2011-07-19

Apa lagi aku buat kat KT

48hrs advertorial. For latest updates, sila scroll bawah.


Kan hari tu aku buat entry pasal keta aku sempit nak balik KT kan?
Lagi sekali ia terjadi last week.

Kali ni mak mertua aku bawak balik 30 meter kain langsir hasil rembatan kat Nilai, so ko boleh imagine tak celah mana aku nak sumbatkan si langsir ni?

Penyudahnya aku, En Wan and Redza share satu beg. Beg Redza lak tu. Kecik. Rayyan pulak share beg dengan bibik. Disebabkan mak akan ikut balik sini semula, so orang tua tu tak bawak balik beg baju lansung. Lagipun kat kampung baju dia melambak lagi.

Bunyi macam tak lojik sangat kereta aku sampai tak muat 2-3 biji beg kan?

Muat memang a muat, tapi bergumpal macam sardin la hasilnya. Sebab kali ni balik bukan takat bawak barang-barang yang standard, tapi bawak satu beg plastik besar isi kain nak buat langsir, pastu barang-barang pesanan dari orang kampung.

Dan disebabkan aku dah plan nak bawak balik banyak barang dari Pasar Payang, jadi kereta perlu ada space ye. Kang ada yang aku sorang je balik KL naik keta, yang lain aku pos naik bas.

Fuh, aku bercerita ni pun rasa mengah.
Kalau korang tengok keadaan boot kereta aku that day.....semputttttt haaaaaaaaaaaaaa.

Ok, hari tu aku cakap aku nak gi VIP Test Drive kat KT kan?
Memang aku pergi cuma aku pergi kejap je. Aku dah bagitau siap-siap kat Ms Devi (orang Proton) yang aku datang KT atas sebab kerja, so aku tak janji boleh join the program dari pagi. Lepas habis kerja at 2pm++, aku terus rush ke Ri Yaz Heritage (tempat VIP Test Drive Exora).

Kesimpulannya, memang rugi aku tak join dari pagi!!!
Program dia best!

Sebelum aku join session kat KT ni, aku ada tengok blog bloggers yang di-invite untuk earlier session kat KL. Ada talk, ada free spa and massage, mervelles meal nd not only boleh test drive tapi ada contest lagi. Dah nama ada contest of course la ada hadiah kan.


Sessi uji pandu.

Test ni nak tunjukkan how senangnya bawak this MPV, space yang kecik pun ko boleh cilok-cilok. Exora ni dia punya turning radius sangat minimal so takde hal la kalau takat nak park kat parking lot yang sempit. Konfem dapat park dengan jayanya!


Sessi siapa pandai susun barang dalam boot dengan kemas dan cepat.


Kau nampak tu, golf set okkk, golf set! Kalau golf set ni bawak masuk dalam keta aku, mau kayu golf tu terjulur keluar kot tingkap.
Barang-barang yang dia sediakan untuk this game tak agak-agak ok. Golf set, beg yang gedabak-gedabak, stroller semua cukup. Aku rasa kalau dia suruh aku masukkan semua barang-barang ni dalam kereta aku sekarang, aku tak pikir lama. Aku masukkan diri aku pastu aku jalan. Takyah pikir celah mana nak letak. Memang tak muat!


Sessi parking kereta sambil tutup mata.

Aku tau aktiviti ni fun. Sorang drive, sorang lagi bagi instruction.

*lap air mata tak dapat join*

Kalau aku ada time ni, aku tak tau aku nak ambik part mana. Kalau aku yang drive kereta ni mesti jahanam aku kejekan. Kalau aku yang bagi instruction pun silap-silap dengan laki aku sekali jahanam aku buat.


Taklimat Perbelanjaan Berhemat dari Pakar Perunding Kewangan Al Jazzura Khan


Kenal ini siapa??? Datin okkk.


Disebabkan prior to that aku dah set dengan Ms Devi untuk attend VIP Test Drive kat KT, walaupun tak sempat datang morning session, aku gagahkan jugak datang petang. Aku tau aku dah terlepas sessi test drive, tapi takpela. Dapat join the talk pun dah ok. Cuma kalau dapat join from morning mesti lagi best.



VIP Test Drive ni limited untuk 20 pasangan je. Kan hari tu aku ada cakap those in KT kalau nak attend, leave comments kat blog aku nanti orang Proton akan contact korang. Aku harap korang yang bagi details tu dapat join the session.

Programme ni berlansung kat Ri Yaz Heritage kat Pulau Duyung tempat Monsoon Cup tu. En Wan dengan Redza ada sekali masa ni tapi aku perambat diorang duduk tepi pool.

Rupanya dorang ni dibawak ke Dataran Shah Bandar untuk test drive. Best tuuuuuuuuu. Kalau aku bawak mesti aku mintak dia stop kejap kat gerai jual sotong. Yum Yum.


Ini aturcara event yang aku join masa kat KT Sabtu lepas.


Actually event ni 2 hari (8-9th July) tapi aku cuma dapat join on 9th je.

Sama macam program Exora VIP Test Drive kat Penang and KL, kat KT pun diorang ada bagi taklimat Pra-uji Pandu, sesi Pandu Uji and Pandu Uji Litar. Masa aku dapat aturcara tu, aku tak paham apesal ada Taklimat Menyerlahkan Ketrampilan Diri and Taklimat Jalinan Hubungan Suami Isteri segala?? Apa kaitan?

Bila dah dengar taklimat tu especially part Menyerlahkan Ketrampilan Diri by Ms Cherrise Tan, baru aku dapat relate-kan dengan Exora ni. Tips-tips and panduan ni semua adalah perkara asas dalam membina keluarga yang harmoni so, dia macam ciri-ciri penting yang seharusnya ada dalam sebuah kereta yang sempurna and Exora ada ciri-ciri ni - selesa, bergaya, tahap prestasi, well protected dan yang paling penting, jimat. 1L = 13km beb.


Ms Cherrise Tan sedang menukar penampilan salah seorang participant.


Kak cik ni asalnya simple je. Baju hitam, suar jeans and tudung. So Ms Cherrise ni ajar dia how to look slimmer, how to look better dari sebelumnya dengan hanya pakai accesorries yang tak mahal. Memang nampak berbeza la akak ni before and after.

(gamba adelah gelap sebab aku malu nak on flash. Orang lain semua busy dengar taklimat, aku tetiba sibuk snap sana snap sini. Kau press ke?)


Same goes to this cik abang. Ms Cherrise Tan ajar dia how to look taller and less-buncit.

Dalam bahasa kiasnya, taklimat ni nak tunjuk kat kita, kita tak perlu berhabis untuk nampak bergaya. Dan barang yang murah tak semestinya tak bagus. You got what I mean?


Taklimat Jalinan Hubungan Suami Isteri by Ms Charis Wong


The talk sangat best. Dia bincangkan tentang 5 bahasa kasih sayang antara suami and isteri.

Antaranya adelah quality time.

Kiranya those couples yang attend this VIP Test Drive secara tak lansung diorang dah spent quality time together having fun try Exora, dapat makan-makan kat Ri Yaz Heritage, dapat free spa and massage lagi.

Exora ni kan aku tengok ada ciri-ciri keselesaan yang perlu ada dalam sebuah kereta untuk keluarga yang besar. Dia punya air conditioning vents tu ada kat every row. Seat banyak (of cos la banyak kan, nama pun MPV) maknanya kau tak perlu beriba-riba. Ambik tu sorang satu seat. Ada GPS and DVD player (overhead system). Memang la semua ciri-ciri ni ada kat MPV lain, but the point is apa bezanya Exora dengan MPV lain kan? Exora pun ada features that all MPV should have.

Kalau yang dah pernah try Exora, cuba ko check balik if yang korang try tu yang baru ke yang lama sebab yang new Exora ni dia punya rim lain sikit, pastu fog lamps ada chrome finishing and ada body skirting sikit.

Eventhi aku tak dapat join the whole program but still aku rasa program ni best.
Sebab dia bukan tumpukan kau dengan hal-hal kereta semata-mata. Programme yang dia anjurkan tu sangat eksklusif, sangat fun, bercirikan kekeluargaan, melambangkan the Exora itself - eksklusif and selesa.

Ada yang nak beli???

Yang aku tau Exora BLINE (Manual) OTR cuma RM58K++. Downpayment ZERO baiiiii.
Nak lagi gempak angkat terus Exora HLINE (Auto), tu pun baru RM76K++.

Beb, RM76K++ tu untuk HLINE okkk. HLINE tau apa? Pi check sendiri.

Dengan RM76K++ tu, kereta kau dah lengkap dah.

For your information, GPS kat Exora cuma ada dalam HLINE je. MLINE tak dapek GPS, let alone BLINE.
Aircond vents at every row tu pun cuma ada kat HLINE and MLINE je.
Jadinya, RM76K++ tu kira affordable la untuk segala macam features yang kau perlu ada pada sebuah kereta.
Lain-lain features ko check sendiri la dengan dealer ye, takkan aku nak list semua kottt.

Apa lagi ko nak. Dah habis lengkap dah tu.

Jom!