walk on wings, tread in air: 05/2010 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Ringkas tapi padat.
May 31, 2010



Penyakit terbaru...

1. Tak boleh tengok Blackberry, terus muntah.

2. Takleh mengadap blog lama-lama, terus mabuk. (ni aku tak tipu, sebab tu takde update semalam)

3. Tak boleh bau nasik, muntah.

4. Tak boleh bau minyak panas, muntah.

5. Sedang menikmati mangga muda yang ke-dua bijik pagi ni. Oh Lazat tak terperi!


Semoga alahan yang mengada-ngada ni sampai setakat tu saje. Jangan la pulak tetiba aku datang penyakit takleh tengok muka En Wan pulak. Memang naya laki aku.

posted by green apple @ 8:40 AM  
Newer›  ‹Older
Orang mengandung kau pun nak mengandungggg
May 28, 2010



Stop jap cerita pasal Gold Coast eh? Aku takde mood nak tulis panjang-panjang.
Mood aku sekarang adelah muntah belahak.
Semua benda buat tak kena.
Tido pun dengan keadaan tangan pegang Strepsil sebab loya all the time. Tengah-tengah tido pun boleh terbangun sebab nak muntah. Aku rasa this time lagi teruk dari time mengandung Redza dulu. Dulu at least pagi je aku muntah belahak, skang ni tak kira masa. Dia rasa nak keluar, dia keluar je. Takde warning-warning pun.

Like 2 hari lepas, aku bangun kul 6am.
Terasa taknak tido dah, so turun bawah breakfast ngan bibik, makan roti siap buat teh tarik lagi.
Lepas makan, terasa nak mandi terus, the moment aku masuk bathroom, terus muntah atas lantai tu jugak, tak sempat aku nak carik toilet bowl. (ada sesaper tengah makan masa baca ni? sorryyyyyyy).
There goes my roti 3 keping and teh tarik se-mug.
Sebab tu aku malas nak makan benda yang mahal-mahal, rugi okk kalau muntah. Tu yang kengkadang aku belasah maggi tomyam je. Ko nak muntah sangat kan? Ha, muntah. Sila.

Kali ni aku tak morning sickness sangat, dia buat malam pulak.
Dah 3 malam dah aku isyak kul 3-5 pagi ni. Kul 6.30pm ke atas je, dia buat dah pening-pening mabuk brendi ni segala. Lansung takleh angkat kepala. Time nak solat Maghrib tu paling hazab aku rasa. Time sujud tu takleh lama-lama, kalau lama sikitttt je, konfem aku muntah atas sejadah. Camne eh nak solat sambil baring? Melampau sangat tak kalau aku nak solat baring?

En Wan memang takde chan le nak beramas-mesra ngan aku malam-malam sebab lepas Maghrib je aku dah tido sampai kul 3-4pagi macam tu baru tersedar. Kalau aku tak tido, mesti aku muntah. So, baik aku tido. Pandai-pandai kau la bang nak jaga diri. Geledah la balik DVD-DVD blue mana yang ada buat sementara waktu ni ye.

Kalau sendawa tu dah macam bela badak je gayanya. Kejap-kejap berdeghakkkkkkkkkk.
Sehari ada la 30 kali aku sendawa. Gila banyak angin sejak mengandung ni.
Tapi nasib baik aku still boleh buat keje opis lagi, cuma tak selaju dulu la. Kalau dulu, dalam sehari aku leh drive ke Melaka, masuk opis, pi Sungai Buloh pulak, pastu patah balik ke Bangi. Sekarang ni no wayyyy ok. Pi hantar Redza tekwando saje pun aku dah mengah. Tu cara-cara bawak auto. Kalau manual, mau tertanggal kepala lutut aku.

Cuma yang best, dari mengandungkan Redza sampai yang kedua ni, aku takde mood nak marah. Takde mood nak merajuk, takde mood nak carik pasal. Kalau ko carik pasal ngan aku pun sukati la, hati aku macam kering sket time mengandung-mengandung ni. Best eh?

Craving..hmmmmm...rasanya macam belum lagi. Apa ada semua aku bedal. Cuma lately ni aku asik nak makan something yang berkuah like sup fishball, sup daging, mi sup, errr....mi udang? Kategori mengidam ke ni?
Mujur la aku mengidam yang murah-murah kan?

