2010-12-08

Pantang larang



Memandangkan sikit masa lagi aku nak buat majlis kesyukuran so kepala aku dah terbayang-bayang scenario-senario yang mungkin bakal terjadi yang tak menyenangkan hati. Jadi kepada tetamu yang bakal hadir, tak kira lah kawan-kawan, sedara-mara, ipar-duai, anak sedara, jiran mahupun klorga aku sendiri, kot la ada yang terbabas masuk sini, ini adelah peringatan.
Peringatan yang boleh dijadikan panduan untuk menghadiri majlis-majlis di rumah orang lain pulak. Semoga peringatan ini boleh dijadikan pedoman hidup. Jangan sampai tuan rumah bagi kau ‘teladan’ okkkk??



1. Majlis ni kau punya kah??

Ada sesetengah orang macam hilang pedoman kejap bila masuk majlis orang. Tetiba dia feeling-feeling cam dia yang anjurkan majlis lantas memandai-mandai mengarah orang itu ini.

Masa kawen adik aku dulu, kitorang buat kat dewan. Pakej dia inclusive of meja for VIP. Tapi, VIP yang aku raikan ni bukanlah Dato’ Datin Tan Sri bagai. VIP untuk majlis kawen ni adelah rombongan pihak laki. Dah nama meraikan pengantin, of cos lah yang turut sama diraikan tu pihak lelaki kan? Dalam ramai-ramai jemputan yang datang tu ada la sepasang Dato and Datin. Dato and Datinnya takde apa-apa pun, selamba je salam-salam and masuk dalam dewan cari tempat duduk. Ada satu makhluk kurang asam yang bersaudara dengan this Dato’ datang kat aku gi suggest letakkan this Dato and Datin kat one of the VIP table. Dia pulak yang sibuk mintak pihak catering kemaskan meja and buat satu lagi hidangan untuk the couple. Aku masa tu macam kau ni kenapa lancauuuu? Dah tebiat????? Yang ko kepoh satu macam ni pekejadah? Mentang-mentanglah Dato tu sedara kau so aku kena bagi special treatment la?? Yang sedara dengan Dato pun kau, bukan aku. Kau ngan Dato tu adelah ‘jemputan orang kebanyakkan’ saje, bukan VIP. Jadi pandai-pandai sedar diri boleh? Kalau tak sedar-sedar jugak, meh sini aku kasik satu kali tepuk kat dahi.

Lagi satu kalau pi kenduri kawen, yang jemputan-jemputan ni boleh tak jangan nak request bunga telur kat pelamin tu? Kau dah dapat bunga telur kat khemah tu cukup la. Ni tak. Mati-mati nak jugakkkk yang kat pelamin. Seb baik pengantin laki tu punya telor dia tak bawak balik sama.

Consider la sikit kot klorga pengantin nak bagi kat sedara-mara ke, jiran ke, penanggah ke. Yang sedara-mara pulak, mentang-mentang kau pegang tittle ‘saudara-mara’, tolong jangan ikut sesedap rasa nak ambik segala apa kat majlis tu macamkan kau ada share. Selalunya yang jakun ni yang tak contribute apa-apa. Datang bawak bontot sesaje. Tapi balik nak tapau semua. Masa rewang tak nampak muka, alih-alih time kenduri eh datang????? Datang siap mengaku sedara rapat lak tu padahalllllll.

Fundeks.


2. Khemah tu bukan untuk kau sorang

Ni lagi satu tebiat penjakun tak pernah jumpa khemah agaknya. Nak pulak kalau yang datang tu satu klik yang ramai, or dia rasa macam kenal rapat gila dengan tuan rumah, masing-masing buat majlis macam ada share. Duduk kat meja dalam khemah tu sampai 2-3 jam tak reti-reti nak balik. Aku jemput kau datang makan, bukan datang bersembang sampai orang lain takde tempat nak duduk. Agak-agak nak sembang panjang, pi la sambung kat mamak.

Nak lagi best, jenis yang datang sampai 15 orang tapi nak duduk semeja. Pastu tarik kerusi meja sebelah. Sudahnya meja sebelah tinggal meja je, kerusi takdak.

Konon masa kenduri-kendara ni la nak jumpa member-member lama sembang panjang.

Halo????????? Kalau nak buat gathering pun boleh tak jangan tumpang majlis orang? Masing-masing kaya raya kuar la duit sikit pi sembang kat Universal Studios ke. Kalau nak berget-together pun buat kat majlis kau boleh?


