2011-01-22

Madam



Lupa nak bagitau, aku dah ada bibik baru!!!

Lepas bibik lama aku balik bulan July lepas, rumah aku takde maid. Sebab tu la Mak Aji ngan Pak Aji lepak sini. Sebab dorang tau nak harapkan aku handle segala chores dalam rumah ni waktu tu memang takde la aku nak buat. Masa tu kan aku pregnant dengan bleeding la, uri ke bawah la. Pulak tu En Wan pi Japan, jadi dorang la penyeri dalam rumah ni.

Mana tak penyeri kan, masak ada orang buat, cakap nak makan apa konfem Mak Aji buat. Redza gi skolah, balik skolah Pak Aji jemput. Nak kemana-mana Pak Aji jadi driver. Of cos la berseri-seri hidup aku time tu.

So this new bibik dah sampai 2 minggu. Bibik aku ni penah bekerja kat Arab Saudi dari 1982 - 2008 but as tukang jahit and pendandan rambut. And dah 16 kali pegi haji! Aku?? Ok takyah tanya.

So korang agak-agak, best tak pakej yang aku dapat?

Seorang bibik yang bukan saje boleh kemaskan rumah, gosok baju, sapu laman, uruskan anak, malah boleh menjahit baju dan menggunting rambut. Siap boleh ajarkan Redza buat homework Bahasa Arab lagi. Kelasss!

Disebabkan bibik aku kali ni bertudung, aku segan pulak nak pakai short duduk rumah. Short aku bukan saje pendek okkkk, malah mendedahkan separuh bontot. Tu cara-cara duduk sopan, kalau aku duduk mengangkang, kau tau la ko jumpa apa.Nasib kau la.

Jadi, aku skang sedang berjinak-jinak memakai suar panjang kat rumah. Sape tau ini permulaannya untuk aku berubah menjadi lebih baik kan? (Dari dulu ko cakap macam tu Diana, tapi nan ado).

Tapi tu la, bibik ni umur pun dah 50an, keje pun slow. BUT teliti.
Kalau dia bersihkan bilik-bilik kat atas only, dari kul 10am, sampai kul 3pm baru siap. Bilik air aku ni berkilat-kilat jadiknya (nampak nau dulu bekepam eh?). Pastu cara dia bekemas macam gaya hotel. Lepas kemas-kemas, dia akan spraykan air freshner pastu tutup pintu. So that bila majikan balik dari keje penat-penat masuk bilik, bau wangiiiii. Terus majikan pun berasa hendak beromen dengan bersungguh-sungguh.

Hari tu aku balik keje masuk bilik siap ada bunga hidup lagi atas bantal aku. Macam Maid in Manhattan pulak.

Banyak-banyak bibik, bibik ni je yang panggil aku Madam and En Wan, Mister.

Madam okkkk. Terasa macam zaman kolonial gitu.

Cuma dia siang-siang bagitau yang dia tak tau masak sebab lebih 20 tahun kat Arab, dia tak penah masak. Semua majikan dia yang belikan, dia cuma tau potong rambut and jahit baju je. Ala, tak kisahlah kalau tak tau masak pun. Semua keje dia buatkan, takkan la masak pun dia nak buat jugak kan? Nama pun pembantu, jadi haruslah membantu aje. Core task biarlah Madam yang buat. Dah kalau semua dia buat, abis Madam nak buat apa? Kira bulu? Jadi, sebelom Madam berevolusi menjadi dugong, baiklah Madam buat sikit-sikit keje rumah juga.

Lagipun elokla aku yang masak, terjaga sikit kebersihannya (macamlah kau pembersih sangat padahal bibik tu pakai tudung duduk rumah, konfem masak rambut tak jatuh. Kau????), lagipun aku troma bila ingatkan balik how bibik yang second dulu masak. Main lebur je sayur dalam periuk. Tak basuh. Macamana dia keluarkan dari fridge, macam tu jugak dengan batang-batang bayam besar-besar ibu jari kaki tu dia masukkan dalam periuk. Terbayang-bayang cacing berenang-berenang kuak lentang dalam lauk aku. Ciss puiiiihhhhh.

Yang bibik ketiga aku pulak suka bereksperimentasi. Masak untuk dinner tu tak la, sebab aku join sekali masak. Tapi kalau tengahari aku tak sempat nak masak, macam-macam lauk yang tak penah aku tengok, dimasaknya. Ada sekali tu aku balik mengejut time lunch nak perati apa dia buat, dia masak sup. Bila aku tengok dalam periuk tu ada sayur kobis, cauliflower, kaki ayam, pedal ayam, ikan bilis dengan telur rebus semua sekali berkumpul jadi satu. Ohhhhh, memang makanan berkhasiat. Satu lauk macam-macam ada. Vitamin ada, fiber ada, protein, CHO semua lengkap. Sampai kuah sup tu pun naik berkeladak aku tengok! Tu baru tengok, belum rasa lagi.

Kembang tekak aku kejap.

Nasib baik dia keje tip top, so aku boleh abaikan je la eksperimen-eksperimen dia tu. Nama aku nak makan, takde la.

Cuma bibik aku yang first je yang best. Masak ok, jaga anak ok, kemas rumah ok. Kira boleh harap la. Cuma dia peramah sangat, habis semua lelaki melintas dia tegur.

Yang bibik kedua tu pulak, aku tak paham apa motif dia datang keje kat Malaysia. Dah la tak tau masak, pegang penyapu kejap-kejap terlepas, rupa pun darat sangat aku tengok, nampak macam tak larat nak buat keje tapi mentekedarah laju macam bela jin. Everytime eskrim Mat Cool lalu, dia tahan. Siap mencangkung kat depan gate makan eskrim. Balik Tganu bukannya dia reti menolong buat keje. Dia sama naik main polis sentri ngan anak-anak sedara En Wan. Padahal anak dah dua, perangai macam budak bawah umur. Terencat ke apa dia ni pun aku tak tau la.

Ada sekali tu aku dengar dia bergaduh dengan Redza sebab berebut remote, Redza nak tengok katun, dia nak tengok citer Indon. Aku tak tahan, aku letak password kat channel 105 tu. Boleh dia gigih call aku kat opis tanya aku apa password!!!!!

Oh, kalau tang tengok tv, bergayut kat tepon, main kat taman, mentekedarah, membuta, memang cukup pandai. Cuba kau suruh dia basuh baju. Seploh kali ajar guna mesin basuh yang auto pun tak paham-paham. Tapi pasang DVD siap connect dengan home teater pandai pulak! Tak payah diajar lak tu. Aku sendiri sampai skang tak reti guna home teater En Wan ni. Remote dia pun aku tak tau yang mana satu.

Bila diingatkan balik pasal bibik yang sorang ni memang troma. Tapi terpaksa la jugak ambik maid, sebab aku memang perlukan bantuan maid kerana aku malas nak buat keje rumah. Hahaha.

Tapi kan, semua bibik aku ni, termasuklah bibik gila tu, suka sangat gosok baju. Kadang-kadang dah takde benda sangat nak gosok, alas kaki tu pun dia belasah gosok. Dorang ni terlebih rajin or tak penah jumpa seterika? Dengan coli-coli aku sekali dia gosok. Sampai putus la tali g-string aku iron punya pasal.

Oh yes, siang tadi bibik lipat baju sambil sembang ngan mak mertua aku. Aku dok kat tepi baca sokabar. Tau-tau dia tanya aku 'Ini apa Madam? Apa emang kayak ini atau koyak?' sambil angkat g-string aku. Betul-betul depan muka mak mertua gue.

Dem!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone