2011-07-05

Jangan lah kata aku extremist



Sedih gila bila kawan aku bagitau, another friend dok berYM pasal aku yang katanya SANGAT EXTREME bila berhijrah (hijab).

Aku pun tak faham tang mana yang extremenya.
Mungkin selama ni aku selalu pakai baju tak cukup kain, skirt sependek-pendek yang ada, dah la skirt pendek, siap terbelah lagi sampai peha.
So, kalau dulu aku adelah orang yang berpakaian macam tu, forever aku macam tu la?

Bila aku macam tu, orang cakap dah tua pun nak seksi, kebal akhirat la, laki masuk neraka la. Bila aku berhijab, macam ni la pulak aku dapat.

Aku tau kawan aku tu terperanjat dengan penampilan aku now. Tapi janganlah comparekan aku now dengan dulu. Memang kau akan rasa aku extreme gila. But to those yang bertudung dorang akan nampak aku biasa je. Cuma aku je dulu yang 'luar biasa' sangat.

Baru-baru ni aku lunch dengan kawan aku tu.
First, dia memang tak tau aku dah bertudung. So bila nampak aku tu memang dia senyap sepi kejap. Dia tengok aku atas sampai bawah pastu tenung mata aku macam mintak penjelasan apa dah jadik dengan kauuuuuuuuuuuu????

Tapi dia tak tanya apa-apa, cuma masa makan tu aku dengan dia dah tak macam dulu. I mean dia yang tak macam dulu dah.

Kemon laaa, appearance aku je berubah. Yang lain semua still sama. Aku cuma ada kekuatan untuk ubah luaran aku je dulu buat masa sekarang, dalaman, aku masih lagi macam dulu. Aku still gelak terbahak-bahak, bergossip masih lagi on, kadang-kadang beg aku terjatuh aku melatah 'op pantek'. Tapi pastu 'astaghfirullahhhhhhh'. (kira ada peningkatan la sikit skarang dah beristighfar kan. Bila nak berubah yang satu ni aku tak tau la).

Masa lunch tu, aku try jugak 'meriuhkan' suasana yang macam melawat orang mati, tapi gagal. Samada aku buat lawak bangang ataupun penampilan aku now memang buatkan kawan aku tak selesa.

Masa tengah lepak-lepak lepas makan, akhirnya diorang bukak mulut.

Aku takde hal kau nak cakap apa pun, bagi aku itu lebih baik dari ko buat aku macam terbangang-bangang sorang-sorang, tapi kau dua orang asiklah pandang mata sesama sendiri macam bagi hint 'Kau la tanya....eh apa lak aku...kau la'.

Dorang kata firstly, dorang sangat sangat terperanjat bila aku bertudung.
Ok, fine.
Bukan kau je terperanjat.
Laki aku pun terperanjat bila dia ajak keluar, alih-alih aku turun bawah dengan berkelubung. Terpisat-pisat kejap En Wan tengok aku.

Second, dia kata dah la aku bertudung, cara aku berpakaian totally bukan Diana anymore.
Bagi dorang, Diana tu yang always pakai skirt atas dari lutut, baju kalau see thru lagi bagus, rambut kaler dan suka menayangkan tali bra.

Well, itu kerana kau kenal Diana semasa Diana dengan cara yang begitu.
Kalau kau kenal aku dengan penampilan aku sekarang, mesti isu ni tak wujud.

Dorang cakap, aku not only bertudung, but aku siap pakai inner baju and berstokin.
And cara aku berpakaian very the makcik-makcik dengan baju longgar, labuh, bla bla bla...

Masa dorang bagitau tu aku memang takde explanation selain senyum.
Tapi sebenarnya aku nak menangis.

Actually memang dari aku start rasa nak bertudung aku dah kata dengan diri aku sendiri, aku takkan keluar rumah pakai body shape clothing anymore. Aku akan pakai segala baju ketat and skirt rabak-rabak ni kat rumah je. Aku tau aku akan nampak sangatttttt makcik-makcik one tapi lantakkkkkkkkkkkkkkkkk lah. Ada aku kesah?

Memang kalau yang dah biasa tengok aku dulu, akan nampak aku sangatttt extreme now. Tapi aku tak rasa aku extreme pun. Tak tau la kalau korang pun rasa macam tu.

En Wan pun mulanya macam takut gak bila dia tengok aku dengan berinner baju berstokin segala. Dia cakap 'Kenapa pakai inner? Kan baju tu kan three quater sleeve?'

Aku just cakap 'Nanti kat rumah Di pakai balik baby-T eh?'. Smile, and done.

10 tahun dia hidup dengan aku, and dia tau sangat cara aku berpakaian macamana, so bila aku decided nak bertudung of cos dia la orang pertama yang terperanjat. Dia pun takkan sangka bini dia yang 'out-going' lah sangat ni boleh terbukak hati nak bertudung. Dia memang tak pernah mention apa-apa pasal bertudung cuma dia akan approvekan pakaian aku setiap kali nak keluar. Of cos kalau nak balik Tganu takkan nak bawak skirt pendek? Nak mati sangat dah ke? So selalunya dia akan check if pakaian aku tu sesuai or not dengan persekitaran. So, pada yang sebelum ni cakap laki aku tu tak ingat neraka tak nasihatkan bini dia supaya bertudung, janganlah ikut sedap mulut je nak bercakap. Kita sendiri tak tau kita ni di tempat yang mana. Kalau Tuhan dah kata kita kena berhijrah sekarang, sekarang jugak lah kita dibukakkan hati untuk berhijrah. Takde delay seminit dua dah. Tapi kalau kita nak diuji Allah, anytime je kita boleh tersungkur walau sekuat mana pun kita rasa iman kita. Jangan sesuka hati menilai iman orang. Iman kita, hanya Tuhan je yang tau.

Sebenarnya niat nak bertudung tu dah ada dalam 2 tahun kebelakangan ni. Sku dah siap-siap kumpul tudung, beli macam-macam kaler, siap tudung Mak Aji pun aku rembat. Dulu time keje dia pakai tudung Bawal, now main sarung tudung instant je. So aku rembatlah tudung bawal dia tu.

Tapi tu la, niat je ada tapi buat tak jugak. Bertangguh satu hal. Belum ada kekuatan satu hal.
Ditambah pulak dengan faktor persekitaran like tuntutan kerja (aku bukan keje GRO ye by the way) and ada kawan yang dah bertudung bukak balik buatkan aku wonder apesal eh??

Masa aku jumpa customer aku, dorang pandang aku "What happened????"

Tapi aku tak salahkan dorang. Aku yang 'ajar' dorang supaya kenal Diana yang dulu tu macamana.

Tapi alhamdulillah, Allah bukakkan jalan untuk aku rasanya.
Setahun lebih lepas, aku kenal someone yang ilmu agama dia tinggi. Pun macam tu, dia tak nampak macam terlampau Islamic extremist. Cara dia berpakaian sangat biasa. Selalunya orang-orang yang nampak alim-alim ni kebanyakkannya berjubah. Tapi dia tak.

Dia bersembang macam orang lain jugak.
Sembang pasal movie terkini, muzik, isu semasa, berlawak, bla bla bla.

Aku kagum dengan dia.
Hidup dia sederhana walaupun dia sebenarnya sangat mampu untuk hidup mewah.
Korang takkan sangka how many certificates dia ada and apa keje dia.
Aku sendiri tak sangka.

Tapi yang buat aku rasa dia lain dari 'orang alim' yang aku kenal sebab dia melihat aku macam orang lain. Ko bayangkan aku dulu berpakaian macamana kan. Tapi dia takde la macam malu ke apa bila dengan aku. Kata-kata dia sikit tak pernah buat aku rasa terhina ke apa ke. Dia punya approach tu sangat lain. Mungkin ini lah yang kita katakan orang yang ada ilmu tu tau mengamalkan ilmu dia pada tempat yang betul. Yang berlagak ada ilmu tinggi ni je yang selalu lebih-lebih, padahallllllll.

Salah satu teguran dia "Dorang ni pandang-pandang kamu sebab kat sini orang tak biasa tengok perempuan pakai skirt pendek. Kalau orang KL tu dah biasa tengok so takde la jakun sangat".

Cara dia tu sebenarnya nak nasihatkan aku supaya jangan pakai skirt pendek kalau boleh, tapi dia tak sound direct. Malah, dia sanggup cakap orang kat tempat dia (termasuk dia sendiri) jakun. Aku tau dia cakap macam tu supaya aku tak terasa hati, lebih kurang macam dia share malu dengan aku. Like aku sepatutnya malu sebab pakai skirt (tak tutup aurat), dia pulak malu sebab jakun (tak biasa dengan pendedahan macam tu).
Lebih kurang macam tu la.

Satu hari tu aku beranikan diri tanya dia "Sebenarnya kalau tutup aurat ni macamana? Ada orang kata kalau pakai baju ketat baik takyah bertudung, betul ke?"

Dia jawab "Dalam Al-Quran cuma cakap tutup belahan leher and labuhkan pakaian. Kalau belum ada kekuatan nak buat yang heavy, buatkan lah basic dulu. Janji kamu tutup leher and make sure pakaian tu labuh".

"Kalau pakai inner tu kira tutup ke tak?"

"Tak 100%, tapi lebih baik dari terbukak. Slowly ubahlah. Jangan pulak tak ubah"

"Kena pakai stokin ke?"

"Ada mazhab kata perlu, ada yang kata tak. Kita ambik mana yang kita rasa baik untuk kita lah".

Kalau selak wardrobe aku dulu memang kau tak jumpala istilah baju tutup belahan leher dan labuh. So bila aku bertudung ni, memang aku buat pmbersihan secara besar-besaran. Apa yang aku rasa boleh pakai kat rumah, aku simpan. Selebihnya aku buang. Tapi esoknya aku tengok mak mertua aku tengah lipat balik skirt-skirt and baju-baju aku tu. Dia nak bawak balik bagi orang kampung. Sayang nak buang katanya. Ahhh, sudah! Habislah orang kampung cakap mak aku ngajor anak-anak dorang jadi setan kang.

Yang bestnya, bila lemari dah kosong, maka kitaaaaaaaaaaaaaaa?
Kita apa anak-anakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk???

Ye, betul.
Pandai anak-anak sekarang.

Kita SHOPPINGGGGGGGGGGG!!



Antara baju ala-ala makcik yang ada dalam lemari aku skarang.


Aku sendiri tak sangka aku pakai baju camni now. Hahahah. (gelakkan diri sendiri)

Banyak lagi benda yang aku tanya tapi takyah la aku cerita semua kat sini kan.
Orang lain lama dah tau, aku je yang baru nak nak blaja.

Last sekali aku tanya "Tapi, husband saya lebih suka saya bergaya. Habis kalau dah ketat tak boleh, inner tak boleh, camne ye?" <--- contoh soalan orang jahil.

"Berfashion tak salah. Lilitlah tudung awak ikut fesyen mana pun, baju fesyen apa pun, janji yang basic tu kita ambik dulu. Labuh dan tutup belahan leher".


Kalau boleh, aku nak cerita kat kawan aku tu pasal semua conversation aku dengan this new friend I met, tapi kang kalau orang macam aku dah bukak topik-topik macam ni dia kata dunia nak kiamat la pulak. So, aku biarkan je la. Suatu hari nanti diorang akan faham. Aku dulu pun tak faham gak, tapi alhamdulillah sikit-sikit now aku dah mulai faham.

Bagi aku, takde istilah extremist dalam berpakaian ni.
Cuma mungkin dulu aku adelah orang yang begitu, so orang akan expect aku akan kekal begitu.
Insyallah, kawan aku akan boleh terima the new me. Takde apa yang berubah kat aku ni, macam dulu jugak. Tak caya, meh join aku kat Twitter. Yah Yah Yah! Baru kau tau siapa kah akuuuuuuuuuuu. Hah hah hah hah <--- gelak jin aprit.

Jangan salah anggap pulak. Kang ada yang kata 'Blaja dengan sorang guru je dah rasa bagus'. Takkan semua guru yang aku tanya aku nak cerita kat sini kottttt. Kang dapat cop poyo lak.

Masa dalam proses aku nak berhijrah ni, aku pernah rasa nak give up.
Sebab aku rasa macam orang pandang hina sangat dengan aku. Memanglah cara berpakaian sedikit sebanyak mencerminkan siapa diri kita tapi itu cuma anggapan kau. Kau yang suka sangat buat assumption. Bayangkan la, aku singgah solat kat surau, tanya orang kat situ mana tempat wuduk muslimat. Makcik tu pandang aku atas bawah pastu buat muka kerek 'Awak nak sembayang ke?'.

Abis, aku nak beristinjak ke kat bilik wuduk tu?

Masa aku nak beli selendang untuk majlis akikah Rayyan hari tu pun, budak yang dalam butik tu cakap 'Akak kalau nak beli untuk mak elok pakai kaler-kaler suram macam ni'.

Helooooooo.
Aku ni layak beli cekak rambut je ke???

Tu di luar ye.
Dalam blog ni je pun dah macam-macam aku dapat.
Aku dah naik lemas dengan persepsi orang.

Sampai satu tahap aku rasa nak giveup.
Sebab aku rasa orang macam aku ni akan jadik bahan gelak je kalau aku nak tanya pasal agama.

Aku pernah dapat a few mimpi secara berturut-turut tentang sesuatu yang pada aku sangat pelik. So aku rujuk pada orang yang berilmu. Bila dia explain kat aku, aku rasa sangat-sangat insaf and rasa macam dah dekat sangat waktu untuk aku berubah. Aku pernah tanya dia orang macam aku ni mustahil sangat nak dapat petunjuk macam tu.

Jawapan dia yang sangat terkesan sampai sekarang :

Dia : Kita masuk syurga bukan kerana amalan kita. Apa sangat lah amalan kita setakat solat 5 waktu, solat sunat yang tak sebarapa, puasa dan lain-lain tu? Kita masuk syurga kerana redha Allah terhadap kita. Kita sendiri tak tau apa yang Allah redha tu.

Aku : Tak faham.

Dia : Contohnya anak. Kadang-kadang anak menyakitkan hati kita. Kita suruh mandi, dia lengahkan. Kita suruh kemas mainan, dia hempas-hempas. Kita suruh blaja, dia bertangguh. Tapi macamanapun perangai dia, kita tetap sayangkan dia kan?

Aku : Yup.

Dia : Sebab dia anak kita. Jadi kita sayang. Tapi, dalam banyak-banyak anak mesti ada satu yang kita paling sayang. Itu kita tak boleh tipu diri sendiri.

Aku : Hmmm..

Dia : Sebab apa kita paling sayang? Padahal dia sama macam anak-anak lain jugak. Degilnya sama, rajinnya sama. Mesti ada sebab kan?


Secara ringkasnya, bukanlah bermaksud ko tak solat pun takpe. Cuma Dia lebih tau dari apa yang kita tau. Wallahualam.

Aku harap korang faham apa yang aku sampaikan ni.
Budak ni kalau bercerita pasal agama memang tergantung-gantung, dia suka kita pikir sendiri. Aku rasa aku dapat apa yang dia nak sampaikan. Pandai-pandailah korang nak pikir sendiri. Kang kalau aku cerita panjang kang ramai yang tunggu nak tembak ni.

Aku pun masih blaja lagi ni.
Kalau ada salah aku mintak maaf, aku just ceritakan pengalaman aku je untuk dikongsi.