<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_BLOGSPOT\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/\46vt\75-754337643106987092', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

MY ONLINE BIZ

CLICK HERE

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS
Apa yang kau lihat?
March 31, 2010



Aku baru je balik ari ambik Ija tekwando.
Disebabkan aku busy gila buat keje tak sedar tetiba dah pukul 1.55pm, so terus rush keluar ambik Ija. Bila dah lambat tu tak kuasa la aku nak ganti baju bagai, aku pakai je la baby T ngan mini skirt yang aku tengah pakai ni.

Misi lepas ambik Ija haruslah ke kedai.
Itu syarat dia kalau aku nak dia blaja tekwando.

Kat kedai tu agak ramai jugak la orang, ntah apa kes tetiba time ni la semua nak pegi kedai.
So ada la satu pakcik ni, takde la pakcik mana, tapi disebabkan dia pakai kopiah so otomatik kepala aku register dia as pakcik.
Dia dari kedai nak ke luar.
Aku pulak dari luar nak masuk.
So, selisih.

Depan-depan aku dia 'Uh uhhhhhhh' sambil geleng-geleng kepala tengok aku.
Tapiiiiiiiiiiii mata tepat kat tetek gua.

Aku tau la aku pakai skirt. Itu memang salah aku.
So takyah cerita.

Yang aku nak citer ni si pakcik ni punya geleng. Cara geleng kepala tu macam kan keji sangat lah aku ni tapi mata ko tepat menge-scan dada aku. Apa yang ko 'uh uhhhhh' sebenarnya???

Sebab pakaian aku menjolok mata or sebab tetek aku masak ranum?

Blah la.

posted by green apple @ 3:36 PM  
Newer›  ‹Older
Bra aku kaler biru, Yes!
March 30, 2010



Tadi aku turun ke kedai bawah opis ni, nak tapau lunch.
Orang takde la ramai sangat, ada la 5 orang mamat duduk satu meja tengah bakar sampah berjemaah. And aku sorang je perempuan kat situ.

Memang ni la pun yang aku tunggu-tunggu, orang tak ramai, baru bertenang-tenang sikit aku nak pilih lauk.

So, dah tapau makanan, aku tunggu air.
Lama gak la padahal aku mintak sirap limau je.

Sekali dengar suara dari dapur...


Budak A : Siapa punya sirap limau ni?

Budak B : Akak yang pakai bra biru.


Kimakkkkk.

Punya la aku pakai baju cantik-cantik, bra jugak yang kau nampak.
Padahal baju aku bukannya jarang, cuma bahu dia terkangkang sket so nampak tali bra kaler biru. Cara dia cakap tu macamkan ada seploh pompuan yang pakai bra sahaja tengah tunggu air kat depan. Mamat yang tengah sembang tu pun sepantas kelajuan cahaya pandang aku. Ada satu brader tu siap pandang tepat kat tetek aku. Gila babi punya scan tak agak-agak nak cover. Aku ingatkan scan-scan bra ni cuma wujud time skolah menengah je.

Oh yes, by the way, apesal masa skolah dulu budak-budak laki tend to referkan tetek kepada nasik lemak?

TETEK = NASIK LEMAK


Apa benda dowhhh??
Aku tak nampak kat mana wujudnya formula tindakbalas kimia kat sini.

Takde pulak aku pernah nampak orang beli nasik lemak 'Acik, bungkuskan saya tetek dua?'

Haaaa, kalau aku lah yang jadik acik tu, memang aku sumbat-sumbatkan dalam mulut dia sampai tercekik. Kau nak sangat tadi kan?


Tapi time skolah menengah dulu aku rasa hormon gatal tu berkembang dengan sangat pesat la. Pantang tersalah cakap sikit je mesti nak double meaning.

Sebut nasik lemak salah.
Sebut kuih batang buruk salah.
Sebut joystick salah.

Ntah apa-apa.

Ada satu time kat kelas dulu cikgu aku ada buat kuiz.


Cikgu : Apa nama empangan hidroelectrik yang terbesar merentasi sungai di Sarawak?

Seriessssss takde sorang pun budak laki angkat tangan.
Semua bajet malu nak sebut 'Batang Ai'.

Macamkan aku hadap sangat nak imagine batang kau.

posted by green apple @ 2:37 PM  
Newer›  ‹Older
Ini last lepas tu aku takkan layan dah, sebab aku rasa sesetengah orang sangat lembab menerima fakta.



Azia has left a new comment on your post "Tolong lah bagi pendapat":

Salam,

Sebelum tu nk minta maaf sbb apa akak nk ckp nie mungkin menyakitkan hati. Sebenarnya akak nk komen tentang kamu posted pasai kecik2 tk nk mampus dan apa pendapat korang. Well ini pengalaman akak nk cerita sbb akak menyara anak tidak berdosa. Kamu tk tau kenapa berlaku pembuangan anak berlaku di Malaysia. Nak taye la kamu, kamu tau tk keturunan apa mangsa bayi tidak berdosa? Mesti kamu tak tahu kan sbb kamu bukan forensik. Kamu hanya tahu dr surat khabar bayi digongong oleh anjing shj tanpa mengetahui punca serta siapa ibubapa mereka. Mesti kamu tak tahu orang asing terutama orang Indonesia byk melakukan dlm hal ini. Akak ckp nie sbb suami akak merupakan peguam syariah. Akak nk cerita kenapa terjadi hal ini.

Bila berlaku begini, biasanya lelaki asing cuba mohon berkahwin dgn perempuan Malaysia. Akan tetapi, org majlis agama permain-mainkan niat mereka. Suruh menyediakan dokumen sepeti surat dr duta. Lepas itu, lelaki itu akan diminta mcm-mcm sperti rekod jenayah,kesihatan dan lain-lain dari negara asal mereka. Utk pengetahuan kamu yg tk tau apa nie, proses yg dikehendaki oleh Jabatan Agama mengambil masa. Apa pun,pernahkah rakan-rakan kamu berkahwin dgn org asing teruatamanya dr Indonesia? Kalau ada cuba kamu tanye, bagaimana prosidurnya. Harapkan seagama sahaja tetapi berfikiran amat sempit. Padahal dalam Islam, rukun pernikahan amat ringkas. Kamu tahu kan apa syarat wajibnya. Disebabkan penuh cerewet, lelaki berkenaan tawar hati utk bertanggungjwb. Maka jalan penyelesaian mereka ambil jln singkat, bunuh/buang shj. Lebih malang lg, keluarga manga perempuan sendiri pun tk nk terima mereka. Siap tk mengaku darah daging sendiri.

Akak sedih bila mereka buat begini dan org tk tahu apa-apa, sesuka hati mengutuk serta menghina tanpa menyelidik. Kamu serta orang yg komen ini tk mengalami bersenang lenang menghina orang tanpa mengetahui punca. Akak tahu apa yg dipostkan oleh anymous itu tiada niat nk memyokong pembuangan bayi. Sebelum owner post komennya, ada tak tanya siapa dia sebenar? Mungkin dia adalah mangsa keadaan atau orang yg membimbing wanita teraniaya. Hal ini tkkan terjadi kalau kita menjadi masyarakat penyayang. Kita patut bantu kepada mereka seperti merujuk kpd polis,JKM atau pihak hospital bila berlaku di sekeliling kita.

Kita hidup bermasyrakat kena tolong antara satu sama lain bukan mencaci dan menghina. Lgpun dosa ini akan dipikul sama-sama disebabkan kejian dibuat dan tiada insiatif utk tolong mereka. Sanggupkah kamu semua mendengar kes bunuh ini tanpa menolong? Utk kamu semua, hal ini tidak akan berakhir sekiranya masyarakat kita kata anak tidak berdosa adalah anak haram atau memandang serong pada ibu mereka. Tunjukkan bukti kpd sesiapa mengatakan anak dilahirkan luar nikah adalah anak haram. Dosa kita dgn Allah diampunkan krn Dia Maha Pengampun lg Maha Penyayang. Bagaimana dosa org yg hina sesama sendiri, tidak akan diampunkan? Selagi kita tidak diampunkan, selagi itu Allah takkan terima kita sebagai hambanya. Fikir-fikirlah sebelum berkata-kata.

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.

Posted by Azia to walk on wings, tread in air at 1:58 PM



(a) Nak taye la kamu, kamu tau tk keturunan apa mangsa bayi tidak berdosa? Mesti kamu tak tahu kan sbb kamu bukan forensik.
Adekah sebab baby tu anak Indon maka kita boleh buang sebab bapak dia takkan tinggal kat negara ni lama? Akai ada ka nak buang-buang anak disebabkan keturunan?

(b) Mesti kamu tak tahu orang asing terutama orang Indonesia byk melakukan dlm hal ini. Akak ckp nie sbb suami akak merupakan peguam syariah.
Cuba akak tanya suami akak yang peguam syariah tu, apa hukumnya buang anak? Aku nak buang coli aku pun pikir 5-6 kali, nak buang ke nak tanam, nak buang ke nak tanam. Inikan pulak budak yang ko usung 9 bulan.

(c) Akan tetapi, org majlis agama permain-mainkan niat mereka. Suruh menyediakan dokumen sepeti surat dr duta. Lepas itu, lelaki itu akan diminta mcm-mcm sperti rekod jenayah,kesihatan dan lain-lain dari negara asal mereka.
Dey macha, alangkan kita nak kawen pun kena lalui mcm2 proses, ambik HIV test, buat blood test kot ada talasemia ke apa ke, inikan pulak orang luar. Standard la tu. Apa suami akak yang peguam tu tak tau prosedur undang2 negara ke?

(d) proses yg dikehendaki oleh Jabatan Agama mengambil masa
Silakan orang Jabatan Agama jawab. Sila..sila..anyone?

(e) Harapkan seagama sahaja tetapi berfikiran amat sempit. Padahal dalam Islam, rukun pernikahan amat ringkas. Kamu tahu kan apa syarat wajibnya.
Ye, saya memang berfikiran sempit. Tak selonggar fikiran kamu yang masih beranggapan buang bayi tu tak salah sebab ibu tu teraniaya. Teraniya macamana sekalipun, takkan sampai nak buang anak sendiri? Aku nak spray semut pun berkira-kira. By the way, kalau betul rukun nikah ringkas bagai dikata, apesal tak kawen je dulu before beromen? Ringkas apaaaaaaa.

