2011-04-26

Food story



Jarang aku buat entry pasal makanan dan pemakan kan?
Jadi sempena mengingati zaman-zaman obesiti, mari kita hayati gamba-gamba ini.

Ok, ni hadiah dari pembaca blog ni. Nama dia...takyah sebut la. Kira you know I know gitu. Ceritanya, dia gi Indon lalu ternampak kek perisa blueberry lantas teringat kat aku.

Laki aku pun tak teringat kat aku kalau nampak blueberry cake okkk.
Nampak blue DVD teringat kat aku, mungkin.


Ni sebenarnya kek pisang. Boleh la pi jenguk-jenguk www.kekpisangvilla.com. Maybe yang ni kot si Ifa Raziah jual everytime raya. Nak tau rasa dia sedap ke tak, boleh la rasa sendiri.

Yang perabiskan kek pisang coklat ni, si Redza. Dia buat macam makan nasik. Tengahari balik dari skolah lunch kek pisang. Dinner kek pisang. Semuanya sebab kek tu bercoklat. Jangan tanya aku coklat tu sedap ke tak sebab aku tak makan coklat. Kalau aku tanya Redza memang sangat tak boleh pakai. Dia ni asal coklat je sedap. Kau bagi coklat Tora lemau tu pun dia bantai cakap sedap.

Kek pisang coklat.
Cantik kan? Nak makan pun tak sampai hati.


Kek pisang blueberry.


Thank you ye cik abang sebab bagi aku cake ni. And sorry sebab takleh nak sembang lama-lama. Lagipun ko nak kejar flight kannnnn.

Pastu the next day aku melepak dengan ex-boss kat The Little Kitchen (rasanya la) kat Bandar Baru Bangi. Address aku tak tau tapi satu row dengan Ayam Penyet.

Belek-belek the menu, sekali nampak gamba this coupe yang sangattttttttt familiar. Gambar owner kedai.

Rupanya jiran Mak Aji yang dulu.

Masa aku kawen dulu, aunty and uncle tu sama-sama bersinsing lengan jadi penanggah.
The couple tu beza tak sampai 10 tahun dengan aku, but since dia panggil Mak Aji 'kakak', takkan aku nak bahasakan diri aku 'adik' kot kat dia. Mak Aji sumbat aku alas kaki kang. Maka terpaksa la aku panggil dia 'aunty'. Laki dia senyum redha tak redha je bila aku panggil dia uncle. Sebabnya, aku je yang panggil dia uncle. En Wan panggil dia 'abang'.

Boleh kan?

Aunty and uncle ni memang grad overseas, dari dulu lagi kalau dia buat open house mesti ada western food. Lasagna, pie, steak dia semua marvelles. So I believe The Little Kitchen ni semua resepi dia kot.

Sila-sila la jengah.

Air apa ntah...macam cappucino. Ex-boss aku punya.


Orange juice tapi ada ais kecik-kecik (Gila kampung description!!)

Apa-apa je la, aku lupa apa nama omputih dia.





Ha, lagi satu kan, menu kat sini berubah ikut musim. Ni kedai ala-ala omputih. Jadi ikut musim omputih. Kalau summer, nanti the menu pun menu summer. Decoration pun bertukar sikit. Bulan 12 lepas, the tingkap-tingkap tu semua dia spray ala-ala salji. So penjakun-penjakun sepertiku yang di luar sana kalau nak feeling-feeling musim sejuk boleh la datang bulan 12 sok. Tapi jangan la jakun sangat masuk kedai pakai winter coat siap boot bagai. Jakun sikit-sikit sudah la.




Kedai dia ni ala-ala eksklusif. Sesuai untuk tempat nak discuss-discuss, or nak makan dengan bertenang-tenang. Kalau kau berhajat nak memekak-mekak gelak hentak-hentak meja sila ke mamak yang berdekatan.

Kalau nak bawak family datang makan, pastikan anak-anak kau jenis yang bertamadun. Sebab kedai ni is a designer cafe, tumpuannya bukan takat tempat makan semata, tapi lebih kepada interior design sebab this is another way to promote their interior designing bisnes (uncle ni interior designer). Biasa la kedai-kedai cenggini, perhiasannya merata-rata. Nak lagi perhiasan yang kecik-kecik. Kalau yang masuk kedai tu bangsa yang tak makan saman macam anak aku, renung-renungkan la akibatnya. Kang harga makanan baru tigaploh ringgit, ganti barang pecah je sampai tiga ratus. Balik rumah makan biskut lutut dua minggu.

Sandwich apa ntah....(aku ni nak bercerita, tapi semuanya entah).
Ex-boss aku punya.


Spagetti meat ball. Aku munyer.


Malamnya pulak aku ajak En Wan makan kat this new restoran area Putra Heights je.
Nama kedai - Lesung Batu.

Kedai baru, beli sampai dua lot, cantik. Tapi tersorok.
Malam maybe kurang la kot orang datang melainkan orang-orang Putra Heights semuanya malas masak macam aku. Tapi kalau siang maybe ramai sebab kat situ banyak opis.

Tapi makanan a bit lousy.
Nak je aku hempuk dengan lesung batu.




Kedai-kedai cun ni kebanyakkannya lawa tang hiasan je. Sebab tu aku selalu lepak mamak (padahallllll???).

Aku kan kadang-kadang teringin nak jadi macam orang lain yang berani kuar masuk restoran macam-macam untuk try makanan. Tapi selalunya nasib aku ni tak baik. Manjang je termasuk kedai yang musibatun. Menu kemain lagi, tak tempias amareka tak sah. Fish ala verde, mushroom with cinnamon veloncia, broccoli lavante, bla bla bla bla puiiiii. Pinggan sampai, hek eleeee, ada la 5 suap je dapat.

Mamak jugak yang puas hati.
Service cepat, makanan sedap, bau ketiak mamak pun boleh tahan.

Apa lagi yang kita harapkan??


Tapi kali ni aku nak try dim sum. Aku tak penah makan dim sum.
Tah apa-apa ntah. Minat Leslie Cheung kemain lagi.
Dim sum pun tak penah rasa!


Limau asam boi En Wan, sirap limau aku.


Nasi goreng USA.
Komen En Wan : "Boleh laaaa..."


Fish and chip.
Tengok gamba ni korang rasa apekah komen yang sepatutnya?



Dim sum seafood.

Ni dim sum tak aci nama dia. Sebab ni dim sum dia beli kat frozen shop mana ntah, cuma dia kukuskan je. Kira bukan home-made. So, tak aci.

Tak sedap.