3. Tak payah nak buat lawatan tapak

Ok ni khas buat makcik Joyah, makcik Melah, aunty Sally dan girls-girls.
Kalau majlis tu sediakan khemah, tolong duduk kat khemah saje. Yang kau nak pi terjah dalam rumah santak ke dapur, naik bilik tido segala pehal?

Ok laaaa.

Alasan standard – “Nak jumpa tuan rumah”.
Fine.

Tapiiiiiiiiiiiii sumtimes tuan rumah terang-terang tercongok kat luar rumah, kau tetap ‘Eh, aku nak tengok dalam rumah kau la’.

Orang-orang camni sebenarnya nak check if rumah orang tu boleh celen rumah dia ke tak.

Tak perlu nak compare rumah siapa paling hebat ok?
Kehebatan seseorang tu bukan terletak pada rumah atau keretanya.

Oh plissssssssssssss la!
Tolong jangan kekamfungan voleh?
Zaman-zaman nenek aku je yang buat keje kelebet dapur bilik tido orang ni semua.

Shohhhhh! Shoohhhh!

Semak.


4. Rumah ni bukan rumah kau

Selalunya terjadi bila ada sedara-mara yang naik seh (bak kata nenek aku) tak reti nak balik sampai ke malam. Aku menguap macam nak terabak mulut pun dia dokkkkkkkkkkkkkk gak situ bersembang. Rasa macam nak bakar tong gas biar satu rumah mati senang citer.


5. Apa tapau-tapau?

Ok, orang camni semua jenis yang kecik-kecik takmo mampos.
Sape rasa dia penah buat, sila la sembur Ridsect dalam mulut.

Mentang-mentang la majlis sedara, kemain lagi siap mintak plestik nak bungkus lauk. Padahal aku tak pelawa pun. Lain la kalau aku yang sound ‘Eh, bawak la balik lauk sikit’. Ni takkk. Dia lak yang ramah mulut ‘Plastik ada tak? Nak bungkus sikit untuk anak kat rumah’.

Apesal tak bungkus sekali dengan periuk-periuk terus? Boleh makan sampai minggu depan.

Kadang-kadang aku terpikir gak dorang ni semua otak parking kat dalam bontot ke apa? Ko takleh pikir ke yang majlis ni bukan untuk kau sorang datang makan. Ramai lagi yang aku jemput. Entah makanan ni cukup ke tak untuk jemputan lain, takleh pikir?

Ada sorang tu lagi la.
Dia datang without laki. Bila tanya laki mana? Laki kat rumah tengok bola.
Tapi balik siap mintak tupperware nak bekalkan soto untuk laki dia yang tengah tengok bola sambil gentel telo tu. Eh, malu la sikittttt. Kenduri taknak pergi, tapi balik nanti tapau eh??

Dasar jin aprit.



6. Buat rumah orang macam rumah orang

Ni kepada yang bawak anak. Tolong pesan kat anak-anak, masuk rumah orang jangan nak raba sana raba sini bukak sana bukak sini, melainkan nak kena hempok dengan aku.

Aku paling pantang kalau sesape masuk rumah aku, gi bukak fridge and almari/cabinet.
Yang anak tu ok la, walaupun aku rasa macam nak lempang tapi sebab dia budak kecik, aku terpaksa halalkan jugak. Tapiiiiiiiiiiiiii si mak ni pulak macam sengaja mintak pelempang aku jugak.

‘Diana, mintak satu vitagen you ni, anak I ni menghempas-hempas pulak nak vitagen’.

Bolehhhhhhhhhhhhhh.
Jangan ambik satu, ambiklah tiga.
Pastu bak sini anak kau kejap biar aku hempaskan dia.

Takkan la kau tak boleh cubit anak kau sikit bila anak kau tak behave kat rumah orang? Budak-budak memang la payah nak diajar. Selalunya budak-budak ni, lagi depan orang ramai, lagi dia buat hal. Tapi ko as mak takkan ikutttttttttt je kehendak anak?

Eiiiiii..pakkal anak orang. Kalau anak aku, kat situ jugak aku rendamkan dalam sinki.


7. Komplen boleh, tapi brambos dulu

Masuk rumah orang la best. Sebab pastu boleh komplen (read : kondem).

Memang tak best makanan kat kenduri orang. Makanan kat kenduri kau lagi best kan?
Rumah orang biasa-biasa je, lagi gojes rumah kau kan?