(f) Maka jalan penyelesaian mereka ambil jln singkat, bunuh/buang shj. Lebih malang lg, keluarga manga perempuan sendiri pun tk nk terima mereka. Siap tk mengaku darah daging sendiri.
Ini adelah subjektif. Ada orang boleh terima, ada orang takleh terima. Nak pulak kalau benda ni jadi kat anak sendiri, of course mak bapak payah nak terima, kalau terima pun mengambil masa. Alangkan kalau laki kau yang peguam syariah tu kawen secara sah dengan pompuan lain pun aku belum tentu kau boleh terima dengan sekelip mata inikan pulak makbapak yang membela kau dari kecik alih-alih kau bawak balik anak tak berbapak. Of course la orang tua tu sentap. Mesti la ambik masa jugak.

(g) Sebelum owner post komennya, ada tak tanya siapa dia sebenar?
Kalau dia ikhlas nak tunjukkan diri dia sebenar, dia tak pakai anonymous, paling tak pun, dia akan tinggalkan email utk aku kontek balik. Macam kau la kan, ada blogger ID tapi takde profile. Pirahhhh.

(h) Kita patut bantu kepada mereka seperti merujuk kpd polis, JKM atau pihak hospital bila berlaku di sekeliling kita.
Ye laaa..polis tengah bantu la ni, bantu mencarik ibu-ibu yang 'teraniya'. Untung-untung sok mahkamah bantu dorang dengan menyediakan tempat tinggal and makan percuma selama 10 tahun. Itu kira ok la dari mahkamah bantu hantar dia ke alam barzakh.

(i) Sanggupkah kamu semua mendengar kes bunuh ini tanpa menolong?
Nak tolong aper sebenarnya ni kalau dah masuk kes bunuh? Kalau dah membunuh tu aku cuma boleh tolong tengok je. Selebihnya kau tanya mahkamah.
Cakap macam takde otak.

(j) Utk kamu semua, hal ini tidak akan berakhir sekiranya masyarakat kita kata anak tidak berdosa adalah anak haram atau memandang serong pada ibu mereka.
Asatagaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak paham bahasa dia ni. Aku cakap, aku mengutuk ibu yang buang anak. Bukan ibu yang ada anak luar nikah. Aku ada a few kenalan yang ada anak secara accident tapi aku still berkawan dengan dia, ambik tau perkembangan dia. Yang aku kutuk is ibubapa yang buang baby. Kalau kau bengang dengan makbapak kau taknak terima kau, kawan2 kau pulaukan kau, itu kau punya pasal. Takde kena-mengena dengan aku so kau tak payah nak lepaskan kemarahan kau terhadap dorang kat blog aku.

(k) Tunjukkan bukti kpd sesiapa mengatakan anak dilahirkan luar nikah adalah anak haram.
Ok, series. Aku dah penat nak explain. Dia ni memang bangsa tak paham bahasa melayu.

(l) Selagi kita tidak diampunkan, selagi itu Allah takkan terima kita sebagai hambanya. Fikir-fikirlah sebelum berkata-kata.
Yes betul. Dan kau adelah antara orang yang perlu mintak maaf kat aku sebab siang-siang kau cakap aku bodoh. Cepat mintak maaf. Aku tak ampunkan kanggggggggg.


Aku konfem orang ni yang konon nama AZIA adelah the same anonymous yang komen semalam. Ayat pun sepesen. Ok, tak kisah lah kalau ko nak beranonymous tapi cubalah pahamkan teks aku. Aku tak kisah pun kalau kau ada anak luar nikah, so jangan nak emo. Yang aku kisah is orang yang buang baby.

Kalau tak paham-paham jugak, esok aku start blogging ngan bahasa Sanskrit.

posted by green apple @ 9:42 AM  
Newer›  ‹Older
Kamus lagi
March 29, 2010
Eh aku tak bagitau lagi jawapan kamus TATAMIN tu kan? Betul dah tu jawapan korang. Bijok-bijok belaka yeh? Hehe..

Okkkkk, kalau betul bijak sila teka apakejadah alamkah yang disebut Ija :

SKRO RABA



Sent from my BlackBerry® smartphone
posted by green apple @ 3:25 PM  
Newer›  ‹Older
Tolong lah bagi pendapat



Anonymous has left a new comment on your post "Kecik-kecik takmo mampos":

skrg saya sudah tau anda bukan org prihatin.hanya tau menghina org tidak bersalah tanpa mengetahui punca sebenar.

sudahkah anda membc mingguan Malaysia hari ini.jgn hina wanita mengandung anak luar nikah.Allah murka kita menghina antara satu sama lain.lgpun mereka telah dianiaya.doa org teraniaya makbul tau.kita bukan sempurna malah kita tk pernah buat silap.begitu juga dgn anda.

fikirlah sekiranya suatu hari anak anda buat begitu.adakah anda sanggup terimanya sebagai anak lelaki berperangai keji sedangkan dia tk bertanggungjawab apa dia buat?atau anak perempuan anda menjadi mangsa keadaan org lelaki yg zalim?usahlah berkata-kata hista kpd ibu yg aniaya.

kalau anda seorg yg berhati mulia dan ibu prihatin,fahamilah perasaan mereka.kehidupan anda bahagia,kiranya anda patut bersyukur.sekiranya anda menghina mereka,bila anda mau mohon kemaafan krn tk mengetahui punca pembuangan bayi yg tidak berdosa.

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 11:31 PM




Thank you being so perihatin kuar masuk blog ni semata-mata nak check adelah saya mempublish komen anda yang terdahulu. Jawapannya sangatlah tidak.

Sebab saya rasa komen anda sangat lah cetek untuk dipublishkan di sini.

Cuba baca balik entry saya, di mana saya menghina anak luar nikah atau ibu yang mengandung anak luar nikah? Ada?

Saya mengutuk ibu luar nikah yang dah tau buat anak luar nikah, tapi tak tau nak membela anak tu malah mencampakkan untuk jadik makanan anjing.

So, perlu ke kita kesiankan ibu yang anda gelarkan 'teraniaya' ini?

Lain kali pemahanaman bahasa melayu kasik polish.

Tapi takpela, saya publishkan komen anda yan terdahulu kat entry ni. Khas buat anda :


Anonymous has left a new comment on your post "Kecik-kecik takmo mampos":

kasihan bayi yg tidak berdosa itu. mmg buang anak mmg zalim. akan tetapi bukan slh ibu bayi sebenarnya.

puncanya bapa bayi yg keji itu patut kena dipersalahkan krn tidak mahu bertanggungjawab apa dibuat serta urusan perkahwinan di Jabatan Agama Malaysia mmg menyulitkan. ia terlalu byk prosedur. padahal hukum akad nikah dlm islam amat ringkas.

apa pun kita hanya tahu menunding jari kpd mangsa keadaan tp pernahkah anda terfikir, kenapa masyarakat di Malaysia dan keluarga mangsa terutama ibubapanya memandang hina kpd anak perempuan dianiaya dan bayi tidak berdosa. sepatutnya kita yg prihatin patut menolong supaya ibu dianiaya tidak membunuh anak selepas bersalin.

apa perasan anda sekiranya anda berada situasi perempuan itu bersama bayi tidak terima keluarga sendiri dan dikeji oleh masyarakat. adakah anda akan bertindak mcm org bodoh seperti anda cakap di entry itu?

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 9:05 PM



Saya tak faham dengan kenyataan anda :

(i) "akan tetapi bukan salah ibu bayi sebenarnya".
So bolehkah saya mengandung anak luar nikah dan kemudian bagitau semorang 'Bukan salah akuuuuu' (ala-ala lagu Sembilu Ella). Mana anda tau bukan ibu bayi yang bersalah? Andakah ibu itu?

(ii) "puncanya bapa bayi yg keji itu patut kena dipersalahkan krn tidak mahu bertanggungjawab".
Ohh, sedap sama-sama, tapi salah nak lelaki tanggung sorang? Sama-sama tanggung salah la wehh. Kalau laki tu taknak bertanggungjawab ko carik la laki tu, yang ko pi bunuh budak tu apekejadah?

(iii) urusan perkahwinan di Jabatan Agama Malaysia mmg menyulitkan. ia terlalu byk prosedur.
Anyone nak jawab? Aku bukan dari Pejabat Agama.

(iv)kenapa masyarakat di Malaysia dan keluarga mangsa terutama ibubapanya memandang hina kpd anak perempuan dianiaya dan bayi tidak berdosa.
Dey macha, takde saper pun hinakan pompuan yang mengandung anak luar nikah selagi dia menjaga anak tu dengan baik, Malaysia ada sediakan Pusat Pemulihan Akhlak untuk kes-kes macam ni. Malaysia sangat perihatin sampai sediakan pusat khas.

Ibu yang mengandung anak luar nikah tapi membela anak tersebut, tu adelah ibu yang baik. Cuma dia pernah melakukan kesilapan tapi dia sedar kesilapan dia. Yang ibu aku cakap ni pulak jenis yang dah la buat salah, pastu nak cover kesalahan sendiri semata-mata nak bajet baik depan orang maka bunuh anak sendiri, itu perlu ke kita kesiankan?

(v) sepatutnya kita yg prihatin patut menolong supaya ibu dianiaya tidak membunuh anak selepas bersalin.
Masalahnyaaaaa, aku tak sempat nak prihatin dia dah bunuh budak tu siap-siap.

Perihatin tu adelah apabila kita dapat trace dia mengandung anak luar nikah then kita bawak dia ke pusat pemulihan akhlak, kita tolong dia bersalinkan anak dia and kita nasihatkan dia jaga anak tu, itu baru perihatin. Kalau dia sendiri yang berusaha sorokkan perut dari nampak dek orang, pastu senyap-senyap pergi bersalin tepi longkang, saper yang tau? Tang bila nak perihatinnya kalau dia sendiri yang berselindung?

Contohnya macam kau la, ada masalah tak paham bahasa melayu kan. Kalau kau tak hantar komen bangang ni kat aku, aku pun tak tau ko ada masalah pemahaman teks. So now aku dah tau apa masalah kau, maka di sini aku nak menunjukkan keperihatinan aku supaya kau pegi POPULAR Book Store and carik buku 'Bahasa Malaysia for Dummies'. Ok?

(vi) apa perasan anda sekiranya anda berada situasi perempuan itu bersama bayi tidak terima keluarga sendiri dan dikeji oleh masyarakat
Kalau nak dikeji masyarakat, tak payah nak ada anak luar nikah. Kau berkhalwat pun dah ada orang keji. Aku buat entry pasal bunuh bayi luar nikah ni pun kau keji aku kan? Tu belum kalau aku ada anak luar nikah. Kau dulu yang berlumba-lumba mengutuk aku.