Tapi yang best about mengandung ni tetek menjadi semakin besar. Oh, best.
Hari-hari aku measure ukurlilit tetek aku. Semakin hari, ia menunjukkan nilai yang memberansangkan. Time kat GC, hajat di hati nak pakai bikini jalan-jalan kat beach. Saje la kan nak show off tetek dah besar sikit. Lalu pegi la usha kedai bikini, alahaiiiiii saiz bikini dia halus-halus, muat-muat nak tutup nipple aku je. Apa barangggggggg.

En Wan kata itu lah fungsinya pakai bikini, memang sengaja nak kasik tetek tersentil-sentil keluar. Ok la, fine.
Tapi, masalahnya kalau kecik sangat saiz bikini tu, baik aku telanjang je terus.

posted by green apple @ 2:44 PM  
Newer›  ‹Older
Gold Coast Part 3
May 27, 2010


Entrance to Dolphin Cove. Tengok Dolphin Show.
Inilah show paling best aku tengok kat Sea World. Seb baik semorang pun macam jakun tak penah tengok dolphin so agak ter-cover jugaklah kejakunan aku. Masa ni suhu pun dah panas sket, around 22C.
(wahhh, mentang-mentang dok oversea, suhu 22C pun dah kata panassss. Dasarrrr).
 


Ramai jugak orang yang datang tengok Dolphin Show. Yang best kat sini, dia dah bagi flyers program untuk hari tu, so kau tak payah terkejar-kejar and boleh pilih show mana satu ko nak tengok, so takde la ko tercangak-bangak tak tau nak pi mana. Actually masa En Wan ajak tengok Dolphin Show ni, aku malas. Sebab aku dah banyak kali tengok Dolphin Show, semuanya cam cibai. Semua yang takat baling-baling ikan suruh dolphin tangkap. Konon dah abis gempak la tu.
 

Sekali dolphin racing laaaaa.
Time ni memang gempak. Ni opening show. Dengan background music The Final Countdown, tetiba je 3 ekor dolphin ni keluar dari backstage and race keliling kolam. Pehhhh, terpekik-pekik semorang. Aku la yang paling kuat pekik siap bangun bagi standing ovation. Sampai En Wan tarik baju aku suruh duduk balik. Tau pulak kau malu sawan bini kau dah sampai. Bawak lagi aku masuk sini.
 

Antara akrobatic act yang dolphin buat.
Banyak sebenarnya gamba dolphin ni aku ambik sebab gila babi punya skill dia tunjuk. Tapi kang penuh satu entry ni ngan gamba dolphin je.
 


Time ni dia tunjuk kat audience yang dolphin sebenarnya lagi pantas dari speed boat. Memang laju okkk dolphin ni berenang.
 


Yang ni aksi melompat bersama-sama trainer.
 

Nampak tak pompuan tu naik dolphin? Dari jauh nampak cam dia naik speed boat kan? Nehi okkkk. Nehi!! Itu adelah ikan!

Memang puas hati la tengok show ni. Baik korang pegi GC tengok show ni dengan mata korang sendiri. Konfem pueh ati!! Takde la macam aku pi Langkawi tahun bila ntah, tengok show Crocodile Dancing. Tajuk show taknak kalah okkk. Crocodile Dancing! Maka berpusu-pusu la orang beratur beli tiket nak tengok apekah bentuknya buaya menari. Sekaliiiiiiiiiiiiii bukan buaya yang menari, tapi trainer tu angkat buaya letak atas bahu dorang pastu menari. Ok skarang siapa yang buaya sebenarnya? Cam lahanat. Betul-betul aku rasa macam dibodohkan.
 


Masa ni dah lepas dolphin show, konon nak gi naik apa-apa water ride yang kurang merbahaya la. Lalu tepi volocano ni. Ni je la kot chance ko nak rasa jalan berlenggang tepi volcano. Tak sure pulak boleh masuk ke tak dalam gunung ni. Kalau boleh masuk pun masa ni aku dah tak larat, muka pun sememeh dah. Time ni aku lapar sebenarnya. Oh yes, kat Sea World ni takde halal food, macam Disneyland HK la, takde benda yang kau boleh makan. Aku ada je bawak biskut tapi apa barang nak makan biskut okkk. Tengahari-tengahari ni aku nak makan nasik. Tapi takde. So aku berlapar la.

Masa ni perut and kepala aku belum buat hal sangat. Siang-siang dia ok, selalu dia mabuk malam-malam kang. Alhamdulillah la kan, at least aku boleh berjalan kat sana. Before pegi GC aku dah terbayang dah, mesti aku melepek je 6 hari kat sana kalau morning sickness, rupanya tak. Dia night sickness je. Asal kul 6.30pm kang mula la ku mabuk sampai ke malam. So malam memang aku tido awal la. Takde chan la En Wan nak tayang kote kat aku sebab belum kul 8pm aku dah padam.



Bermuda Triangle Ride....bergamba je. Naiknya tak.
Sebab semua risaukan kesihatan aku, so banyak benda yang thrill-thrill dorang tak naik. Aku suruh je dorang naik, biar aku tunggu kat tepi. Bukannya susah sangat pun. Aku lagi suka okkk, boleh rest and feeling-feeling remaja. Dah dorang taknak, sudah. Tapi aku rasa benda ni bahaya la. Nama Bermuda Triangle tu pun dah buatkan aku imagine mesti game ni menyebabkan kau terlambung-lambung, terpusing-pusing, and terhentak.



Dah masuk Sesame Street Beach, haruslah singgah kedai dia, check apa merchandise yang best. Elmo la yang paling laku. So, Redza dapat sehelai baju Elmo. Aku nak beli gak tapi rasa cam tak berbaloi je beli, bukannya leh pakai lama. Esok lusa perut dah kembang. Entah kurun ke berapa turun balik. So, kensel.



On the way back, singgah tengok show Pirates. Ok la jugak show dia. Siap ada aksi terjun-terjun kapal, lawan-lawan pedang. Cuma masa ni aku dah penat sangat, and kepala ingat nak tido je. Lagipun Kapten tak hensem, so kuranglah sikit penghayatan aku kat show ni. Bagi aku, kalau kau hero, ko kena hensem. Kalau kau mati dibunuh, semua konfem menangis. Tapi kalau ko dah la tak hensem, mati pulak tu, orang akan cop kau hero bodoh. Cuba tengok Jack Sparrow, walaupun busuk, kotor dan suka korek hidung tapi disebabkan dia hensem korang semua suka dia kan? Hahaha.



Tak hensem kan Kapten dia?
 

The Pirates
 
 
 
Dah nak balik baru teringat tak snap lagi pic kat main entrance. Muka pun dah berlengas masa ni.
 


Nando's Chicken.

Yang bestnya Nando's kat sini adelah ayam dia besor-besor bapak lengan. Tak macam Nando's aku makan kat Subang Parade, hek elehhh, tahap ayam serama okkkk. Aku makan Nando's ada la 2 kali je before this sebab dissapointed sangat dengan saiz ayam dia. Nama je whole chicken, tapi sama besar ngan ayam snack plate KFC. Seb baik peri-peri sause sedap.

Tapi kat GC, ayam Nando's memang betul-betul ho liaooooooo! Kitorang order Fiesta Set - one whole chicken and one large side yang kitorang pilih nasik. (jawa okkk, jawa. Mesti kena makan nasik). Pastu order large chips and juices. Gila kenyang sampai tak abis.

Oh yes, mesti korang pelik, apesal dari gamba Sea World terus jump ke dinner. Memang itulah turutan gambanya pun. Sebab balik je dari Sea World semua dah tak larat nak mengunyah let alone nak menapak carik makanan. Seb baik bawak maggi. So masing-masing mentekedarah maggi. Tapi aku tidak. Aku adelah prefer membuta, Ibu-ibu mengandung harus tido dengan cukup. Jadi, sampai je hotel, aku tak lepaskan peluang. Terus cuci muka dan tido.

Bangun-bangun je dah gelap.



Muka aku lebar kan? Rasa nak tampa je muka sendiri skang ni kalau tengok cermin.
 


Jalan-jalan lepas dinner. Nampak tak aku pakai baju apa? Hehehe...I LOVE GOLD COAST. Mak Aji belikan sebab aku buat muka sedih depan dia takde baju nak pakai sebab badan dah gemuk.



Aku tak pasti ini apa. Tapi bukan sejenis game sebab aku tak dengar pun orang terpekik kat dalam. Yang pastinya kedai ni banyak jual barang-barang perhiasan berunsur horror. Aku pun tak paham apesal kau nak letak tengkorak dalam rumah??? Perhiasan kah?
 
 

Ini bukan demo ketakutan, tapi adelah benar-benar kejadian (sila baca dengan nada bini Pendekar Mustar "ini bukan cobaannnnn, ini benar-benar kejadiannnnn!!!").

Asalnya aku letak kepala aku kat bawah tangan tengkorak ni. Tangan dia tu muat-muat kepala aku je. Konon nak buat muka horror, sekali tangan dia bergerak kauuuu. Melompat aku kejap. Seb baik tak terberanak kat situ.
 
 
Apa nama menatang ni eh, Didgeridoo kan?

Budak masam bukan reti baca 'DO NOT TOUCH', dia main belasah je.
'Ma, Ija nak tengok la dalam dia nampak apa'.

Kau ingat ni binocular???
 
 

Ini the next day-nya. Bergambar kat depan Lift Level 5, floor yang kitorang duduk. Muka pun fresh je la kan, baru lepas mandi.

Ok, tu baju maternity aku. Saje je bawak mana la tau kot-kot perut dah tak muat pakai baju saiz S. Sekali memang tak muat pun. Aku banyak bawak Baby-T, sekali selang 2 hari semua sangkut kat tetek. Nasib baik baju ni penyelamat. Aku plan nak pakai baju ni dengan denim skirt, punnnnnnnnnnn tak muat dah skirt tu. Tapi aku pun salah gak, konfiden je sambar skirt tu tak test dulu seblom pack. Last-last kena beli skirt baru sebab aku bawak suar jeans 2 helai je. Maka, mesej di sini adelah nak bagitau skirt tu adelah skirt baru :). Panjang intro aku kan?
 
 
Sangat muka baru bangun tido, Masa ni awal gila, kul 7am, korang semua tengah sedap membuta. Perasan tak En Wan ada pakai jaket tulis AUSTRALIA masa kat Sea World? Tu jaket baru beli kelmarin. Sekali dia terbuat alas duduk masa tengok show Pirates, dah la jaket tu velvet, so macam tersagat sikit. Takde la teruk sangat, kalau aku boleh je pakai lagi. Takat bulu-bulu dia ada yang terkeluar sikit je. Tapi En Wan ni tak boleh okkkk, siap moody lagi malam tu. Kuar pi beli sweater baru (yang gamba atas ni). Dia ni perfectionist tak bertempat. Semua benda kena perfect. Tang carik bini, boleh pulak carik yang spesis sawan.


Breakfast with family
 

Kat lobby tengah tunggu van untuk pegi Paradise Country, tengok kangaroo.
 

 
So ni kat Paradise Country. Macam farm, ala-ala cowboy life. Farmers dia muda-muda, hensem lak tu. Ini macam kalau kau bawak jumpa mak kau pun mesti mak kau setuju. Penternak kambing biri-biri yang muda, gagah, hensem dan pandai cakap omputih.

Nak pegi ke kawasan tu kena naik bas ni. Bergegar jugak la. Risau gak ngan baby dalam perut. Aku ni bukan boleh bergoyang-goyang sikit. Dulu masa 1st pregnancy aku gugur sebab gegaran la. Dokter kata maybe rahim aku tak kuat, pastu aku turun naik LRT, komuter. Komuter tu boleh tahan jugak kuat bergegar dia. Tapi En Wan tak terima teori tu. Dia kata gegar sebab beromen. Boleh?

Dan akibatnya, time aku mengandung Redza, dia stop beromen dari start aku pregnant sampai aku habis pantang. Fuhhh!! Terrer okk orang tua ni. Entah apa la kekdah dia guna kan? Boleh bertahan lama macam tu dengan takde effect pada diri. Tapi tu la, asal time mandi je aku tengok mesti lamaaaaa lam bilik air. Lantak kau la banggg. Jangan sampai tertanggal kote tu sudah.

Jadi, adekah the same situation berlaku sekarang?
Lu pikirlah sendirikkkkk.
 

Mula-mula sekali haruslah gi tengok Koala bear. Kata pi Australia kannn, mestilah carik menatang ni. Tapi macam bongokkk je aku tengok koala ni. Keras je atas pokok. Membuta je keje. Bergerak pun slow. Femalas!
 
 
 
Of cos kena bergamba dengan koala. Kejung pun kejung la, janji ada kenangan pegang koala. Tapi tu la kan, makpak dia je yang lebih excited. Muka si Redza ni aku tengok dah macam kena bergamba ngan mak tiri.

Jangan terpedaya ye. Redza berdiri atas kotak kayu, so nampak macam dia nak sama tinggi dengan aku. Padahal dia tinggi pinggang bapak dia je.

Aku tak sentuh koala ni, sebab geli la, banyak bulu. Lain la kalau bulu member yang tengah pegang koala tu. I loikeeeeeee.
 
 

Nampak tak koala atas pokok tu? Tak nampak sangat kot, tapi kalau ko tenung-tenung nampak la. Takat gamba jauh macam ni boleh la aku nak peace-peace.


Mak Aji dan Pak Aji with the kangaroo. Ni je la satu-satu kangaroo yang mesra pengguna. Kitorang tak bagi makanan pun dia datang dekat, siap boleh posing-posing lagi. Yang lain tu harammmm. Dasar materialistik. Nak kena hulur makanan baru nak datang.

 

posted by green apple @ 6:35 PM  
Newer›  ‹Older
Gold Coast Part 2

Malam day 1 kat GC tu, lepas dinner kat Maharani, kitorang jalan-jalan lagi. Maklomlah, kalau duit masih ada kat poket, dia punya gatal nak bershopping tu memang lain macam sket. Selagi tak habiskan, tak sah. Dah habis sok, pandailah masing-masing masak maggi.




CPM mintak aku belikan UGG Boots, tapi pastu tak jadik pulak. Disebabkan kau tak jadik suruh aku belikan, maka aku sudah sambar satu boot untuk diri sendiri, tapi bukan UGG la. Ntah cap ayam mana ntah, tapi boleh tahan gak harga dia. Telan air liur jugak la En Wan. Dah tu aku mintak kebenaran, sape suruh benarkan? Dah ko benarkan, sorrylah aku nak tolak. No wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.

Mak Aji pulak sibuk nak carik selipar. Seju-sejuk beku macam ni orang lain carik boot, dia sibuk carik selipar. Apehal ntah. Tapi takpela, duit dia. Bukan duit aku. Wakakaka.



Boleh dikatakan semua kedai la kitorang stop. Stop je la dulu, beli kendian-kendian. Masa ni En Wan dah berkenan ngan satu boomerang and aborigin painting. Dia ni memang suka menyemakkan rumah dengan menatang-menatang macam ni. Over ok nak menghias rumah. Tapi bak kata Mak Aji, 'Dah baguslah dia nak habiskan duit untuk rumah kau. Kalau dia simpan duit beli rumah untuk bini baru, camne? Kau tu bukannya cantik sangat pun, kemek je aku tengok'.

Kemek tak kemek belakang cerita. Wanita tidak dilihat pada rupa parasnya ye, bonda. Wanita dilihat pada teteknya!! Muka ko kalau A-list tapi tetek level jemput-jemput ubi, kem salam.



Sebenarnya nak fokus kat tulisan belakang tu - SURFERS PARADISE. Ni la kawasan kitorang tinggal, macam the heart of Gold Coast jugak la. Contoh kalau ko pegi HK, herat dia Kowloon. Kalau Bali, heart dia Kuta. Macam tu la lebih kurang. Tapi tak nampak pulak tulisan tu. Asal Pak Aji yang ambik gamba kan mesti gamba tu bergegar. Faktor usia kot.
Sepatutnya kitorang jalan ke depan lagi, kat area beach, Depan tu laut. Tapi disebabkan hujan dah mula nak turun, so patah balik.
 

Ni je kedai yang aku nak sangattttttttt masuk tapi Pak Aji pulak jalan belakang aku. Potong betul la. Aku baru nak stim-stim tengok bentuk dildo terkini. En Wan boleh pulak takut nak masuk kedai ni??? Sumpah aku tak percaya!!! Samada dia takut kena belasah ngan pak mertua ataupun dia takut stim bila masuk kedai tu nanti. Kang stim kang susah banggggggg. Aku sejak pregnant ni sangat tak berminat nak beromen.
 


Boleh lalu je laaaaa. Nak beli, sorry. Aku belum ada nafsu terhadap COACH. Tima kasih kerana taste aku masih kekal kepada jenama yang murah-murah je.




The next day. Day 2.

Having breakfast bersama klorga. Ok jugak makanan dia, kira semua boleh makan cuma sosej je. Yang lain semua ok. Siap ada nasik putih bagai. Maybe dia dah study kot siapa guest kat hotel untuk hari tu, so the chef dah readykan makanan yang semua orang boleh makan. Takdela macam kat HK tu hari, aku nak makan telur goreng dia pun was-was.

Tapi Pak Aji masih kekal dengan taknak sentuh apa-apa pun yang dimasak. Maka, beliau hanya memakan cornflakes, tambah sampai 3 kali.
 

Budak masam ni tetiba je nak breakfast stroberi. Ngada-ngada. Aku tampa kangg. Terpaksa la pulak bapak dia pilih-pilih storberi ni antara buah-buah yang lain.


The coffee house.


Mak Aji dan baju AUS$119-nya.


Ni pinggan En Wan. Bukan aku punya, Sebab aku pantang makan baked beans. Nanti aku bertukar jadik Shrek.



Pagi tu we all ke Sea World dulu. Van jemput macam biasa, sampai Sea World pandai-pandai korang la bawak diri. Sampai masa kang, dia jemput. So, kita tak terikat sangat dengan program dorang. Sebab van jemput pun 3 masa - 1pm, 3.30pm and 4.30pm. Agak-agak kau terlepas van, sila la balik sendiri.

Time ni, kitorang baru sampai. So try-try topi dulu. Tapi try je la, belinya tak. Try untuk bergamba je.

Mula-mulaaaaaaaaaaa singgah Shark Attack dulu. Sebab itulah pun main pointnya i Sea World ni, aku nak tengok the largest shark in the world yang dorang dapat tangkap. Of course ada yang lagi besar tapi dalam laut la. Kalau yang dah dapat ditangkap, kat sini lah ko boleh nampak yang paling besar. Tu pun dah habis besar aku rasa. Besar dari badan aku.
 


Posing dengan boot baru, scarf baru and baju baru yang dibeli kat Harbour Town. Jangan tanya berapa aku habis untuk 3 barang ni, sebab bukan aku yang bayar.

Jangan terpedaya dengan cuaca yang panas okkk. Keadaan sebenar sangatlah sejuk. Berbungkus-bungkus aku kat situ. Tapi dah siang sikit, baru suhu ala-ala 22-23C. But still sejuk lagi kan? Jadi, pada siapa yang plan nak pegi GC esok lusa, silalah bawak baju tebal-tebal ni dari Malaysia so that duit tu ko boleh shopping benda lain.


Tajuk aktiviti ni adelah Fish Feeding yang akhirnya jadi Bird Feeding sebab the moment ko campakkan fish feed tu, burung ngan itik yang makan. Kuang asam. Nampak kotak biru tu? Tu makanan dia. Ko nak bagi ikan makan, ko masukkan AUS$1. Dapatlah dalam segenggam tangan mat saleh. Kira banyak la jugak. Kalau takat besar genggam Redza memang aku tak letak $1 tu.
Ye, aku sangat berkira.
Oh, mesti berkira okkkk.


Tempat yang Redza tunggu-tunggu - SESAME STREET BEACH.

Boleh la pulak En Wan tanya aku 'Sesame Street ni apadia?'.

Tu la kan.
Dulu kecik-kecik saper suruh main baling tin je? Len kali tengok cerita-cerita ni semua okkkk. Dah tua-tua baru nak suruh aku explain. Tak kosser.
 


Takde pilihan, memang En Wan je la yang kena temankan Redza naik. Ibu-ibu mengandung macam aku ni limited sikit la mainan yang ko boleh naik. Takpela, kali ni aku memang takde mood nak main. Aku cuma ada mood nak makan je.





Kat Sea World ni ada pilihan untuk ko naik heli. Bayar AS$59/person. Aku tak tau untuk berapa lama dia terbang. Maybe pusing-pusing tengok town GC. Kira ok la kan. Tapi kalau dibgai free pun aku takkan naik. Alangkan katerbang yang bapak besar tu pun aku Parkinson 8 jam kat atas, inikan naik heli yang melayang-melayang je. Dibuatnya time aku naik tu la kipas dia nak jam, innalillah.

Pak Aji sibuk nak naik, tapi takde orang nak naik sekali dengan dia. Semua takut. Hahaha. Last-last naik je la heli ni temankan Redza. Ni konfem tak tercabut kipas.

Kat dalam Sesame Street Beach ni memang zon Redza la. Makpak tumpang je. So kejenya jump dari satu mainan ke satu mainan. Lepas heli, naik bendalah ni pulak..tapi aku lupa apa tajuk dia.


En Wan ni pun bukannya spesis berani sangat ngan tempat tinggi, tapi aku lagi sakai la dari dia. At least dia nak jugak try main. Benda ni ko kena tarik tali tu sampai atas pastu pandai-pandai la ko nak lepas secara slow atau biar dia terhempas laju sikit.
 

Dia nak tarik the tali pun cuak. Tapi takde choice, sebab mak mertua ada berdiri kat depan, so kena la tunjuk macho.


Jangan main-main okkk, memang tinggi. Aku yang tengok dari bawah ni dah terpekik-pekik suruh stop. Orang kat tepi-tepi pun pelik, apesal orang lain yang naik tinggi-tinggi, aku pulak yang terpekik-pekik suruh stop dari bawah?



Ni je la yang aku boleh naik. Tu pun sebelah tangan letak bawah bontot buat alas dari bergegar.
 



Salah satu show kat Sea World. Apa nama tajuk dia ntah, rasanya Sea Lion Show kot. Takde la best sangat, biasa je, lawak-lawak bodoh and some skills dari sea lion tu. Menyampah betul kalau omputih buat lawak. Tak kelakar dowhhh. Ni kalau masuk Raja Lawak belum start dah tersingkir. Hahaha.


Nak tengok polar bear tapiiiiiiiiiiiiiiiiii polar bear dia mati pulak. Aku macam tak caya baca notice dia letak kat dalam tu yang polar bear baru je mati sebab suhu tak sesuai. Pundeks.



Beralihlah pulak kita tengok menatang-menatang kejung like sea urchin, gamat, starfish, bla bla bla. Jenis yang tak bergerak-gerak sangat ni. Boleh la sentuh sikit lebih kurang. Tapi takde keje aku. Bau kolam dia hamis!
 

Besar takkkkkkk??? Besar okkkkk. Kalau masukkan aku kat dalam perut ikan ni, memang sedang elok je muat-muat.



Tapi bila tengok gamba ni aku rasa aku yang lagi besar dari shark, kan? Sila fokus kepada pipi saya. Ohhhhhh! Speechless.



Aquarium dia lagi besar dari Langkawi and HK punya SeaWorld. Sampai boleh muat 6 sharks kat dalam. Ada satu ikan pari tu bapak besarrrrrrr. Tapi sekali je dia melintas depan aku. Aquarium ni besar sangat so diorang boleh pegi kemana-mana. Nak tunggu ikan pari tu lalu balik depan aku entah besok baru dia lalu kot. Tapi dia punya ekor tu walahweiiiiiiiii, kalau kena libas sedas kat bontot, sumpah kau buasir sampai mati.

posted by green apple @ 12:04 AM  
Newer›  ‹Older

SEARCH THIS SITE
MY FACEBOOK
INSTAGRAM : MY LABEL
Instagram
ADS
LET'S READ
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
MY PREVIOUS POST
Archives
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER