cepat.
Terus kitorang belasah la buat apa aje.


Orang kat situ tanya 'Korang memang kawan rapat ke?'.

Errr....baru hari tu la jumpa kak.
Ni la bestnya about blog. Kita jadi tak kekok bila jumpa sebab kita baca cerita masing-masing, dah macam hari-hari berjumpa.



Lepas sesi skin test, “Olay” serahkan produk “Regenerist” pada kitorang untuk kitorang guna terus sehingga 6 minggu.

Memang produk ni dah ada dalam market lama dah.
Tapi reason dia buat challenge ni adelah untuk create awareness tentang “Olay Regenerist”. “Olay” bukan sekadar pharmarcy product. Product Olay sekarang dah masuk level premium tapi ramai orang tak sedar. Sebab tu kami (blogger + reader yang terpilih) akan cuba buktikan bahawa produk “Olay”, be it “Regenerist” or “White Radiance” juga mampu buat perubahan yang lebih baik pada wajah.

Range “Regenerist” yang kitorang dapat are :

1. Regenerist Micro-sculpting serum - best seller. Tanpa serum, pemakaian tak complete ye.

2. Regenerist Micro-sculpting cream - cream malam yang bagi extra lembapan pada wajah, mengandungi aminopeptide kompleks (amino peptide kompleks terdiri dari amino peptides, vitamin b3, vitamin e, vitamin b5, green tea extract dan alantoin) yang merupakan agen untuk bagi skin lagi firm tanpa perlu buat rawatan facelift*.

3. Regenerist Superstructure cream SPF30 - cream siang with UV block SPF 30.

4. Regenerist cream cleanser - pencuci muka.


Cara guna dia simple je :


Done!!

Apakata korang beli produk ni now and join us the challenge, sehingga 6 minggu.
Kita sama-sama update the progress kat blog, nak tak?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Are you ready for the challenge?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

WE ARE READY!!



* Hasil kajian berdasarkan Micro-Sculpting Cream berbanding tiada rawatan oleh P&G US pada bulan Mei 2006 di kalangan 21 orang wanita

* Results not equal to cosmetic procedure

** Merujuk kepada lapisan epidermis.




p/s : 1st episod iklan dah on air 15th August lepas.

Olay Malaysia
Promote Your Page Too