So, benda ni adelah lumrah hidup bermasyarakat. Ada yang mengeji, ada yang memberi semangat. Ikut lojik la, kalau orang tu buat salah (berzina) tapi bertaubat dengan niat nak membela bayi tu, takde saper pun nak keji. Tapiiii kalau kau dah berzina pastu pegi buang pulak budak tu kat tempat yang tak sepatutnya macamkan budak tu lagi jijik dari babi, kau nak bagi nasihat lagi ke? Itu jatuh hukum membunuh dengan niat okkk. Membunuh dengan niat apa hukumnya, anyone?


Apa-apa pun, aku rasa ko memang tak paham entry aku.
Ataupun kau sememangnya carik bahan nak bantai aku tu pasal apa yang ko komen tak make sense lansung.

By the way, kalau rasa komen kau benar, tak payahlah pakai anonymous.
Berani kerana benar weyyy.
posted by green apple @ 12:14 AM  
Newer›  ‹Older
Pernah rasa sakit yang tersangat sakit sampai tak boleh keluarkan airmata?
March 28, 2010




Sometimes in life, you find a special friend who changes your life by being a part of it. This is forever friendship.

I used to have a special friend.
I used to.









To Vita-C,

Thank you for being my crying shoulder.
Thank you for telling me everything would be ok.
Thank you for every call, email, and sms-es you gave me.
Thank you for listening.
Thank you for being there exactly when I needed you



Kelakar gila bila kita menangis untuk orang yang tak ambik tau pasal kita but kita ignore orang yang willing untuk menangis sama-sama.

I feel like shit.

posted by green apple @ 11:20 PM  
Newer›  ‹Older
Kecik-kecik takmo mampos
March 27, 2010
Sedihnya bila baca paper today about baby yang digonggong anjing. Memang anjing betulla sape yang buang baby ni. Series cilaka bodoh. Yang aku pelik tu orang-orang yang buang baby ni senang pulak nak beranak. Aku ni sampai 3 kali induce meneran macam nak tercabut tulang bontot punnnn tak keluar-keluar sampai kena sembelih baru nampak baby. Dorang ni dah la buat anak dengan bersungguh-sungguh, senang mengandung, senang pulak tu nak beranak. Kat lubang jamban boleh, kat dalam semak boleh, takde pulak mampos ke apa. Bila dah beranak main campak-campak pulak baby tu. Ni namanya bodoh. Kau dah sanggup bawak budak tu sembilan bulan, meneran macam nak tercabut nyawa pastu ko buang. Aku tak tau carutan apa paling sesuai nak bagi orang macam ni.

Yang ko campak kat tempat sampah, kilang simen segala ni apakejadah?? Aku ingatkan semua ibu ada naluri keibuan. Rupanya tak. Babi pun tau jaga anak okkk.

Takde ke ko rasa sayang bila tengok baby cute-cute macam tu? Takde ke rasa kesian kat baby tu sampai ko tergamak nak campak kat tempat sampah? Kot ye pun la kau taknak, tinggalkan la elok-elok. Bedung elok-elok, letak kemas-kemas dalam raga ke apa, pastu letak la tempat yang selamat. Pastu ko nak berambos mampos pun sukati kau la. Budak tu pun ada hak nak hidup. Tapi tu la kan, mungkin baby tu yang dah berjanji dengan Tuhan yang dia willing nak terima nasib macam tu but still unfair to the baby!

Paling tak pun, ko tinggalkan la baby tu cara baik. Letak depan rumah aku pun takpe. Tapi pastu ko tekan la bell so budak tu tak tinggal lama kat luar. Bukan la nak menggalakkan lagi production of anak luar nikah tapi tolonglah ada rasa simpati sikit. Otak biar jangan letak kat bontot boleh?

Mak bapak dah bagi skolah tinggi-tinggi tapi kau tetap bangang sampai lapan tingkat. Buat anak pastu buang. Patutnya orang macam ni kalau dapat tangkap sok, buat je balik macam apa dia buat kat baby tu. Bogelkan dia, letakkan kat tempat sampah pastu lepaskan anjing gila. Tengok kalau dia tak terkencing berak kat situ nak larikan diri. Cibai.


Sent from my BlackBerry® smartphone

posted by green apple @ 11:38 AM  
Newer›  ‹Older
Let kids be kids
March 25, 2010



Rabu baru-baru ni disebabkan aku tak boleh tido kat hotel, maka berpeluang la melayan Malaysia Hari Ini pagi-pagi buta. Antara topik yang dorang discuss was pasal budak-budak zaman skarang. Mak bapak skarang ni dia kata terlampau nak atur jadual anak sampaikan anak tu takde masa nak main lansung. Asal ada free time je abis segala kelas tekwando, swimming, ballet, drawing mak bapak nak masukkan. Ye ke? Anak aku manjang je main. Homework tak pernah ada lak tu. Aku dah tunjuk buku lima baru dia sibuk kuarkan buku skolah.

Tapi, betul gak apa speaker tu kata. Macam bagi aku wake up call pun ada gak. Sebab aku pun antara mak bapak yang asik pikir mana lagi kelas tambahan aku nak sumbatkan si Redza ni. Sometimes aku rasa Redza pun bosan asik la blaja blaja blaja. Boleh jadik bergaduh-gaduh aku dengan En Wan bila pikir pasal Redza.

Kalau En Wan ni pulak manjang je lah budak tu tak payah blaja.

'Biar la Di, dia nak main'
'Takyah la kelas tambahan kul 3pm, sian dia nak tido'
'Biar la dia nak tengok katun, jap lagi dia buat la homework dia'

Bila aku menjawab, alasan yang selalu buat aku mati kutu is 'Abang dulu tak blaja sangat pun, ok je?'

Amboi sajaknya la berkata-kataaaaaaaaaa.
Itu kau.
Kau lahir zaman bila.
Skarang zaman bila.
Lagipun kau duduk kampunggggggg.
Kampung apa ada?
Wakakaka.

Budak-budak zaman skarang ni ramai yang tak reti bahasa termasuklah anak aku. Baru je kejap aku suruh dia tutup tv, aku belum sampai anak tangga yang keempat dia dah switch on TV tu balik sebab bapak dia angkat kening kasik green lite. Ingat aku tak nampak???? Bapak dia pun satu hal. Sudahnya anak tak apa-apa, mak bapak yang bergaduh.

Speaker tu kata, JANGAN ATURKAN HIDUP ANAK DENGAN SECARA MELAMPAU.

Dia kata, anak-anak ni sepatutnya dibiarkan merasa zaman kanak-kanak. Jangan sampai anak takde masa nak main. Videogame tu tak termasuk dalam kategori permainan yang boleh mencergaskan tubuh badan. Maksudnya skarang, anak kena keluar main kat luar.

Aku rasa apa yang orang ni cakap ada betulnya.
Aku rasa zaman aku kecik-kecik dulu takde de Mak Aji nak sibuk hantar aku tusyen segala. Tak jadi bangang punnnnnnn. Cuma tak bijak sangat la. Tapi aku rasa tu bukan salah aku. Tu salah genetik. Hahaha.

Panggg kena pelempang Mak Aji.

Asal petang je, Mak Aji dah perambat aku keluar main luar.
Sometimes terpikir gak, mak aku ni tak suka aku ke? Mentang-mentang la muka aku kemek (ni dia yang kata), sampai dihalaunya aku kuar main sebab nyampah tengok muka aku.
Tapi mood sentimental aku selalunya kejap je.
The moment aku nampak si Ah Chong standby ngan basikal chopper kat luar, terus menggeletis aku nak main.

Sebenarnya memang bagus tau zaman kita dulu-dulu. Zaman belum ada game-game merepek ni. Nak pulak rumah Mak Aji dulu toksah kata nak ada video game, TV pun kaler itam putih. Betapa bosannya aku nak ngadap TV! Disebabkan TV itam putih ni la aku konfius apesal pompuan dalam TV semua putih, tapi aku pompuan yang hitam??

Mainan zaman dulu sebenarnya tak secara lansung membantu kita dari banyak segi kalau korang perasan. Ada ilmu yang tersirat.

Contohnya main polis sentri.

Kalau yang dapat jadik polis tu memang bersungguh-sungguh jadik polis. Polis betul pun tak segigih macam ni sampai orang dah abis azan pun dia gigih masuk longkang carik pencuri lagi. Polis betul ada gigih macam ni? Tak dapattttt.
Dalam ertikata tersirat, game polis sentri ni sebenarnya memupuk rasa tanggungjawab and amanah pada tugasan yang diberi. (pehhhhh, ayat gua macam motivator okkk)

Mana yang balik-balik kena jadik ketua penyangak tu kalau tak caya ko tengok orang tu skarang macam mana. Mesti jenis yang licik dan mengelat. Tak caya, tengok aku. Hahahah.

Aku dulu kalau main polis sentri memang tak hadap la nak jadik polis ni segala. Tak kuasa aku nak kuar masuk longkang carik pencuri. Kang tak pasal balik rumah aku kena belasah ngan Ketua Polis Negara yang memang tunggu masa je nak sesah aku.

Oh, kau nak sangat jadik polis eh, ha meh sini aku bagi pangkat sarjan. Zas Zas Zasssssssss ambik kau tiga calit kat betis. Selesai. Esok pi skolah pakai pinafore. Get ready la nak kena gelak kat member yang cibai-cibai semua.

Selalunya aku memang volunteer jadik pencuri.
Tapi aku pencuri yang bijakkkkkkkkkk.
Polis-polis ni semua sibuk masuk longkang keluar longkang ntah apa yang dia carik dalam longkang tu ntah. Mana yang lelaki tu aku tau la masuk longkang sebab nak kencing sekali. Yang polis pompuan lak balik-balik carik kat pokok serai. Apekejadah??? Lojik ke aku nak menyorok dalam pokok serai? Nak pulak pokok serai tu Mak Aji punya. Apa nak kasik aku mampos?

Tau aku di mana???

Yeahhhhhh.
Aku ada kat kedai Kak Milah makan Nutella.

Kau carik la aku sampai muntah. Memang takkan jumpa punya.
Agak-agak boring lepak lama sangat kat Kedai Kak Milah, aku singgah rumah makcik aku kat sebelah kedai tu pulak. Apa susah.
Tak susah kan jadi pencuri?
Baju aku pun tak bau longkang.
Agak-agak lambat balik, makcik aku boleh call Mak Aji 'Kak Yah, si Diana ni ada kat rumah Noi'.
Settle.
Kalau nasib aku baik, makcik aku siap gorengkan keropok lagi.

See?
Siapa kata jadik pencuri tak best?
Jadik pencuri mengajar kita buat keputusan yang cepat dan bijak dalam keadaan terdesak. Pikir kat mana nak bersembunyi dengan selamat selain dari mencarik suaka politik kat rumah makcik. Hahaha.

Tapi aku berhati-hati gak.
Aku tengok lah jugak sape yang jadik polis.
Kalau yang jadik polis tu muka-muka yang balik-balik carik bawah longkang, atas pokok, dalam pokok serai, memang konfem aku jadik pencuri. Ada budak tu boleh suruh mak dia tutup gate tak kasik pencuri ni nyorok dalam rumah dia. Apa kejadah aku nak nyorok rumah kau, baik aku masuk rumah aku terus duduk depan TV layan cerita cina. Baru berpeluh kau carik aku kat luar.

Tapi kalau yang jadik polis tu adik aku umpamanya, terus aku tak jadik main.
Sebab adik aku bijak. Like sister la bak kata omputih. Ngahahahah.
Dia ni kalau dapat jadik polis memang habis satu taman dia pusing ngan basikal. Berpeluh aku nak menyorok.

Jadi moralnya kat sini, banyakkanlah bermain polis sentri. Badan cergas, minda cerdas.

Lagi satu, dulu aku suka main ofis-ofis ngan adik aku.
Ni kalau time hujan la, masing-masing takleh keluar rumah katakan. Nak main masak-masak kang kena kuarkan tupperware Mak Aji segala, malas aku nak kemaskan balik. So, kita pilih cara selamat, kita main ofis-ofis je. Props semua sendiri punya, tak kacau orang lain.
Buku teks sendiri punya.
Pensil nak sign-sign check sendiri punya.
Kertas tak jadik masalah, koyakkan je buku skolah. Hahaha.
Nak nampak lagi macam best, angkut typewriter Pak Aji bawak masuk bilik. Konfem dah macam opis.

Selalunya aku la jadik bos. Sebab adik aku suka sangat jadik sekretari. Perasan gila cun nak jadik sekretari.

So tugasan aku adelah bagi dia keje.
Entah apa la yang aku suruh tapi gila series la masing-masing berlakon.
Yang si Ima ni pun beria-ia siapkan kertas kejer. Pastu dah siap submit kat aku.
Aku of course la duduk kat dalam bilik, aku kan bos.
Dia duduk kat hall sebab dia pencacai je.

Kalau aku tetiba datang mood nak mengamuk (bos kan suka marah-marah orang) aku akan 'Ima, masuk bilik saya!'

Sanggup pulak budak ni tadah muka kena marah ngan aku.
Agak bodo jugak dia ni kadang-kadang.

Main ofis-ofis ni sebenarnya dalam pada kita tak sedar sebenarnya secara tak lansung menjadikan kita orang yang bercita-cita. Cita-cita nak jadik bos. Cita-cita nak berjawatan tinggi. And secara tak lansung bila dah jadik bos, kita ada rasa nak membimbing orang bawahan untuk berkerja dengan betul.

Macam adik aku kan, dia suka jadik sekretari. Sekretari kan rajin and cantik-cantik. Walaupun dia bukan seorang sekretary skarang but tempias-tempis suka kecantikkan tu memang ada kat dia. Siang malam pakai krim. Kalau pergi rumah dia ntah macam-macam krim aku tengok atas meja solek dia. And tangan dia memang cantik, tak caya tengok gamba dia dengan si Jane berbungkus tu, halus je tangan dia kan?

Lagipun, adik aku suka jadik sekretari sebab dia memang suka sangat buat keje tulis-tulis. Tulisan dia pun memang cantik.

Aku pulak tulisan macam jahanam. Sebab tu aku berblogging, sebab blogging takyah tulis tangan. Lojik?

Tapi tu dulu la. Sekretari skarang semua dah pakai komputer.

Bila aku masuk U, aku ambik generik course Basic Acting.
And I got A utk course tu.
See?
Berbaloi tak aku berlakon jadik bos-sekretari time kecik?
Akhirnya membantu aku dapat A.
Pakkal aku ni takde pakej je okkk, kalau tak aku duduk sebelah Meryl Streep dah skarang.

Tapiiiiiiiiiiiii paling aku tak berkenan is main kawen-kawen.
Tapi aku takde choice sebab geng-geng aku dulu semua gatal bijik tiap-tiap petang nak main kawen-kawen. Habis takat bersanding tu je dah la. Ehhhhh sambung pulak sampai main beranak-beranak. Siap pastu kes laki kawen lain la apa la. Dah macam batak aku tengok sorang-sorang siap nangis mengongoi-ngongoi laki masing-masing kawen lain. Pastu gaduh-gaduh ngan mistress. Yang aku bengang tu boleh terbawak-bawak bergaduh betul sampai seminggu dek kerana menghayati watak. Beria-ia. Kimaklah.

posted by green apple @ 2:35 AM  
Newer›  ‹Older
BABI!!



Series, mata aku sudah lebam.
Tapi tak nampak sangatla sebab kulit aku itam kecuali ko tenung lama nescaya ko akan nampak eyeback. Tapi kalau kau tenung dalam-dalam ke dalam mataku konfem ko tak tido malam pastu kerana panahan mataku fuhhhhhhhhhhhhh...tak caya, tanya En Wan.Haha.

Sampai dari Penang tadi kul 3.15pm.
Terus on aircond, and mandi.
Dari kat Tapah lagi aku dah plan sampai rumah kang on aircond, mandi and tido.

The feeling lepas mandi tu sangat lah best.
Pulak tu pakai nighty, terasa bebassssssss.
Walaupun jam lom lagi kul 4pm.
Tapi tak lama pun.
Kul 5pm aku dah tersedar sebab bilik sejuk sangat.
Lantas tersedar yang aku tak makan pun lagi dari pagi except teh tarik.
Dah alang-alang tak makan dari pagi tu maka aku teruskan misi berlapar, saje nak tengok esok berapa gram aku turun sebab lately ni aku rasa macam badan aku bloated lain macam. So mengikut pengalaman diri, itu adelah petanda bahawa badan sedang dalam proses menjadi obes. Buah dada obes takpe, tapi badan NO NO.

Ok, aku sedang menipu diri sendiri sebenarnya ni.

Hmmm...where shud I start..?

Actually aku perlu meluahkan sesuatu.
So that aku boleh tido.
Antara sebab aku tak nyenyak tido siang tadi walaupun kepala dah pening nak termuntah adelah kerana kat Tapah.

Tadi aku benti jap kat Tapah sebab nak gi toilet, nak beli air and nak cari something utk si masam.

Aku shop kat satu kedai ni, kedai dia sempit la jugak sebab barang banyak sangat.
Kedai dia pulak belah-belah dalam, bukan kat tempat orang jual jambu tu.
Kat kedai tu pun takde la ramai mana orang, rasanya dalam empat customer termasuk aku.

So, aku ni belek-belek la barang mainan kat situ tak notice pun ada barua cilaka tengah dok perati bontot aku (agaknya la). Memang aku pakai skirt tadi, tapi skirt tu takdela pendek sangat pun. Agaknya mamat ni jenis kote tak laku, nak cucuk kat anjing pun anjing lari gamaknya so tadi memang aku bernasib tak baik.

Aku perasan ada orang nak lalu kat belakang, and dia cakap 'Excuse me'. Tapi aku ni jenis yang tak menoleh kat orang so aku injakkan badan sikit kat depan. Aku tak perasan yang mamat barua babi ni ada berdiri kat belakang aku sambil kote dia hala kat bontot aku (berlapik dengan seluar laa).

Aku ni pulak satu hal. Selalu sangat tak alert dengan benda-benda macam ni. Dalam ertikata lain - BLUR.

Aku macam terasa ada orang gesel something kat blakang, I can feel the hardness tapi tak terfikir apa-apa yang bad, thought that orang lalu kat blakang and terkena badan aku sebab ruangan tu agak sempit gak la. Come on, kat RnR okkkkk. Tak saper yang expect benda macam ni nak jadi.

Rasanya dalam 2 kali aku rasa bergesel, kali ketiga tu aku pusing mamat babi ni elok je berdiri dengan mengadap belakang aku, kote dia cantik parking kat bontot aku. Memang sial babi buto!!!

Lojik ke ko berdiri dengan badan ko mengadap belakang orang lain kat tempat yang sempit macam tu? Cilaka babi tak?

Bila aku pusing, dia senyum and say 'Hi'.
'Hi'????????????
Pukimak kauuuuuuuuuuuuu.

Aku memang tak terkeluar suara lansung sebab takut sangat. (wah, kat blog ko macam terer sangat kan)
Terperanjat sampai nak menangis!

Cepat-cepat bayar and blah masuk toilet.
Mula-mula nak kencing, bila dah masuk toilet, kencing aku pun tak boleh nak keluar.
Tiba-tiba aje aku gila basuh bontot aku berkali-kali. Walaupun tak kena betul-betul but rasa macam najis gila okkk dia gesel kote dia kat bontot aku. Kalau ada pasir lebih memang aku samak!

Well, maybe ada yang kata 'Eleh, macam tak biasa'.

Yes, memang tak biasa pun!
First, aku tak main bontot-bontot okk.
Second, bila aku berdepan dengan pengalaman ni, now aku rasa macamana those yang kena cabul ke apa ke, dorang takut nak mengadu, takut nak menjerit but just keep it to them self.
Sebab aku pun rasa the same thing.
Nak jerit, tapi terperanjat sangat sampai tak terkeluar.
And malu.
Malu sebab benda ni jadik kat public and kalau aku menjerit macam ada nak percaya???

Memang masa tengah type this entry pun tetiba aku rasa meremang bulu tengkuk.
Memang babi la!!!!!!!!!!!

Oh series aku rasa macam nak menangis balik.


Babi!!!


posted by green apple @ 12:28 AM  
Newer›  ‹Older
Penang
March 24, 2010



Ini adelah entry autopublish.
The moment korang baca, aku dah pun on the way keluar dari Penang. Itupun kalau takde alien kidnap aku tengah jalan.

Di saat ini, aku sangat la mengantuk macam nak mati.
Boleh la pulak tengah-tengah tido semalam aku terjaga pukul 1.20pagi!!!
Cibahaiiiiiiii.
Ni teh tarik punya pasal la ni, terus mata aku terbeliak sampai kul 4.30pagi.
Tu pun sebab aku dah betul-betul takde keje nak buat dah.
But the best thing was aku dapat siapkan semua backlogs. Yeay! Sampai rumah boleh belasah tido sampai esok pagi.

Actually hotel ni ok. Takde la hantu-hantu ni semua, don't worry. Sebab tu aku memang akan duduk hotel B-Suite ni everytime datang Penang. Lagipun paling dekat dengan USM. Untuk aku yang prone tu sesat, B-Suite ni sangat la sesuai. Cumaaaaaaaaaaa, ntah apa punyamusibat la bilik air dia, kejap-kejap paip shower tu keluar air.
Keluar yang tak agak-agak mencurah-curah. Memang binawe la kan dia punya perasaan tiba-tiba kul 2pagi air terbukak.

Masa tu aku berharap sangat la ada sesape yang tiba-tiba tersilap sms ke apa, oh memang aku layan okkk. Konfem! Mat rempit pun mat rempit lah. Sebab aku dah series cuak. Mata aku ni dok pandang je pintu bilik air, mana la tau kannnnnnnnn kot-kot dia nak buat ramah ke apa.

Si Nahar lagi satu mangkuk siap suruh aku tengok Chandarmoorthi. Pastu sound 'Takyah la Kak, nanti ko asik pandang almari je pulak'. Memang cilaka la sorang-sorang kan?




See the bilik?
Kau nampak tak betapa punya besarnya standardv room dia.
Jarak antara TV ngan katil tu, ko boleh main galah panjang kat tengah-tengah.
Bilik besar ni la yang buatkan aku lagiiiii alergik.
Mula la kan imaginasi aku.

So, bila dah terjaga semalam, aku dah takleh nak lelap balik, sambil-sambil buat keje aku pun lepak la kat FB. Layan page-page orang. Sekali masuk page Ima, nampak la muka anak sedara aku yang comel ini...




Boleh pulak tetiba aku takut gila tengok gamba si Jannah ni lantas off laptop dan tido sebab errrrr......macam hantu bungkus?

posted by green apple @ 9:46 AM  
Newer›  ‹Older
Saka? Sucker?
March 23, 2010



En Wan : Ija, esok besar main soker (soccer) macam papa, eh?

Ija : Soker tu apa?

En Wan : Soker tu bola sepak.

Ija : Ohhh. Bukan soker la, Pa.

Aku : Abis? Ija panggil apa? Football?

Ija : Bukan! Suckerball. (soccer ball).


Kusssss semangat dengar anak aku sebut 'soccer ball' gila babi punya sleng.
Seb baik dia sebut betul.
Kalau dia sebut ball sucker?

Itu aku. Eh.

Ok tak kelakar.

posted by green apple @ 4:38 PM  
Newer›  ‹Older
Cock



Kalau nak dipandang hebat, gaya mesti mau stylo.

Baju mesti mau gorjes.

Rambut kena letak kaler.

Cakap mesti omputih.

Baru class.


Tukang ambik order : Air apa, cik?

Ms Gorjes : Give me two cock.



Aku yang beratur kat belakang memang tergelak dengan agak kuat tapi pastu menggelabah jugak la nak cover. Kang tak pasal dia bagi penampar pulak kat aku.

Tu la jadiknya kalau terlebih 'sleng'. Nak sebut COKE tersebut COCK.
Seb baik budak laki kat kaunter tu tak berapa nak tangkap apa pompuan ni sebut.
Kalau aku jadik budak laki tu, 'I only have one cock, Miss. If you want two, then take my balls'.

posted by green apple @ 7:03 AM  
Newer›  ‹Older
Kamus
March 22, 2010





Mama, mana mama simpan Ija punya tatamin?
posted by green apple @ 4:17 PM  
Newer›  ‹Older
Series ini adelah entry mode ustazah bahiyah



Semalam tengahari aku ngan En Wan lunch sama kat Pak Li Kopitiam. Aku tak sure if tu pak rosLI punya, or pak LInggam or pak LI hiang wei punya. Aku belasah je la anggap orang melayu punya. Lagipun kat Shah Alam ni jarang ada kedai cina or india melainkan mamak. Kalau mamak ni selalunya letak nama antara BISTRO atau KANDAR. Tu je la.

En Wan yang ajak aku datang Kopitiam Pak Li ni sebab dia kata cendol kat situ sedap. Cendol kat rumah aku ni si mamak tu pegi letak kayu manis, dah macam mamak jugak rasa dia. Sejak berhari-hari lepas aku craving cendol, maka Pak Li lah sasarannya. Terima kasih Pak Liiiii (ikut style iklan "Lihat pinggangku, ramping bukan???") ---->> sape ingat iklan ni? Ni iklan masa aku Form 3.



Not bad cendol dia. It comes with separate gula melaka. So sukati kau nak tambah berapa banyak. Paling best adelah ais dia yang halus gila. Mula-mula aku ingat dia letak eskrim kelapa. Sekali ais daaaa.



The nasi ayam lemon pun bestttttt!
Mula-mula aku tertanya gak apesal nasik ayam dia takde sup.
Sekali bawah nasik tu dia dah letak lemon jus laaaa.
Gila babi punya sedap. Sikit aku tak pelawa En Wan walaupun tiga kali dia tanya 'Sedap ke?'.

Ye, sedap. Dah sadap youuuu.

Tengah makan, datang adik dua orang jual kerepek.
Mula-mula aku macam tak beminat, tapi rezeki adik tu la kot. Benda pertama yang dia keluarkan dari plastik adelah kerepek keladi (yang kaler purple tu). Itu memang aku punya favourite. Kalau nampak aku makan kerepek keladi ni tolong jangan mintak ok. Sebab aku takkan bagi.

So, terus aku agree ambk 2 paket. En Wan, sila bayar.

Bila aku tengok adik-adik dua orang tu menjual, rasa kesian pun ada. Apesal la aku tak tanya sekali dorang dah makan ke belum.

Orang-orang yang berusaha macam ni kalau kita tak tolong pun serba-salah je rasa. I mean, diorang pun taknak kita beli sebab kesian, but the way dia approach kita and barang yang dia jual tu sesuai dengan persekitaran kita pada waktu tu buatkan kita rasa tergerak nak beli. Apetah lagi kalau barang yang dia jual tu adelah makanan, konfem orang tak tolak. Paling tak pun, mesti orang nak tengok apa dalam plastik tu dulu.

Hari tu masa aku gi Matta Fair, ada la sorang akak ni standby depan entrance Matta tu dengan buku-buku entah aku tak sure apa dia but sekali imbas aku nampak macam buku panduan solat. Maybe dia jual buku-buku agama.

Memang aku expect dia akan approach kitorang walaupun orang kata muka aku macam india but still akak ni approach aku, so aku rasa aku muka melayu (tima kasih kepada hidungku yang kemek).

So this akak follow kitorang sambil explain asal buku tu.
Aku dah kata 'takpe kak, terima kasih' pun dia tak paham-paham gak. Still ikut aku lagi. Seb baik dia jual buku agama okkk, kalau tak memang aku tengking. Kadang-kadang orang macam ni buatkan kita rasa serba-salah. Bila kita kata taknak, dia macam tak paham pulak. Nak aku bagi penampar kot baru paham. Bila lagi sekali aku cakap 'takpe, terima kasih', last-last ayat dia 'Sedekah ikhlas, dik?'.

So, itu la point sebenarnya kan?
Nak mintak sedekah rupanya tapi berselindung di balik buku-buku agama.
Patutla tak paham-paham bila aku cakap taknak.

Ni lah dia kalau orang nak meniaga, ko pun nak meniaga tapi tak tau hala tuju.
Dah tau nak jual buku agama, apehal kau pegi Matta Fair?
Orang pegi situ kepala masing-masing dah bajet nak pi tengok pakej pelancongan, memang takde dalam kepala nak beli buku segala. Melainkan buku travel guide.

Kau dah tau produk kau buku agama, pergi la standby depan masjid lepas semayang Jumaat hendaknya.

Bukan perli okk. Tapi ini fakta dan juga pengalaman diri sendiri.

Cuba fikir, apesal kalau time bulan puasa kita tend untuk sedekah tukar-tukar makanan ngan jiran padahal bulan-bulan lain boleh je nak tukar-tukar makanan. Dah tentu kau boleh makan sepanjang hari but bila bulan puasa baru kita nampak jelas trend sedekah-sedekah makanan.

Sebabbbbbb, suasana waktu tu mendorong kita untuk buat everything yang menjurus ke arah keagamaan, carik pahala lebih di bulan Ramadhan. Sama la situasinya untuk akak yang jual buku agama ni. Aku rasa kalau dia jual depan masjid mesti ramai yang singgah. Sebab masa tu orang baru lepas solat, baru lepas berdoa, baru lepas dengar khutbah, so masing-masing masih lagi dalam lingkungan perasaan berpijak di bumi nyata. Perasaan baru lepas semayang memamg something kan, apetah lagi kalau kau semayang kat masjid. Dia punya tenang tu lain macam. Memang laku okk kalau kau sua kat brader-brader ni buku-buku agama. Sebab laki aku pun penah beli buku-buku ni lepas solat Jumaat. So, aku nampak point dia ada kat situ.

Berbalik pada cerita akak tadi, bila dia mintak aku sedekah, aku dah macam "inilah yang aku menyampah". Menyampah okkkk, menyampah!

Sebab aku tak suka orang yang mulanya 'bekerja' last-last tukar profession pulak mintak sedekah. Come on laaaa. Jangan la senang sangat give up. Like "Ko taknak beli buku aku takpelah tapi hulurkan sedekah ikhlas". Baik ko bersila je tadah tangan dari awal, kan ke senang.

Lagi satu masa aku lepak ngan kawan aku kat RnR Sungai Buloh.
Tengah layan sembang, datang satu budak pakai songkok bawah article pasal sekolah anak yatim ke apa ntah sambil bawak calendar gulung. Dia kata kalendar tu RM10. Sorry la aku nak beli calendar sampai RM10. Bukan berkira okk. Tapi benda yang dia jual tu tak lojik sangat dengan harga RM10. Lagipun aku takyah beli calendar, tiap-tiap tahun Giant bagi free.

So, aku hulurlah RM5 tanda sedekah. Kesian pulak kat budak-budak kan.

Agaknya cikgu dia dah pesan jangan ambik sedekah kot, so dia kata



Budak : Takpelah, kak. Saya tak ambik sedekah. Saya jual kalendar.

Aku : Rumah akak dah banyak kalendar. Akak taknak beli dah. Ni akak bagi je duit ni.

Budak : Takpela, saya tak ambik sedekah.


Dah tak ambik tu silalah blah la kan. Ini tak. Dia berdiri lagi kat situ terkebil-kebil. Kalau kau, kau buat apa?

So, aku cakap lagi sekali 'Dik, akak taknak beli calendar. Kalau adik nak, ambik duit ni'. Gila santun okk cara aku cakap. Ingat senang aku nak buat tone suara macam tu.

'Takpela, saya tak ambik sedekah'.

Balik-balik itu yang dia cakap.
Budak ni pakai bateri ke apa? Aku tengking kangggg.

Last-last aku buat dek. Ada la dalam 5 minit dia berdiri tepi meja aku. Orang keliling dok pandang-pandang. Dah la nampak aku ni macam keji gila taknak bagi sedekah.

Jenis macam ni pun aku tak pasti perlu dibantu ke tak.
Tak dibantu, kesian.
Kang dibantu kang, makin berleluasa lak. Mana la tau kot-ko ni agen yang jadikan budak peminta sedelah.

Tapi kalau fikir lojik, mana ada cikgu/ustazah yang ajar anak murid dia tolak sedekah dari orang? Sedekah tu kan rezeki. Ustazah aku tak ajar pun tolak rezeki. Lainlah kalau rezeki tu dari sumber yang haram. Tapi tak tau la kot budak tu rasa tak patut ambik sedelah dari aku sebab aku pakai skirt time tu. Tapi ni mesti 'cikgu' dia dah ajar jangan ambik kalau kurang dari RM10.

Wallahualam.


posted by green apple @ 6:39 AM  
Newer›  ‹Older
Sunday memang selalu boring.
March 21, 2010



Kalau masuk Sunday je konfem boring.
Hati rasa nak kuar jalan-jalan, tapi badan rasa penat.
Bila dah boring tak tau nak buat apa, maka kita tend to makan tak berenti. (aku la tu)

Bila mulut asik nak mengunyah, maka tangan pun terpaksa la rajin memasak.
One thing about Sunday yang aku suka sebab inilah satu-satunya hari yang aku boleh plan nak masak heavy-heavy. Takde la heavy mana pun tapi kira ok la dari hari-hari yang lain takat masak campak-campak je.

So one of the lauk yang aku masak tadi is fishball soup.
Sebenarnya lauk ni takde dalam plan. Tetiba aku teringat one of blog reader ada mintak aku bagi resepi buat fishball soup.
Aku memang tak berapa gemar ngan ready made fishball, selalunya memang aku buat sendiri.

Takde la susah mana pun.

Mula-mula potong isi ikan tenggiri. Then tumbukkan isi tu ngan lesung batu sampai dia jadi dough. Kalau taknak tumbuk pun takpe, tapi kalau tumbuk lagi cantik la bila ko gentel nanti.


Ni isi ikan yang dah ready nak dihempok ngan lesung batu.



Lepas tumbuk, then gentel-gentel isi ikan tu macam ni. Keje menggentel ni kalau bagi kat laki aku memang cukup dia suka, konfem!

Yang cili seketul tu bibik aku punya. Dia ni suka benar mengunyah cili sampaikan cili pun dia sumbat ngan isi ikan. Tak kisahlah, jangan pastu kau sumbatkan cili tu dalam mulut anak aku sudah.

Fishball ni ada kes jugak dulu.
Bibik aku yang bodo cam tapir dulu (bibik no. 2), penah buat fishball jugak.
Ohhhhh, dia ni kalau aku ajar lain, lain yang dia buat.
Konon nak tunjuk yang dia lebih hebat dari aku la.
Padahal aku dah ajar gentel isi ikan comel-comel macam ni.

Aku naik bilik kejap je, tak lama pun. Aku turun dapur tengok dalam periuk ha kauuuuuuu, dia gentel besar-besar penumbuk. Dah tak boleh nak diselamatkan dah pun. Elok je besar-besar penumbuk tu terapung-apung lam periuk.

Sebak aku tengokkan kebodohan dia.
Kalau tak diajar lain la cerita kan.
Ini aku ajar baru je dalam 15 minit, punnnnnnnnnn dia gentel ikut style dia jugak.
Orang jenis ni kalau kena simbah ngan fishball sup tu pun memang patut.
Bodoh piang.


Masak fishball soup ni sesuai untuk para-para isteri yang pemalas macam aku.
Masak satu lauk je cukup.
Dalam tu semua ada, protein, karbohidrat, lemak, sayur, semua cukup. Sangat seimbang okkk. Ni pun sebab takde kentang. Kalau tak, lagi meriah sup aku.

Tomyam pun aku suka buat walaupun En Wan kata tomyam aku tak sedap sebab tak pedas. Sukati aku la nak pedas ke taknak kan, aku yang masakkkkk.
Dalam seperiuk tomyam tu, macam-macam binatang aku masukkan.
Ayam, daging, sotong, udang, karot, cauliflower, bla bla bla.
Senang, cepat dan meriah.



Ok, ini hasilnya dalam periuk.
Sangatlah tak cantik.
Tapi sedap. Percayalah.
Hehe.

Nak lagi sedap, beli tenggiri yang fresh.
Lepas beli terus masak.




Inilah yang aku tak suka kalau En Wan dok rumah.
Bukan tak suka dia dok rumah, tapi orang tua ni kalau dah nama dok rumah, akal dia asik pikir nak abiskan duit.
Ada aje la yang dia beli padahal bukan penting pun.
Lagi bagus zakatkan duit tu kat aku.

Tiba-tiba je lepas baca paper dia kata nak keluar cuci kereta padahal selama ni bibik yang cucikan. Ok la takpe, aku bajet dia saje nak tukar angin. Maybe tukang cuci kereta kat carwash adelah wanita-wanita seksi. Kasik chance la dia cuci mata. Tengah-tengah aku masak, dia call.

En Wan : Di masak apa hari ni?

Aku : Di baru nak masak fishball soup ni. Apsal? Nak makan luar ke?
(aku memang asik bajet makan luar je. Pemalas la katakan)

En Wan : Nak ayam golek?

Masa ni aku dah 'SAH!!' dia ada buat benda lain. Baik semacam je kan, siap nak carikkan ayam golek bagai.

Lepas tu dia sambung 'Abang ada kat nursery ni.....beli rumput baru'.

Kan betul aku cakap. Dia takut aku bengang dia asik beli benda merepek, dia cover ngan ayam golek.

Apa-apa je la.
Malas aku nak protes.
Dia ni selagi duit tak abis, memang tak senang duduk.
Elok jugakla dia habiskan duit kat rumah ni, daripada dia abiskan duit beli rumput untuk rumah lagi satu? Eh.

Hmmmm, tadi, aku kemas-kemas bilik ada nampak booking slip untuk dinner for two.
Malas nak tanya lebih-lebih. Anggap je la dia nak buat surprise untuk aku.
Walaupun cuak jugak la, apakejadahnya booking dinner? Wedding anniversary lambat lagi.

Ni la yang aku menyampah kalau berkemas. Tu pasal aku malas nak kemas-kemas lemari, laci, nak check wallet dia ke, henfon dia ke. Jumpa benda-benda macam ni la yang buat aku tak tenteram. That's why aku lagi suka serahkan je bab-bab mengemas kat bibik. (kalau dah pemalas tu cakap je laaaa)

Tapi takpela kan, at least yang aku jumpa tadi bukan surat kebenaran bernikah lagi.

Oh demmm.
Kalau yang aku jumpa tadi betul surat nikah lagi satu how? Mau menggigil.
Tapi takpe, resepi nasik kangkang sentiasa ada lam purse.



Ini anak saya yang sedang mengadap 'upah' setelah penat study.
Untuk mengelakkan dia bukak porn website, maka aku letak kat dapur supaya senang nak monitor. Dibuatnya dia terbukak website mak dia kan satu halllllllllll. Website mak dia pun kategori porn jugak.


Ohhhhhhh hilang macho nya dengan trompet di mulut.
posted by green apple @ 4:47 PM  
Newer›  ‹Older
Log in dapat duit
March 20, 2010



Menyampah pulak balik-balik aku dapat link untuk join 'LOG IN FB DAN DAPAT RM100'.
Asik-asik kena delete.

Kepada yang mencipta skim ni, toksah la nak menipu orang berdasarkan tagline mudah dan murah macam ni. Aku tau ko pun tak jadik-jadik jutawan lagi kan??

Mana ada macam tu punya senang nak dapat duit?
Mesti ada kejer yang kita kena buat jugak untuk dapat tittle jutawan tu. Pada yang dah dapat the link, jangan nak konfiden membayangkan yang asal log in je dapat duit. Asal log in dapat duit. Kalau betul la macam ni punya senang, konfem aku jual bisnes aku and start menghadap FB hari-hari. Best eh?

Mana-mana reward pun mesti datang dengan usaha. Reward yang besar takkan datang dengan usaha yang mudah takat klik-klik.

By the way, ada orang bagi link ni kat aku. So, to those yang nak tau lebih lanjut pasal 'LOG IN FB DAN DAPAT RM100 wtf', klik situ.

Bila aku habis baca article ni, teringat pulak kat someone.

Surprisingly seseorang yang appear to be so baik (baik la sikit dari aku. Kalau nak compare dari segi penampilan memang aku hancus la banding ngan dia) depan aku sangat taksub rupanya dengan bisnes log in-log in ni. Siap bagitau dia dah start dapat banyak duit dengan skim ni.

"Alhamdulillah. Murah rezeki aku".

Alhamdulillah la.
Murah rezeki kau.

Yang aku nak hujahkan kat sini adelah orang ni jugaklah (dan suku-sakatnya) yang bagitau aku (eh, bukan bagitau, NASIHATTTTT) :

"Jangan ingat apa yang ko ada sekarang, rumah besar, ada bisnes sendiri, boleh bercuti kemana-mana maknanya ko dirahmati. Kalau kita ni jenis pakai seksi, suka tayang body pakai swimming suit, tak mudah dapat rahmat Allah. Apa yang ko dapat tu semuanya istidraj".

Pehhhhhhh.
Memang best betul kalau dapat gunakan hukum agama untuk mengutuk orang.
Nampak la bertapis sikit kan.

Tapi bila skarang dia tengah taksub dan happy dengan skim cepat kaya a.k.a LOG IN FB DAPAT RM100, ohhhh dan-dan tu "memang rezeki yang dirahmati Allah" okkkk.

Mentang-mentang la ko tak pakai mini skirt.
Segala benda dirahmati.

Tapi tu la namanya manusia. Kalau benda tu memberi kepentingan kat dia, otomatik jadi BOLEH.

Contohnya time kecoh pasal boikot-boikot Yahudi tu ari, kemain lagi rajin hantar email kat aku pasal article-article barangan Yahudi. Siap sound aku suruh berenti bawak barang-barang US masuk Malaysia. Tak halal okkkk. Umpama memakan daging saudara kita yang telah dibunuh oleh Yahudi!

Tak cukup dengan tu, sound pulak hukum laki aku keje dengan orang Jepun (kafir). Apakelancaula sampai si jepun tu pulak yang ko nak babitkan?

Kalau kau bengang bonus ko sikit, jangan pulak orang lain yang takde kena mengena ngan kau, kau salahkan bangangggg.

Kalau ko ada masalah dengan aku, aku je la.
Jangan la babit orang lain lak.
Kang aku start main 'ni kepala bapak kau. ni kepala bapak aku. kalau berani pijak'. Nakkkk??

Baca link yang aku bagi tu.
Nilai la sendiri itu rezeki yang dirahmati ke tak.
Aku ni tak pandai agama. Maklomlah, suka tayang body pakai swimming suit kat blog.

Pendapat peribadi aku, kalau nak kaya (or senang), resepi dia THINK, FEEL and ACTION.

Think big, you will somehow aim big.
Bila kau think big, cuba rasa (feel) if apa yang ko think and aim to lojik ke tak.
Kalau lojik, then act.

Selebihnya doa and tawakal (ehhh, mode ustazah pulak. Tak sesuai okk)

So, kalau kau rasa dengan skim cepat kaya kau tu boleh buatkan ko kaya, go ahead.
Tapi janganlah sesuka hati mengharam-halalkan rezeki orang lain pulak.



posted by green apple @ 8:41 PM  
Newer›  ‹Older
Kalau sakit mata dok rumah dendiam.
March 19, 2010



Wawawawawawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Kemain lagi sorang-sorang jemaah gelakkan aku beramai-ramai ye??

Aku nak kuar pi UM pulak pasni, take five jap check email.
Tadi, aku gi Giant jap.
Ada la awek mana ntah tepekik-pekik kat kaunter. Aku betul-betul belakang dia. Memang on time la kan ko duduk depan aku. Aku memang carik bahan je nak update blog. Ngahahahha.

Dia terlanggar barang then pecah. So, of ourse la ko kena bayar.
Time nak bayar barang, one of the promoter bawak benda yang pecah tu kat kaunter and mintak dia bayar sekali.
Ooooooohh ko lari taknak bayar ehhhhhhhhhhh.

Vogue memang vogue la awek ni. Tapi tak kena tempat.
Apekejadah la dalam Giant ko nak pakai spek itam segala. Giant wehhh, Giant! Bukan Pavillion.
Oh mungkin mata dia ketumbit.
Ataupun dia adelah Fatimah Juling.

Tu la, pakai lagi spek itam, kan dah terlanggar barang.

Tak kisah la kalau kau nak terpekik melalak kat kaunter tu tapi tak segan ke ngan orang keliling? Ko dah la cun, jangan la menjerit-jerit. Ko tak tau ke yang kat belakang ko ni blogger yang suka mengutuk orang? Kan tak pasal cerita ko naik kat blog aku hari ni. Tu pun mujur hari ni Jumaat, so aku baik hati sikit tak snap gamba ko sekali. Tapi cerita tetappppp cerita.

Apa la salahnya kan berbincang kat customer service ke.
Nak jugak tunjuk lagak cakap omputih kat kaunter.
Maklom laaaa. Pakai spek itam katakan.



Boss Giant : I'm sorry Maam but you have to pay for the broken items.

Awek : What??????????????? I'm bear the cost???
(Volume sangat tinggi, sambil hentak tangan atas conveyer)


Yes, Maam.
YOU ARE A BEAR.







posted by green apple @ 2:50 PM  
Newer›  ‹Older
Mimpi jumpa jodoh
March 18, 2010



Semalam akhirnya aku dapat balik nikmat tido malam sambil berselimut setelah seminggu aku kepanasan walau telah dibogelkan. Dah lama aku sound En Wan suruh panggil orang service aircond, dia taknak. Oh bukan taknak. Takde masa (lah sangatttt). That's why kalau aku lepak rumah, aku duduk bilik Redza sebab aircond dia perghhhhhhhh bak angin bayu membawa diriku sepintas lalu kuterkenangkan mu okkkk.

Akhirnya semalam, baru la En Wan ikhtiarkan something, itupun sebab malam kelmarin aku tido bilik Redza. Padahal mak mertua aku ada je kat rumah ni. Seb baik dia tak jenguk-jenguk bilik Redza, kalau dia nampak aku tido asing ngan anak dia, satu hal menjawab.

Gila panas okkk bilik aku.
Dia punya aircond macam hembus tak berapa nak hembus je. Pulak tu angin je lebih, sejuknya haram. Aku bengang, terus angkat kaki masuk bilik Redza.

Settle.

Pagi semalam En Wan bangun pi keje dia tak kejutkan aku pun dalam bilik Redza. Maklom laaa, bilik sejuk, tido aku pun terbabas la.

Selalunya kalau dia nak pi keje, aku memang hantar sampai depan pintu.
Hantar je la, buat breakfastnya tak.

So semalam aku tak hantar pun, dia pun tak kejutkan aku.
Ussually kalau aku tido nyenyak sangat, dia mesti jentik tetek aku kasik sedar. Jentik-jentik manja la. Jangan pulak kau jentik tetek aku macam ko jentik buah carrom tu. Bersilat aku kanggg.

Tapi pagi semalam dia menonong je start enjin keta, then blah.
Sentap la tu kan, aku tak tido ngan dia.

So malam tadi aku tengok dia ambik tangga, gi bukak aircond and cuci-cuci sikit. Barulah sejukkkkkkkk. Rupanya habuk banyak, ni kes orang renovate bilik hari tu la ni.

Tapi lepas betulkan aircond, dia senyappp je.
Tak cakap apa pun, tapi macam la aku tak nampak dia tengah tahan-tahan senyum kan.
Nak suruh aku say sorry la tu.

Okkk la. Aku say thank you dan keadaan menjadi normal.
Layan DVD sama-sama.

Time layan DVD aku pun tanya la soklan yang takde kena-mengena ngan movie yang kitorang tengah tengok. Aku memang macam tu, suka tanya soklan yang takde kena-mengena ngan situasi semasa. Kang kalau simpan kang, takut lupa. So aku tanya la.


Aku : Abang, tadi Di baca satu article kan, dia kata sebenarnya Tuhan dah bagi petunjuk dah jodoh kita, cuma kita yang tak sedar.

En Wan : Ye?(padahal aku tau dia bukan dengan sangat pun sebab tengah concentrate kat TV. Ahh, aku pedulik apa)

Aku : Contohnya kan dalam mimpi. Abang pernah tak mimpi yang best sangat, mimpi jumpa satu pompuan tapi bila bangun abang lupa terus muka pompuan tu?

En Wan : Ada gak.

Aku : Really? Di pun pernah.

En Wan : Camana?

Aku : Di pernah mimpi Di jumpa dengan satu laki ni dia pakai all white, kemeja lengan panjang putih and seluar putih. Hensemmmmm sangat. Di macam dah kenal sangat dengan dia.

En Wan : So?

Aku : Hmm, agaknya itu abang kot.

En Wan : Mana Di tau?

Aku : Ye laaaa, muka memang Di tak ingat. Tapi maybe Tuhan bagi hint kat tempat lain. Contohnya, abang pakai baju all white. Tiba-tiba Di kawen ngan Abang yang lagi putih dari Di (macam WTF je aku punya andaian kan? Tapi mamposlah). Masa kita kenal pun kita leh kamceng sekelip mata, tol tak?

En Wan : (smile)
Abang pun penah gak mimpi pasal jodoh ni.

Aku : Mimpi camana??


Dari posisi baring terus bangun mengadap dia sebab excited gila.


En Wan : Abang mimpi beli sari.






FINEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!

posted by green apple @ 3:22 PM  
Newer›  ‹Older
Apa yang ko merepek ni syaitonnnnnnnnn??
March 17, 2010






Teka teki ape nih???

Tak boleh ke ko tanya aku direct 'Where are you now?' or 'May I know if you are in Maghribi?'
posted by green apple @ 4:30 PM  
Newer›  ‹Older
Sebenarnya nak cerita lain tapi update cerita lain



Saper nak berkenalan ngan budak ni, sila tekan-tekan nombor bagi mengisi tempat kosong. Aku dah bagi clue dah tu. Tak susah, kebarangkalian dia seploh je. Tapi aku rasa budak ni mat sempit. Sebab memula dia call ayat dia 'Hello, ni yang jual moto ke?'

Paler lutut kau.

Ada hati lak lepas tu terus sms aku nak berkenalan.
Aku hempok ngan sportrim baru tau.
Series tak cool la okk ngorat style gini.
Zaman J. Mizan dulu boleh la.

Aku ingat dah takde dah orang nak 'berkenalan' style camni, ada jugak rupanya.
Seb dapat kat aku.
Kalau dapat kat Mak Aji???
Aku rasa mau budak ni jual henfon dia dan-dan tu jugak. Boleh troma sepanjang hayat kena badi maki Mak Aji.

En Wan penah bagitau aku dulu (dulu la time belum bercouple) kalau dia nak tackle someone dia akan cakap direct, tak main la kem-kem salam ni semua.

Maka suatu waktu dahulu pada tahun 1998 di dalam telifon sambil berlatar belakang kan CD BSB 'As Long As You Love Me' :



Aku : La, apesal call? Kata nak chat?

En Wan : Aku nak bagi kau dengar lagu ni. (aku kau okkkkkkk)

Aku : Lagu apa? Tak dengar.

(kuatkan volume)

Aku : Ohhhhh lagu ni ehhh
(Sebenarnya aku tak tau pun tajuk dia apa. Maklom la orang biasa layan DJ Dave)

En Wan : Lagu ni aku nak bagi kat kau.
(Padahal nak mengorat tapi bahasa ganas. Seb baik la aku memang takde pilihan lain, kalau tak, siang-siang aku rejek)

Aku : Apesal pulak?
(Time ni sebenarnya dah gembira tapi kontrol. Biasa la kan, gedikk)

En Wan : La, kan aku suka kat kau. Aku bagi la lagu ni kat kau.

Aku : Bila masa kau cakap kau suka kat aku?

En Wan : La, aku tak cakap lagi eh?
(sangat kantoi di situ. Ciri-ciri kebuayaan sudah nampak jelas. Sampaikan tak ingat kat saper dia bagitau)

En Wan : Ok, skarang aku nak bagitau aku suka kat kau. Ok?

Aku : (Terdiam seketika. Tapi kaki hentak-hentak kat lantai kegembiraan).










posted by green apple @ 12:20 PM  
Newer›  ‹Older
Keranamu Apeng - Finale
March 16, 2010

Lepas settle kat surau, berangkut pulak balik umah Ina untuk majlis sarung cincin. Kat surau just serahkan mas kawen je. Entah mana hilangnya pengapit laki, aku jugak yang kena apit dua-dua pengantin sebab payung pun satu je. Fuh, terasa macam orang penting sungguh.




Apeng aka Ina.



The pengantin - Kamal and Azlina.





Ni la dia kalau para kameraman sibuk nak ambik gamba pengapit-pengapit berbanding pengantin. Sampai tak tau nak tengok kamera mana satu. Wakakaka.

Dapatla aku merasa duduk atas pelamin lagi. Pelamin aku dulu tak macam ni okkkk. Tumpang pelamin orang jadik laaa.
Tapi semua dah kembang-kembang.
Seb baik duduk, kalau ambik gamba dari sisi, konfem nampak spare-spare tyre sorang-sorang.

Lambat jugak la abis majlis.
Sebenarnya majlis kalau nak ikutkan memang sejak keluar dari surau dah habis, tapi biasa la kan, kalau dah jumpa member-member ni memang payah la nak balik awal. Nak pulak semua jenis yang lupa masing-masing dah ada laki. Selagi laki tak sound, selagi tu dok bersembang habis cerita seploh tahun lepas pun boleh bukak balik.
Antaranya adelah cerita aku kena belasah ngan tungau. Ini memang topik yang tak pernah boring dibentangkan pada setiap mesyuarat. Fuh, nasib baik Ina tak jemput orang tua tu datang. Kalau takkkkkk, aku terbalikkan pelamin si Ina ni.

Time kitorang nak balik, kakak si Ina ni hidang mi goreng.
Terpaksa la sambung mengumpat depan mi goreng pulak.
Seb baik dia tak bagi plastik sekali, kalau tak memang aku bawak balik barkat ke hotel.

Disebabkan aku duduk Teluk Nipah, maka perut aku la yang paling bahagia berbanding dorang yang duduk kat Pan Pacific Teluk Dalam. Saje je aku api-apikan pasal makan ikan bakar.

Sedap okkkkkkkkkk. Boleh je aku nak upload gamba ikan bakar kat sini, tapi sebab kesiankan mak buyung sorang tu, aku kensel la.






Ni masa aku duduk kat Pan Pacific Teluk Dalam time Redza umur 2 tahun. Kiut pulak aku tengok budak itam ni. Dah la ketot, tembam pulak tu.

Eh, masa ni apesal aku kurus sikit?

Bab makan kat Teluk Dalam ni memang hazab. Takde pilihan lain, ko terpaksa jugak makan dalam hotel tu melainkan ko willing nak menapak. Teringat lagi camana aku menelan air liur bila bibik aku point kat menu - SIRLOIN STEAK.

Hambikkkkkk.

Aku baru nak order nasik goreng dengan harapan dia pun order nasik jugak.
Sekali member order steak.
Ohh tak boleh jadik nih. Aku pun terus order steak jugak.
Keji gila dengki kat bibik sendiri.






Disebabkan semorang penat macam nak mati lepas majlis nikah, malam tu semua tido awal. So esok paginya kul 6am masing-masing dah terjaga. Lepas breakfast terus pi beach. Kasik can budak-budak nak berendam dalam laut pulak.

Series penat gila.
Padahal bukan buat apa pun, but maybe agenda aku bermula dari hari Jumaat, dari pagi berjalan, so kat Pangkor aku dah lembik semacam tapi keranamu Apeng, tak kisahlah.

Orang yang menikah tak apa-apa, aku ngan En Wan pulak yang siap berjanji-janji nak beromen kat bilik malam nanti. Tapi janji tinggal janji sebab masing-masing kepenatan. Cuma cukupkan syarat raba-raba ajelah apa yang sempat. Wakakaka.







Ni je la gamba Anjungan Resort yang aku sempat snap.
Tetiba aku jadik blank je pagi tu, macamkan aku pulak yang nak bersanding.
Maklumlah, orang nak naik pelamin after 9 years katakan.
Walaupun berdiri tepi pelamin je tetap atas pelamin okkkkk.
Jangan la laki aku buat hal nak duduk atas pelamin jugak satu hari nanti.
Mengapit takpe bangg, kalau ko yang duduk atas kerusi pelamin tu siappp.
Tetiba je ko nampak aku buat silat pengantin kat depan kau. Pastu dengan kau-kau sekali aku lipat.

Ingat tu bangggg. Ini last warning yang pertama!



Wah wah wahhh.
Anak saper ni pandainya posinggg.
Mesti mak dia model baju mandi.



Inilah pengantin sembilan tahun lalu.
Walaupun muka pengantin lelaki tak berapa nak redho dalam gamba, hakikatnya mereka sangat bahagia.
(nilah gamba paling 'ceria' yang aku pilih berbanding empat gamba yang lain. Aku pun tak tau apa masalah laki aku ni dengan kamera)




Sampai rumah Ina dalam kul 12tghri.
Pengantin sedang disolek oleh Pak Andam yang sangat gorjes dengan baby T-nya.

Biasala time kawen-kawen ni, masa ni la ramai benar yang duduk bersila tepi-tepi pengantin nak tengok pengantin kena solek. Yang aku heran tu, boleh tahan dorang ni berpeluh-peluh kat situ berhimpit-himpit semata-mata nak tengok pengantin. Aku yang berdiri betul-betul depan kipas pun rasa berlendir satu badan.




Dah nak siap, tinggal belum pasang lipstik je lagi.


Masa ni aku tengah busy me-mekap-kan flower girl.
Pak Andam tu punya eyeshadow punya la banyak, ada la dalam 30 kaler kot, apa lagi aku tenyeh la mata budak-budak ni. Sorang-sorang jadik guinea pig kejap.
Tapi takpe, semua aku mekap cun-cun punya. Konfem abang-abang TLDM tu sanggup membujang lagi 20 tahun semata-mata nak tungu korang membesar.


Aku iring Ina sampai kat pintu gerbang.
Sebab tunggu abang perwira datang jemput. Gila panas okkk. Dah la abang perwira lambat sangat bersiap, masa tu la sibuk nak luruskan barisan la, nak asah pedang la. Aku ni panas tau tak.

Well, actually I have been waiting for this moment for so long since hari aku kawen lagi aku dah janji, kalau Ina kawen, busy macamana sekalipun aku akan datang Pangkor.
Memang aku dah plan nak jadik pengapit dia, tapi aku tak penah bagitau.
Until dia call aku cakap dia nak kawen, aku terus tanya siapa pengapit?
Bila dia kata tak tau lagi, terus aku book 'Ok, aku jadi pengapit'.

Masa aku bertunang dengan En Wan, aku still blaja lagi.
But Ina willing keluarkan duit untuk bayar duit tiket dari Kuching ke KL semata-mata nak jadi pengapit masa aku bertunang.

Masa aku kawen, sekali lagi dia jadi pengapit. Siap tido rumah aku 2 hari awal sebab nak temankan aku buat spa segala. Dia jugaklah yang inaikan jari aku. Sama naik dia aku berspa, dia pun berspa.


 Ni Ina and aku tengah gotong royong buat bunga manggar time kawen aku.
This was the best moment ever di saat-saat nak mengakhirkan zaman single. Aku bantai berborak ngan Ina sampai kena sergah ngan makcik-makcik suruh tido sebab suara kitorang gelak mungkin telah mengganggu pakcik-pakcik yang sedang buat semayang tahajud. Mesti pakcik-pakcik tu tak khusuk dengar suara mengilai tengah-tengah malam. Padahal esok nak kawen ni. Sikit aku tak terfikir esok ada eyebag ke apa ke.



9 years ago...



2010, I am here to return a favor..:)



Ada sesape teringin nak kawen bawah pedang?
Rajin-rajinlah lalu-lalang kat Lumut. Hehe.




Ina punya pasal, menggagau aku carik baju putih.
Habis semua kedai kat Kompleks Shah Alam aku masuk nak carik baju kurung putih punya pasal.
Lepas majlis, En Wan cakap 'Tahun ni takde baju raya dah tau'.




Sangat segak lagi kacak abang-abang perwira ni aku tengok bila dah pakai baju seragam.
Masa dorang tabik hormat ni tetiba telinga aku macam terngiang-ngiang lagu Darah Satria.



Yesss. Inilah masa yang aku tunggu-tunggu.

Biasala kan pengantin mana makan banyak. Nak pulak si Ina.
Dia ni tak jadik pengantin pun memang dasar makan lembab, ikut sunah nabi okkkk, kunyah 44 kali.
Bila jadik pengantin makin slow pulak pompuan ni mengunyah. Aku dah la nak terkencing ni.
Tapi lauk memang kaw la. Orang dok pulau katakan, so ikan memang bapak fresh dan sangat lazat. Aku memang tak pedulik la kamera kat depan, yang penting aku makan dulu. Ko nak ambik gambar ko ambik lah.

Ko tak nampak betapa gorjesnya ayam golek atas meja tu?
Tapi aku tak berani nak ambik, kang ada yang bergolek ayam tu atas tanah aku kejekan.
So aku ambikkan Ina ikan, sayur and udang je.
Tu pun laki dia yang kupaskan kulit, laki dia yang potongkan ikan tu kecik-kecik. Semua laki dia buat. Tengah baru-baru la katakan. Kita kasik can la.

Ehhh, akak pun macam tu jugak la romantisnya dulu. Dah sembilan tahun sok ko tengoklah. Dia suruh ko telan je udang ngan kulit-kulit tu sekali. Tapi tu kira bagus la kan dari En Wan asal nampak nasik goreng aku ada udang je 'Tak makan udang kan?'. Time dia tanya tu udang tu ada dalam sudu dia dah.
Memang redho je la aku dapat orang tua ni.






Yang aku muskil, macamana gamba mak-mak orang ni boleh ada dalam kamera aku?
Apekah kaitannya dorang ni dengan En Wan maka En Wan dengan rela hatinya snap gamba dorang?
Baik kau cakappppppppp!!

Tapi apesal la korang tak tunggu aku sekali bergamba.
Boleh aku posing mengiring kat tengah-tengah.




Muka-muka yang selalu buat kecoh kat Unimas.


Nampak tak air atas meja tu kaler purple and putih?
Memang betul-betul ikut tema.
Tema wedding Ina purple and white, so ngan air-air sekali kaler yang sama.
Tapi aku tak minum, sebab itu air keledek.

Ye, aku tau itu air keladi.
Tapi Ijad cabar aku tulis kat blog air KELEDEK sebab aku tersilap sebut hari tu.
Bila Rozie tanya 'Cantiknya air kau, air apa?'

Aku sebut 'Air keledek'.

Kemain sedap lagi dorang gelakkan aku.
Tapi aku pun sebenarnya gelak sama sebab aku rasa apesal la dah tua pun bangang lagi tak tau beza keladi ngan keledek.

Around 2.30pm aku bertolak dari jeti Pangkor.
Rasa puas dapat attend wedding Ina.
Yang paling penting, aku dapat jadi pengapit dia. *wink*



posted by green apple @ 8:18 AM  
Newer›  ‹Older

FACEBOOK
GREEN APPLE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
PREVIOUS POST
Archives
JALAN-JALAN
I READ
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER