<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

MY ONLINE BIZ

CLICK HERE

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS
Siapa lagi bijok?
July 31, 2010



Semalam Redza ada science test.


Aku : How's your test?

Ija : I got 88.

Aku : 88 je? Kenapa tak 98? Kan lagi pandai kalau dapat 98?

Ija : Ye lah, sebab Mama yang ajar Ija. Kalau Papa yang ajar mesti Ija dapat hundred marks.


(Kuang hajarrrrrrrrr)


Aku : Eh, Ija tak tau, Mama lagi pandai dari Papa tau.

Ija : Tipu! Papa kata Papa yang lagi pandai.

Aku : Papa cakap kat Ija Papa lagi pandai dari Mama????

Ija : Ha'ah.

Aku : Papa cakap macamana?

Ija : Papa kata, Mama tak pandai sebab tu u stay at home only. You never work.


Ohoooooooooooooooooooooooooooooooooo!!
Baru ku tahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Wan Mohd Ridzuan, sekiranya anda membaca entry ini, sila harap maklom bahawa tiada sebarang sessi menjemput di KLIA mingu depan.

Balik la kau naik teksi.






Dan juga, tiada sebarang aktiviti hempap-menghempap. Jangan nak mencuba-cuba hempap aku di kala aku tido. Aku hempok karanggggggg.

posted by green apple @ 11:46 AM  
Newer›  ‹Older
Telekung




Ada sesape nak beli telekung untuk ganti-ganti untuk terawikh? Or nak beli telekung raya? Ni aku ada a few gamba telekung yang dah ada dalam stok, ready to deliver bila-bila yang korang nak.

Sila deal direct dengan : nurulshaharani@yahoo.com





Telekung cotton Jepun, ada dua kaler : krim and white.
Harga : RM125 with delivery.


Note : Aku memang kebetulan pakai telekung ni, sebijik. Cotton dia jenis yang ok, tak panas, lagipun banyak sulam tebuk merata-rata so sangatlah beranginnnnnn. Konfem ko tak menggelepar kepanasan la kalau dok lam surau tak beraircond. Tenang je rasa. Dan disebabkan ketenangan itulah aku selalu tertido kat blakang. (tang perangai ni ko jangan ikut).





Telekung cotton sulam berwarna dengan beg (ada 3 colour, coklat, purple, turqoise)
Harga : RM95 with delivery


While stock last ye puan-puan. Jadi sila la grab sebelum dirembat oleh aku.
posted by green apple @ 10:53 AM  
Newer›  ‹Older
Hantu popular
July 29, 2010



Apesal aku rasa zaman skarang dah takde hantu like dulu-dulu?

Dulu zaman aku skolah kecoh pasal hantu kom-kom, hantu tetek and hantu yang ketuk pintu rumah sambil bawak batu nisan. Balik-balik 3 ekor hantu ni la yang budak-budak dok jaja cerita. Sampaikan petang-petang berkumpul dah takde mood nak main getah, semua pakat cerita pasal hantu ni kat tepi longkang. Dan dek kerana hantu batu nisan ni la, Mak Aji balik surau ketuk pintu sampai nak tertanggal tombol pintu, aku tak bukak-bukak jugak. Bila dah bukak, pelepappppppp sedas kat kepala dia bagi. Hambik kauuu. Penakut sangat kan. Cis, kalau aku tau begini balasannya, aku kurung dia kat luar sampai esok pagi.

Kenapa nama dia hantu tetek? Kenapa tak hantu gigi? Or hantu kaki? Or hantu buah pelir?

Orang kata hantu tetek ni laki pompuan pun boleh. And tetek dia kat blakang, bukan kat depan. Tapi aku rasa kalau pompuan yang jadi hantu tetek, dimanakah keseramannya? Tak seram okkk, kagum lagi ada. Tapi kalau lelaki yang jadi hantu tetek, konfem aku seram.........................dan jugak geli. Mesti hantu tetek jenis ni dulu bapok Thailand.

Seingat aku, disebabkan hantu tetek ni glemer time aku kecik-kecik dulu and aku pun sangatlah takut terjumpa hantu tetek, everytime aku nak potong kuku malam-malam, alasan Mak Aji 'Potong lah kuku malam-malam, mati sok jadi hantu tetek'.

Kalaulah alasan tu benar, malam ni jugakkkkkk aku potong kuku aku. Tak cukup kalu, aku potong perabis kuku Mak Aji ngan Pak Aji sekali. Biar ramai-ramai jadi hantu tetek.



Hantu kom-kom pulak adelah hantu yang pakai telekung and bagi salam tapi dia bagi salam like this :
"Assalamualaikom kom".

Dulu cukup takut. Nak pulak kat Bangi dulu tengah ramai set-set yang join Al-Arqam pakai purdah tutup-tutup muka. Pastu mintak derma lak dari rumah ke rumah. Mau tak bertebarai aku adik-beradik lari kalau set-set ni bagi salam depan rumah. Walaupun tengah-tengahari buta, lantak kau la. Ko bagi la salam sampai terkeluar anak tekak, aku takkan bukak pintu punya.

Kesian pulak bila ingat-ingatkan balik akak-akak ni nak mintak derma tapi aku tak bukak pintu. Takpela Kak, biasa lah adat nak berdakwah ni memang banyak dugaannya. Sabar ye?

Cuma aku tak pasti kenapa aku takut sangat dengan hantu kom-kom ni dulu.
Kalau pontianak tu kita tau dia nak gigit leher kita.
Kalau polong tu nak hisap darah orang bersalin/mengandung.
Tapi hantu kom-kom ni apa kejernya? Bagi salam pastu blah? Sangat tak thrill okkk.

Tapi hantu kom-kom ni ada preference. Dia suka kat budak-budak je. Pastu dia suka datang waktu senja.

Jadiiiiiiiiiiiii.... kesimpulannya kat sini, hantu kom-kom ni tak wujud. Ni semua modus operandi mak bapak kita dulu nak suruh kita balik rumah before senja.

Pembantu rumah aku dulu kalau mintak aku ambikkan barang dia lam bilik (masa tu dia kat bawah), kemain lagi marah aku kalau aku cakap aku takut nak naik atas sorang-sorang 'Mana ada hantu kat dunia ni!!'. Cuba kalau aku taknak benti main getah time senja tu, balik-balik alasan dia 'Biar diaaa...nanti hantu datang ambik dia bawak balik'.

Boleh eh?


Hantu yang bawak batu nisan ni aku tak sure adelah ini se-spesis dengan hantu kom-kom?

Dulu aku hafal kronologi hantu batu nisan ni. Now dah lupa sikit. Something related dengan menuntut ilmu salah. Dia kena hisap darah budak-budak 44 orang dalam masa 44 hari. Sekali tak lepas, terus jadi hantu batu nisan. Aku pun tak paham apa signifikannya kau tak dapat darah budak pastu ko nak jadi hantu bawak batu nisan? Hantu ni kononnya masa tu dah sampai kat kawasan flat seksyen 4 kat Bandar Baru Bangi tu. Konon hantu ni kendong baby jalan dari satu rumah ke satu rumah. Dia mengadu dia susah takde duit nak beli susu. Ayat dia (oh, ada ayat okkk. Kira kalau ko dengar dia cakap sebijik-sebijik camni memang konfem hantu tu lah) 'Saya susah encikkk. Anak saya dah 5 hari tak minum susu. Dah kurus keras badannya. Tengoklah kalau encik tak percaya'. Bila bukak kain tutup batu tu rupanya batu nisan.

Masa dulu memang cerita ni menakutkan la. Tapi bila pikir-pikir balik, gila tak lojik kau ada tetek, ko sumbat la tetek kau kat anak kau tu. Yang kau nak beli susu apekejadah? Lain la kalau ko cakap 'Kesiankanlah anak saya dah 5 hari tak minum Milo'. Itu baru lojik.

Masa tu boleh la aku reply 'Saya takde air Milo, air ludah ada. Nak?'

posted by green apple @ 4:21 PM  
Newer›  ‹Older
Black Cardigan For Sale! - while stock last






Those who are interested, kindly contact sixth6th_in_line@yahoo.com

Thank you.
posted by green apple @ 9:17 AM  
Newer›  ‹Older
Suara
July 28, 2010
Oh sangat la terkesima bila ada yang kata suara aku macam Ziana Zain..?????
(Tiba-tiba gigih download mp3 Madah Berhelah).

Ye, dari zaman aku berchatting kat ALAMAK lagi orang kata suara aku tak sesuai dengan muka. Ada yang lagi siapalis cakap nama aku pun tak sesuai dengan muka. Aku pun tak sure tang mana yang tak suainya. Adekah muka aku sesuai diberi nama Siti Muslihat? Atau mungkin Siti Musibat?

