2011-02-17

Majlis bertunang


Sabtu lepas agak huru-hara jugak la rumah aku sebab adik En Wan tetiba call Jumaat malam dalam kul 10.30pm cakap pihak laki nak datang bertunang Ahad ni kat rumah aku.

Boleh?

Jawapannya adelah bolehhhhhhh.
Sebab bukan aku yang bertunang.

Cerita dia cenggini.

Adik En Wan ni berchenta dengan sorang mamat Arab yang belaja kat UIA. Mana dia kenal aku pun tak sempat nak tanya. The father ius Algerian, mother pulak French. Tapi duduk Sweden. Jiran Maher Zain kot.

Memang baru-baru ni dorang rancang kawen, agak mengejut la jugak perancangan nak kawen tu sebab takde bunyik apa-apa tau-tau nak kawen 25/2 (next week) ni. Memang tau dah dorang in love, dah dua kali jugak la si Jalal (bf adik En Wan yang kami panggil MEK. Padahal nama budak tu kemain sedao lagi Wan Rahaya. Mana datang MEK pun aku tak tau) ni melawat aku kat hospital masa tersadai tu hari. Masa tu takde lak bunyi-bunyi nak kawen.

Disebabkan si Mek ni nak kena hantar pi USA 2 tahun, next month, Jalal ni ajak kawen cepat-cepat. Asalnya takde majlis merisik bertunang segala, alih-alih bapak si Jalal ni datang Malaysia Rabu lepas, nak terus ajak bertunang. Ah, sudah!

Masa dia bagitau nak ajak bertunang tu, Mek baru je touched down from Jakarta. That was Jumaat malam. Dan Jumaat malam tu jugak la Mek bagitau mak dia kat kampung ambik tiket bas esok pagi dan-dan tu jugak datang KL (rumah aku).

Kau ada berani bertunang macam ni?
Hari ni plan, esok terus jadi.
Boleh?

Esok paginya (Sabtu) rumah aku clear lagi, masa tu suasana pun tak berapa nak havoc sebab aura-aura gelabah belum sampai. Malam tu, bila mak Mek, dengan si Meknya sekali dah sampai rumah, dah berdiskusi anak-beranak barulah masing-masing rasa nak tertanggal kain. Gabra jugak la pikir apa nak buat.

Ye la, yang kitorang ni pihak perempuan, takkan main sengih je sambut rombongan laki. Walaupun sebenarnya rombongan laki tu cuma Jalal ngan bapak dia but still rombongan namanya.

Yang aku ni pikir apa nak masak.
Yang En Wan pikir apa nak cakap. Gila kau, tak penah hayatnya jadi orang perantara majlis bertunang, tak ke menggelupur En Wan hari tu?
Yang Mek pulak pikir apa nak bagi.

Memang tak sempat nak prepare hantaran apa pun.
Seb baik la si Jalal tu pun tak bawak apa-apa sebab dia tak tau adat-adat orang sini. Dia bawak kek and cincin je. Kira beradat jugak la kan, datang bawak kek. Kalau dia datang melenggang, aku perambat dia pegi beli sate.

Segala-galanya mengejut punya plan, so Mek tak sempat nak bagitau Jalal cara-cara orang Melayu bertunang, kena bawak wakil untuk bercakap dengan pihak perempuan, kena ada hantaran sikit, bla bla bla. Tapi disebabkan segalanya tak sempat, kita belasah ajelahhhh.



Aku suruh Mek pi beli buah ngan coklat, wrap.
Habis cerita.
Kalau nak lagi senang, aku suruh beli hamper CNY kat Giant je. Macam-macam ada dalam tu. Cornflakes, cokelat, air kotak, gula-gula.
Nak lagi senang????
Pun bolehhhh.
Beli je limau mandarin sekotak.

Toksah kata mini pelamin, baju bertunang pun ilek.
Pakai jubah je.
Dah kau pun kawen ngan Pak Arab kan, takkan nak pakai kebaya sendat kottt.
Haruslah jubah.



Masa diorang datang, aku tengah tidokan Rayyan kat bilik.
Sekali anak sedara En Wan panggil aku turun. Dia mintak aku tolong sama cakapkan kat rombongan Jalal.

Wahhhh, aku pun turun dengan baju kurung and tudung okeh.
Dah macam aku pulak yang jadi minah arab.
Tersengih-sengih anak-anak sedara En Wan tengok mak sedara transform jadi solehah.
Aku lempang sorang-sorang nak?

Masa diskusi tu agak tegang sikit la mula-mula.
Sebab bapak Jalal ni request supaya Mek tak pegi USA. Padahal budak tu dah sign contract, dah bayar deposit apartment semua kat sana. Bulan lepas Mek dah pi sana pun uruskan tempat tinggal and tempat keje dia, alih-alih bapak dia request untuk not to go.

Bila Mek cakap dia boleh je batalkan contract tu cuma not good untuk reputation dia la. Sebab asaknya dia yang beria-ia request untuk dihantar ke sana, last-last bila dorang dah hantar, dia nak mintak cancel.

Dan bapak Jalal pun keluarkan hadis.
Hadis okeh.

Siap dia translatekan hadis tu maksudnya 'Tempat isteri adelah di sisi suami. Buatlah sesuatu yang menggembirakan suami, nescaya kamu akan berjaya akhirnya' - lebih kurang cenggini la bunyiknya. Dia bagitau lagi yang kita kena kejar kebahagian akhirat, bukan dunia. Tuhan akan kurniakan kita lebih lagi di masa akan datang. Kalau travel jauh-jauh ditemani muhrim takpe, ataupun ada muhrim yang menunggu dia sana, Bla bla bla....banyak lagi dia cakap. Aku kat tepi terus insaf kejap. Terbantut rasa nak pegi outstation.

Tapi kejap je la rasa terbantut tu, now tengah menaip ni aku dah pegi outstation dah pun. Hehe..

Mek pun takde kata putus, Jalal pun susah nak buat keputusan, last-last aku cakap 'Maybe we shud take a break. Let's have sumthing first'.

Padahal aku lapar.
Sebab kau janji nak datang lepas Zohor, tapi dah masuk Asar baru kau sampai.



The food.



Udang goreng kunyit plus tepung sikit (sebab tepung habis)



Ikan siakap sweet sour.



Sayur campur


Green curry chicken


Tapi aku tak makan, sebab aku diet. Diet je la keje aku, kurusnya tak jugak.
So, aku ikut resmi Ahmad Nisfu. Ambik bau saje :)
Tapi aku jugak yang paling gemuk dari orang yang belasah 2 pinggan nasi.

Lepas makan-makan semua, sambung balik bincang.

Masa ni kau tolak aku, aku tolak kau, semua segan nak tanya pasal hantaran.
Takkan la pihak perempuan yang tanya kan?
Nampak nau kemaruk tak berduit, harap duit pihak laki.
Last-last semua buat dek, biar Mek ngan Jalal je discus kendian.
Pandai-pandai korang la.

Pastu Kak Ngah En Wan bagi signal kat aku suruh tanya mana cincin tunang.

Ni la payahnya kalau main belasah je. Kita sendiri tak tau apa nak tanya.
Takde orang tua yang boleh jalankan tugas. Maka terpaksa la aku jadik orang tua.

Masa aku tanya pasal cincin tunang, si Jalal ni main keluarkan cincin dalam beg laptop je.
Haaa...kau ada camni? Hahahaha.




Disebabkan mak Jalal cuma akan sampai Malaysia Jumaat ni, takde saper nak sarungkan.
Takkan la nak suruh bapak si Jalal ni sarungkan kottt.
Baru lepas orang tu tazkirahkan pasal aurat, kang kalau aku suruh dia yang sarungkan kat Mek, ada kemungkinan kat situ jugak dia talkinkan aku.

Cincin ni pun kakak Jalal yang belikan, from Sweden. Masa dia suruh Mek pilih, guna MMS je.
So Mek pilih yang ni, white gold. Dia kata ada satu tu simple je so dia tak pilih la yang tu. Sekali yang dia tak pilih tu rupanya platinum okeh. 30K lagi. Taraf-taraf Siti Nurhaliza.
Err...putih mata tak? Ahak ahak ahak.
Tapi kira ok la white gold white gold pun, RM10K harganya.

Aku punya dulu lagi best.
Cincin tunang kemain lagi platinum tempah khas kat Jepun, siap engrave nama aku ngan En Wan - ONE DI FOREVER.
Dah la tempah khas, platinum pulak tu.
Sekali cincin nikah beli kat Kedai Emas Wah Chan, RM800 je. Kahkahkah.
Dah patah pun cincin tu aku kejekan. Mana tak patah, tumbuk sambal belacan pun pakai cincin, basuh keta pun pakai cincin, cabut rumput pun bercincin. Tak sampai 3 tahun pakai, selesai aku kejekan.



Mek yang jubah hitam. Padahal dia ni seksi meksi dulu. Sekali dapat Pak Arab terus berjubah. Alhamdulillah.

Kau bila lagi Diana??? Kahkahkah.

Kesian Mek, simple sangat majlis bertunang dia.
Apa pun tak buat. Jamu makan je. Tapi takpelah, kau generasi moden.

Jimat jugak buat cenggini eh? Takyah nak bersusah-payah hantaran itu ini.
Jadi jugak bertunang, bukan tak jadi. Cuma kuranglah meriahnya berbanding ngan majlis bertunang orang lain. Tapi aku rasa Mek tak kisah, janji dia bertunang.




Masa ni dah settle habis bincang, sarung cincin, time nak adjustkan tengkolok and baju Jalal.
Agak smart jugaklah Pak Arab ni bila bertengkolok.
Tapi laki aku lagi smart kot.
(nak jugak puji laki sendiri)


Ha, ni dia laki aku tido jemaah dengan Rayyan. Masa ni dah habis majlis, En Wan kepenatan.
Jadikla ye bang, nak kawenkan anak pompuan memang dah takde harapan. Tuhan bagi kita rasa kawenkan adik perempuan je. Jadiklahh.


Thanks to Blogger AI (Aizah Kaman) for this present :)