Atau Diana Aniston?
(ye Dianaaaa...kulit kasik buat bleaching dulu ye??)

In fact En Wan sendiri tak expect suara aku cam ni. Dia kata suara aku suara penyek.

Suara penyekkkkkkk????
Time bercakap je penyek bangggg, time orgasma berganda suara I tak penyek okkkkkkk.

Dah la cara aku chat ngan En Wan dulu cam gila ganas. Asik nak maki orang je keje. Sekali orang rogol kau baru tau.

Tengok gaya pulak cam bangsa kuar masuk club je dia kata. Dia siap bajet sure aku jenis english speaking kat rumah. Sekaliiiiiiiiiii...ambik kau. English kehapernya........Jawa perginya okkk!

Bab gelak tu memang aku dah agak orang tak terfikir aku akan gelak rabak macam tu sekali. Tapi memang aku gelak macam tu dari dulu. Ok apa gelak macam tu. Puas. Lepas. Bebas!!

Apesal ko nak tahan-tahan gelak? Tersangkut kat tekak kena kancing gigi baru ko tau. Dah nama pun gelak kan, haruslah HUARGHHHH HUARGHHHH HUARGHHHHHH. Kalau takat kih kih kih ehek ehek kih kih kih, itu bukan gelak namanya. Itu namanya GEDIK!!

Tapi eloklah kalau korang tak gelak cam aku. Tak sopan okkk gelak rabak ni. Sebab ada orang kata kat aku 'Ko gelak la rabak-rabak mulut camtu, orang leh tau lubang pepek kau besar mana'.

Ada pulak.
Ye ke?


Agak-agak korang tau tak sape orang yang sound aku tu?

Sent from my BlackBerry® smartphone
posted by green apple @ 4:43 PM  
Newer›  ‹Older
Kalau nak tembak tu tembak la jarak dekat, jangan tembak jarak jauh.



Berapa kali aku nak kasi tau kat sini yang aku memang jarang reply balik komen-komen korang dalam every entry aku???!!!!

Kalau ada pun maybe aku dalam mood menziarahi rakan blooger or aku memang tengah tak tau apa nak buat. Kalau rasa payah sangat tak payah la nak letak komen boleh takkkkkk?

Agak-agak dah 4-5 kali ko boh komen dalam blog aku tapi aku tak jengah-jengah pun blog kau, dah. Diam. Tak payah masuk lagi blog aku. Aku pun tak hadap. Tak payah nak susah-susah buat entry khas dalam blog kau memerli "ada la sorang blogger yang hebat dah mula berlagak diva" hanya disebabkan aku tak pernah masuk blog kau. Apekelancau la perangai?

Apa ko ingat aku tak tau ke ko up satu entry pasal aku?
(ye, aku memang tak tau tapi reader aku bagitau. Thanks)
Lain kali up la sampai 3-4. Baru cepat sikit kau glemer. Nak glemer sangat kan?

Kalau tujuan kau letak komen hanya sebab nak bagi aku notice kau pembaca tegar dan mengharapkan aku masuk blog kau dan letak komen pulak so that kau dapat tempias glemer, MINTAK MAAF.

WA RASA LU SALAH ORANG.

Sebab pertamanya, aku memang tak glemer. Rating reader aku belum cecah 10K sehari pun. So buang masa je ko nak carik glemer dengan kuar masuk blog aku. Banyak lagi bloggers lain yang dah berbelas tahun blogging, aku rasa ko akan cepat glemer kalau masuk blog dorang. Sila la dengan segala hormatnya terjah blog dorang pulak. See if dorang pun ada masa nak layan kau.

Keduanya, aku bukan jenis nak please orang. Bukan la bermaksud aku tak appreciate. Aku sangat-sangat appreciate lagi kagum dengan mana-mana yang rajin baca bahan tak berilmiah dari blog aku ni. Tapi nama aku nak balas SEMUA komen memang takde la. Kalau ada, ada. Kalau takde, takde. Sebab kat meja aku ni ada 3 folder application notes yang aku kena baca dah 3 bulan tak abis-abis lagi, ni nak suruh pulak aku masuk blog sorang-sorang? Plis eh? Aku nak update blog pun kadang-kadang terbabas 2-3 hari sekali.

Ketiganya, kalau takat masuk blog semata-mata nak membalas kunjungan sebab takut reader kecik ati takmo masuk blog kau dah, sori itu sangatlah bukan aku. Apa gunanya ko masuk blog orang tapi takat scan-scan entry pastu letak komen merepek-repek like "Comelnya anak u, dah berapa tahun?" padahal entry previous terang-terang tunjuk birthday party anak yang ke lima tahun. Jangan jadi bangang ok? Kang ilangkan nak buat ramah terus orang cakap kau bodoh "You buta ke tak baca entry semalam?"

BTW, apesal aku yang kau jadikan bahan entry?
Aku ada kacau bijik kau ke?
posted by green apple @ 2:27 PM  
Newer›  ‹Older
Latest offer from En Wan
July 27, 2010



From: "wanmohdridzuan"
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, July 27, 2010 3:20:19 PM
Subject: Re: Levi's


Oh ye. Hari tu GAP jeans untuk perempuan ada lagi, jenis Boot Cut. Lope nak ambil gambar boot cut yang budak perempuan kirim hari tu. Tapi biasalah pinggang porempuan jepun ramping, kalau size 25 kebawah banyak lah. Tanyalah kot-kot yang perempuan ada nak kirim, abang belikan.





From: Diana Ishak
To: WMR
Sent: Tue, July 27, 2010 3:46 PM
Subject: Re: Levi's

So maknanya size 25 ke bawah semua RM120 kan?





From: "wanmohdridzuan"
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tue, July 27, 2010 3:51:29 PM
Subject: Re: Levi's

ye baby....sapa yang kurus boleh lah...

Di share suar abang je la. Ekekek..






Hoi! Tak kelakar la hoiiiiiiiiiiiiiiiii!!!



p/s : Ladies, kalau nak order, kasik tau cecepat eh?






posted by green apple @ 3:59 PM  
Newer›  ‹Older
BETUL!!





SEMUA TEKA DENGAN TEPAT!


Ini bermakna kepelatan Ija dah berkurangan.
Tapi sumtimes aku still tak paham apa bijik butir dia cakap, aku main 'iye'kan je. Janji dia senyap.

Kalau korang dengar dia agah adik dia lam perut :

Version pertama :

Pok amei-amei
Kalang tupu tupu
Atik minum susu
Nanti main nagn abang

Pastu dia siap high 5 lagi ngan perut aku.


Version kedua :

Amei amei-amei
Kalang tupu tupu
Baby minum botol
Minum susu

Belasah laaaaaaa.

Tapi yang buatkan En Wan bergenang airmata tengok video ni hari tu bila Redza cakap :

"Mama hundred. Baby pulak ninety. Papa twenty hundred. Sebab Ija rindu Papa".

Boleh la pulak laki aku yang selama ni macho taknak menangis tu bergenang airmata tengok. Alaaaaa....takat anak cakap macam tu pun nak cengengggg. Time aku bersalin meneran sampai nak tertanggal bontot ko sikit tak nangis kannnnn???


Ayat last Redza penutup video...

"Dulu masa mama tak kawan Ija kan, dulu kan, mama marah Ija kan? Pastu Papa marah Mama kan? Pastu mama nangis".

Satu Malaysia tau aku penah kena marah ngan En Wan sampai nangis eh?

Tapiii, wa takde hal.
Prinsip wa senang.
Lu marah wa sampai nangis, wa pastikan 2 minggu lu main telor lu sampai lu menangis-nangis sorang-sorang. Wa takkan layan dahhhhhh.





p/s : opssss...sorry ye aunty-aunty UKM. Bahasa saya adelah tak memuaskan hari ni.

posted by green apple @ 11:12 AM  
Newer›  ‹Older
LEVIS


PERHATIAN!!






Those yang pesan GAP size 40 hari tu yang telahpun diberitahu size tu dah habis, En Wan kata kalau LEVIS ada.

Mana yang pesan size 34 hari tu semua telah ditukar ke LEVIS (RM160).

Tapi untuk size 38 and ke atas, harga dia RM199. Aku pun tak sure apesal, sila refer ke email En Wan :



From: "wanmohdridzuan">

To: aveo757@yahoo.com

Sent: Tue, July 27, 2010 7:30:07 AM

Subject: Jeans Levis


Salam Di,

Nie gambar jeans levis yang abang beli tempoh hari.

Cuba tanya Neo...kalau dia boleh tukar pada jeans levis ....tapi harga dia RM160. Dia nak size 32 kan?

Lepas tu, sapa yang order size 40 itu hari?....Size nie jeans levis ada.....tapi harga dia lain pasal ini dah size besor...RM199. Cuba lah tanya diorang ye?

Ada sapa lagi nak jeans levis? Kalau sempat hujung minggu nie last pi beli.....sebab next Sabtu abang dah ada sebelah awak..hmmmmmmmmmmmmmmmmm..

Bye.







P/s : Apesal ada "Hmmmmmmm" kat hujung ayat???

posted by green apple @ 10:10 AM  
Newer›  ‹Older
Kamus Redza datang lagi




KALANGTUPUTUPU




posted by green apple @ 9:44 AM  
Newer›  ‹Older
Update perut
July 26, 2010




Gambar ini jelas menunjukkan bahawa objek sangatlah tak boleh menerima kenyataan pinggang dah takde, nak jugak sengetkan badan sikit biar nampak curve kat pinggang padahal pinggang kau sebenarnya dah straight.

Adik-adik mana yang belum pregnant ni akak nak pesan, kalau mental belum cukup kuat nak tengok diri sendiri dah bulat time pregnant sok, tolonglah jangan pasang cermin besar-besar lam bilik ye? Akak ni pun ada rasa nak abugen-kan aje cermin ni.




Inilah perut saya sekarang. Takde la besar mana pun. Tapi bolehlah nak bagi saya mengah walaupun cuma bergerak sekitar dalam rumah je. Berat terkini adelah 53.6kg di mana saya merasakan bahawa berat baby hanyalah 600g, selebihnya tak tau la berat apa. Berat dosa kottt.



Nota kaki : walaupun tetek akak nampak kecik di dalam gamba tapi pada hakikatnya ia sudah 38B. Voila!!

posted by green apple @ 1:01 PM  
Newer›  ‹Older
Malapetaka
July 25, 2010
Aku baru nak update cerita best punya sekaliiiii Mak Aji bawak balik story kawan-kawan dia jemaah tengok blog aku.

Ok sekarang aku ada beberapa option :

1. Memprivatekan blog ni so that aku boleh memaki hamun sesedap rasa.

2. Men-cas ayu secara tiba-tiba je aku menulis gaya sasterawan.

3. Mendelete terus blog ni so that aku pun senang takyah update lansung.

4. Buat bodo dan terus memblogging cara Green Apple sambil menunggu di-fire oleh Mak Aji.


Harap maklom.
Sent from my BlackBerry® smartphone
posted by green apple @ 7:39 PM  
Newer›  ‹Older
Payment
July 22, 2010
SORRY BANYAK-BANYAK KAT IZYANA SEBAB AKU PI BAGI DIA AKAUN CIMB TAPI SURUH BANK KAT MAYBANK.

Akak dapat bayangkan betapa kau berpeluh masukkan duit tak lepas-lepas, dik. Maapkanlah akak kau yang blur ni.

Konfius jap akaun bunga konvo and GAP Jeans.

Macam ni la, to those yang dah letak order, utk kesenangan aku biar tak blur (aku ni tengok nombor pun bengap ok), sila bank inkan payment untuk both bunga and jeans to :

DIANAWATHY ISHAK
162487053797
Maybank

Thank you.


Sent from my BlackBerry® smartphone
posted by green apple @ 5:09 PM  
Newer›  ‹Older
Apa ada pada nama



DIANAWATHY
DDinamik
IIkhlas
AAmanah
NNaif
AAlim
WWarak
AAbadi
TTulus
HHarum
YYakin
Apa ada pada nama?



WARAK.
ALIM.


Ni perli ke apa??


Tak kisahlah. Yang penting aku HARUM.

Ada sesiapa nak try?
Ambik bau saje.

posted by green apple @ 2:46 PM  
Newer›  ‹Older
Saka





Musibat gila video ni, buat aku takleh tido malam je semalam.
Kejap-kejap aku terjaga.
Tak tau apesal aku boleh teringat gila ngan muka pompuan lancau ni. Aku rasa mau 50 kali aku baca ayat Qursi baru leh tido. Gila sumpah tak penah aku takut sampai macam ni sekali. Aku nampak pontianak melintas depan mata pun tak takut macam ni okkkk. (ni bukan cerita eh, ni memang aku nampak masa kat matrik dulu, kat bilik Rozie).

Aku tak sure la if ini betul ke tak, tapi tengok cara jalan macam manusia yang normal, maybe otak dia je yang tak normal kot. Kot nak buat lawak pun biarlah yang betul-betul kelakar okkkk.

Tapi maybe jugak betul kan?

Aku rasa penah tertengok video kat YouTube ada gambaran kuntilanak kat tengah-tengah audience yang tengah tengok Indonesian Idol. Pandai-pandai la korang carik kalau dah takde keje sangat nak buat.

Tapi kan, Subuh tadi aku tak sure if aku ternampak sesuatu yang pelik ataupun aku tengah mamai. Sebab cam tak lojik je aku nampak hantu sebab masa tu dah pukul 6.10am.
Aku nampak ada benda berjalan tepi tingkap bilik aku ni. Bilik aku tingkat atas ye, puan-puan. Siapa pulak yang gila nak panjat bumbung aku pagi-pagi buta? Kalau itu hantu, kenapa kau tak masuk, sebab tingkap aku dah kangkangkan luas-luas?

Aku anggap je la aku tengah mamai eh?

Tapi last few days ada orang forwardkan kat aku about Saka.
Dia cakap Saka ni boleh ditransferkan ke kita melalui macam-macam cara yang kita tak sedar. Dia pass pinggan pun saka boleh terlepas kat kita.

Antara hint-hint yang kita dapat saka adelah :

1. kita selalu mimpi pasal baby / pegang / dokong baby
Nehi!!!! Tak penah mimpi selalu. Baru sekali je, tu pun sebelum tau pregnant.

2. selalu nampak bayangan orang melintas dalam rumah.
Kadang-kadang terperasan gak tapi Mka Aji kata orang tua-tua cakap bendalah ni dipanggil 'semangat rumah'. Aku pun tak sure apa yang semangat rumahnya. Buat aku lemah semangat lagi ada.

3. bleeding (kalau yang pregnant)
Agak scary jugak la bila baca point ni, tapi aku beranggapan je la yang aku bleeding sebab uri kat bawah, bukan sebab saka.


Aku tanya Mak Aji 'Ma, klorga kita ada tak history yang membela apa-apa?'

'Nak membela apanya lagi, nak bela kau pun dah satu hazab'.


Kan aku dah cakap.
Dia memang suka sabotaj aku!

posted by green apple @ 8:32 AM  
Newer›  ‹Older
Ni namanya "kantoi service over".
July 21, 2010



Tadi tengahari aku telah kantoi dengan sendirinya.


Ija : Maaaa, Ija tanak sunat.

Aku : Mana boleh. Semua boy kena sunat!

Ija : Dia potong Ija punya bird nanti.

Aku : Dia potong sikit je. Tak sakit. Dokter tu nanti tidokan Ija, Ija tak rasa sakit lansung.

Mak Aji : Nape Ija tanak sunat, sayang? Cuba cakap dengan nenek.
(alahai nenek dia sikit punya diplomasi kalau cakap dengan cucu. Cuba kalau cakap dengan aku tu, kalau tak menengking tak sah)

Ija : Mama kata kalau sunat nanti bird Ija jadi besar.

Aku : Alaaaa. Bukan dia jadi besar sangat pun. Jadi besar cam Papa je.


Tetiba aku tengok Mak Aji pandang muka aku.


Mak Aji : Hei, kau tengok laki kau punya ye??




La??
Takleh tengok ke?

Tak tau punnn.

posted by green apple @ 3:19 PM  
Newer›  ‹Older
Sabar menanti





Tiada kata bagimu sebagai buluh perindu, kanda nantimu
Bekalku hanyalah rindu walau dipisah lautan, duhai kasihku
Kala senja dikau datang walaupun hanya lamunan, aduhai
Sabarlah menanti ku takkan lama

Daku pergi demi tugas walau apapun beratnya, oh relakan
Pesanmu tak kulupakan sumpah setia demi cinta, oh percayalah

Bila sinar suria menghampiri dikau
Sabarlah dik sayang, ku kembali...



Pagi-pagi lagi En Wan dah buat aku menangis bila emailkan lagu ni kat aku.
Dah la tinggalkan aku lama, pastu buat aku melalak pagi-pagi.
Mati mood aku nak buat keje hari niiiiiiiiiiiiiiiii.

Tapi aku jugak yang gatallllll.
Semalam aku pi email dia tanya 'Ni dok jauh-jauh ni, sayang Di lagi tak?'.
Padahal dah terang-terang orang tu dok ingat aku siap belikan hadiah lagi, tapi biasalah kan, biar drama sikit...ngahaha.


Re: Miss u

From:
"wanmohdridzuan@"

To: aveo757@yahoo.com



Mestilah sayang....rindu jangan cakap lah.....

Tapi tak leh layan sangat perasaan....nanti tak boleh buat kerja kat sini....

Take care baby ....




Tang "BABY" tu yang buat aku tersedak.
Bila pulak si Paung ni tau guna perkataan BABY???

Ni la dia kan.
Dah dok jauh, aku tanya sebaris ayat je, dengan willingnya dia balas sampai seperenggan.
Cuba kalau time aku kat sebelah dia tercongok tu, asal aku tanya 'Sayang Di tak?'

'Hmmm'. (sambil baca sokabar, toleh pun tak).

Itupun mujur dia nak jawab.
Kengkadang sampai sudah aku tercongok depan dia tunggu dia reply, dia buat dek je.
Boleh pulak pandang muka aku balik and tanya 'Nak apa?'.


Ni aku nak tepekkan something untuk renungan para suami (lebih-lebih lagi laki aku). Email ni aku dapat dari siapa eh, lupa pulak.

Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?


1. Sentiasa berdoa agar disayangi
Ni aku tak pasti lah sebab dia yang kena doa, bukan aku.


2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
Oh, ni laki aku memang tak pernah tak buat. Asal sampai depan pintu rumah je, memang dia tegur.

'Di dah masak?'

Kira masuk dalam kategori tegur jugak la kan?


3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
Ini pun ada. Hari-hari dia mesti call aku kat opis tanya :

'Ada kat opis ke?'
'Ha'ah. Nape?'
'Free tak lunch time?' (time ni aku dah berbunga-bunga dah. Laki gua nak ajak makan okkkkkk)

'Teman abang gi bank jap, awak tunggu dalam keta. Susah dapat parking kat Taipan'.

Terus rasa nak makan ubat gegat.


4. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
Ha dengar ni para suami!!!!
Belikan minyak wangi okkkkkkkkkkkkkk.
Ini tak. Lagi aku mengamuk, lagi dia buat dek.
Aku jugakkkkk yang akhirnya kena pujuk.
Dah la dia merajuk sah-sah aku yang memujuk. Aku yang sentap pun, aku kena pujuk dia.

Moral : Jangan kawen dengan anak bongsu.

Ngagagaggagaga.


5. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
Fuhh, ni kalau En Wan baca ni, ayat konfem dari mulut dia 'Eleh, ni mesti orang pompuan yang reka point-point ni'.

Jadi, aku batalkan aje la niat nak forward email ni kat dia. Buat jadik bahan bergaduh je time-time jauh macam ni.


6. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
Harammmmmmmmmmmmmmmmm!.

Asal aku tanya :

'Bang, ok tak kalau Di kaler rambut and rebonding?'
'Berapa tu?'
'Macam biasa la, RM800. Sekali ngan treatment'.
'Takyah la Di, rambut skarang pun dah cantik'.

Aku pakai duit aku lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!


7. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
Kalau aku ngan En Wan ada krisis waktu pagi, jawabnya malam kang la baru bercakap balik. Takde de dia nak pujuk aku siang-siang. Selalunya time nak tido baru dia pujuk aku. Well....


8. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
En Wan kalau boleh dia taknak aku perasan pun dia kuar pi Giant. Sebab dia tau aku akan pesan macam-macam benda. Benda-benda yang dia cakap merepek.
Merepek kah kalau aku pesan beli Cheese Kraft, eskrim choc chip, Twistis, Apple Juice, Ferreo Roche, bla bla bla.....???


9. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
Seb baik laki aku jenis tak suka memeluk okkk. Sebab kalau dia dah start peluk, pelukkannya tidak tamat di situ saje. Konfem akan meleret-leret hingga menjurus kepada tindakbalas kimia yang lain. Abis kalau ko dah suruh "peluk sekurang-kurangnya empat kali sehari", jawabnya.....melecet kangkang aku sialllllllllllll.


posted by green apple @ 9:15 AM  
Newer›  ‹Older
Ija berlatih dancing for concert
July 20, 2010





Nak sangat tengok Ija kan?
Ha, tengok lahhhh.









p/s : errr...ada yang mati ke dengar aku gelak?


posted by green apple @ 10:36 AM  
Newer›  ‹Older
Di mana kau sorokkan suami saya???????





En Wan : Di, abang dah beli baju raya untuk Ija. 3 helai. 2 GAP, 1 OshKosh. Suar beli kat Mesia.

Aku : Ok.

En Wan : Abang beli jeans untuk Ibal. Yang macam dalam gamba abang email tu.

Aku : Yup, dah bagitau Ibal dah suruh tengok dalam blog Di.

En Wan : Untuk mama and papa nak beli apa ye?

Aku : Sukati la. Abang ni shopping gila-gila ni, ada duit lagi ke? Ada 3 minggu lagi abang kat sana tau.

En Wan : Ada, don't worry.

Aku : Abang tinggalkan ATM kad abang kat Di ye? Di baru perasan last week. ATM kad Di pun abang pulangkan eh?

(gila kauuuu, boleh aku tak perasan ATM kad dia dalam purse aku. ATM kad dia okkkkkkkkkkkkkkkkkkkk)

En Wan : Ha'ah. Naper? Di nak draw duit ke?

Aku : Tak reti.

En Wan : Dah agak dah. Sebab tu abang tinggalkan. Hahaha. (oi! tak kelakar ok?)
Di nak apa from Japan?

Aku : Entah lah, tak tau nak pesan apa. Nak beli baju pun bukannya muat dah skang ni. Perut dah besar.

En Wan : Noritake noritake tak boleh okkk. Yang dulu pun awak simpan je, bukannya pakai.

Aku : Takyah beli apa-apa la. Takde mood nak beli barang skarang ni. Di rasa baby ni sangat jimat la, Bang. Sejak pregnant, malas gila nak shopping.

En Wan : Di, kat Fukuoka dah ada Coach butikkkkkkk. Dulu abang blaja sini takde pun lagi.

Aku : Dulu tu bilaaaaaaaa. Tahun 1997, bro!!

En Wan : Kat sini handbag Bonia takde yang abang berkenan la, Di.

Aku : La, Di ada pesan ke abang beli handbag?

En Wan : Takde la, abang carik-carik la jugak. Kot la jumpa. Di taknak?

Aku : Bonia pun ada kat Malaysia, bang. Takyah la. Bang, purse Junko Koshino yang abang belikan masa kita first met tu ada lagi tak bang? Yang **** (tungau) curik tu. Seminggu je sempat pakai.

En Wan : Mana ada dah pesen tu.

(senyap kejap)


En Wan : Guess what?

Aku : What?

En Wan : I bought for u sumthing...cuba tgk attachment.


Dan saya pun membuka attachment itu....
































SPEECHLESS.




Tapi kejap je la aku punya SPEECHLESS.


Aku : Coach????????

En Wan : Tak suka?

Aku : Bukan tak suka.....abang sedar tak harga dia berapa?

En Wan : Tau. Abang yang beli, abang tau la. Cuma abang heran.

Aku : Apa?

En Wan : Dari dulu lagi abang asik dengar kawan-kawan abang cerita pasal bini pakai Coach, beli Coach. Awak tak penah cerita pun pasal beg ni.

Aku : Banggggggggggggggg, nak beli Bonia pun pikir tujuhblas kali okkkk.



Aku macam tak caya dia belikan Coach.
Like...En Wan belikan aku handbag COACH????

Ini laki aku ke, alien????
Sumpah tak percaya.


Tapi, mungkin inilah penangan berjauhan dari bini.
Takyah mintak pun dapat hokeyyyyyyyyyyyyyyy.


Bang, silalah pegi outstesen lagi pasni.
Setahun pun takpelah. Adinda redhooooooo.

posted by green apple @ 9:03 AM  
Newer›  ‹Older
Jeans GAP - SALE!
July 19, 2010



Pandangan depan


Pandangan belakang




Tajuk seluar : GAP JEANS, REGULAR FIT STRAIGHT

Harga : RM120 with delivery.
(those yang duduk area Klang Valley, ambik sendiri kat rumah aku. Jangan lupa bawak goreng pisang sekali, nanti aku buatkan teh O)

Tapi jeans ni hanya untuk lelaki je sebab En Wan tak pandai adjust bontot dan pinggang wanita. Bontot aku je dia pandai adjust, tu pun kengkadang fail.

Yang berminat, bagitau aku before Jumaat ni ok? Dia cuma ada Sabtu ni je untuk tolong belikan. Pastu dah busy.

Email to : aveo757@yahoo.com
posted by green apple @ 11:52 AM  
Newer›  ‹Older
Isap botol?




Gambar malam tadi. After 2 weeks, baru Ija dapat tengok Papa dia.
And the best thing was, anak tak apa-apa, bapak dia yang sebak bergenang airmata bila Ija cakap "Papa, Ija sayang Papa banyak-banyak!!".


Ini pula perbualan antara ibu dan anak semalam, di kala tengah minum petang, disaksikan Mak Aji dan Pak Aji....


Ija : Ma, nanti baby isap botol Ija ke?

Aku : Tak, mama belikan baby botol lain.

Ija : Oh ye keeeeeeee. (senyum suka sebab botol dia terselamat)

Ija : Nape baby tak isap tetek Mama?

Aku : Tak boleh.

Ija : Naper tak boleh?

Aku : Baby kan dah ada botol, dia isap botol lah.

Ija : Kalau Papa tak belikan baby botol baru, dia ambik botol Ija ke?

Aku : Tak, kalau dia takde botol, nanti dia isap tetek Mama.

Ija : Macam Papa kan? (dengan muka yang sangat series bertanya soklan).


Boleh bagi idea tak celah mana aku nak sorok muka aku tatkala minum petang dengan position Pak Aji betul-betul depan muka aku???

posted by green apple @ 11:13 AM  
Newer›  ‹Older
Nasihat



Reason saya menukar profile pic yang muslimah itu kepada gamba asal adelah kerana ada anonymous yang mengkomen kat blog
"Tukar gamba bertudung tu dah habis buat jahat ke belum?".



Maka di sini jawapan saya :

"Saya bertudung sebab lagi senang nak buat jahat daaaa. Orang tak suspek apa-apa, betul tak?".



Dah tau tak suka, tapi siap boleh ada dalam FB list aku tu. Series tak paham apa jenis manusia macam ni. Aku nasihatkan kau, renti-rentikan lah stalk aku, sebab aku sangat happening. Silap-silap kalau tak kuat semangat, ko boleh jadi bipolar melihat ke-happening-an life aku.


p/s : aku bukan marah....nasihatttttttt.


posted by green apple @ 10:13 AM  
Newer›  ‹Older
Teddy Part 2
July 14, 2010



Size bear : 5 inch
Gambar bawah tu adelah saje-saje je ye. Yang ni kalau ada yang berminat nak buat gift untuk aqiqah or birthday party, boleh contact gue.


Saiz bear : 12 inch

Dua-dua gambar ni bear with bunga mati eh, bukan fresh flowers.



Sorry pada yang mintak aku upload more teddy pics. Hari ni baru sempat nak upload. Ni je yang ada dalam koleksi aku setakat ni, ambik pun ngan HP je. Yang lain semua tengah bersusun kat rumah Mak Aji.

Those yang tanya fresh flowers, YES, memang ada. Tapi kita akan pack on the day itself. Tapi boleh order now so hari konvo tu korang boleh ambik kat Booth 9 or boleh request untuk kita deliverkan. Mana yang kitorang dah pack siap-siap sekarang cuma bouquet bunga mati.


Options :

1. Bear with fresh roses
(tapi kalau nak bunga lain like sunflower or lily pun boleh. Bunga tu biar yang aku senang nak carik eh, jangan nak bagi aku nama bunga yang merepek-repek. Aku hantar bunga api kat rumah kau kang)

2. Bear with dried flowers

3. Bear with Ferrero Roche
(tolong laaa hadiahkan aku ini. Time aku konvo dulu coklat pesen ni lom ada)


Details :

1. Bear 12 inch with 7 roses di tengah-tengah : RM***

2. Bear 12 inch dikelilingi 14 fresh roses : RM***

3. Bear 5 inch dengan 3 fresh roses : RM**

5. Bear 5 inch with 5 fresh roses : RM**

6. Bear 5 inch with 12 fresh roses : RM**

7. Bear 12 inch with 6 pcs of Ferrero Roche : RM**

8. 1 bouquet of fresh roses with 6pcs of Ferrero Roche : RM**


Custom order juga diterima, sila email gue untuk details of harga and ordering form.
posted by green apple @ 8:36 PM  
Newer›  ‹Older
Mungkinkah?



Sebarang rayuan untuk mendapatkan url blog tungau adelah tidak dilayan. Memang dari dulu aku hanya bercerita and letak gamba dia je suruh korang teka tapi nak bagitau jawapan memang takde la. Let my frens yang mana-mana tau cerita sebenar tu bagi komen and korang nilaikanlah sendiri cerita tu betul ke tak.

Kepada yang gigih nak bagitau url tungau tu, nasihat aku 'Jangan menyibuk boleh? Sebab aku pun rasa kau tak tau cerita hujung pangkal. So paddle in with your business'.

Semalam time dinner nagn Pak Aji berdua kat dapur, tetiba je Pak Aji buat statement 'Rumah kau ni insyallah, takde apa-apa'.

Tetiba je nak buat ayat penyata macam tu tengah aku sedap-sedap menala nasik tomato.
Terus aku nak kencing pun bukak pintu semalam.

Apesal tetiba Pak Aji cakap macam tu???

Dah la Mak Aji menambah, 'Papa dah pagar dah rumah kau ni, dia start dari senja semalam, dari pokok buluh kau'.

Oh! Taik lahhhhh.
Buat aku semakin gabra nak kencing walaupun bukak pintu.
Teman boleh, Pa?

Panggggggggggggggg!!
Kena lempang Mak Aji sedas.

3-4 hari lepas, adik aku, Ima mengadu sakit badan, tulang-tulang, urat-urat sampai tak boleh nak bergerak lansung. Nangis-nangis dia call Mak Aji bagitau dia sakit. Aku dah suruh Mak Aji lari ke JB kejap, jaga adik aku pulak. Tapi Mak Aji kalau boleh nak suruh Ima datang sini, semua berkumpul rumah aku, senang dia nak jaga sekaligus. Sedih pulak bila Mak Aji cakap 'Takpe, biar Mama jaga semua, tanggungjawab mama ni nak jaga anak-anak'.

Syahdu okk dengar mak cakap macam tu.
Padahal anak masing-masing dah 30-an.

Semalam Ima call bagitau dia batuk berdarah pulak.
Lagi la semua gabra.
Ibal siap nak mintak cuti sebab nak jaga aku kat sini (kau nak jaga aku??? ye sangattttttt) sementara Mak Aji and Pak Aji gi JB.

Tadi pagi Ima call bagitau, dokter cakap takde apa-apa.
Tapiiiii, Utsaz yang dia jumpa cakap ada gangguan sikit kat badan dia, Ustaz tu sepit jari dia, dia rasa sakit gila babi. Lepas minum air jampi kot, alhamdulillah ok sikit.

Tetiba aku teringat mimpi hantu yang aku selalu mimpi masa aku bleeding.
Mungkin betul orang cakap pompaun time mengandung ni la banyak benda nak berkenalan. Tapi masa time mengandung 1st baby dulu kitorang dua ok je. Takde pulak masalah and mimpi-mimpi merepek macam ni.

Mungkinkah hantu yang masuk mimpi aku tu adelah hantu yang tensen akibat En Wan halau dia dengan secara kurang ajaqqqqq 'PERGIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!'???

Mungkin kah?



posted by green apple @ 10:47 AM  
Newer›  ‹Older
Blog dia??? Plissssssssssss.
July 13, 2010



Taiklaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah.

Boleh pulak pagi-pagi buta ni blog hop
sekaliiiiiiii
termasukkkkkkk
katttttttttt
bloggggggggg

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

pantekkk!!!



Blog tungau.


Tak berapa nak update sangat la, cuma ada gak gamba dia, wife and anak-anak.

Tetiba hati aku mendidih-didih.
Bukan mendidih tengok life dia. Sorry la aku nak jaki dengan life dia.
Cuma aku masih rasa troma dengan apa yang dia buat dulu.

Tapi mungkin dia dah berubah kan. So aku wajar maafkan dia.
Cuma, the cut tu terlampau deep sampai sekarang aku masih lagi termimpi-mimpi dia lempang aku.

Mula-mula dulu memang aku meroyan kalau terfikir pasal dia ni.
Rasa tak puas hati tu terlampau meluap-luap.
Rasa nak balas dendam gila-gila. Tapi pikir-pikir balik nak balas dengan apa? Penumbuk dia je dah penuh satu muka aku, takat tangan aku ni, muat-muat lubang hidung dia je. (gila ekzejeret punya explanation)

So aku balas dengan buat dek and buktikan kat dia yang life aku tanpa dia jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lebih baik. Walaupun dia tak tau camne life aku sekarang, cukuplah aku saje yang tau how bertuahnya aku tak hidup dengan dia.

Dulu time bercinta aku selalu menangis takut hilang dia. Sebab aku rasa macam dah takde saper dah nak kat aku kalau dia taknak. Bukan takut tak kawen-kawen, tapi takut aku takde tempat nak bermanja-manja. Dengan dia, dapatlah aku bermanja-manja tapi sekali-sekala je la. Selalunya dapat pelempang. But still, aku bertahan jugak sebab aku tak berpeluang kenal dengan lelaki lain (atau dengan bahasa lain, lelaki lain tak hingin nak berkenalan dengan aku), so aku stay jugak dengan dia. Makan pelempang pun makan pelempang lah.

Oh time tu sumpah takde orang yang lagi hensem dari dia okkkk.
Sampai aku rejek orang lain yang nak kenal ngan aku (eh ada ke?)
Pernah berjanji siap nak sehidup semati. Jiwang tak agak-agak.
Seb baik la aku tak sehidup semati dengan dia. Cara-cara hidup bersama pun dah macam nyawa-nyawa ikan. Inikan nak mati sekali?
Pergi mati la kau sensorang.

Aku pernah tipu Mak Aji konon nak beli buku rujukan tapi sebenarnya nak bagi dia duit sebab dia takde duit nak makan. Ni namanya sayang tak bertempat (or bangang tak bertempat???).

Bila pikirkan balik, gila bangsatnya perangai aku siap boleh tanggung pakwe (bukan aku tanggung, kira macam Mak Aji yang tanggung). Betul la kata pepetah, cinta itu buta.
Padahal kalau nak ikutkan, aku dah boleh berfikir dengan waras time tu.

Laki macam ni ke aku nak buat suami kalau makan sendiri pun mintak makwe supply?
Laki macam ni ke aku nak buat jadi suami kalau aku lagi banyak makan pelempang dari makan nasik?
Laki macam ni ke aku nak buat jadi suami kalau kau yang fail exam tapi salahkan aku sebab menyebabkan kau hilang fokus pada study when you yourself sedar yang kau memang dah bodoh sejak azali?

Semuanya aku sedar hanya apabila aku dah kenal En Wan.
Mungkin orang yang memihak pada dia akan anggap aku macam 'sudah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi'. Memang la, sebab kau tak rasa penampar dia. Cuba rasa tengokkkkk. By the way, gading baru yang aku dapat ni memang lagi best dari tanduk lama. Eh.



Ok tetiba aku rasa troma balik.

Nak tau blog dia, carik sendiri. Sekian.

posted by green apple @ 6:09 AM  
Newer›  ‹Older
Teddy
July 10, 2010

Nampak anak-anak beruang yang telah berjaya hingga ke menara gading ini?

Inilah pemandangan sebenar atas katil adik aku hasil keje tangan Mak Aji yang sedang bertungkus-lumus siapkan bouquet utk konvo UKM next month.

Ni pun dia takde kat rumah dari pagi gi siapkan bouquet teddy with ferrero roche pulak. Fresh flowers bouquet hanya akan dibuat on the konvo day itself. Yang dah ready sekarang adelah teddy with bunga mati. Aku tak tau la berapa banyak anak beruang lagi yang dia bawak balik petang kang. By end of next week aku jangkakan toksah kata bilik adik aku, dengan bilik-bilik aku sekali penuh ngan anak-anak gorilla ni.

Buat masa sekarang aku belum dapat information lagi apa nombor booth dia, but aku akan cuba sama-sama memekik menjual anak beruang pada hari itu.

Kalau ada yang berminat nak place book or nak custom made or nak tau lebih lanjut, boleh email kat aveo757@yahoo.com (gua punya email, Mak Aji ni bisnes je ada, email yilek).

Gambar-gamba secara close up and personal akan diambil kendian sebab kameraman adelah bersantai-santai di Melaka buat masa sekarang.

Ok, nak makan nasik jap.


Sent from my BlackBerry® smartphone
posted by green apple @ 5:01 PM  
Newer›  ‹Older
Orang-orang sekarang.......dah macam beruk pun ada jugak aku tengok.
July 08, 2010



Semalam, teacher Redza call aku bagitau yang Redza tersadung kaki time berlari-lari anak (ko jangan nak kencing aku ye Teacher, aku tau anak aku tak pernah berlari-lari anak. Ni mesti dia lari pecut ni) kat skolah lalu tergesel sikit pipi dia kat tanah maka terhasillah sedikit calar kat pipi.

Cara cikgu tu call aku macamkan anak aku lebam satu muka, padahal aku tengok alahai seciput je pun calar. Kesan calar aku belasah dia ngan hanger lagi panjang okkk. Lagipun anak aku tu hitam, takat calar segaris dua tu tak nampak punya. Cuma yang aku concern kot la terhentak kepala dia kat tanah, tapi cikgu dia kata takde. Dan melihatkan pada baju skolah Redza, aku bajet takde la teruk sangat insiden tu terjatuh tu. Tapi tu la kan, cikgu-cikgu sekarang ni, agaknya cukup takut mak bapak serang skolah bila tengok anak dorang calar-balar as if cikgu tak menjaga anak dorang betul-betul. Sometimes kesian pulak aku tengok cikgu-cikgu zaman skarang ni.

Ingat lagi masa adik aku jadi guru sementara kat Bangi, dia pi jemur satu budak tu kat luar kelas, sekali kena sound ngan guru besar. Alasan, takleh jemur budak, nanti budak pengsan.

Ok. Takpelah. Masuk akal.

Kawan aku pulak kena sound dengan cikgu disiplin (cikgu yang kena sound, bukan murid) sebab dia suruh budak berdiri atas kerusi sampai habis kelas sebab budak tu tak siapkan homework.

Berdiri luar kelas tak boleh.
Berdiri dalam kelas pun tak boleh.
Hanya kerana dia kena berdiri atas kerusi maka jadi tak boleh??
Kalau aku suruh berdiri tepi kerusi boleh tak agak-agak?
Kena berdiri jugak namanya kan, cuma bukan atas kerusi. So apa beza?

Takat berdiri satu masa je pun boleh pengsan ke???
Perhimpunan yang sampai sejam lebih tu pun kau boleh berdiri, takkan berdiri atas kerusi 45 minit pun nak mengadu kat makbapak kot?

Aku ni dulu toksah kata berdiri atas kerusi, siap kena berdiri atas meja makmal lagi. Tapi bukanlah nak kata aku takde hal berdiri atas meja ni semua, cuma kau sendiri boleh pikir lah takde saper cikgu yang gila nak pedajal kau kalau kau tak buat salah. Dah buat salah tu terima je la hukuman.

Kau boleh bayangkan tak berapa tingginya darjat aku berdiri atas meja makmal hanya sebab aku lupa nak tulis RUMUSAN and OBJEKTIF kat buku lab? Sikit punya kejam apa cikgu aku. Tapi aku takde la nak mereport kat Mak Aji segala. Kalau aku report pun bukan dia kesian, dia tambah cop mohor kat peha lagi ada.

Rasanya adik aku kot yang cerita kat aku masa dia jadi cikgu sementara dulu, ada satu kes parents serang bilik guru siap maki hamun cikgu nak bawak masuk court segala sebab anak dia kena denda. Siap cakap dia Profesor Madya bla bla bla ntah apa kaitan ntah.

Halo makcik, anak kau kena DENDA okkkk. Bukan kena DERA!
Dah tua pun bodoh.

Makcik tu bengang ngan cikgu tu sebab dia tak percaya anak dia berperangai nakal kat skolah sebab anak dia baik sebaik-baik umat kat rumah.

Of cos laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Nak mati ke buat perangai dajal depan makbapak?
Aku pun tak berani dowhhhh.

Yang makcik ni pun kot la 'saya kenal sangat dengan anak saya tu, dia baikkkk', janganlah main serang je cikgu. Apa ko ingat cikgu tu gila ke nak denda anak orang suka-sukia hati. Cikgu tu pun skolah okk. Dia pun tau undang-undang. Cuma bezanya dia takde title DOKTER macam kau, tapi tak bermakna dia bodoh.
Eh, tetiba aku emo over.

Sebenarnya aku tengah bengang ngan satu customer aku ni.
Actually dah 2 minggu dia dok pung pang pung pang memekak dalam email aku. Telifon je la aku maki terus kalau kau berani. Tak pulakkkkkk.

Kesnya sebab dia hantar sample bacteria untuk kitorang buat bacterial ID. Aku nak cerita detail pun pasal sample-sample ni rasa tak payah la kot. But result yang we all dapat tu was based on NCBI website (microbiologist tau la website ni).

Mati-mati dia tak accept result tu.
Siap kata aku tak skillful la, aku tak paham area dia la.
Pantek siallllll.

Dah la kau nak aku bagi written and CD format report berserta segala reagent, protokol and gamba-gamba PCR segalanya lengkap so that thesis pHD kau gempak as if kau yang buat eksperimen ni, pastu kau nak argue result aku. Kalau kau pandai sangat, apesal kau tak buat sendiri bahalol? Kalau tak tau tu senyap je la sudah.

Aku siap refer result ni kat another customer yang juga senior aku masa kat U dulu and his reply was :


To: Diana Ishak
Sent: Mon, July 5, 2010 2:02:38 PM
Subject: Re: Fw: Fw: Fw: Biased Staining Report and Identification

Hi Diana,

Will not entertain your customer's comments again. He should read and not asking stupid questions. He doesn't know anything but simply make accusation. HE SHOULD READ UP AND UNDERSTAND SINCE HE IS DOING HIS DEGREE. I am wondering who is his supervisor at ***. No wonder the quality of graduates in Malaysia is getting ...................... Also wondering, who is the senior microbiology professor that he referred to. Any microbiologist will only use the term "the sample show the closest match to xxx in NCBI database". It seems like your customer do not read journal paper and new in the field. He should attend related basic courses in microbial biotechnology.


Hambik kau.

Kadang-kadang aku tak paham manusia ni. Ni cara-cara baru nak ambik pHD, belum dah ada tittle DOKTER sok. Ni esok sekapal la dengan makcik Profesor Madya tu. Asal ada tittle je maka kau bijak. Abis aku yang takde tittle ni kau rasa apa, jadi balaci???


A fren ada bagitau aku (*wink*) :

1. Kalau kita ada certificate yang gempak and ada tittle, apa kita cakap orang akan kata betul. Tapi kalau kau takde tittle, ko cakap berbuih-buih mulut pun orang tak take note.

2. Kalau kau ada tittle, bila kau diam, orang cakap kau faham apa yang dorang sampaikan. Tapi kalau kau takde tittle, bila kau diam orang kata kau tak faham dan bodoh.


Mindset manusia eh?

Teringat satu kawan aku yang nama dia Tengku Shawati binti Ahmad (bukan nama sebenar). Nama dia je ada Tengku, nama bapak takde. Memang bukan kerabat raja pun budak ni. Kat namecard dia, dia letak "Tengku Shawati Ahmad". So orang lain pressume nama dia Tengku Shawati binti Tengku Ahmad. Pehhhhh, aku cakap kauuu, mana-mana pegi layanan A class okkkk.

Maka marilah kita kumpul sijil banyak-banyak dan letak sebanyak mana tittle selagi boleh kat nama masing-masing.

posted by green apple @ 3:03 PM  
Newer›  ‹Older
Now I know.....





Ija : Mama tak payah mandikan Ija.

Aku : Takpe, mama mandikan la. Nanti Ija tak pandai sabun.

Ija : Ija dah pandai sabun. Papa dah ajar Ija dah.

(sambil tunjuk kat aku cara dia bersabun).

Aku : Ha, see???? Ija tak sabun semua pun. Sabun badan je. Kaki??

Ija : Papa kata kaki takpayah. Nanti kita mandi kan, bubble tu turun kat kaki. Nanti kaki tu ada sabun lah.


So now aku tau la kan selama ni kaki anak aku tak pernah bersabun.


Wan Mohd Ridzuan, sila jawab!!!





posted by green apple @ 11:37 AM  
Newer›  ‹Older
Apabila rumahku ada warden
July 06, 2010



Ok, hari ni adelah hari sebenar Mak Aji and Pak Aji MENJAGA aku.
Nampak tu capital letter aku guna.
Memang seriesly menjaga sampaikan dia tak kasik aku turun lansung. Dok dalam bilik jangan kelur-keluar, time makan kang baru turun pastu naik balik. Aku cakap kau, orang berpantang pun tak stress macam ni okkk.

Tapi one thing yang best, aku memang betul-betul dijaga.
Alhamdulillah, bleeding aku dah berenti since Sabtu lepas sebab aku asik baring 24 jam sampai nak muntah balik-balik tengok katil.


Ini Mak Aji. Dia sedeang memasak.


Sebagaimana yang telah aku jangka, Mak Aji ngan Pak Aji kalau duduk rumah aku, konfem ada je benda yang dia tak berkenan lantas mereka telah berfeeling-feeling bahawa rumah ini adalah rumah mereka. Lepas dia kemas-kemas rumah (masa ni aku lam bilik), dia masuk bilik bagitau dia nak pi Giant. Konon nak tengok-tengok apa ada kat Giant.

Ye sangatttttttttttt.

Sampai je rumah, aku tengok siap beli baldi, gayung, penyodok sampah, penyapu, dan bermacam-macam barang nak masak.

Aku : Apesal beli baldi, Ma?

Mak Aji : Papa kata susah nak basuh-bash porch kau takde baldi.

Aku : Mana ada orang pakai baldi skang, orang pancut pakai hose je. Baldi-baldi ni orang Bangi je pakai.
Ni apehal dengan penyapu segala ada ni?

Mak Aji : Penyapu rumah kau ni tak suai aku nak pakai. Apa jenis penyapu kau beli ni?

Aku : La, penyapu ni cukup syarat je. Kitorang pakai vacuum. (ewahhh, sekali lagi berlagak)
Ni apa ni Maaaa. Banyaknya beli. Nak masak bila ni?

Mak Aji : Tau la aku nak masak. Rumah kau ni, kentang takde, ikan bilis takde.

Aku : Kitorang tak makan ikan bilis, kitorang beli ikan jenahak. (masa ni Mak Aji pandang je muka aku. Ngahahha)

Mak Aji : Kalau aku cakap tu ada je kau nak jawab kan?


Yeahhhhhhhhh!


Ini penyapu baru saya.


Ni kang jap lagi dorang nak pi Giant lagi, ntah apa dia nak carik ntah.
Nak carik bunga kantan la, aku beli sos Heinz pun dia marah. Dia kata tak sedap. Beli Del Monte. Siap bagitau esok lusa nak pi beli inai kat kedai jamu kat Giant tu nak kalerkan uban dia kat tengah ni dah mula tumbuh. Cis, over.

Suka buat rumah orang cam rumah sendiri okkkk.

Tapi kira lagi baik la dari time Mak Aji jaga adik ipar aku (Azrul) last year. Budak ni kena buat operation, so Mak Aji jaga dia kat sana almost sebulan. Ambik kauuuuu kena hadap mak mertua sebulan. Konfem ngeri.
Toksah kata belikan barang-barang dapur okkk, dia siap belikan rumah adik aku aircond, microwave, ntah apa-apa lagi ntah. Melampau eh?

Ni hall aku ada 2 lagi point aircond dok terjuntai je kabel dia aku lom pasang-pasang aircond lagi. Aku nak tengok dia nak belikan ke tak aircond untuk aku. Hehe.
Tadi aku nampak Pak Aji tengah usha-usha pasu-pasu kecik yang bibik aku bercucuk tanam sayuran kat blakang. Aku KONFEM, esok dia pi hardware belikan rak untuk letak pasu-pasu ni.

Aku tunggu time je dia pasang heater kat bilik air guest room.

Yeahhh!!!




Tadi En Wan skype kejap dalam 5 minit je, sebab busy gila (lah sangattttttttttt).
Takpela, at least dapat tengok muka dia...:)



posted by green apple @ 5:11 PM  
Newer›  ‹Older
Bola
July 05, 2010





Dialog tengahari tadi.
Masa ni aku baru kuar dari toilet.
Ija tengah main PS2 bola.


Ija : Ma, tadi Ija sepak orang ni sampai mati.

Aku : Apesal Ija sepak dia? Game ni kena sepak bola, bukan sepak orang.

Ija : Ija tau.

Aku : Dia buat apa kat Ija sampai Ijah marah ni?

Ija : Ye la, Ija dah bagi dia masuk gol tempat Ija, FOUR. Dia tak bagi Ija gol tempat dia pun. So, Ija sepak dia ah.


Kalau ada anak-anak korang yang balik dari main bola nafas macam nyawa-nyawa ikan, aku mintak maaf siang-siang la ye.

posted by green apple @ 3:07 PM  
Newer›  ‹Older
Surprise!



Pagi tadi bangun kul 4am, pastu terpandangkan blinking kat BB. Aku tau mesti ada email masuk. So bacalah lebih kurang. Ramai yang bagi komen kat previous entry kasik aku cool. Thanks eh?

Tapi dalam banyak-banyak komen tu sangatlah terperanjat lalu happy sampai menangs pagi-pagi buta bila baca komen ni :


Tak sangka dia sempat check blog aku untuk........... tengok muka aku la tu. Hahahahhahah. Aku tau dia rindu. Tu laaaaaaaaaaa...tinggalkan aku lagi. Kan terpaksa tengok gamba aku nak buat modal.

Mula-mula aku baca takat Suvarnabumi tu aku dah macam 'Alahai, anony ni nak pi mana la, entah2 satu flight ngan laki aku'. Bila baca sampai habis sekali 'KIMUTAKU/FREEDA'.

Ohhhhhhhhhhhhhh leleh terus di pagi-pagi buta terus takleh tido sampai skarang.

To those yang nak tau apa itu KIMUTAKU/FREEDA, aku dah malas nak cerita balik...sila ke sini

Memang dia ada sms kul 10.49pm bagitau dia dah sampai Bangkok, tunggu time nak ke Fukuoka pulak. And alhamdulillah, kul 7.15am tadi dia sms dah selamat sampai.

Maka, aku boleh buat keje hari ni :)




p/s : ni namanya entry syok sendiri.

posted by green apple @ 10:53 AM  
Newer›  ‹Older
Bang...balik cepat eh?
July 04, 2010



Enrty ini mungkin menyelitkan unsur-unsur drama yang berunsur kesedihan ekzejeret sebab seriesly aku memang takde mood, so sesiapa yang berkebolehan membuat lawak jenaka sampai aku tergelak, silakan. Kalau tak boleh berjenakan, tolong doakan supaya kesedihan aku ni berakhir dengan cepat sebab aku ada banyak keje nak buat. Aku dah tak larat nak tido, menangis, tido, menangis, tido, menangis dan donlowd mp3.


Ini namanya keje last minit. Padahal beg dah bawak tun dari lemari dari minggu lepas tapi baru pagi ni nak pack. Baju tak banyak padahal, yang banyak adelah........

Sambal ikan bilis Mak Aji buatkan. Sekilo okkkk. Tapi dia tak bawak la semuakan, sebab aku yang packkan, jadi aku bungkuskan separuh je, lagi separuh masuk perut aku. Walaupun Mak Aji boleh je nak buatkan untuk aku, tapi aku kan bangsa pendengki. Sape suruh tinggalkan aku kan?


Macamkan terer masak kan? Segala rempah ratus, sos sampai kicap pun dia beli 3 jenis. Bila aku tanya 'Apesal abang beli sampai 3 jenis kicap? Kita selalu pakai kicap masin je la'.

'Takpe, saje bawak lebih. Tengok botol kicap ni sure teringat awak. Lepas rindu abang kat Di.'

Ko ada rasa nak suruh dia berambos cepat tak????

Yang aku pelik tu beli segala macam rempah, kurma la, kari la, rendang la. Santan sampai 5 paket. Kunyit, asam, garam, segakanya lengkap. Pastu tanya aku 'Barang-barang ni agak-agak abang boleh masak lauk apa?'

Nak nangis pun tak sampai hati okkk. So aku ajar la apa yang patut, Entah ingat ntah tak la, pandai-pandai ko la Bang.


Ini adelah kesedihan pada pukul 4pm tadi. Nampak bengkak mata aku menangis? Tapi dia cam cool je eh? Masa tengah peluk-peluk ni baru dia perasan badan aku panas. Aku pun baru terasa panas, rupanya demam. Tak tau la demam sebab banyak baring or demam sebab stress laki nak pi Japan.


Buat masa ni, Ibal ada kat rumah aku. Dia tolong temankan sampai esok pagi sementara Mak Aji masih ada kat kampung lagi ni. Konon nak kurangkan kesedihan la. Cehhh, takde maknanya. Kalau dah masuk bilik tu, konfem aku melalak. Teman ke tak teman ke, kalau aku nak nangis, sambil goreng ikan pun aku boleh nangis.

Tapi En Wan ada tinggalkan baju dia pakai tadi untuk aku. Dia memang takan tinggal untuk anak dia sebab anak dia tak emo macam aku.

Mengada-ngada eh?



posted by green apple @ 7:25 PM  
Newer›  ‹Older
Torture
July 01, 2010



Hari ini telah dimulakan seawal jam 3.30am.

Gila tak boleh tido. Kepala adelah berserabut dengan agenda yang bakal berlaku esok hari.
Tapi golek-golek atas katil sampai kul 5.30am baru bangun.
Siap mandi bagai.
Bukak-bukak panties, aduhaiii ada darah lagi. Padahal aku sah-sah tido kan, tapi still bleeding lagi. Kau nak aku buat macamana lagi ni kasik darah stop???? Nak suruh aku tido kepala ke bawah, kaki kat atas kah??

Lepas mandi semua, aku turun bawah buat nasi goreng. Tengah menggoreng rasa macam nak pitam. Aku dah bajet ni mesti aku berdarah lagi ni sebab kali ni dah makin teruk sebab aku boleh terasa darah keluar. Tapi seriesly, aku memang takde choice. Bukan nak tunjuk strong ok.

Hari pertama untuk Redza lepas bibik balik ni, aku kena lekakan dia sikit. So, aku kena suapkan dia (selalunya bibik suapkan, aku buatkan breakfast je), layan dia tengok katun before pi skolah (masa ni selalunya aku tengah mandi), pastu layan dia round-round dengan basikal kat laman rumah (selalunya masa ni aku tengah panaskan enjijn kereta), bla bla bla. Nasib baik dia memang leka sebab aku masih kekalkan rutin dia yang sama cuma this time aku yang ambik alih tugas bibik tu. Tapi pastu aku yang rasa macam nak pengsan.

En Wan ambik half day morning sebab nak sama-sama tolong jagakan Redza. Lagipun ada banyak benda nak kena settle seblom dia pergi.

Kalau dulu aku tukar pantyliner everytime nak mandi je. 3-4 kali la lebih kurang.
This time makin teruk, every 2 hours tukar pantyliner. Dah rasa macam nak pakai pad la pulak. Dokter dah bising suruh aku dok wad je sebab dia kata aku tak reti nak rest. Aku cakap, my husband is leaving, my maid went back yesterday, I have a very dependant child yang baru je umur 6 tahun, and aku sorang je yang ada lam rumah tu. So skang kau nak aku duduk wad, anak aku kau nak jaga?

Memang la apa yang dokter tu cakap betul dari segi perubatan.
Dia suruh aku bedrest (baring terlentang tanpa berbuat apa-apa) for at least 2 weeks.

Nak mampossssssssssssssssss??

Dia kata, sementara baby masih small, kalau aku bed rest macam dia suggest, ada potensi uri tu boleh naik ke atas balik. Once baby dah besar, dia jadi berat, lagi susah nak naik atas and aku akan bleeding sampai bersalin, tu pun kalau selamat. Gila scary okkk cara dia bagi nasihat. Tapi aku ni scary-scary sampai takat tu je la, balik rumah aku carik laptop dulu.

So tadi, Mak Aji ngn Pak Aji telah menyerbu ke rumah dengan bawak ayam masak merah siap ngan telur rebus (macam la rumah aku takde telur). Dia tak kasik aku buat apa-apa melainkan terkangkang kat hall. Punyalah nak pastikan aku memang rest, dia sanggup hadap muka aku terlentang kat hall tu. Siap suruh En Wan keluarkan tilam bilik bibik and bentangkan kat tengh-tengah dunia. Aku beralih bantal pun dia sound 'Ha! Kau nak gi mana tu?'. Aku cakap kau, pakkal dia tak jadi nurse. Kalau tak, konfem takde orang nak duduk spital. Elok-elok orang tu nak sihat, terus mati.

Ni pun dia dah plan, mulai Isnin depan sampai la aku sihat, dia akan duduk dengan aku. Pak Aji tinggal Bangi. Siap bagi idea 'Mama rasa, malam mama tido dengan kau je lah'.

Ye lah, Ma. Kita mandi sekalilah nanti.

Tapi yang bestnya ada Mak Aji ni, aku ada teman nak gossip. Jadi, takde la aku rindu En Wan sangat kan?

Tolong doakan aku sihat ye.
Aku tengah berusaha nak limitkan pergerakan ni. (ye sangatttttt lah!)

posted by green apple @ 10:32 PM  
Newer›  ‹Older

FACEBOOK
GREEN APPLE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
PREVIOUS POST
Archives
JALAN-JALAN
I READ
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER